Tun Dr. Mahathir meraikan Najib dan Muhyiddin

 

Perdana Menteri Malaysia ke IV Tun Dr. Mahathir  Mohamad malam ini menghadiri sebuah majlis sambutan sempena Hari Raya Aidil Fitri dan duduk semeja dengan calon Presiden UMNO TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Turut makan malam bersama ialah calon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin.

Majlis ini dianjurkan Mantan Setiausaha Pemuda UMNO Dato’  Abdul Rauf Yusuf dirumah beliau di Ukay Perdana, Ulu Kelang. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Menteri Kabinet Dato’ Mohd. Shapie Apdal, Dato’ Mustapha Mohamad, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim dan Dato’ Seri Syed Hamid Albar. Hadir sama ialah ahli MT UMNO Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Dr. Awang Adek Hussin.

Ini merupakan kali pertama Tun Dr Mahathir kelihatan bersama TPM Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin, semenjak menyuarakan sokongan terbuka keatas dua calon favourite Kepimpinan itu. Sebelum ini, Mantan Presiden UMNO itu sudah bersedia memberikan sokongan kepada calon Presiden UMNO Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah sebagai ‘tekanan psikologi’ kerana kecewa dengan sikap ‘acuh-tidak-acuh’ TPM Najib untuk membawa aspirasi sebenar akar umbi yang mahukan perubahan dalam Kepimpinan UMNO.

Kemesraan dan sokongan yang terbuka ditunjukan oleh Negarawan  yang dihormati dan sanjungi itu, yang selama ini majoriti rakyat Malaysia memberikan harapan  untuk membetulkan keadaan, keatas TPM Dato’ Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin yang ditunjukan ini amat membanggakan. dan memberi inspirasi baru kepada ramai peringkat akar umbi. Dengan setakat ini mesyuarat Bahagian yang menentukan calon bagi Kepimpinan baru hanya 10% selesai, maka peluang untuk mengukuhkan pencalonan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden amatlah cerah dan dijangkakan padu.

Belum pun lagi PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi secara formalnya mengosongkan kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, namun kesefahaman, kesepakatan dan kekuatan antara pemimpin pemimpin yang mencorakan UMNO dulu dan akan datang telah dipaparkan secara jelas dan terbuka. Sedikit sebanyak, UMNO sedang melalui proses transformasi untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan golongan yang selama ini berikan kepada parti nasionalis itu semenjak 1955, berbanding kepada ‘mesej jelas’ yang mereka illustrasikan  semasa Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008.

*Gambar foto ialah dari bloggo-photo-journo Jinggo

Published in: on October 14, 2008 at 21:49  Comments (19)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/10/14/tun-dr-mahathir-meraikan-najib-dan-muhyiddin/trackback/

RSS feed for comments on this post.

19 CommentsLeave a comment

  1. Program: Air dan Api
    Tajuk: Melayu dicabar dan tercabar?

    Moderator: Datuk Rahman Sulaiman
    Panelis: Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, Datuk Mukhriz Mahathir dan Prof Datuk Dr Zainal Kling

    Sinopsis: Politik mutakhir memperlihatkan suara-suara ke arah soal kesamarataan dan gagasan Malaysian Malaysia. Persoalannya kini: Apakah Melayu sudah bersedia atau berupaya menerima perubahan ini?

    Laman web: http://www.malaysiaku.tv

  2. Gabungan yang mantap. Najib Presiden, Muhyidin Timb, Mukhriz KP.

  3. Bro, kalau ada tangkap gambar mereka bertiga lagi cantik.

    Ada. Tunggu bloggo-photo-journo Jinggo upload dalam Fotopages dia.

  4. GANDINGAN DAN SOKONGAN YANG DILIHAT CANTIK.

    TAPI AKU RISAU PILIHAN TUN AKAN TERSILAP SEKALI LAGI.

    DS NAJIB DILIHAT BOLEH TETAPI DI MATA PEMBANGKANG DAN SEBILANGAN BESAR RAKYAT ADALAH MODAL UNTUK MENGHENTAM KERAJAAN. INI YANG KITA BIMBANG. SEBABNYA SEMUA ORANG TAHU. ADAKAH DS NAJIB CUKUP BERSEDIA DAN CUKUP KUAT UNTUK MENANGKIS / MENEPIS / MENGIKIS ASAKAN-ASAKAN PEMBANGKANG, MALAH TUNTUTAN DIKALANGAN AHLI-AHLI PARTI KOMPONEN SENDIRI? INI YANG KITA BIMBANG!

