MCA wajar ambil tindakan keras keatas Soi Lek

Sejarah asas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 merupakan pemimpin pemimpin negeri negeri Tanah Melayu yang bersetuju untuk ‘berkongsi kuasa’, iaitu melibatkan pemimpin etnik Bukan Melayu kedalam proses pengurusan politik peringkat negara dan pentadbiran, berasaskan perlembagaan yang diterima pakai, yang diadaptasi Perlembagaan Tanah Melayu 31 Januari 1948. Artikel 153 dihidupkan khas untuk menentukan kedudukan orang Melayu disahkan secara formal apabila negara merdeka ini diujudkan dengan kedaulatan yang diiktiraf antarabangsa.

Dengan asas kesefahaman dan kerjasama itu, orang Melayu masih lagi memainkan peranan teraju utama dan dibantu oleh etnik lain, sebagai ‘rakan kongsi’, merupakan jalinan kerjasama dengan semangat kesefahaman dan setiakawan, berbanding kesediaan memberikan mereka taraf dan peruntukan sama rata.

Asas ini mula menampakan ketidak stabilan apabila golongan chauvinis, terutama etnik Cina, diberikan kuasa dalam semangat setiakawan dan kerjasama apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Golongan chauvinis ini, yang diterajui pemimpin PAP Lee Kuan Yew mula mempersoalkan asas penubuhan negara dengan nada porovokasi “Malaysian Malaysia”. Walaupun Singapura disingkirkan dari Persekutuan Malaysia pada pada 9 Ogos 1965, pengaruh mereka masih berterusan melalui DAP. DAP meneruskan agenda chauvinis ini, bersama sama Gerakan, sehingga 13 Mei 1969 apabila berlaku pergaduhan antara kaum dan orang Melayu sebagai kaum majoriti tidak dapat sabar lagi dan memberikan reaksi negatif kepada provokasi yang golongan chauvinis Cina ini bawa.

 

“Ketuanan Melayu” merupakan konsep yang pertama kali digunakan oleh Dato’ Abdullah Ahmad (sekarang Tan Sri, Mantan Setiausaha Politik Perdana Menteri ke II Tun Abdul Razak Hussein, pelaksana ‘Dasar Ekonomi Baru’ dan ‘Rukun Negara’) dalam sebuah forum di Singapura pada 1986. Ianya bertujuan untuk menegaskan kepada pemimpin PAP Singapura bahawa orang Melayu masih mendahului kesinambungan dan menjadi tunggak Kepimpinan Malaysia, yang diterima dan ditafsirkan secara demokratik semenjak merdeka.

 

Hari ini, kita melihat bahawa chauvinis etnik Cina masih lagi cuba menangguk di air keruh dan membawa nada provokasi bahawa konsep orang Melayu menjadi tunggak dan tunjang pemerintahan dan pentadbiran wajar dicabar, secara berstruktur dan sistematik. Nada provokasi ini dikhuatiri akan membawa keresahan dan membangkitkan emosi dikalalangan orang Melayu, majoriti rakyat Malaysia. Ini mungkin akan membawa padah kepada sistem sosial, politik dan ekonomi negara, apabila kesefahaman, kerjasama muhibbah dan keharmonian antara etnik itu sengaja dirobek.

 

Dalam apa keadaan sekalipun, keputusan pertimbangan politik berdasarkan emosi wajar dielakan dengan apa cara sekalipun. Oleh demikian, “Ketuanan Melayu” itu masih lagi relevan, kerana keputusan politik yang dibuat secara demokratik masih lagi memberikan tafsiran jelas bahawa orang Melayu masih lagi menjadi tunggak dan tunjang kepimpinan politik dan pentadbiran.

 

Oleh demikian, MCA wajar menentang keras kenyataan Timbalan Presiden MCA Dato’ Seri Chua Soi Lek. MCA sebagai rakankongsi ‘kongsi kuasa’ semenjak 1955 wajar mengimbau secara menyeluruh peluang penglibatan dan peranan yang diberikan kepada mereka untuk dimainkan sebagai mewakili etnik Cina.  Dalam keadaan paling baik sekali pun (PRU XI Mac 2004),  MCA mendapat banyak kerusi (rekod 31 kerusi) kerana majoriti undi orang Melayu.

Oleh itu  UMNO disarankan untuk menentukan secara tegas bahawa MCA, yang sepatutnya memahami keadaan dan kepentingan kestabilan politik dan sosial, mengambil tindakan keras keatas Dato’ Seri Chua yang sengaja cuba membawa nada provokasi yang secocok dengan agenda chauvinis Cina.

Nilai kestabilan politik, sosial, kerharmonian hubungan antara etnik dan semangat muhibbah merupakan ciri paling penting  dan strategik untuk Malaysia sebagai sebuah negara untuk bergerak kehadapan dan ekonomi dibangunkan, untuk kepentingan semua. MCA wajar secara serious berhati hati dan mengambil kira apa apa faktor yang boleh menjejaskan variable formula ini dalam apa apa tindakan mereka.

Published in: on November 29, 2008 at 21:28  Comments (27)