Tun Dr. Mahathir meraikan Najib dan Muhyiddin

 

Perdana Menteri Malaysia ke IV Tun Dr. Mahathir  Mohamad malam ini menghadiri sebuah majlis sambutan sempena Hari Raya Aidil Fitri dan duduk semeja dengan calon Presiden UMNO TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Turut makan malam bersama ialah calon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin.

Majlis ini dianjurkan Mantan Setiausaha Pemuda UMNO Dato’  Abdul Rauf Yusuf dirumah beliau di Ukay Perdana, Ulu Kelang. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Menteri Kabinet Dato’ Mohd. Shapie Apdal, Dato’ Mustapha Mohamad, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim dan Dato’ Seri Syed Hamid Albar. Hadir sama ialah ahli MT UMNO Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Dr. Awang Adek Hussin.

Ini merupakan kali pertama Tun Dr Mahathir kelihatan bersama TPM Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin, semenjak menyuarakan sokongan terbuka keatas dua calon favourite Kepimpinan itu. Sebelum ini, Mantan Presiden UMNO itu sudah bersedia memberikan sokongan kepada calon Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah sebagai ‘tekanan psikologi’ kerana kecewa dengan sikap ‘acuh-tidak-acuh’ TPM Najib untuk membawa aspirasi sebenar akar umbi yang mahukan perubahan dalam Kepimpinan UMNO.

Kemesraan dan sokongan yang terbuka ditunjukan oleh Negarawan  yang dihormati dan sanjungi itu, yang selama ini majoriti rakyat Malaysia memberikan harapan  untuk membetulkan keadaan, keatas TPM Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin yang ditunjukan ini amat membanggakan. dan memberi inspirasi baru kepada ramai peringkat akar umbi. Dengan setakat ini mesyuarat Bahagian yang menentukan calon bagi Kepimpinan baru hanya 10% selesai, maka peluang untuk mengukuhkan pencalonan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden amatlah cerah dan dijangkakan padu.

Belum pun lagi PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi secara formalnya mengosongkan kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, namun kesefahaman, kesepakatan dan kekuatan antara pemimpin pemimpin yang mencorakan UMNO dulu dan akan datang telah dipaparkan secara jelas dan terbuka. Sedikit sebanyak, UMNO sedang melalui proses transformasi untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan golongan yang selama ini berikan kepada parti nasionalis itu semenjak 1955, berbanding kepada ‘mesej jelas’ yang mereka illustrasikan  semasa Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008.

*Gambar foto ialah dari bloggo-photo-journo Jinggo

Published in: on October 14, 2008 at 21:49  Comments (19)