Usaha terdesak giat untuk selamatkan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah

Usaha usaha tedesak terakhir kuncu kuncu PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar jawatan Presiden UMNO dipertahankan, menjelang tarikh akhir janji untuk mengumumkan kedudukan dalam pemilihan parti akan datang ini, sedang begitu giat dijalankan. Malam ini, gerombolan yang dikatakan sengaja membelakangkan aspirasi akar umbi mengadakan perbincangan tertutup dan panjang di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dijangkakan akan mengadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN besok di ibu pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, PWTC dan keputusan muktamad akan dijelaskan kepada pemimpin pemimpin parti komponen.

Dikhabarkan bahawa sekiranya PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih berdegil ingin mempertahankan jawatan Presiden UMNO, menjelang mesyuarat agung tahunan Bahagian UMNO yang akan bermula hujung minggu ini, maka akan berlaku kejutan yang akan melibat ‘Plan Peralihan Kuasa’, yang telah dibawa kehadapan dai rancangan asal Jun 2010.  Siri mesyuarat 191 Bahagian UMNO ini penting bagi menentukan pencalonan bagi jawatan tertinggi, termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Dijangkakan apabila PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih berdegil, maka Timbalan Presiden UMNO DPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dikatakan tidak lagi berkompromi dan akan meneruskan juga kempen bagi mendapatkan pencalonan bagi jawatan Presiden dan mencabar PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Walaupun dalam sejarah 62 tahun UMNO kedudukan kerusi Presiden pernah dicabar untuk jawatan sebanyak dua kali berasingan, ini merupakan kali pertama seorang Presiden akan dicabar seorang Timbalan Presiden.

Calon yang paling popular untuk mendapat pencalonan jawatan Timbalan Presiden ialah Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin. Dijangkakan, Tan Sri Muhyiddin akan mengumumkan kesediaan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam masa terdekat. Ini sekaligus akan menimbulkan tekanan kepada DPM Dato’ Seri Najib untuk terus mara, terutama Tan Sri Muhyiddin hari ini mempunyai sokongan kuat akar umbi, yang secara lantang mahu melakukan perubahan.

Dalam pada itu, calon yang telah menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Zahid Hamidi semalam telah dipanggil untuk bertemu DPM Dato’ Seri Najib untuk menjelaskan kedudukan dan hasrat beliau.

Inilah masa paling sesuai bagi pemimpin akar umbi UMNO peringkat Bahagian menunjukan kejituan kesediaan melakukan perubahan, bagi mendukung aspirasi akar umbi dan menjaga kepentingan parti nasionalis Melayu ini. Sekiranya PM ‘Flip-Flop’ Abdullah masih meneruskan aspirasi kuncu kuncu terdekat termasuk keluarga dalam usaha terdesak ini, maka ahli UMNO perlu bersedia untuk ‘memalukan’ seorang Presiden agar dikalahkan diperingkat pencalonan Bahagian.

*Perkembangan dikemas kini 450pm

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dijangkakan akan mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan akan bercuti untuk 2 bulan. TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak akan memangku jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Dijangkakan pengumuman akan dibuat jam 600pm.

Ini merupakan berita yang amat ditunggu tunggu oleh ramai pihak, terutama akar umbi UMNO. Dengan ini PM ‘Flip-Flop’ Abdullah merupakan Perdana Menteri Malaysia paling singkat berkhidmat.

Published in: on October 7, 2008 at 23:49  Comments (14)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/10/07/usaha-terdesak-giat-untuk-selamatkan-pm-flip-flop-abdullah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

14 CommentsLeave a comment

  1. dollah bad-v sememangnya sanggup dimalukan semata2 kerana hajatnya yg masih belum tercapai:

    1. Dendam terhadap TDM yg masih belum terbalas – dollah (anak didik musa hitam) dgn dasar liberalnya yg pro-british ingin skali melihat Proton yg diasaskan TDM dgn dasar Nasionalis & pandang ke Timurnya dihancurkan atau diambil-alih singa-lapor, dollah yg juga anti-autokratik TDM telah mengamalkan dasar terbuka dan mengubah sepenuhnya sistem BPR dan institusi kehakiman kononnya supaya legasi TDM dihapuskan, walhal sistem autokratik TDM lah yg telah menaikkan nama dan memajukan Negara sehingga dihormati kawan dan lawan…~

    2. Memulakan legasi baru yg liberal – Untuk meneruskan dasar2 tersebut bliau sanggup meletakkan menantu bliau sendri yg juga liberal, pro-kapitalis, pro-british/oxford & pro-singa-lapor untuk dicalonkan menjadi Ketua Pemuda UMNO dan proksi menantu menjadi Timbalan Presiden UMNO…~

    3. Menyelamat dan mempertahankan perniagaan keluarga – Seperti yg kita semua tahu ini adalah salah 1 sebab kenapa dollah bad-v tidak mahu berundur, bliau mahu melindungi pendapatan periuk nasi anak serta menantu dan kroni2 bliau sendri (dollah)… Seperti berenang sambil mkn (ayam KFC)…~

    4. Lain2 – Byk lagi… Tapi yg diatas tu yg utamanya…~

    Harapan kami akar umbi sememangnya ingin melihat mereka ditumbangkan pada pemilihan akan datang… Dan kalau boleh harap Datuk Mukhriz dapat melatih pejuang2 Nasionalis Melayu Baru menjadi kader dan tonggak utama Parti, Agama, Bangsa dan Negara…~

    HIDUP MELAYU!!! HIDUP NASIONALIS!!! HIDUP UMNO!!! MALAYSIA BERJAYA!!!…~

    HORASSSSS!!!…~

  2. MANA PERGINYA LAUNGAN KRONISMA DAN NEPOTISMA SEPERTI DI ERA TUN M DAHULU.

    AKU SYAK PAK LAH YANG TERANG TERANGAN MENGAMALKAN KRONISMA DAN NEPOTISMA DI PERINGKAT YANG PALING TINGGI BERSEKONGKOL DENGAN ANWAR DAHULU MEMBANGKITKAN ISU INI DEMI MENJATUHKAN TUN M DENGAN CARA YANG PALING LICIK, HALUS DAN BERKESAN.

    HARI INI KJ DAN RAKAN-RAKAN BERMAHARAJA LELA DENGAN AMALAN KRONISMA DAN NEPOTISMA KERANA TIDAK SEORANG PUN DI KALANGAN ORANG ORANG UMNO YANG BERANI MENGGEGAR PAK LAH DAN KUNCU-KUNCUNYA YANG JAUH LEBIH DAHSYAT AMALAN KRONISMA DAN NEPOTISMANYA.

    APA NAK JADI DENGAN UMNO NI?

  3. Kalau Pak Lah nak mempertahankan kedudukannya, kenapa pula nak tunda AGM ke March? Mengapa tak teruskan saja pada bulan December?

    Semua ini mengambarkan kekarutan yang amat sangat. Kalau betul Pak Lah akan mempertahankan jawatannya, maka MT itu hari sudah kena tipu bulat bulat. Bila sudah kena tipu sampai tertonggeng begitu sekali dan masih nak mengampu, maka saya tidak nampak MT ada maruah diri.

    Jika MT Umno tidak ada maruah diri, tidak payahlah nak terjerit mempertahankan maruah bangsa Melayu.

    Terima kasih.

  4. Aku mengalu-alukan TSMY menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dan yakin beliau tidak mempunyai banyak masalah memenangi kerusi tersebut berdasarkan respon kebanyakan ahli akar umbi.

    TSMY dilihat sebagai tokoh yang paling berani menyatakan kebenaran ketika pemimpin-pemimpin lain berdiam diri , membisu mahu pun terus mengampu pak lah.

    Setelah Ku Li dan TSMY lantang menyuarakan pandangan beliau serta mendapat respon yang menggalakkan di peringkat ahli akar umbi, baharulah si Najib terhegeh-hegeh tampil menyatakan pendiriannya, itu pun bertapis-tapis.

    Oleh itu aku menganggap Najib bukan seoran pejuang yang pelu disanjung tetapi opportunis yang sentiasa menunggu peluang. Keduanya Najib dilihat sebagai liabiliti UMNO dimata ahli akar umbi. Aku tak benci Najib tapi aku lebih sayangkan parti. Apalah gunanya peubahan jika kita gagal mengubah pandangan dan persepsi ahli akar umbi terhadap parti. Aku percaya mereka yang berkepentingan dan ingin mencari makan dalam parti menanti-nanti Najib menjadi Presiden cum PM, kerana najib terkenal dengan sifat murah hatinya. Tapi apakah kesannya pada pilihanraya kelak setelah Najib ditelanjang bulatkan dengan skandal skandal dan masalah moral. Begitu juga halnya dengan Isteri Najib yang menjadi buah mulut ahli-ahli. Adakah masalah-masalah ini membantu kita dalam menghadapi pilihanra ke 13 kelak.

    Sekali lagi kita akan dibebani dengan masalah moral pemimpin, dan yang pasti ini akan menjadi kesukaan dan modal pembangkang kerana inilah modal paling besar pembangkang untuk menjatuhkan BN bukan sekadar Najib. Demi parti aku merayulah Najib utamakan parti daripada kepentingan diri. Aku rasa Najib ada segala-galanya jika pun beliau perlu bersara.

    Jika najib bukan , jadi siapa?

    Aku hanya nampak Ku Li sahaja calon yang layak dan mampu menduduki kerusi panas tersebut.

    Walaupun Ku Li di lihat sebagai kuda tua tetapi aku lihat Ku Li bukan lah liabiliti untuk UMNO, setidak-tidaknya di masa yang terdekat ini.

    Kita tidak mahu terlalu banyak masalah melanda UMNO. Sebagai seorang berketurunan raja aku pasti Ku Li mampu melakukan sesuatu tentang isu raja-raja daripada di injak-injak oleh pembangkang. Disaat raja-raja melayu yang merupakan benteng terakhir orang orang melayu dipersenda, aku yakin Ku Li dapat memulihkan keyakinan rakyat.

    BERJUANG DEMI KEBENARAN BUKAN KEBENDAAN

    (PANTUN PEMILIHAN UMNO)

    SORONG PAPAN TARIK PAPAN
    BUAH KERANJI DALAM PERAHU
    SURUH MAKAN AKU MAKAN
    SURUH UNDI BELUM TAHU

  5. Saya tak nampak usaha memberi sokongan kepada Pak Lah sebagai usaha terdesak. Usaha begini dilakukan semata untuk memberi sokongan kuat kepada Pak Lah. Tindakan seperti ini juga dilakukan oleh orang lain dan ianya tidak salah.. Tapi perkara sebegini akan dilihat jelik oleh mereka yang anti Pak Lah, sedangkan ianya adalah perkara biasa yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekalipun…

  6. sebab ditundakan ke tarikh yang lain adalah kami orang Penang mahu raya sakan dahulu memandangkan kegawatan ekonomi dunia tidak dapat diperlambat-lambatkan singgah ferinya. Enjoy dulu!

  7. INFO TERKINI:

    FAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO – MUKTAMAD

    RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

  8. seorang pemimpin dilihat begitu konsisten dgn kata2nya merupakan ciri2 pemimpin yg ulung, pak lah nampaknya tidak berada dlm himpunan begini.
    Mungkin kerana sememangnya dia dilahirkan sebagai dari kumpulan2 sperm yg memang lemah, hanya sperm pak lah shj berjaya berenang dn berjaya bersatu dgn telur.

    Lemahnya dia terbukti dan tak mampu dinafikan oleh sesiapa pun dari penyokongnya samada dlm internet atau mana2 forum. Sy tak berjaya melihat penyokongnya mampu mmberi keyakinan dan berhujah betapa hebatnya pak lah, hanya sekadar bercerita bahawa dia spesis yg baik dan lembut.Bukti terbaru kes Hindraf dimana daya inteleknya serta potensi minda politiknya cukup impotent, pak lah memerlukan masa 1 minggu utk mmberi ulasan dan menyerang hindraf selepas sambutan Raya dimana dia diaibkan dgn kumpulan itu.

    1 minggu beb, seminggu, kalu perang dah lama lingkup, kalu ekonomi sah dah bankrap. +++Iceland diberitakan negara pertama bankrupt dlm krisis kewangan dunia++.

  9. Apapun pengumuman Pak Lah, susah aku nak percaya bulat-bulat… Dia boleh flip and dia boleh flop, so hari dia kata tak akan bertanding, tup tap, bulan depan tetiba aje dia boleh reverse dia punya decision…

    So, wahtever will happen next? Even kalau dia umumkan keputusan tak akan bertanding, ade jaminan ke dia tidak akan mengubah keputusan tersebut????

    Memang betul Abdullah ini terkenal dengan sifat ‘Flip-Flop’nya.

    Namun begitu, pencalonan Bahagian bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan MT UMNO bermula besok sehingga sebulan. Sebab PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dah umumkan dia tidak akan bertanding, maka Bahagian UMNO akan mencalonkan samada TPM Najib atau Tengku Razaleigh.

    Jika selepas sebulan pula, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah berhasrat untuk meneruskan menawarkan diri semula, maka mungkin pencalonan tidak akan didapat langsung.

  10. The Abdullah Trauma, bigdoggy, seems to have got to a lot of innocent folks.

    Relax, bro, Abdullah won’t be contesting, in fact he is a busy PM at work traveling. Say what happen to the new plane and luxury yacht?

  11. Biggy Dog,
    Indeed it is the best news since but now we are left at rebuilding the ruins created. The task at hand, I believe, is to make damn sure that whoever becomes ou leader will not, I repeat, will not be left or let to make the same mistakes as Dollah. Oh, by the way, he has still left a carcass behind.

  12. najib tak kan dapat vote aku. sebab banyak sangat “tengkorak dalam almari”.
    Kalau anwar ke, barrack obama ke atau org tua tak sedar diri seberang tambak johor tu nak ungkit pasal najib, memang dia terungkit punyer.
    yg pasti, carta top 10 lagu lagu popular dalam malaysia akan dijuarai oleh akak anwar zain!!
    Potianak Harum Sundal Malam sudah pastinya akan jadi sundal.

  13. DSN should place his people in NTSP & TV3 asap. Stop the spinning.

  14. Pak Lah sebenarnya memang berkemampuan, sekarang yang jadi susah adalah sebab hal2 yang asalnya dicetuskan oleh Mahathir yang sebelum ini disorokkan dan tidak diperbetul. Sekarang Pak Lah cuba memperbaiki keadaan hasil kerja Mahathir sebelum ini, dan sekarang Pak Lah yang dapat nama buruk.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: