Media perdana ‘putar belit’ pencalonan Ketua Pemuda UMNO

 

Perlumbaan untuk mendapatkan pencalonan Ketua Pemuda UMNO bermula semenjak semalam. Pemuda Bahagian mula mengadakan mesyuarat Bahagian, pemilihan jawatan dan memberikan pencalonan bermula semenjak semalam.

Media perdana melaporkan bahawa Exco Pemuda dan MP Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir mendahului penamaan calon berbanding calon lain iaitu Naib Ketua Pemuda dan MP Rembau Khairy Jamaluddin, Mantan MB Selangor Dato’ Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Dato’ Zahidi Zainul Abidin. Setakat ini, ianya 5:4:1:0.

Sebenarnya, laporan ini tidak tepat. Mukhriz mendapat lebih pencalonan dari sebagaimana dilaporkan. Setakat ini, Muhriz dicalonkan Bahagian Kimanis, Jerlun, Besut, Alor Setar, Cameron Highlands, Tasik Gelugor dan Bukit Gelugor, mendahului saingan terdekat Khairy Jamaluddin yang hanya mendapat empat.

Ini merupakan usaha media perdana untuk ‘memutar belitkan’ (spin) maklumat agar calon pro-Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telahpun ditolak majoriti akar umbi diterima peringkat Pemuda UMNO. Ini tidak lain dari permainan kotor pengarang media perdana untuk memaparkan seolah olah calon seperti Khairy Jamaluddin adalah lebih diterima berbanding calon yang cuba membawa perubahan seperti Mukhriz.

Realitinya, profil tinggi keatas Khairy sebenarnya hanya palsu semata mata. Mukhriz, calon yang dilihat sebagai ‘kurang terserlah’ (underdog) merupakan perubahan yang akar umbi Pemuda UMNO dambakan, dalam keadaan dimana UMNO tidak lagi diterima oleh generasi muda, termasuk dikalangan orang Melayu.

Pemuda UMNO peringkat Bahagian dewasa ini sudah mampu membuat penialaian terbaik, menentukan survival sayap kiri parti nasionalis ini dapat diteruskan lagi.

Published in: on October 10, 2008 at 22:37  Comments (28)  

Tan Sri Muhyiddin umum tanding Timbalan Presiden UMNO

Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin pagi ini mengumumkan kesediaan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO bagi pemilihan parti Mac 2009. Ini dibuat setelah Timbalan Presiden UMNO TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden UMNO, setelah PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN Selasa lepas.

Antara agenda yang ingin dibawa Tan Sri Muhyiddin ialah  memainkan peranan dengan Presiden UMNO yang baru untuk mengukuhan  parti, memperkuatkan BN dan mengembalikan perpaduan dan kesefahaman antara kaum. Sokongan rakyat kepada BN dan membuat persediaan untuk Pilihanraya Umum ke XIII juga adalah agenda utama.

Beliau berjanji akan berkhidmat sebaik mungkin dan memberikan kerjasama kepada Kepimpinan baru, yang selama ini beliau akui tersedia ujud kesefahaman dan hubungan kerja yang mantap dan kukuh.

Setakat ini, Tan Sri Muhyiddin merupakan calon paling popular untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dan beliau yakin Bahagian UMNO akan memberikan pencalonan dan sokongan yang baik. Pengumuman dan sidang media ini dilakukan di Shangri-la Putrajaya dan dihadiri beberapa Ketua Bahagian UMNO.

Published in: on October 10, 2008 at 09:00  Comments (11)