Khairy calon ‘pedigree’ meleset menjadi ‘under dog’?

Hari ini merupakan seminggu setelah mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian bermula dan perlumbaan untuk pencalonan jawatan tertinggi, termasuk Ketua Pemuda UMNO Malaysia giat berjalan seluruh negara. Setakat ini, calon paling berprofil tinggi iaitu Naib Ketua Pemuda UMNO dan MP Rembau Khairy Jamaluddin hanya mampu berada ditempat kedua dalam proses pencalonan berbanding Exco Pemuda UMNO dan MP Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir.

Semenjak Khamis lepas, senario politik Pemuda UMNO peringkat Bahagian dikejutkan dengan pelbagai keputusan yang perwakilan peringkat Cawangan lakukan. Aspirasi akar umbi Pemuda UMNO ditafsirkan dalam pencalonan yang diberikan. Hari ini Khairy membuat kenyataan seolah olah beliau pasrah bahawa sebenarnya beliau adalah bukan calon favourite.

Utusan.com.my mempunyai laporan ini:

‘Saya calon underdog

Oleh ARSHAD KHAN


KUALA LUMPUR 15 Okt. – Calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) menganggap dirinya kini hanya seorang calon underdog atau calon bukan pilihan untuk merebut jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, berdasarkan perkembangan pencalonan semasa, semua pihak pastinya tahu siapa yang menjadi calon pilihan masa kini.

Khairy bagaimanapun, yakin beliau akan tetap melepasi kuota 39 pencalonan yang diperlukan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

“Insya-Allah saya yakin lepasi (kuota yang diperlukan),” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata, perkembangan mesyuarat Pemuda peringkat bahagian pada minggu ini akan menjadi penentu sama ada dirinya memperoleh pencalonan yang cukup atau tidak.

Khairy setakat ini sudah mendapat 20 pencalonan daripada pelbagai Pemuda bahagian di seluruh negara untuk jawatan itu.

Pencalonan tertinggi jawatan Ketua Pemuda UMNO kini berpihak kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir manakala calon lain, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menerima 12 pencalonan. Seorang lagi calon, Datuk Zahidi Zainul Abidin hanya menerima satu pencalonan.

Ditanya peluangnya untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda, Khairy berkata, ia sukar untuk diramal kerana perjalanan ke arah itu masih jauh.

Menurut Khairy, beliau tidak berputus asa walaupun pencalonan daripada Pemuda bahagian tidak memihak kepada dirinya.

“Apabila keadaan jadi macam ini, maka kita kena menyakinkan balik akar umbi, kena kerja lebih kuat lagi untuk mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan lain,” ujarnya.

*********************************************

Realitinya, Khairy dilihat selama ini dalam persada politik perdana sebagai sebaliknya. Sebagai seorang yang menerima begitu hebat sokongan media semasa mengumumkan bertanding jawatan bertaraf Naib Presiden Ramadhan lepas, beliau dipaparkan sebagai calon ‘pedigree‘ dan dilihat sebagai mendabik dada dengan keangkuhan.  Kesediaan beberapa Exco Pemuda UMNO untuk hadir memberikan sokongan moral semasa pengumuman di Rembau itu menunjukan Khairy sedang dalam tempo ber’gear’ tinggi. Namun begitu, reliatinya, ‘populariti’ dan penerimaan beliau diperingkat akar umbi Pemuda UMNO tidak sebagaimana diharapkan.

Terdapat usaha usaha beberapa kepimpinan peringkat Pemuda UMNO Bahagian yang cuba memanipulasikan proses untuk pencalonan, seperti yang berlaku di Kuala Selangor hujung minggu baru ini. Namun, aspirasi akar umbi untuk menentukan suara mereka, yang secara lantang berani mahu lakukan perubahan, didengar dan jadikan ketentuan Pemuda UMNO Bahagian.

Setakat ini, Mukhriz yang asalnya calon under dog sebenar berjaya meraih 40 pencalonan berbanding Khairy 20 dan Dato’ Seri Dr. Mohd. Khir Toyo 12. Kadar 4:2:1  ini jelas memberi gambaran bagaimana calon yang benar benar menawarkan kemampuan untuk memimpin lebih diterima berbanding dengan calon yang berprofil tinggi dan sering mendapat perhatian.

Tidak dapat tidak, kedudukan Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO (yang berjaya meriah kedudukan ini pada Ogos 2004 tanpa pencalonan – satu aura seorang menantu Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bukan atas kemampuan sendiri) makin jelas terserlah apabila Pemuda UMNO peringkat Bahagian membuat perkiraan masing masing atas hala tuju UMNO. Akar umbi Pemuda UMNO makin matang membuat perkiraan survival UMNO terletak atas bahu dan keputusan yang mereka buat sekarang.

Aura Khairy sebagai anak didikan Oxford, penglibatan sebagai tokoh korporat muda, peranan projek sosial besar dan menerima perhatian media yang begitu intensif seperti ‘MyTeam’ dan sokongan dan liputan media mengenai gaya hidup dan aktiviti seharian dan kelompok memang meletakan beliau sebagai seorang ‘pedigree‘. Walaubagaimanapun, kedudukan ‘Budak Tingkat Empat’ memberi pengaruh kepada keputusan yang dibuat PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dikaitkan amat rapat dengan Khairy. Malah, empat tahun setengah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah memerintah berkait dan sinonim dengan Khairy Jamaluddin.

Semoga momentum “berani berubah” yang Pemuda UMNO peringkat Bahagian tunjukan seminggu ini diteruskan dan memberikan gambaran aspirasi sebenar pembezaan ‘antara kaca dan permata’ atau dalam Bahasa Inggerisnya (dalam konteks pengunaan terma ‘under dog‘), ‘between a pedigree and pariah‘.

Published in: on October 16, 2008 at 07:52  Comments (21)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/10/16/khairy-calon-premier-meleset-menjadi-under-dog/trackback/

RSS feed for comments on this post.

21 CommentsLeave a comment

  1. Tersenyum saja nengok paper hari ini khairi baru sedar siapa diriku…baru tahu ker orang tak ndak…sememang nya pemuda malaysia sangat matang memilih seorang pemimpin…hari ini tentu ada pencalonan simpati kerana kesian…

    Biarlah dia bersendiwara dalam utusan malaysia dan berita harian kerana paper inilah yang membantunya sungguh2 tempohari…sekarang apa dah jadi …kan ku katakan biarlah dia tenggelam dengan sendirinya…yang heran nya Kubang Pasu diam diri jer bila Mukhriz mendapat sokongan…

    globalamalau:

  2. […] –bigdogdotcom.wordpress.com Maklumat ini telah diterbitkan pada Thursday, October 16th, 2008 dalam kategori berita utama. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda. « Krisis ekonomi global tanda gagal sistem kapitalis […]

  3. Dalam senyum, saya tertanya-tanya dari mana asalnya perkataan “underdog”. Anjing lumba yang tidak diharap menang? Sekadar pace-maker untuk menentu rentak awal? Kalender ‘kuda’ sudah makin kurang sekarang untuk mengingatkan tentang istilah perjudian.

    Ya, nasib tidak sepenuh-penuhnya macam judi. Stake Khairy adalah tinggi! Ramai akan longgok semua taruhan untuk beliau kalah.

  4. Setiap calon yang bertanding dalam pencalonan Ketua Pemuda ada kelebihan dan ada kekurangan. Masing-masing ada penyokong kuat dan ada musuh. Biasa lah tu. Nama pun politik…

  5. memanglah calon “under dog”. Calon kat bawah,…anjing!

  6. KJ calon underdog?.sudah terbalik pula.sebelum ini Mukhriz lah yang menjadi underdog.

    jika KJ kalah sekalipun dia tidak perlu bimbang.usia dia masih muda (jika dikira dalam dunia politik) dan masih ada banyak lagi peluang.jangan risau.kalah sekali bukan kalah selamanya.

  7. masih syawal, salam hariraya BD.

    antara mukhriz dan khairi, calon yang banyak liabiliti pada parti (persepsi + fakta) ialah khairi. jika pemuda mahu pilihannya ‘membina’ parti, dalam kes ini tidak ada sebab untuk tidak memilih mukhriz.

    Selamat Hari Raya to you too

  8. Untuk apa berpolitik? Untuk apa begitu sangat berebut jawatan dan kerusi? Semuanya kerana wang dan kuasa cuma slogannya ialah untuk berbakti kepada bangsa, ugama dan negara.. Dan bagi yang sudah berharta dan berkuasa, perjuangan mereka cuma lebih kepada tamak haloba dan mengekalkan kuasa. Bagi mereka yang sudah berada di atas dan merasa berkuasa begitu liat untuk turun hingga terpaksa dijolok dan dilondehkan, itupun masih mencari simpati dan meraba peluang kalau kalau dapat bertakhta sampai mampuih.

    Politik melayu percaya, hanya dengan kuasa politik mereka boleh berjaya dan kaya, ekonomi diratah melalui politik dan bukannya melalui usaha dan kegiatan ekonomi itu sendiri.

    Ia berbeza dengan orang cina yang hanya memerlukan sedikit kuasa politik untuk mengambil peluang awal dan kemudiannya menjalankan aktiviti ekonomi itu sendiri menjadi empayar dan terlalu kecil sangat selepas itu untuk bergantung kepada politik, malah lebih suka menjadi penyumbang kepada dana politik untuk kekal berpeluang.

    Samada overdog atau underdog, mereka tetap anjing.

  9. Jika Chamil ada cerpen kontroversi Politik YB J, a voice pun ada cerpen … Wahyu Buat YB K.

    Sila mampir …

  10. Tempoh “bulan madu” KJ dah berlalu. Baru dia tahu bagaimana bertanding di-padang yang rata. Dulu Hishamudin tarik dia naik atas kerana Pak Lah mahu menantu nya cepat bertapak. Kali ini dia terpaksa terkapai2 macam orang minta sedekah menagih undi. Padan dengan muka dia…ahli UMNO masih pandai menilai yang mana kaca yang mana permata. KJ hanyalah pasir sebenar nya.

  11. Daripada Mukhriz lebih baik KJ. Dah taknak dah ada pengaruh Mahathir dalam UMNO, tak habis2 buat kacau, menggangu proses politik je.

  12. Sehingga kini, undi yang dibuat di peringkat bahagian hanya dikira untuk pencalonan semata-mata dan calon-calon yang layak bertanding perlu menjalani pengundian sekali lagi oleh perwakilan yang terpilih ke Perhimpunan Agung. Persoalannya, adakah undi yang dibuat oleh beberapa kerat perwakilan ke Perhimpunan Agung itu lebih mewakili suara akar umbi berbanding dengan undi yang diputuskan pada peringkat bahagian itu sendiri. Sekiranya UMNO benar-benar serius mahu membanteras politik wang serta menghidupkan sepenuhnya demokrasi dalam parti dengan membukakan peluang kepada akar umbi membuat pilihan, maka permulaan yang praktikal ialah dengan mengambilkira suara peringkat bahagian sebagai suara mutlak untuk menentukan mereka yang terpilih ke jawatan tertinggi parti. Ini sejajar dengan cadangan TS Muhyiddin yang menyatakan bahawa pemilihan jawatan dalam UMNO hendaklah melibatkan setiap ahli UMNO secara terus dan bukan melalui perwakilan. Bukanlah sesuatu yang sukar difahami bahawa pengundian oleh perwakilan di Perhimpunan Agung hanya meningkatkan risiko berlakunya politik wang oleh calon-calon yang layak bertanding dengan cara membeli undi. Dengan yang demikian, suara akar umbi yang dilaungkan di peringkat bahagian akan menjadi sia-sia kerana penentuannya dimuktamadkan oleh beberapa kerat perwakilan ke Perhimpunan Agung.
    UMNO perlu berubah dengan cepat dan salah satu aspek yang harus diberikan perhatian utama ialah dari segi amalan pemilihan. Jika UMNO masih mahu meneruskan amalan sebagaimana yang dilakukan selama ini, fahamlah kita bahawa suara menuntut perubahan di dalam UMNO hanyalah retorika yang didodoikan untuk membangkitkan harapan tetapi tidak akan kesampaian sehingga bila-bila. Sekiranya yang “berani berubah” itu terpilih kelak, beliaulah yang seharusnya memikul tanggung jawab utama untuk mengubah aspek yang penting ini.

  13. Dear Big Bro,

    Saya amat takut sekiranya Khairy mendapat jumlah pencalonan yang cukup untuk bertanding. Pada masa sekarang, apa yang berlaku adalah suara dari akar umbi yang tidak mahu bertuankan Khairy Jamaludin. Sekiranya Khairy mendapat pencalonan yang cukup, beliau mempunyai cukup wang dan kuasa untuk mempengaruhi wakil perwakilan yang akan mengundi di dalam perhimpunan UMNO Mac kelak. Pada waktu itu, tidak mustahil Datuk Mukhriz yang mendapat pencalonan yang lebih tinggi akan kalah. Saya berdoa Khairy tidak cukup percalonan untuk bertanding. Berdoalah!!!

  14. Di dalam politik, hukum rimba kadang2 akan lebih menang jika dirancang dengan teliti mengalahkan kebenaran tanpa perancangan, usaha dan membuta tuli.

    Justru itu adalah lebih praktikal undian ke atas pencalonan dan pemilihan MT dan jawatan yang lebih tinggi dibuat dengan mengambilkira jumlah undi sebenar yang dibuat oleh perwakilan cawangan di mesyuarat bahagian ( Pilihanraya Parti ). Undian dibuat secara ‘kertas undi’ dan dikumpulkan/dicampur dari satu bahagian ke bahagian yang lain sehingga selesai. Mana mana calon yang mendapat jumlah undi terbanyak dikira menangi secara mutlak jawatan tersebut. Dalam hal ini tidak timbul soal kuota kerana semua layak dicalon dan bertanding hatta akhirnya calon itu sendiripun tidak memilih dirinya sendiri.

    Perhimpunan Agung UMNO Malaysia pula hanyalah satu mesyuarat yang hanya mengesahkan pemilihan tersebut dan seterusnya menjadi tempat berbahas dan memperbaharui polisi parti dan seterusnya menjadi dasar kerajaan selepas dihalusi.

    Jika ini dipraktiskan, ia akan meminimakan politik wang dan memaksimakan suara akar umbi. Pemilihan cara ini wajar dijadikan ‘wajib’ secara undang undang kepada semua parti politik termasuk pembangkang supaya pemilihan benar benar telus tanpa peralihan kuasa gila dan kronis.

  15. Pencalonan yang paling berharga ialah yang ke 39. Semua Pemuda Bahagian menunggu untuk membuat pencalonan itu kerana habuannya adalah paling besar. Pandai betul Pemuda Bahagian bermain politik.

  16. Kenapa pulak tak mahu Mukhriz. Sekurang kurangnya faktor Mahathirisme akan masuk balik. Banyak Mahathirsme sebenarnya, tetapi kebanyakan adalah suara majoriti senyap. Orang orang inilah yang telah memangkah pembangkah untuk menunjukkan tidak puas hati pada kerajaan Pak Lah. Ini kerana kerajaan Pak Lah sendiri yang telah meminggirkan Tun. Kalau masih samar samar, lihat saja blog Tun. Hampir 9 juta pengunjung dalam tempah 6 bulan. Itu saja sudah menunjukkan bahawa strategi meminggirkan Mahatrisma adalah salah.

    Bagi saya Mahatrisma bermakna berani, cekal, tidak berputus asa, cerdik, berwawasan, mampu memikir luar dari kotak, disiplin, bijak, mampu mentadbir, moden, pro aktif, mengawal keadaan sekeliling dan dan lain lain.

    Walaupun ada faktor negatif tetapi ianya boleh di lihat dari bentuk pro dan kontra. Negatif bagi sebilangan orang tetapi positif bagi orang yang lain.

    Bagaimanapun, kita patut berterima kasih pada Pak Lah kerana disebabkan kelemahan beliaulah orang Melayu berpendidikan yang selama ini senyap telah mula bangun untuk berjuang. Saya umpanmanya yang tidak pernah mengambil tahu hal politik sekarang ini mula membaca blog . Alhamdullillah . Fikiran saya makin jelas dengan semangat Mahatrisme yang ada selama ini yang telah terpendam. Banyak pelajar luar negara sekarang ini bencikan Anwar dan Pak Lah tetapi tetap akan bersama kerajaan BN. Tunggu era Pak Lah berakhir terasa sungguh lama.

    Sekian pendapat saya yang tidak seberapa ini

    Selamat Hari Raya

  17. Bro Biggy, tak reti omputeh la, underdog tu apa? Kalau ikut direct translation bawah anjing ke?

    Sejak bila pulak Khairy dok bawah anjing, kot-kot dah rasa tak mampu berlindung bawah pak mentua sebab si Dollah pun dah nak belah, so KJ duduk sana anjing punya bawah.

  18. Salam Perkenalan,

    Marilah kita bersama-sama berusaha menjernihkan kembali pemikiran rakyat terhadap UMNO. Semoga Allah s.w.t. memberi kita kekuatan menempuh segala dugaan mendatang.

    “Memperkasa Generasi Baru”

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

  19. Tak sabo lak nak tunggu 8 November neh…~

    Tgk budak tuh… tegolek dog ke idak…~

    Harap2 baki yg ada tuk pencalonan ke DKT…~

  20. […] ini gaya dan sikap seorang yang  pernah dianggap sebagai ‘pemimpin pedigree’ dan beraspirasi untuk memimpin Pemuda UMNO Malaysia, yang dilihat sebagai masa depan untuk […]

  21. artikel bagus 🙂
    ijin menyimak dan mengkopi ya 😀


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: