Rekod 22 tahun Tun Dr. Mahathir melayakan kritikan keatas UMNO dan halatuju

Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan keras membidas Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad, akibat kritikan dan nasihat ikhlas yang perdana menteri Malaysia ke IV itu buat, terutama sebagai pra-pencalonan kepada pemilihan UMNO, yang ditangguhkan ke Mac 2009.

Utusan Malaysia membuat laporan ini dimuka hadapan:

PM bidas Mahathir

KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.

Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.

“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik…orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.

“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

“Inikah “reform” yang diharapkan…Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.

“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik…Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding… tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.

Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.

“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.

Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.

“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?

Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.

– Bernama

<!–[if gte vml 1]> <![endif]–><!–[if !vml]–>http://utusan.com.my/utusan/design1_files/main_story_gradient_bottom.jpg<!–[endif]–>

Persoalan samada wajar atau tidak Tun Dr. Mahathir membuat teguran dan kenyataan tertentu mengenai pra-pencalonan pemimpin yang berhasrat menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti tidak sepatutnya timbul. Jika diperhalusi, pengalaman mendalam dan teliti beliau memimpin dan membangunkan parti selama lebih 22 tahun wajar menjadi sandaran untuk apa apa pertimbangan strategik terutama bila bercakap mengenai memilih pemimpin. Ikhtibar UMNO tersalah memilih Kepimpinan tidak wajar diulang lagi.

Mereka yang hari ini, menawarkan diri untuk jawatan utama, termasuk Timbalan Presiden merupakan pemimpin yang membangun dari zaman kepimpinan Tun Dr. Mahathir lagi. Perkembangan mereka, dari peringkat bawah sehingga diberikan ‘peluang pertama’ (first big break) dalam politik dan kedudukan mereka hari ini, berkait rapat dengan Tun Dr. Mahathir. Oleh itu, sebagai ‘pembangun’ mereka, pandangan Tun Dr. Mahathir begitu berharga bagi ahli akar umbi UMNO tentukan antara pemimpin UMNO, mana kaca dan yang mana permata.

Dalam 22 tahun beliau memimpin UMNO dan negara, terlalu banyak episod ‘naik-turun’ (roller coaster) yang beliau tempuh. Yang nyatanya, semasa beliau bersara pada 31 Oktober 2003, UMNO diletakan dalam keadaan begitu kukuh, kedudukan kewangan yang amat baik dan persada politik yang begitu tinggi. Keadaan ini yang membolehkan BN menang besar dan mencapai rekod dalam Pilihanraya Umum ke XI 21 Mac 2004. Namun begitu, dalam tempoh singkat empat tahun sahaja BN juga mencapai rekod paling buruk kalah di 5 + 1 negeri pada Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008 dan UMNO gagal meletakan Menteri Besar pilihan di dua negeri.

Formula kejayaan 22 tahun UMNO dan negara membangun dan maju terletak dalam minda dan sanubari Negarawan berusia 83 tahun itu. Oleh demikian, dalam apa jua keadaan sekalipun, pandangan dan kritikan beliau amatlah berharga untuk menentukan UMNO dan negara maju kearah yang betul.

Hari ini, amat penting UMNO diletakan kelandasan yang betul, untuk kesinambungan penerimaan dan sokongan kepada parti nasionalis yang begitu signifikan mencorakan negara sehingga saat ini. Lebih lebih lagi, persepsi golongan generasi muda dan pelapis keatas UMNO perlu diperbetulkan. Oleh demikian, susunan calon calon yang wajar ahli akar umbi UMNO tentukan sebagai pemimpin mereka perlu diperhalusi dengan teliti. Inilah peranan dimana pemikiran seorang yang begitu berpengalaman mentadbir, mengurus dan membangunkan parti dan negara wajar diambil kira secara serious dan sebaliknya bukan dibidas.

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah samada sengaja atau tidak, gagal memahami sebab kenapa ahli UMNO seumur hidup No. 0000001 satu mengambil keputusan untuk keluar bersyarat dari UMNO pada Mei 2008 lepas. Namun begitu, Tun Dr. Mahathir tidak segan silu menegaskan bahawa saat PM ‘Flip-Flop’ Abdullah tidak lagi menjadi Presiden UMNO, beliau akan memohon semula menyertai parti itu.

UMNO perlu dilihat sebagai “berani berubah” dan tidak mewarisi legasi seorang pemimpin yang hampir membawa UMNO kepada keadaan bankrap. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah merupakan Presiden UMNO yang wajar direkod dalam sejarah sebagai Kepimpinan yang paling meninggakan kesan negatif kepada parti. Oleh demikian, mereka yang dilihat sebagai berpotensi untuk menyambung legasi negatif dan kehancuran keatas UMNO wajar tidak diberikan peluang lagi untuk memimpin UMNO. Masa inilah peranan pandangan dan kritikan Tun Dr. Mahathir yang paling berharga sekali, tatkala UMNO berada dipersimpangan yang paling getir dalam sejarah 62 tahun mewakili aspirasi orang Melayu.

Peranan media perdana membawa mesej sebenar dan konteks yang jelas dan tepat apa apa pandangan, kenyataan, kritikan dan cadangan Tun Dr. Mahathir sebenarnya amat penting dalam memberikan perspektif jelas keadaan. Sering kali, ianya di’putar belit’kan (spin) untuk memberikan gambaran yang terpesong dan merupakan sesuatu yang buruk kepada UMNO, walhal sebenarnya ia merupakan sesuatu yang wajar menjadi asset berharga untuk dipertimbangkan.

Dalam pada itu, soal Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin, yang juga calon favourite Timbalan Presiden membuat kenyataan untuk mempercepatkan proses ‘Peralihan Kuasa’ dan/atau PM ‘Flip-Flop’ Abdullah wajar berundur seberapa segera sebenarnya tidak patut timbul. Ini kerana kenyataan sebenar Tan Sri Muhyiddin (bukan sebagaimana dispin Riong Kali) ialah proses menangguhkan pemilihan dari Disember 2008 kepada Mac 2009 merupakan tempoh yang lama dan macam macam boleh berlaku. Ini termasuk gejala politik wang, fitnah-memfitnah dan proses memperkudakan emosi sehingga akan timbul keadaan dimana “Marahkan nyamuk, kelambu dibakar”.

Pandangan Tun Dr. Mahathir and Tan Sri Muhyiddin memang kena pada tempatnya. Ahli UMNO, terutama akar umbi wajar membuat proses pemikiran strategik (strategik thinking) sekarang, kerana apa pun yang UMNO putuskan hari ini, akan meninggalkan kesan yang mungkin payah diperbetulkan  (irreversable) dimasa akan datang. Ahli UMNO kini hanya ada satu peluang sahaja lagi untuk membetulkan apa yang PM ‘Flip-Flop’ Abdullah jahanamkan dalam tempoh begitu singkat, samada secara sengaja dan terancang atau tidak.

 

TEPUK DADA, TANYA SELERA

Published in: on October 19, 2008 at 08:10  Comments (37)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/10/19/rekod-22-tahun-tun-dr-mahathir-melayakan-kritikan-keatas-umno-dan-halatuju/trackback/

RSS feed for comments on this post.

37 CommentsLeave a comment

  1. Big Dog,
    Tun’s record speaks for itself. Never mind Dollah. What has he really done for us Malays and the country. Except making corridors for what???? for the good of the nation or his political meaneuveuring after the 2004 elections which he prided himself and projected himself to be a great man, which, we know that he is not. ‘Dia tak ada baca punya orang’ and he does listen to other reliable persons except his SIL and family. Is this the kind of leader that we need? Has Malaysia gained anything really good from his leadership. Put on a scale, it leads to losses and disasters. Lay it down one by one his achievements which we Malaysians can reconised and be proud of, sorry to say none. It’s all self-professed. It’s all about himself, SIL and family and no others. Let him bark all he wants, for we know what we know of him, a filp-flopper; and anyway a would be PENSIONER. Now where did I hear that from

  2. Paklah and the gang masih tidak faham ‘bottom-line’ result yg rakyat mahu.Rakyat tidak mahu sendiwara, rakyat tidak mahu koridor kosong.Kuasa executive yg ada sepatut nya digunakan utk kemakmuran ekonomi dan keselamatan rakyat.Dinamakan’Kuasa’ kerana Pak Lah adalah’decision maker’.Apa nak dirisau TDM/Muhyiddin Yasin sedangkan mereka ini bukan decision maker.Paklah gagal memgunakan kuasa sebaiknya utk kemakmuran Malaysia.Kebankitan kemarahan rakyat ditranslatekan dalam PRU12.Kerisauan ini disuarakan oleh TDM, Muhyiddin dan ramai lagi.Adakah Pak Lah masih bermimpi ?

  3. saya pantang dicabar, lepas tu tidur

    Mr Nice Guy dan Mr Clean hanya satu gimmick

    sifat berdendam terserlah

    fikiran yang sempit dan cetek jelas terbukti

    berterima kasih dan mengenang budi langsung tiada

    reform tak nampak dlm 5 tahun tapi bersungguh nak capai dlm 5 bulan

    niat Tun Dr M hanya untuk kebaikan negara yg tercinta bukan untuk mengambil kuasa

    ketika Tun nak pencen ramai yg nangis tapi AAB di halau keluar, masih tak sedar

    peralihan kuasa bukan democratik, ini salah guna kuasa, bukan pilihan akar umbi

  4. Apa yang jelas UMNO memilih pemimpin yang tak ada kebolehan memimpin…Hari ini terserlah kata kata dari seorang pemimpin yang kecewa kerana tidak ada sokongan…Malaysia hari ini seolah olah tiada perdana Menteri lagi…hanya yang ada Penghulu kampung yang nak pencen…

    globalmalau

  5. Member frust bro.

    Menantu dah tertinggal jauh.

    Duit tak terbeli. Main kasar orang melawan. Wahyu orang tak mahu beriman dengan imam hadhari.

    Nogori tak kasi lagi ….

    Bayangkan sedutan dari CERPEN: Wahyu Buat YB K

    “… Takut kena balik. Takut kena balik. Takut kena balik.”

    Beulang-ulang kata-kata akhir Dalit bergema dalam kepala YB K.

    Tiba-tiba YB K sedar dirinya sedang dalam Mesyaurat Pemuda Rembau sedang bersidang. Seorang hadhirin bangun membuat usul mencalunkan Mokhlis. Lalu YB K bangun dan menjerit menahan pencalunan itu. “Saya belum dapat satu pencalunan dari Negeri Sembilan. Jangan malukan saya. Usul itu tidak dibenarkan!”

    Dengan tiba-tiba seorang perwakilan berlari ke arahnya. Dia hanya kaku melihat sebilah keris datang menikamnya. Dengan badannya berlumur darah, dia mendengar seluruh dewan bersorak-sorak … Hidup Melayu! Bunuh Pengkhianat!

    YB K terkejut dari mimpi. Mengigil sejuk badanya. Peluh sejuk mengalir dari dahinya.

    Dengan keadaan panik dia gugah kejut isterinya yang tidor sebelah babycot Mikael sambil menjerit-jerit menangis, “Pindah Perth besok sayang. Mari kita pindah Perth besok sayang …!!!”

    … Tak dapek dari pencalunan dari Rombau nanti … hehehe

    P/S Dewan Mesyaurat Pemuda Rembau mesti check jangan ada keris!

  6. Tajuk yang sesuai mungkin bukan “Dolah Bidas TDM’ tetapi lebih tepat kepada “Dolah Pedas Nasihat TDM’..

    Baran dan kemarahan yang cuba diselindung selama ini sampai ke klimak, teruja dengan saolan wartawan, Dolah hemburkan tanpa usul periksa terutama kenyataan Muhyiddin yang disalahtafsir oleh Dolah sendiri, jelas Dolah hanya dengar cakap cakap anak menantu dan doktor spinnya sedangkan dalam kes ini Muhyiddin perlu dipanggil untuk mendapatkan penjelasan atau meminta wartawan bertanya semula penjelasan dari Muhyiddin.

    Teguran TDM sebenarnya lebih fokus kepada persaolan kenapa Dolah perlu pegang jawatan PM selepas tidak menawarkan diri untuk jawatan Presiden UMNO dan apa yang dia mampu buat sebulan dua sedangkan 5 tahun berlalu penuh dengan kegagalan dan kritikan terburuk dari rakyat.

    Dolah harus sedar dan perlu berlagak sedar bahawa dia sentiasa dicemuh rakyat dan kepimpinannya ditolak oleh akar umbi UMNO, kadangkala lucu, kadangkala sedih, Dolah tidak sedar dia sudah ditolak tetapi berlagak hemoi macam orang suka sangat dekat dia.

    Apapun pesan Nik Aziz ( yang sedang berangan dan kemaruk kuasa nak tubuh kerajaan melalui pintu belakang ) yang sedang nak jatuh dan gugur janganlah dijolok sangat. Sampai masanya , gugurlah dia.

  7. Sebelum ini Abdullah telah dikritik oleh Mahathir dengan begitu teruk, tetapi dia “mendiamkan diri sahaja”. Sekarang dia bersuara, membidas Mahathir.Mengapa?

    Faktor yang terpenting saya kira tidak lain daripada pertandingan antara Mukhriz dan Hairy sebagai Ketua Pemuda UMNO, di mana dari segi pencalonan Mikhriz telah jauh mengatasi Hairy. Abdullah tentu sangat kecewa, jika selepas dia meninggalkan kerusi PM, menantunya pula tidak dapat menjadi Ketua Pemuda UMNO.

    Ini ada kaitannya dengan kenyataan Abdullah, bahawa Mahathir telah membuat kenyataan supaya perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah”.

  8. Pak lah mahu orang2 kuat dia stay saperti kj dll.Aku rasa dia sedang cari alasan untuk berpaut pada jawatan dia sekarang dirancang oleh orang2 kuat dia.Dulu pun Tun kritik dia kenapa diam.Mesti ada apa2!Ingat rakyat bodoh!

  9. Orang2 Pak Lah ini terbukti sokong bawa rebah.Maka aku setuju orang2 ini diketepikan.Kalau mereka masih didalam pasti akan jadi mahluk perosak.Ini akan jadi kesilapan DSNAJIB terbesar.Demi Malaysia jangan lakukan kesilapan buat kedua kalinya.Ketika BN kehilangan 5 negeri,Pak Lah telah pun menjadi sejarah lampau.Sekian.

  10. sabaq wak dollah…..jangan marah2 sgt…satgi kena sakit jantung plak…hehehe….imam besar hadhari dh ilang sabaq dh ka? ish ish ish…..

  11. Salam BIGGY,

    “USIR KELUAR ORANG PAK LAH”

    Cukup pedas dan amat hina buat Dollah. Persoalannya, kenapa Dollah dihina sedemikian rupa? Jawapan yang saya nak kasi tahu sama Dollah, TEPUK DAHI TANYA KHAIRY.

    Dollah semakin tidak boleh terima hakikat sebenar. Kalau sekadar cakap-cakap pasal bencinya rakyat pada dia, mungkin Dollah tak percaya. Tapi kini Dollah dapat lihat sendiri dalam pencalonan pemuda, menantu kesayangan rupanya bukan pilihan.

    Dollah makin tersepit, Khairy makin desperate, mamak Reezal dah tak larat nak berbelit. Mungkin juga dalam tempoh lima bulan ini Dollah dan Khairy boleh merancang sesuatu yang di luar dugaan demi menyelamatkan maruah keluarganya, COMBINE FORCES WITH ANWAR.

    Wassalam.

  12. kepala hotak Pak Lah. 2004 org bagi menang kerana ingin membalas budi jasa Tun M.
    Punca negara dan ekonomi Malaysia jatuh dan UMNO lemah hayalah kerana Pak Lah.
    Ini lah dia org tua tak sedar diri. Kecik dulu tak nak mampos. Dah besar nyusah kan negara!

  13. Sudah terang dan nyata, Tun M ada masih ‘oomph’ untuk menakutkan Dollah. Ahli UMNOI sendiri masih merujuk kepada Tun M dan itu bukti Dollah tak layak lama sebagai Presiden UMNOP dan PM.

    Dollah ni pun suka melompat tak tentu fasal. Memprcepatkan pemilihan jawatan bukan mempercepatkan dia turun. Kalau dipercepat pemilihan pada Disember, dengan ehsan Presiden baru, Dollah boleh diberi laluan jadi PM boneka hingga Mac 2009.

    Bgaimanapun TS Muhydiddin kena berhati-hati keran walaupun akar umbi di peringkat cawangan mencalonkan dia sbg Timbalan Presiden dengan pencalonan yang banyak, bila tiba Perhimpunan UMNO di PWTC, hanya ada 1300 undi sahaja yang jadi penentu.

    1300 perwakilan ini boleh jadi hantu duit dan dan macam-macam boleh jadi.

    Cara pemilihan UMNO ini sebenarnya boleh dimanipulasi dan tidak mencerminkan apa yang diminta oleh akar umbi.

  14. Fully agree with your assessment.

    Pak Lah never mentioned anything specific, just venting his frustration on TDM. Full of sweeping statements.

    Pah Lah would forever remembered as someone who failed just because he never took an opportunity to seek necessary feedback and advise from TDM.

    http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

  15. BD,

    Kenapa dollah tak pernah membidas Khairy danbudak tingkat 4 kerana mencampuri dan mengarah hala tuju pentadbiran negara sebelum ini.

    Nasi dah jadi bubur lah Dollah

  16. Harapan untuk menaikkan imej menantu untuk dijadikan pengganti tidak sperti yg dollah harapkan dan ini yg menyebabkan bliau bersikap seperti kebudak2kan…~

    Dengan ini dan atas byk sebab2 lain, dollah tidak layak diberikan gelaran ‘Tun’ setelah melepaskan jawatan sbagai PM kelak…~

  17. komen yg paling bodoh daripada berpuluh2 komen bodoh yg dikeluarkan oleh Pak Lah!

  18. Bagi peluang pak lah melepaskan geramnya…disitu kita dapat lihat apa yang tersirat…
    apa yang betul …apa yang lemah…yang pasti pak lah tak tahu nak ekses laman seperti kita ekses…Pak Lah lemah dalam bab ini…sebab tu dia diam ja…Pak lah tak tahu bloggger bertalu talu mengutuk nya…sebab nya pak lah tak paham tentang baba bab ini…semua orang kena bantu baru boleh ekses…berbeza dengan Dr m…

  19. Seharusnya beri peluang kepada Pak Lah untuk mentadbir negara ini sehinggalah ke saat beliau melepaskan jawatan nya sebagai presiden UMNO pada Mac 2009. Kita tidak harus mempersoalkan lagi peralihan kuasa ini. Kalau semua hendak salahkan Pak Lah, jadi Siapakah Yang Kena Sekarang? Sekarang semua hendak tuding jari. Tetapi anda semua tidak tahu, bahawa pergolakkan ini, kalau tidak dibendung, ia akan menjadi senjata kuat pembangkang. Cuba kita semua bersabar, biar perkara yang berlalu dijadikan kenangan sahaja. Marilah mulakan tranformasi tanpa pergolakan yang serius.

  20. Hi Big Bro,

    Saya rasa kita tidak payahlah mengambil berat orang yang dah nek pencen ni. Masa jadi Boss pun orang tak hormat, apatah lagi orang yang nak pencen. Kalau Tun dulu yang banyak berjasa, orang dalam kabinet tak mendengar cakapnya selepas beliau bersara. Kalau Pak Lah pencen nanti, dia, anak dan menantunya sudah pasti kena lanyak. Buang masa cakap pasal orang tua flip flop ni.

    Salam.

  21. Erti Kemerdekaan ~ Dr Mahathir Mohamad

    Dan jatuhnya hanya beberapa hari
    lalu terbelenggu 400 tahun
    suatu tempoh yang amat payah dan panjang
    pengabdian dan kehilangan yakin diri
    43 tahun kita berdiri menebus maruah
    merdeka mentafsir diri sendiri dan bangga pada apa yang ada
    masih mahukan harga itu diperjudikan?

    Kita tidak akan mempertaruhkan nasib itu
    di tangan kita masih panas
    keringat, tulang belulang dan tenaga fikir
    menghayun langkah membina wawasan
    waspada harimau di matahari terbenam
    tidak akan hilang belangnya
    mengisytiharkan dirinya yam tuan tunggal sejagat
    yang lemah longlai
    yang gagah gergasi
    akan meruntuhkan segala sempadan rimba
    atas nama membina perkampungan dunia
    mahukah kita biarkan
    mereka menginjak-injak dan menghancurkan taman kecil permai ini?

    Rimba tanpa sempadan
    atas nama “kebaikan” menyelinap menusuk matafikir
    hidupan dunia ketiga terpaku takjub dengan slogan
    ‘kasih alam
    ketelusan hukum
    keadilan timbangan
    kesatuan warga dunia
    kebebasan mutlak’
    lalu beraraklah anak-anak bumi ini meraikan kesatuan alam
    dengan sorak sorai
    ‘runtuhkan sempadan!
    runtuhkan sempadan!
    runtuhkan korupsi
    runtuhkan kolisi’

    dan di belakang mereka tidak melihat
    bayang-bayang belenggu halimunan
    yang lebih ganas daripada segala yang ganas
    kita pun akan kehilangan harga dan erti diri
    mengapa diundang mereka
    dan mereka tiba-tiba berada di depan pintu rumah kita?
    Kita telah bangun dengan segala kepayahan
    membuka belantara dan mempertahankan warisan
    kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri
    merdeka kita dengan fikiran
    dan kita pertahankannya dengan fikiran
    dunia sudah melihat kita
    dunia sudah menghormati kita
    Timur dan Selatan mengharapkan kita
    mereka datang berbondong-bondong mencari bumi ini
    perlindungan dan erti hidup
    mengapa kita sendiri masih belum mahu melihat
    dengan tangan masih terbelenggu ke belakang
    dan hanya sesekali menjulangnya
    mengikut rentak genderang dunia matahari terbenam?
    Bijak pandai pernah berpesan
    ‘mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka didera
    dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali’
    sejarah mengajar kita betapa kukuh sesuatu bangsa
    akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang
    mengapa kita mula halalkan sejarah hitam berulang?

    Nasib kita genggam
    dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan
    kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
    kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang
    maruah bangsa kita julang ke mercu alam
    kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
    di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
    di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
    dan bukan alat peperangan
    dunia belajar erti merdeka sejati
    mempelajari dan menerima segala perbezaan
    merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuasa

    Di sini kita yakin segalanya boleh
    Di sini kita yakin segalanya boleh
    Itulah erti kemerdekaan

    Perjuangan ini mesti diteruskan.

    ~ Tun Mahathir Mohamad

    (a food for thought, kid jerlun)

  22. Hi Big-D!

    Discovered your blog just now. I like it. Looking forward to your next post. Y’know, reading your profile was like reading my own. Sure, we’re not related? Long lost twins or somethin’ like that?…

    Anyway, “Who is Tun!?!” our PM asked. Tun Dr M’s wisdom was clearly demonstrated when not so long ago Anwar Ibrahim himself decided to send Pak Lah a letter, in his own handwriting to let Pak Lah know he was still a major player in the political game. Pak Lah opened the letter and it appeared to contain a single line of coded message: 370HSSV – 0773H

    Pak Lah was baffled. So, he e-mailed to KJ. KJ and his sidekicks had no clue either. Pak Lah then e-mailed to MCA, then to Gerakan, then to MIC. No one could solve it.

    With no clue to the meaning, Pak Lah eventually asked Tun Dr M. Within seconds, Tun Dr M answered, “You are holding Anwar’s message upside down!”

  23. selama ni mahathir dok attack pak lah non stop, baru sekarang pak lah bersuara semua nak bising. sekarang mahathir ni bukan sapa2 lagi dalam umno, dia tak perlu bising dan bersuara. kalau masa zaman dia dulu, jangan harap la ada peluang nak bersuara, kalau bersuara juga, alamat tak lama la tu.

  24. Hi Big D
    Teringat saya masa zaman kanak-kanak dibawa ole ibu bapa menonton circus.Harimau keluar saya tidur, gajah keluar saya tidur tetapi bil badot keluar yang ketawa hingga trbahak-bahak.Sudah lama circus tidak ada petunjukan di negara ini, jadi ramailah pminta badot seperti saya kesedihan begitu sekian lama. Sabtu lepas UMNO adakan circus di Kota Kinabalu, Pe residen parti sendiri dipilih sebagai badot, ketawalah berbahak-bahak rakyat jelata sekali lagi melihat dan mendengar Badot UMNO mempersembahkan aksinya.Anak saya tanya saya why I laugh too loud, why i was so happy and why why? I kata Bapak dah lama menunggu nak lihat badot kini baru bapak jumpa badot tulin dan lawakny sungguh melucukan, tht why I laughed loudly. My son said, ” Ia laa Bapak, our PM is a clown, and hope bila dia retire nanti, dia patut tubuh circus, sure ramai orang tonton>’
    Itulah pemikiran ramai ke atas PM Dolah kita. Taraf Dolah ialah seorang Clown sahaja. So apa dia kata anggapkan sebagai satu aksi badot pada persembahan circus UMNO.

  25. Seluruh dunia kemelut politik telah berlaku…rakyat tunjuk kekuatan kerana lapar dan tiada wang…disinilah puncanya mereka tidak berpuas hati…sekiranya mereka itu sedar perkara ini…berilah rakyat makanan yang cukup untuk dimakan dan wang ringgit yang bertaburan…inilah Tip untuk jadi PM…rakyat tidak akn menjadi terlalu kritis…wang ringgit senang dicari power bila dah hilang payah nak datang lagi…kalau pak lah terfikir ini tentu tk jadi begini…orang tua kena hurmati…lama lama dia akan mati…

    globalmalau

  26. HARI INI DALAM SEJARAH !
    Bila marah tersalah arah !

    Daripada Kota Kinabalu, Sabah
    18 oktober tersangat bersejarah
    Dua tokoh, pak lah marah-marah
    Tun dan muhyiddin terhala arah

    Tun ibaratkan pengarah pilihan
    Muhyiddin engkari keputusan
    Sebegitu pak lah buat dakwaan
    Tika UMNO sibuk perwakilan

    Jika kata pak lah sifat individu
    Telah dijangka luahan sebegitu
    Bagaikan ‘talian hayat’ diperlu
    Balasan pak lah sokongan dulu

    Lupa pak lah ketika naik kuasa
    Khairy ‘diterjunkan’ naib ketua
    Kerna menantu, terkelu pemuda
    Naik khairy semacam mi segera

    Hebat pak lah cakap demokrasi
    Bapa Demokrasi, Gerakan beri
    Prihal UMNO lain maksud erti
    Bukan bumi celupar, dia tersepi

    Terharu prihatin MRR Melayu
    Mesyuarat ke 215, K.Trengganu
    Kenyataan khas, kita diberitahu
    Bimbang dan harap MRR pandu

    Kenapa pak lah bezakan layanan
    Celupar mereka dibiar bersebaran
    Tegurkata sekulit ditapis curigaan
    Selaku ketua, tak wajar perbezaan

    Nampaknya pak lah tidak berubah
    Kata-kata ‘tidak perlu’ usah diluah
    Status mantan PM pasti dianugerah
    Pak lah punya masa bermuhasabah

    serling
    [19.08.08]
    ahad
    ……

  27. TALQIN KIAMAT
    ( IMAM MAHDI )

    ————————————————–

    ( SULIT DAN PERSENDIRIAN )

    Salinan kepada:

    Yang Di Pertuan Agong Malaysia ( Baginda Sultan Mizan )

    Pejabat Istana Negara ( u/p Ust. Abd Aziz, Ust. Abd Rahman)

    Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (u/p Mufti)

    Pejabat Perdana Menteri Malaysia

    —————————————————

    JUMAAT 17 OKTOBER 2008

    Sila layari http://www.layarbahtera.com .Terima Kasih

  28. Setakat ini adakah mana-mana pihak yang telah mengemukakan usul pada persidangan perwakilan bahagian mereka supaya PAU dipercepatkan? Adakah bahagian yang diketuai oleh TS Muhyiddin dan Zahid Hamidi serta TS RTC yang bersuara lantang mengenainya telah membahaskan serta meluluskan usul mengenainya? Masih ada dua minggu lagi persidangan perwakilan bahagian berlangsung. Jika tidak timbul satu usul pun dari mana-mana bahagian yang mendesak supaya PAU dipercepatkan, fahamlah kita bahawa Umno memang dipenuhi dengan naga-naga yang sentiasa menanti habuan dari para calon yang bertanding pada PAU nanti. Ketua, timbalan, naib, setiausaha, ketua penerangan serta perwakilan bahagian (G7) merupakan penerima manfaat langsung rasuah-rasuah yang dipersembahkan. Lebih panjang tempoh berkempen, lebih banyaklah habuan yang bakal dihidangkan kepada mereka. Jika demikianlah keadaannya, Umno perlulah bersedia untuk diICUkan.
    Dulu sibuk mintak cawangan mengusulkan supaya Najib dicalonkan sebagai Presiden sebagai satu isyarat dan tekanan kepada Pak Lah, adalah lebih seratus cawangan yang berbuat demikian. Nampak gayanya, cawangan-cawangan yang mengusulkan itu lebih berani berbanding dengan seluruh bahagian Umno yang telah bersidang setakat ini, mungkin juga meliputi bahagian yang bakal bersidang selepas ini sekiranya tidak ada satu pun yang mengusulkan supaya PAU dipercepatkan.
    Kalau PJS belum bersidang, mungkin PJS boleh mengusulkan, tak gitu BD.

  29. bagi saja peluang kepada Pak Lah untuk menjalankan tugas beliau sehingga peralihan kuasa. yang lain tak payah nak sibuk, tunggu je.

  30. Masalah nya sekarang Pak Lah tak ndak selesaikan masalah semut yang banyak di di Pokok Keranji tu…Pak Lah ambik keputusan tebang …lepas tu Pak Lah kata ‘buah keranji dalam perahu …terimakaseh TQ’ Che det pulak ambik keputusan tak payah tebang pokok keranji itu …kita selesaikan masalah semut tu dulu…itulah perbezaan nya….Thinking dua dua PM…berapa gandakan minda tiap ² Perdana Menteri kita…

    Siapakah semut itu…mari kita bincang²kan

    Globalmalau:salam semua…malaysia aman

  31. Banyak komen yang diberikan sangat berisi dan menambahkan pengetahuan kepada diriku yang banyak ketandusan ilmu pejuangan ibu pertiwi ini. Namun aku masih belum berpuas hati kerana dibenak minda ku masih melontarkan satu persoalan yang wajar direnong. Yakni TDM kah yang menjadi PM kini atau Pak Lah? Kenapa Pak dikata’flip-plop? Itu wajarkah. Dulu TDM dikata ‘Mahafiraun’ . Anda terlibatkah?. Aku sebenarnya simpati dengan Pak Lah. Apa sebenarnya yang Pak Lah buat yang menyebabkan beliau dihina sedemikian rupa oleh anda dan TDM dan dan ramai lagi?
    Aku dengar dulu semasa TDM serah tampuk kuasa kpd Pak Lah, negara ketandusan Duit sehingga terpaksa Pak Lah berbincang dengan banyak negara Arab untuk meminta bantuan. Penahanan Anwar Ibrahim oleh kerajaan Malaysia dulu tu, tak adakah penglibatan TDM? Tak rosakkah perjuangan melayu ketika Tengku Razaligh Hamzah melawan?
    Kadang tu akupun tak faham dengan orang bijak-bijak berkata-kata seperti anda ini.

  32. Saya ingin mencadangkan agar anda buat analisa kepimpinan TDM selama 22 tahun itu. Baik dan buruknya kepada perjuangan bangsa.

  33. mereka ni akan dianalisa oleh cicit kita… siapa yang berjasa dan reform?

    ramlyotai.blogspot.com

    aberamly.wordpress.com

  34. Pak have started the war by lending his support to Ali Rustam. Some feel that pak lah should not have done that since Ali Rustam is yet to qualify to contest. I could very well see that pak lah is being clouded with anger as such he is unable to realy assess the level of intelligence and capabilities of Ali Rustam. Pak lah aslo not bothered whether the person he support can or cannot be an asset to umno and the nation. We know the level of Ali’s intelligence!! He is not going to be of great assistance to DSN.

    I’m pretty sure DSN have decided who should be his no2. As usual DSN likes to play with time and have yet to name his preferred no2. I fell that it is high time for him to do that since Pak lah have started it. If he chooses to refrain from publicly announce the candidate, he should have done so clandestinely by deploying his errand boys to communicate to the ground. At the moment only one candidate surpassed the quota set for deputy president slot.Hope it stays that way!(if DSN interfere!!)If pak lah can do it, why can’t DSN????

  35. This is my suggesttion regarding UMNO Election..

    Semua mesyuarat bahagian hendaklah dibenarkan pengundian secara terbuka dalam pemilihan ,bukan pencalonan tetapi pemilihan, jika perkara ini berlaku maka UMNO akan dapat mengekang politik wang.

    Apakah maksud seseorang calon itu bahawa dia akan berkerja keras melobi dalam pemilihan nanti jika PENDAHULU PENCALONAN yang dicalonkan mendapati majoriti dalam pemilihan di BAHAGIAN??
    Bukankah jika wakil BAHAGIAN itu beralih-arah mengundi CALON yang lain daripada CALON YANG DITENTUKAN SEMASA PENGUNDIAN DIBAHAGIAN yang telah dipilih oleh AHLI boleh dikatakan wakil itu tidak AMANAH dan undi itu bukan undi daripada AHLI??

    Kesimpulannya disini penentuan pemilihan perlu ditamatkan di peringkat MESYUARAT BAHAGIAN SAHAJA..

    Lebih logik dan sesuai lagi di beri tempoh untuk PEMIMPIN YG INGIN MENAWARKAN DIRI UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI CALON(seperti PRU) kemudian diberi tempoh sebulan atau dua bulan untuk berkempen sebelum MESYUARAT CAWANGAN(tempoh sebulan)dan akhirnya MESYUARAT BAHAGIAN (tempoh sebulan) maka dengan ini betul-betul pengundian atas sokongan akar umbi diambil kira.

  36. Failure
    >> http://teampemudaumno.blogspot.com

  37. […] politik wang dalam UMNO ini makin menular sehingga merosakan parti. Usaha mereka yang sayangkan UMNO dan mahu menyaksikan UMNO bebas dibelenggu gejala penjahanam bangsa ini mula mendapat kesan reaksi yang amat negatif, sehingga […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: