Usaha terdesak giat untuk selamatkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah

Usaha usaha tedesak terakhir kuncu kuncu PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar jawatan Presiden UMNO dipertahankan, menjelang tarikh akhir janji untuk mengumumkan kedudukan dalam pemilihan parti akan datang ini, sedang begitu giat dijalankan. Malam ini, gerombolan yang dikatakan sengaja membelakangkan aspirasi akar umbi mengadakan perbincangan tertutup dan panjang di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dijangkakan akan mengadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN besok di ibu pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, PWTC dan keputusan muktamad akan dijelaskan kepada pemimpin pemimpin parti komponen.

Dikhabarkan bahawa sekiranya PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih berdegil ingin mempertahankan jawatan Presiden UMNO, menjelang mesyuarat agung tahunan Bahagian UMNO yang akan bermula hujung minggu ini, maka akan berlaku kejutan yang akan melibat ‘Plan Peralihan Kuasa’, yang telah dibawa kehadapan dai rancangan asal Jun 2010.  Siri mesyuarat 191 Bahagian UMNO ini penting bagi menentukan pencalonan bagi jawatan tertinggi, termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Dijangkakan apabila PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih berdegil, maka Timbalan Presiden UMNO DPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dikatakan tidak lagi berkompromi dan akan meneruskan juga kempen bagi mendapatkan pencalonan bagi jawatan Presiden dan mencabar PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Walaupun dalam sejarah 62 tahun UMNO kedudukan kerusi Presiden pernah dicabar untuk jawatan sebanyak dua kali berasingan, ini merupakan kali pertama seorang Presiden akan dicabar seorang Timbalan Presiden.

Calon yang paling popular untuk mendapat pencalonan jawatan Timbalan Presiden ialah Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin. Dijangkakan, Tan Sri Muhyiddin akan mengumumkan kesediaan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam masa terdekat. Ini sekaligus akan menimbulkan tekanan kepada DPM Dato’ Seri Najib untuk terus mara, terutama Tan Sri Muhyiddin hari ini mempunyai sokongan kuat akar umbi, yang secara lantang mahu melakukan perubahan.

Dalam pada itu, calon yang telah menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Zahid Hamidi semalam telah dipanggil untuk bertemu DPM Dato’ Seri Najib untuk menjelaskan kedudukan dan hasrat beliau.

Inilah masa paling sesuai bagi pemimpin akar umbi UMNO peringkat Bahagian menunjukan kejituan kesediaan melakukan perubahan, bagi mendukung aspirasi akar umbi dan menjaga kepentingan parti nasionalis Melayu ini. Sekiranya PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih meneruskan aspirasi kuncu kuncu terdekat termasuk keluarga dalam usaha terdesak ini, maka ahli UMNO perlu bersedia untuk ‘memalukan’ seorang Presiden agar dikalahkan diperingkat pencalonan Bahagian.

*Perkembangan dikemas kini 450pm

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dijangkakan akan mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan akan bercuti untuk 2 bulan. TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak akan memangku jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Dijangkakan pengumuman akan dibuat jam 600pm.

Ini merupakan berita yang amat ditunggu tunggu oleh ramai pihak, terutama akar umbi UMNO. Dengan ini PM ‘Flip-Flop’ Abdullah merupakan Perdana Menteri Malaysia paling singkat berkhidmat.

Published in: on October 7, 2008 at 23:49  Comments (14)