    SI ANU PASTI GEMBIRA DENGAN DUDUKNYA DS NAJIB DI SITU KERANA SAYA PERCAYA SI ANU AKAN KERJAKAN DSN HINGGA TERDUDUK. WALLAHWALAM

  5. askm,
    TRH telah berjanji dgn Musa Hitam dia tak akan bertanding.”kebisingan” yg dibuatnya hanyalah tekanan saikologi utk najib dan dolah.

    itu janjinya.

    maklumat ini saya dpt dari sumber terdekat dgn Musa sendiri.

    semuga jadi kenyataan.

  6. Bro,

    Looks like this flip flop desease has spread to Tun. Bila marahkan Najib, alih sokongan untuk Muhyiddin dan Rais untuk number one, kendian last sekali mengikut pada Rockys bru Tengku Razaleigh pula.

    Sekarang pusing balik sokong Najib pula…..Ke*ing jual botol yg kaki pusing pun boleh pusing kepala tengok Tun ni.

    My respect for him has eroded for a bit….and please, don’t even attempt to spin it his way because we read the blogs and msm and can judge fairly. I’d like to maintain my respect for you for not belittling the strength of our minds.

    Thank you.

    No, we won’t even attempt to spin the story.

    All along Tun Dr. Mahathir had been bent on DPM Najib. It was his influence that DPM Najib made it as the Deputy Prime Minister in the first place.

    This brief support for Tengku Razaleigh is about:

    1. Showing to others his frustration that DPM Najib was very lacklustre in his approach to correct situation and DPM Najib moved very slowly and was actually seen as playing into PM ‘Flip-Flop’ Abdullah’s game.

    2. Its about “reverse psychology”.

    The moment after the Cyberjaya house meeting, immediately DPM Najib was compelled to act and made his statement “I shall leave it to the Bahagian to decide on the Leadership” and stood strongly on it. Now we see the results.

    Just observe the consistency of Dato’ Mukhriz Mahathir wanting PM ‘Flip-Flop’ Abdullah to step down and DPM Najib to assume the helm and rein of the administration, of UMNO and the nation. It began with the media statement in Seberang Perai on 10 March 2008 and the infamous letter dated 12 March 2008.

    As far as I look at it, there is no ‘Flip-Flop’ness in what Tun Dr. Mahathir Mohamad did, in terms of wanting PM ‘Flip-Flop’ Abdullah be removed urgently as the President of UMNO and Prime Minister and a leader replace him. The objective is still and had always been the same. When in ‘The land of the blind, the one eyed person is the King’. Regardless who the ‘one eyed person is’, a ‘King’ have to be installed to lead the rest of ‘the blinds’.

    Today, DPM Najib no longer ought to be categorised as a ‘blind’ in the ‘Land of the blind’.

    Now that DPM Najib came to his senses and shown his ability to ‘lead the charge’, confidence on him has been restored. As per from day one.

  7. What a beautiful event Big Bro!!

  8. baguslah kalau macam tu…sementara Dr M maseh ada dekatilah ia dan hurmatilah ia belajar dari ilmu orang tua tua lebih baik dari menerima dari pakar PhD…Apa kata jambatan bengkok disambung semula…tak rugi kalau kita buat…rugi dan malu kalau kita batalkan terus…Apapun jalan terbaik ialah berbaik dengan Dr M kerana gulungan muda berpehak kepadanya…Percayalah

    globalmalau

  9. Politik kini menghalalkan semua. Sebenarnya rakyat masih mencari pemimpin yang sebenar.Berdoalah kita semoga pemimpin yang dipilih Allah menjadi pemimpin, bukan pilihan manusia. manusia sering tersilap. Pandangan mata menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu. pandangan hati itu hakiki kalau hati itu bersih.

  10. Bro,

    itu VI, no. ampat atau anam?

    Thanks. Rectified already

  11. Looks like any which way but lose for the Tun and the hell with the rest. Tengku Razaleigh gets played out yet again by the master puppeteer! He deserves it for thinking Tun is honest and sincere.

  12. Syabas, perjuangan Tun beroleh kejayaan.
    Ayahanda Tun seorang Pejuang sejati yg tidak mengenal kalah.
    Semoga parti keramat orang melayu ini kembali kuat dan tidak lagi dipelekeh oleh mereka yang mengambil kesempatan.
    Contoh seperti:
    1.Hindraf
    2.Majlis Peguam tayar buruk – mereka ini semuanya peguam pembohong.
    3.Zaid pintu belakang.
    4.Pemimpin bangun pagi & petang – nak jadi perdana menteri. Bak kata Datuk Nala, suruh dia naik perdana pusing satu Malaysia.

  13. MACAM DAH KATA KAT DIATAS, ADA YANG CONSTRUCTIVE ADA YANG A BIT MENYIMPANG DAN KURANG PEMAHAMAN. TAPI WALAU APA PUN MEMANG GEMBIRA KITA LIHAT SUASANA YANG BERLAKU DI MALAM TU.

    SUDAH LAMA TAK NAMPAK MUKA PURA PURA KEBANYAKAN PEMIMPIN UMNO. YANG ORANG GELAR “KODOMO LION” TU PUN NAMPAK HAPPY SANGAT TAPI ADA KESEDIHAN SEKALI SEKALA.

    TAPI RATA RATA HAPPY INI YANG KITA MAHU DENGAN KETENTERAMAN DALAM UMNO MAKA TUMPUAN UNTUK MENANGKIS MASAALAH EKONOMI DAN PENTADBIRAN NEGARA DAPAT DIFOKUSKAN. KALAU LAH ANWAR MATI ESOK MACAM YANG DIA CERITAKAN DULU DAN DAH NAMPAK KEMBALI PENYAKITNYA SEKARANG NI LAGI BAGUS. MUNGKIN MALAYSIA AKAN KEMBALI AMAN KOT.

  14. KEEP ON DREAMING UMNO!

    AND PLEASE KEEP YOUR ANTICS WITH YOU, WE DON’T NEED THE LIKES OF THAMBY CHIK, ISA SAMAD, MUHAMAD ‘MIKE’ TAIB, NAJIB, MUHYIDIN, DOLAH BADAWI, MAHATHIR ET AL IN THIS COUNTRY ANYMORE!

    OUR NATION IS HEADING TOWARDS A DISASTROUS FUTURE, WITH NAJIB HELMING IT. (AND CHEDET PLAYS WAYANG KULIT BEHIND IT).

    I KNOW WELL ENUFF U WON’T LISTEN TO ME, BUT PLIZ, WAKE UP PEOPLE!

    AND NO, ANWAR AIN’T AN ANGEL EITHER

  15. Seronok dia Pak Lah dah turun, selama ni susah dia nak kawal kerajaan dari jauh, Pak Lah bukan senang nak dikuda2kan oleh Mahathir. Sekarang sudah masuk proxy baru, senang hati dia.

  16. Your comparative discriptions of KJ and Mukhriz ,amat bertepatan. Anyway ,bro, pl ponder on what I’m trying to convey to all umno members. Don’t you all think that the ‘gestation period’ between the last day of the bahagian meetings and Umno General Assembly , is a bit too loooooong!

    It does not auger well for democracy in umno to strive!!
    With most of the players who are filthy rich contenders, don’t you think that 4 mths plus willturn umno into killing fields? As such in the next 6 mths, umno may not be able to focus on party’s reconsolidation efforts….all will be directed towards ways to go around buying the ‘perwakilan’. The perwakilan ,on the other hand, will be busy travelling , may be to collect ‘angpows’!!

    This is THE reality , bro. With understaffed Disciplinary board, I doubt very much they will be effective!!

    How to avoid this fenomena? Bring back the date of the Umno General Assembly to its original Dis 2008 . Umno grass root through the on-going divisional general meetings may be able to influence MT to re-visit its former decision to defer UGA to Mac 2009!! If MT really serious to thwart money politics, then his view should be taken into consideration!!!

    Boss,

    I totally agree with you!

  17. gambar gambar di atas amat menakutkan pembangkang.

  18. saya setju dengan pendapat globalmalau tentang jambatan bengkok di johor tu disambung semula..Dengan adanya jambatan tu, kehidupan orang asli nelayan di pesisiran pantai selat johor akan bertambah baik..marilah kita sama2 lihat sendiri kehidupan meraka ini..tak perlu jauh..letak diri kita, keluarga kita di tempat mereka..ADUHAI..Pada saya, tindakan Abdullah membatalkan projek itu, sama cuba membunuh kehidupan bumiputera ini..sayangnya Abdullah itu orang Islam, melayu pulak tu..

  19. […] Abdullah’s departure. Mukhriz was the first UMNO Youth Head aspirant to qualify. Tun Dr. Mahathir was honoured along with upcoming UMNO President Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak and aspirant UMNO Deputy […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: