Siapa makan cili terasa pedasnya….

 

umno_logo

Soal politik wang dalam UMNO ini makin menular sehingga merosakan parti. Usaha mereka yang sayangkan UMNO dan mahu menyaksikan UMNO bebas dibelenggu gejala penjahanam bangsa ini mula mendapat kesan reaksi yang amat negatif, sehingga sampai ketahap membinasakan. Sekarang ini, ada Pejuang Bangsa yang sehingga satu masa dahulu begitu tegar mempertahankan Perjuangan, kini dengan bersahaja membelasah dalam alam siber pemimpin unggul Bangsa Melayu, Presiden UMNO ke V Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Hujah panjang lebar menyalahkan Tun Dr. Mahathir dan membidas pemimpin pemimpin tertentu seperti Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin dan Dato’ Mukhriz Mahathir  kerana kesediaan mereka mengulangi saranan yang sama. Ini kerana pemimpin ini dianggap sebagai tidak wajar mengunakan ‘pengaruh’ mereka untuk meraih undi. Hakikatnya, kegagagal untuk menerima ketokohan dan kepimpinan pemimpin demikian diterima baik sebilangan besar peringkat dalam UMNO menampakan kematangan rendah penulis. Mungkin penulis begitu ‘terbelenggu’ kepada pemimpin tertentu, atas sebab sebab tertentu (termasuk kebarangkalian faktor ekonomi), sehingga analisa polar bagaimana pencalonan diterima menjadikan sesuatu yang menjadi amat sensitif.

Soal sekarang, pemimpin pemimpin tertentu seperti Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam, Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhd. Taib, Dato’ Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin merupakan personaliti yang begitu sinonim dengan budaya ‘politik wang’. Acid test yang paling mudah ialah bukan merujuk kepada pemimpin atau ahli UMNO, tetapi bertanyakan orang awam ditepi jalan. Usulkan nama nama yang dimaksudkan Tun Dr. Mahathir itu dan tunggu reaksi spontan mereka. Mungkin, cerita yang lagi ‘enak’ dan ‘lemak’ akan mula terungkai, walaupun dikalangan orang yang bukan berkecimpung dengan politik.

Ini semua belum lagi kisah kisah dimana sampul berisi duit sehingga RM 10,000.00 di agih agihkan kepada pemimpin UMNO peringkat Bahagian dan mereka yang dipilih atau berpotensi dipilih (semasa sebelum mesyuarat agung tahunan UMNO bermula) setiap kali pertemuan tertutup dan dalam bilangan kecil, disusun secara peribadi.

Kalau tiada angin, maka tidak mungkin pohon bergoyang. Mungkin bidalan calon Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dua setengah tahun lepas “Kalau tiada beruk mengoncang pohon, maka pohon tidak bergoyang” ada kebenaranya. Dalam konteks artikel dan pelbagai saranan Tun Dr. Mahathir, Khairy merupakan salah seorang calon yang mengamalkan ‘politik wang’ ini.

Dr. Khir Toyo pula mempunyai pendekatan yang menampakan keadaan ‘terdesak’  (desperate) beliau cuba mengelak dan ‘penyamaran’ (camouflage) persepsi bahawa beliau merupakan personaliti yang antara paling ‘kasar’ memberikan sumbangan. Tidak berapa lama dahulu, beliau pernah memberikan alasan agar ahli UMNO dan masyarakat membezakan antara “Politik Wang” dan “Wang Politik”, mungkin sebagai helah ‘cara menghalalkan matlamat’.

Samada ahli dan Perwakilan UMNO bodoh atau tidak begitu mudah dan bersedia memberikan undi kepada calon yang memberikan ‘habuan’ paling lumayan, bukanlah perkara paling penting yang perlu diiktibarkan dari artikel blogger Anak Mat Lela Gila ini. Persoalan paling utama: Mengapa perlu ada calon menawarkan apa jumlah wang ringgit sekalipun, untuk apa keadaan sekalipun semasa siri mula berhasrat dan berkempen untuk bertanding apa apa jawatan?

Ini merupakan persimpangan paling strategik dan penting bagi UMNO melenyapkan budaya rasuah dalam parti nasionalis ini. Setelah prestasi buruk Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 24 Ogos 2008, UMNO perlu muhasabah diri mengenai persepsi masyarakat keatas parti paling ramai ahli ini, walaupun mungkin nila yang setitik dua itu semata mata. Yang nyatakan, sebab nila setitik dua inilah, rosak susu se kolah itu!

Mungkin ini masa paling sesuai bagi calon calon seperti Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam, Tan Sri Muhammad “Mike Tyson” Muhd. Taib, Dato’ Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin sebaliknya berusaha secara serious untuk menyisihkan persepsi masyarakat mengenai penglibatan mereka ini dengan ‘Politik Wang’. Ini adalah cabaran yang konstruktif paling baik untuk mereka, sekiranya mereka benar benar serious untuk memimpin UMNO dan menyangkal persepsi buruk dan rambang masyarakat. Gaya hidup mereka sendiri perlu memberikan refleksi bahawa mereka membelanjakan wang ringgit dengan pendapatan yang wajar mereka perolehi, sesuai dengan kedudukan mereka sebagai penjawat awam.

Yang menghairankan, bagaimana pemimpin seperti Mike Tyson yang pernah ditangkap dengan percubaan menyeludup sejumlah amat besar wang dari Australia (walaupun dibebaskan dengan sebab teknikal semata mata), masih lagi diberikan peluang untuk bertanding jawatan tertinggi parti, kalau bukan sebab ‘Politik Wang’? Apakah Bahagian UMNO yang memberikan pencalonan terlalu bodoh dan bebal sehingga tidak langsung teringat peristiwa lebih sepuluh tahun lampau itu?

Cerita cerita yang begitu terbuka diketahui umum semasa menjadi Menteri Besar Selangor kurang dari lapan tahun, termasuk salah guna kuasa dan kedudukan menbawa isteri dalam missi rasmi Kerajaan negeri keluar negara adalah persepsi masyarakat yang amat payah disangkal lagi.

Dalam forum “UMNO Pasca PRU 12: Satu Penilaian” anjuran portal politik MyKMU.net di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada 1 April 2008, apabila ‘Politik Wang’ dibangkitkan semasa Dr. Khir Toyo sedang menjadi panelis, para hadirin tanpa segan silu bangkit dan ‘boo’ beliau. Ini jelas menunjukan bertapa sinonimnya persepsi masyarakat mengenai pemimpin tertentu apabila soal ‘Politik Wang’ dibangkitkan.

Sebagai seorang muda berumur hanya 28 tahun, Khairy mampu membeli 9 juta saham ECM Libra merupakan satu misteri membinggunkan jika difikirkan mendalam, tanpa mengambil kira elemen ‘rasuah’ ini. Namun apabila media menjolok beliau dengan nama “The most richest 28 years old unemployed man in the country“, tidak boleh disalahkan lagi persepsi masyarakat.

Calon jawatan tertinggi yang merupakan seorang Ketua Menteri pula sewenang wenang ‘salah guna’ kuasa eksekutif beliau untuk memberikan anugerah teringgi dan bintang kebesaran negeri yang membawa gelaran tertentu kepada sejumlah ramai pemimpin UMNO, sebagai ‘imbuhan’ untuk meraih sokongan. Itu belum khabar menegnai jam jam jenama Rolex yang diagih agihkan sebagai “tanda penghargaan” kepada pemimpin peringkat Bahagian yang datang bertemu beliau.

Jika tidak, janganlah salahkan pemimpin unggul bangsa dan negara yang begitu berjasa seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekiranya masayarakat secara rata rata berpendapat pemimpin tertentu itu amat sinonim dengan ‘Politik Wang’. Setiap kali pertandingan itu, politik itu sebenarnya permainan persepsi, yang melebihi segalanya. Pemimpin yang dinyatakan Tun Dr. Mahathir itu, menangguk keadaan pertandingan untuk menentukan mereka terus diberikan kuasa.

Bukankah demi survival Bangsa Melayu dan Negara, UMNO perlu diselamatkan dari pemimpin sebegini? Dalam apa keadaan pun, UMNO amat perlu dicaturkan oleh pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir, bagi mengelakan pemimpin korup dan boleh dikorup seperti mereka ini dari diberikan tempat untuk kuasa!

Masa yang amat sesuai bagi Tun Dr. Mahathir menyenaraikan nama pemimpin yang wajar Perwakilan UMNO tolak, bagi kepentingan  dan survival Bangsa Melayu dan Negara!


Published in: on November 27, 2008 at 00:34  Comments (26)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/11/27/siapa-makan-cili-terasa-pedasnya/trackback/

RSS feed for comments on this post.

26 CommentsLeave a comment

  1. Salam Bro Big Dog

    Nak kena tanye dulu diut dari mane? Yang kecoh-kecoh ni dah ulu-ulu je bang……

    http://satdthinks.blogspot.com/2008/11/defragmenting-money-politics.html

    Wass
    satD

  2. yg jadi persoalan, kononnya khir toyo kata dia bersih, tak makan rasuah, tiada wang bla bla bla. tetapi dia boleh menggaji ramai pekerja di masa sekarang di mana dia cuma seorg adun sahaja tanpa jawatan dlm kerajaan mahupun glc. dia telah memberi jawatan khas kpd AMLG @cuitsikit@kunta kinte@***** dan ramai lagi utk menjalankan tugas2 kotornya. hentikan lah menghentam tun hanya kerana nak membersihkan nama boss sendiri, itu adalah perkara paling keji sekali yg boleh dilakukan oleh jalil dan kawan2nya di kmu. hanya kerana khir toyo sponsor kmu, jgnlah kamu menghalalkan yg haram.
    sekian.

    Terima kasih. Maaf. Identiti sebenar personaliti tertentu perlu dirahsiakan.

    Namun pandangan ini disiarkan untuk pertimbangan semua.

  3. Big Dog,
    Bila TDM menyuarakan sesuatu perkara untuk kebaikan dan kepentingan bangsa, akan ada tohmahan dan sindiran2 yang cuba menempelakkan balik. Seprti yang saudara ‘quotekan’ berkaitan dengan ‘beruk dan pokok bergoyang’, kita tengok ramai yang sudah mengelabah. Ingatkah kita apabila TDM di’cabar’ pada suatu perhimpunan agong UMNO oleh seseorang yang kononnya bersih dan disahut pula oleh juak-juak orang yang kononnya bersih, TDM mengeluarkan senarai kononnya kroni, maka kita nampak yang sebenar.
    Kepada TDM, keluarkan senarai mereka2 yang mengamalkan rasuah dan politik wang supaya dapat lihat kemudian kita bandingkan pekerjaan mereka dengan ‘harta2′ mereka. Senaraikan juga serta gambar2 yang akan mengundi: G2, G6 atau G7, supaya kita dapat lihat dan nilai.
    Amanah dan maruah bangsa sepatutnya ditantang’ diperjuang dan dipertahankan bukan dijualbeli. DEDAHKAN supaya kita dapat lihat dan kenal orang2 itu agar kita akan lihat dan tahu kesudahan manusia yang dilaknat kerana tidak ikhlas, tidak amanah serta khianat kepada bangsa.

  4. mereka ini seperti anjing2 yg dibela, siapa bagi tulang, dia akan menyalak utk tuannya. jadi tuan mereka skrg ialah khir toyo, jadi mereka akn menyalak utk khir toyo lah.

  5. Salam,

    Jangan jadi pemimpin yang HIPOKRIK ..

    Ada yang nak tunjuk baik, tapi masalah BAHAGIAN tak pernah jenguk, PEMIMPIN diatas sering kali berkata tentang perjuangan, tapi KEBAJIKAN dibawah sering kali LUPA!!

    Kita ni jangan terlalu cakap besar nak buat ni nak buat tu, kalau UMNO tak bantu, siapa nak bantu?

    Duduk di BAWAH dulu, baru tahu perit maung nak menjaga BAHAGIAN dan macam mana nak bersilat dengan AHLI.

    Itu saya belum cerita nak membuat kerja PARTI yang hanya dibekalkan dengan wang pentakbiran sahaja.

    sekian….!!!!!

  6. Salam,

    Ada juga pemimpin yang mengaku bersih tapi bertimbun labuq duit ..

    STOP la cerita pasal duit, malu kat orang luaq..

    tq

  7. Entah bila agaknya isu politik wang di dalam UMNO akan berakhir.. Entah bila juga agaknya UMNO akan pulih sepenuhnya.. Jika masalah politik wang ini masih di situ, berkurang pun tidak, bertambah mungkin kot.. Wahai semua pemimpin dan ahli UMNO, berubahlah. Masih ada waktu untuk perbaiki apa yang rosak dalam parti. UMNO masih ada harapan untuk kembali kuat. Jangan biarkan Pakatan Rakyat memecah tradisi dengan mengambil alaih kerajaan yang terbina oleh UMNO…

  8. Duit…duit.
    Ada duit semua jadi
    Segala benda boleh beli
    Nak menang undi
    Nak jadi menteri
    Nak empat isteri
    Nak kereta bersiri
    Minta saja tuhan bagi
    Soal ikhlas apa peduli
    Cerita mati lambat lagi
    Politik apa kalau tak berani
    Harini duit pi esok dia mari
    Pangkah aku envelop aku bagi
    Nanti menang habuan banyak menanti
    Soal rakyat dan wadah perjuangan perkara basi
    TENGOK PERUT AKU NI….
    INI YANG LEBIH BEERTI.

  9. Permulaan yang baik. Nama ikan-ikan bilisnya taada ke? Harap ada pembaca lain boleh dedahkan mereka supaya semua orang tahu. Harap harap ini bukan fitnah. Kalau anda fitnah tanggung sendiri dunia dan akhirat. OK?

    Apa lagi Lembaga Disiplin ada masalah? Tak cukup bukti. Kalau tak mampu serahkan kepada Polis dan BPR.

    Perwakilan ke PAU, kamu akan dilaknatkan sehingga ke anak cucu jika memilih pemimpin yang memberi rasuah (dalam apa bentuk pun). Pemilihan sepatutnya hanya yang betul-betul bersih saja. Kalau tidak ada angin tidak akan pokok bergoyang. Mulut tempayang bolehlah tutup. Mulut orang?

    Mereka ini kalau menang semasa PAU pun tak guna. Sebab rakyat akan tolak mereka semasa PRU 13 nanti. Bukan sebab itu saja kita kena tolak mereka. Kita kena tolak mereka sebab mereka mempunyai penyakit yang berjangkit dan susah untuk dihapuskan. Yang peliknya orang Melayu alah dengan penyakit ini. Sekali dapat mereka akan ketagih. Jangan dihalalkan penyakit ini.
    Sebab nila setitik habis susu sebelanga.

    Kalau dah ada ‘track record’ baik tak usah undi mereka. Pada saya eloklah pesakit tarik diri sahaja dari bertanding. Ramai yang dah tahu bekas rekod anda. Tidak guna tegakkan benang basah.

    Seorang pemimpin bukan saja mesti mempunyai elemen positif seperti cerdik dan bijaksana tetapi juga jujur dan bersih diluar dan dalam.

  10. Salam,
    Saya mempersilakan Tuan Terutama Big Dog membaca posting dibawah
    http://padedoh.wordpress.com/2008/11/27/berkuasa-selama-seabad/

    Kalau terasa panas, tolong minum air
    Ha ha ha

  11. Sdr, saya mantan PM tak perlu mendedahkan nama2 pemimpin umno yang terlibat dengan politik wang. Mereka, terutama yang telah mendapat restu dari pak lah untuk bertanding, sudah pasti mendapat syafaat (payong) perlindungan yang amatkebal tidak bisa ditembusi olih siasatan BPR, Lembaga Disiplin Umno atau polis!!!Pak lah menggunakan mereka ini untuk melepaskan dendam kesumatnya terhadap beberapa pemimpin yang yang amat lantang menyuarakan hasrat akarumbi berhubung dengan isu peralihan kuasa.

    Siapa tak kenal dengan nama yg sdr sebutkan terlibat dgn rasuah politik? Saya hanya berdoa agar mereka insaf dan sedar bahawa mereka sedang melakukan dosa besar! Tunggu pembalasan dari Allah kalau tidak didunia fana ini , sudah tentang diakhirat!!

  12. Saya mengaku ada menerima duit RM100 dari Jalil semasa di hari penamaan calun Permatang Pauh. Beliau bersama Jebon telah pergi kesana bersama boss mereka. Dia kata ni duit kopi dari Boss semasa bersalam. Semasa itu dia dok pergi keliling khemah bersalam dengan ramai orang. Ramai lah yang dapat RM100 dari boss gamak nya.

    Saya bukan ahli UMNO tapi jiwa raga saya bersama UMNO walaupun permohonan keahlian saya telah hilang 4 kali setelah diserah untuk pendaftaran. Jadi kalau orang nak bagi saya terima saja lah.. LOL LOL

  13. This must be the prelude to Tun’s list.

    I suggest Tun just openly mention Khir Toyo and KJ’s name without having to post the others to camouflage his main objective, which is to ensure victory for his son.

  14. This is not just an UMNO problem. It’s endemic to Malaysian politics.

    satd’s comment got it right: Duit tu mai dari mana?

    Until Malaysian politicians are required to disclose their assets and sources of income, this sort of nonsense will continue in perpetuity.

    Corruption is not just about bribery or cash exchanging hands, which is often what the short sighted and myopic ACA only looks for. Corruption is also about impairment of integrity, virtue, or moral principle.

    The problem is most of our politicians do not seem to have moral principles and yet we vote them in year after year. We stand by and applaud them when they build palatial houses instead of asking the cardinal question: Duit tu mai dari mana???????

  15. If Only UMNO has keazaman politik as what Tun said

    Keazaman Politik is not that difficult to do if the person talking about it dare to carry out the very word he uttered.

    It has been suggested before but there was no ‘keazaman politik’ then as it is now.

    The choice is between the devil and deep blue sea.The devil being to continue in status-quo and lose the next general election.That is as sure as the letter ‘b’ would appeared after an ‘a’ in the scheme of things.

    The deep blue sea is to choose this bitter pill as any other half way remedy wouldnt be accepted by Malay anymore.To continue would result in the same corrupt officials being elected.

    The corruptables UMNO members who decided the final outcome is just about 4000 ‘perwakilan’ and its no longer democratic.

    My suggestion ,it has been said before, is to open the voting to all 2.5 million UMNO members.See whether the rasuah nicompoops can suap all these members.Let the next election for all these proposed leaders be conducted nationwide amongst UMNO members …4 months is an enough time if Mr Najib whipped upon all members to go for it!!

    I believe thats the only choice.Take it or leave it, but the rest of the Malay wouldnt want to be involve with this ‘perhimpunan circus’,where all these rasuah leaders play ayam sabung liken to an old Pak Kaduk except that this time round the more money you have, the higher chance of the’ayam’ winning the sabung .

    As the story goes menang sorak,kampung (as it was then )tergadai is an ept similitude of what going on in UMNO now.

    The only paradigm shift we ,the malay ,has done after all these years,eversince the acute clinical observation by Allahyarham Munshi Abdullah, is changing the stage and prop of a sandiwara.The play,the actors,the narratives and storylines were the same old story.The leaders never seem to get tired of it much less charted a new routes as any capable leaders should.

    There you go Mr Najib…one keazaman politik for once.

  16. Bigdoggy,

    How do you get rid of it? The corruption, I mean.

    So say that I am not an anti-establishment nor am i not anti-corruption but bigdoggy bro for sure i am anti-stupidity.

    Catechizing the beliefs and practices of the race based and non-race base political party would be your speciality.

    Did you know that Abdullah is also on the M list?
    But i heard that Abdullah is not in the running of the President post. Abdullah and Tengku Razaleigh and Najib and Muhyiddin and all the others even Sharizat and Azalina and the puteras and the puteris – man, the M list is long!

  17. Bigdoggy,

    The Castle is a philosophical novel by the Czech writer Franz Kafka. In it a protagonist, known only as K., struggles to gain access to the mysterious authorities of a castle who govern the village where he wants to work as a land surveyor. Kafka died before finishing the work, but suggested it would end with the Land Surveyor dying in the village; the castle notifying him on his death bed that his “legal claim to live in the village was not valid, yet, taking certain auxiliary circumstances into account, he was permitted to live and work there”. Dark and at times surreal, The Castle is about alienation, bureaucracy, and the seemingly endless frustrations of man’s attempts to stand against the system (The Castle)

    have you read the book, bigdoggy?

    I love the kuey teow soup at Pulau Tuba Jetty. A bit spicey. have you ever been to Pulau Tuba, bigdoggy? Well, you better do it soon before it is gone in the imploring jetstream of progress.

    A tough question: if I vote Mukhriz i get nothing but when I vote his adversary I get the world?

  18. mereka-mereka yang bertanding nie ramai yg hipokrik.tambah-tambah pula yg bertanding peringkat tertinggi.mcm ada sorg calon kp yg bertanding.mlm last siap jumpa perwakilan untuk beli pencalonan.dulu tak la seteruk nie politik wang.klu yg masyuk pun selalunya g2 or g7.tp kli nie dah di ajar pula pada perwakilan2 cawangan.klu tak di benteras alamat hancur la umno.

  19. Pengundi-pengundi Selangor tahu yang Khir Toyo pemimpin yang tak bersih tu pasal BN Selangor kalah.Lebih baik tarik diri untuk jadi calun KP.Pemimpin seperti Mat Taib,KJ,Ali Rustam Khir Toyo semua ni lebih baik berundur dan duduk diam-diam saja lah demi untuk menyelamatkan UMNO di masa akan datang.Jangan lah mengupah orang untuk memburuk-burukkan Tun Dr Mahathir di KMU hanya untuk kepentingan peribadi.

  20. BIG DOG,

    Mahathir berkuasa selama 22 tahun. Kenapa masa ada kuasa tak betulka UMNO ni. La ni bila dah kat luar dan anak dia sibuk bertanding baru nak sebut pasal rasuah politik. Masa dia berkuasa dulu bersih sangat ke? Saya hormati dia sebagai Negarawan tapi sejak akhir-akhir ini tindakan dia umpama nak pastikan kemenangan anak dia yang bertanding ketua pemuda Malaysia. Macam si MM tu bersih sangat. TUN didik la anak dulu ye… kalau dia dah betul baru la bersuara. Jangan jadi KETAM TUN!

  21. Bro, saya percaya nama Mukhriz takda dalam senarai itu. Anak dia sorang saja yang BERSIH. Tak pakai duit. Boleh percaya ke?

  22. This is what you get after 22 years,a cancer that is so wide spread that has come one full cycle to haunt the doctor.After all who made khir toyol,wasn’t it the good doctor.Like they say what goes around comes around.

  23. Betui tue bro. lepas permohonan utk mendapatkan tanah oleh bapa u di Bukit Rahman putera, Sg buluh di tolak kerajaan Selangor sebelum ini. Kerajaan pimpinan Khir Toyo

  24. BigDog,

    I visited MyKMU forum and there’s a thread with a title “KMU serang Tun”. I replied with my posting saying that this claim is unjustified. Furthermore, only those yg makan cili yg terasa bontot depa panas. I suggested that they change the thread title to “BALACI KHIR TOYO SERANG TUN”.

    I was banned instantly without even having the chance to read my own posting.

    So unfortunate. That’s how MyKMU.net has evolved

    Or is it, they had been like that all along: A private club where everyone is expected to “toe-the-line”, otherwise risked being exorcised?

    Well, that’s what happened to me. That is also why substantial characters such as Cucu Wak Telu, Fazilogic left.

  25. sape bagi duit?

  26. berbaik sangka lah kita dalam menterjemahkan peribadi sesaorang…kita pun apa kurang dalam menilai satu satu topik…kerana kita tidak pernah disalahkan apa munkin kita cari kesalahan orang lain untuk diperjatuhkan…kita pilih pemimpin yang bagus


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: