Mukhriz: Hapuskan sistem sekolah vernakular

 

Exco Pemuda UMNO dan MP Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir hari ini menyarankan agar sistem sekolah vernakular dihapuskan dan semua kanak kanak disemua peringkat dikehendaki menghadiri sekolah sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran sepenuhnya.

Beliau mengatakan demikian dalam sidang media khas di Dewan Rakyat. Ini merupakan cadangan beliau untuk mengujudkan “Bangsa Malaysia”, yang mengamalkan satu sistem pendidikan, satu bahasa penghantar dan satu cara hidup, agar Negara boleh bergerak kearah haluan seiring. Perpaduan dan penyekutuan semua warga negara akan lebih berkesan lagi.

“Jika semua pihak mahukan kesama rataan, seharusnya Malaysia bermula dengan arah ini. Satu sistem yang sama rata untuk semua” ujar beliau “Sekiranya mereka menolak cadangan ini, bagaimana kita akan menjadi sebuah negara yang bersatu dan mengamalkan perpaduan, sedangkan kita tidak boleh membincangkan soal “Ketuanan Melayu”, tanpa dianggap sebagai mengamal perkauman?”

Ini dilihat sebagai satu penyelesaian konstruktif kepada isu perkauman yang sering dibangkitkan dewasa ini, terutama kepada pemimpin politik yang berbaur chauvinism. Sering kali, apabila orang Melayu menyuarakan isu soal bagaimana mereka tertinggal dalam segala aspek, ianya dianggap sebagai ‘perkauman’. Namun begitu, etnik lain sewenang wenang secara lantang mempersoalkan apa yang dekat kepada kepentingan orang Melayu dan mudah dianggap sebagai gerakan untuk membawa nada provokasi, yang semesti akan dibalas dengan emosi dan tindakan negatif.

Yang nyatanya, punca ini semua ialah soal polarisasi yang makin hari makin membezakan antara etnik. Polarisasi antara etnik sekarang banyak diakibatkan oleh perbezaan antara kaum sejak dari kecil. Oleh demikian, sekiranya kanak kanak Malaysia sudah di integrasikan sebagai satu Bangsa Malaysia dengan sistem yang sama, maka proses perpaduan dan muhibbah akan dipupuk dari asas lagi.

Saranan ini merupakan kenyataan tegas seorang pemimpin UMNO dan wajar dilihat dengan keterbukaan, agar masalah polarisasi antara etnik ini diperbetulkan  secara konstruktif dari puncanya.

*Perkembangan dikemas kini 515pm

Laporan The Star:

Published: Monday December 1, 2008 MYT 4:44:00 PM


Mukhriz: Scrap vernacular schools, one system for all


By SA’ODAH ELIAS

 

KUALA LUMPUR: Umno Youth chief aspirant Datuk Mukhriz Mahathir has called on the Government to abolish the vernacular school system as a means to enhance unity among people of various races.

He said a single school system was the only way to check the racial polarisation that was getting out of control in the country.

“The government should consider introducing only one school system with Bahasa Malaysia as the medium of instruction, except for Science and Mathematics which are already being taught in English.

“Of course, pupils should then be given the option to study their mother tongues. Under this system, the Malays will also have the option of studying other languages like Mandarin and Tamil and this will further boost unity among them,” he told reporters at Parliament House on Monday.

The Umno Youth exco member said it was time for Malaysia to do away with the dual school system, which was practised by only a handful of countries in the world, as it had contributed to the problem of disunity in the country.

He said over 99% of countries in the world practised a single school system.

He expressed hope that leaders of Barisan Nasional component parties would not take his suggestion in a negative light as it was only meant as a suggestion to resolve, once and for all, the problem of racial polarisation affecting the citizenry.

“If they reject this suggestion, then they should explain why they are against it. How is it possible for them on one hand to talk about unity and question Malay rights, while on the other hand still insist on having a different school system for their race?

“If you want equal rights then you cannot have a different school sistem. You cannot have your cake and eat it too,” he added.

He also urged all parties to stop harping on issues that could create tension among Barisan component parties, including on the issue of Ketuanan Melayu or Malay supremacy.

Lately, he said, there were many statements made by leaders of component parties that had the potential to create anger among the Malays and Umno members.

“If they insist on making statements on that issue, then do not be surprised if the Malays start talking about the economic supremacy of the non-Malays.

“Despite all that has been said on the issue of Malay supremacy, the Malays do not feel in any way superior or the master when it comes to the country’s economy,” he said.


Published in: on December 1, 2008 at 15:43  Comments (55)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/12/01/mukhriz-hapuskan-sekolah-vernakular/trackback/

RSS feed for comments on this post.

55 CommentsLeave a comment

  1. mari kita lihat…

    apa kata soi lek nanti.

  2. Salam,
    Saya menyokong 100% kenyataan dari Dato Mukriz. Sememangnya saya lahir dan bersekolah dizaman percampuran Melayu, Sikh, India, Cina dll. Sehingga kini tiada masalah dengan bangsa bangsa berlainan.
    Dari kecil harus diasuh begini. Jarak perkauman semakin jauh dengan memisahkan mereka. Ini satu pembawaan yang negatif.

  3. Usaha ini perlu disokong sepenuhnya. Dengan cara ini saja kita dapat memertabatkan semula bahasa kebangsaan yang semakin dipinggirkan dan mengurangkan perasaan prasangka antara kaum di Malaysia ini.

  4. tertunggu-tunggu apakah kenyataan yang akan diberikan oleh PR berikutan kenyataan dari Mukhriz ini.PR lah yang selalu memainkan isu “Malaysian Malaysia” ini.jadi adakah mereka juga bersetuju dengan cadangan dari Mukhriz?.kalau betul mahu “Malaysian Malaysia” maka sistem pendidikan kita juga harus ditukar.

  5. Akhirnya muncul juga keberanian dari seorang pemimpin Malaysia untuk berkata jujur tentang perkara yang pincang selama ini. Persetujuan awalnya, sekolah jenis kebangsaan berpengantar bahawa ibunda masing-masing akan ditutup dalam tempoh sepuluh tahun selepas merdeka, iaitu pada tahun 1967. Sekiranya hal itu dilaksanakan 41 tahun dahulu, kita boleh menjangkakan bahawa keadaan yang berbeza akan berlaku pada hari ini. Namun, perkara sebaliknya berlaku terutama kebelakangan ini apabila sekolah jenis kebangsaan bercambah di merata tempat secara berleluasa. Mereka menunjukkan bahawa dengan wang yang mereka perolehi hasil daripada khazanah bumi ini, mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan persetujuan awal generasi yang lebih awal. Pada masa yang sama mereka begitu lantang mempertikaikan pelbagai hal lain yang telah termaktub dalam Perlembagaan, manakala para pemimpin Melayu yang tidak tahu memimpin memperlihatkan sikap kecut perut, gentar dan hanya melarang perkara-perkara itu dibangkitkan.

    Hishammuddin sebagai Ketua Pemuda UMNO selama 10 tahun, merangkap Menteri Pelajaran sekarang pun buta sejarah dan hanya menyerah dalam perkara-perkara asas dalam pembangunan sekolah jenis kebangsaan. Sikap pentingkan diri kaum Cina terbukti dalam kes di Batu 18, Hulu Langat. Suatu ketika dahulu, Sekolah Jenis Kebangsaan mereka di sana hampir ditutup kerana bilangan murid yang berdaftar tidak mencukupi. Mereka merayu para ibu bapa Melayu di sekitarnya supaya mendaftarkan anak di situ untuk mengelakkan penutupannya. Sekian lama murid Melayu menjadi majoriti (>80%) di situ, tiba-tiba lembaga sekolah mengambil keputusan memindahkan sekolah berkenaan ke kawasan lain, untuk membolehkan kaum Cina menyertai mereka. Memanglah tindakan mereka itu tidak pelik. Yang peliknya Kementerian Pelajaran di bawah kepimpinan Hishammuddin tidak berbuat sesuatu pun untuk menghalang perpindahan sekolah berkenaan.

    Syabas Mukhriz.

    Salam Berani Berubah.

  6. This suggestion is nevertheless a good starting point for national unity.

    But lets look at the bigger picture. If our children are to be sent to a single school,what happens after they graduate from Form 5?

    The Malays enter MARA and their matriculation courses, the Chinese, Indians and Bumiputera of Sabah and Sarawak have no option but to take STPM or enter private colleges, or fly off and never return.

    The same segregation that their parents had will still crop up.

    If unity and not politic is the issue here, I’d vote with all my heart that vernacular, MARA , matriculation colleges, STPM to be all removed.

    Lets have a single education system right up to university level!!

    Agree!

    But do FIRST THINGS, FIRST!

    Give up vernacular school FIRST, then we talk…..

    You people want so many things BUT NOT READY TO GIVE UP ANYTHING, NOT EVEN THE BASIC THINGS!

  7. Salam Broder,

    1. Banyak cantik..? Tahukah anda semua dulu sistem pelajaran yang diterapkan di Sek Ren Keb dan Men Keb, sebenarnya sudah betul untuk membentuk bangsa Malaysia yang lebih bermoral dan bermaruah.

    2. Seingat saya, ramai kawan2 sekelas kaum Cina dan India boleh tulis jawi, membaca jawi serta tahu dan faham subjek agama Islam. Cuma mereka tak peluk agama Islam sahaja.

    3. Bila zaman Dr.M sebagai Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri, semua sistem itu terus pupus. Subjek agama diletak dihujung jadual waktu harian ketika budak sekolah dah mengantuk dan nak habis pengajian. Kemudian pelajar kaum Cina dan India diarahkan keluar dari kelas berkenaan. Mereka tidak lagi mengikuti kelas tulisan jawi dan subjek agama.

    4. Kini Mukhriz anak Mahathir cuba nak hidupkan semula sistem yang telah dipunahkan oleh bapanya? Eloklah sangatlah bapa pelingkupkan, kemudian anak nak repair. Tak payahlah, kasi orang lain jer repair benda yang dah rosak tu.

    http://suarasukj.blogspot.com

  8. MUKHRIZ!!!! U THE MAN!!!!!

    HISHAMMUDDIN! LEARN FROM MUKHRIZ! YOU ARE THE MINISTER IN CHARGE. ACT INSTEAD OF SAYING TO THE CHINKS “JANGAN MAIN DENGAN API”. DAPUR ENGKAU DAH TERBAKARLAH BEB, TAK PAYAH NAK BERI AMARAN LAGI! BERTINDAK ATAU UNDUR DARI DARI BERTANDING SEBAGAI NAIB PRESIDEN!!!

  9. Inilah laungan pemimpin politik yg saya tunggu sekian lama.. kalau mukriz konsisten dengan isu ni, saya jamin saya akan sokong dia sampai bila-bila.

    Generasi melayu zaman saya membesar dengan 2 bahasa sahaja padahal kaum lain cakap boleh 3-4 bahasa.
    Sampai sekarang saya beranggapan melayu generasi saya di sabotaj oleh orang politik.

    Bayangkan kalau dari dulu kita mengamalkan sistem satu sekolah yg mana sekolah ini juga mewajibkan bahasa ketiga kepada murid. Saya jamin cina takkan dapat tipu melayu dalam bidang pekerjaan dan perniagaan. Dan secara langsung target 30% ekuiti dapat dicapai. Ia juga dapat merapatkan jurang ekonomi dan mengecilkan isu perkauman.

    Up up hooooraayyy…
    jangan hangat-hangat taik ayam udahler..

  10. sokong. kita lihat mahu tak mereka abolish sekolah vernakular ini.

    big dog, i ve a special article. read. its interesting ya know. hahaha

    http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/12/01/kisah-ahli-nujum-yang-bodoh/

  11. Tahniah Mukhriz kerana berani bersuara atas isu ‘asas’ demi perpaduan satu bangsa Malaysia. Setuju. Hanya adakan Sekolah Melayu yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran. Hanya dengan duduk sebilik dan belajar bersama dari kecil perpaduan satu bangsa akan terjalin.

    [Dipetik dari Kacamata Melayu: pandangan MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH:-

    Secara umumnya, terdapat dua jenis kumpulan bukan Melayu di negara ini berasaskan pendidikan perkauman.

    Dalam hal ini, saya hanya mengambil contoh kumpulan orang Cina sahaja yang mewakili 26 peratus keseluruhan penduduk, yakni berjumlah 6.5 juta orang, selaku majoriti kedua terbesar.

    Kumpulan pertama orang Cina, mewakili 85-90 peratus, berlatar belakangkan perkauman Cina, berpegang kepada tiga rukun, menyertai pertubuhan-pertubuhan Cina, bersekolah Cina dan membaca/mendengar/menonton media Cina. Rata-rata berpendapat bahawa hanya sekolah Cina sahaja yang dapat mengekalkan kecinaan mereka.

    Kumpulan ini kebanyakan tidak bergantung kepada kerajaan. Mereka banyak berdikari dengan menjalankan perniagaan persendirian.

    Manakala selebihnya mewakili kumpulan kedua, 10-15 peratus, adalah kumpulan yang mendapat pendidikan Inggeris yang tidak mendapat pendidikan Cina. Kebanyakan mereka ada yang beragama Kristian, Cina Peranakan dan menyertai kelab Lions dan Rotary. Kumpulan kedua ini banyak mensosialisasikan diri mereka dengan persekitaran Melayu, berbanding majoriti kumpulan satu hanya mensosialisasikan diri mereka dengan kelompok Cina sahaja.

    Melalui kajian yang saya lakukan, kebanyakan di kalangan mereka langsung tidak mempunyai kawan berbangsa Melayu, apatah lagi untuk bergaul antara satu sama lain. Pendek kata majoriti hidup dalam kepompong dan tempurung mereka sahaja.

    Melalui kajian yang saya lakukan, kebanyakan di kalangan mereka langsung tidak mempunyai kawan berbangsa Melayu, apatah lagi untuk bergaul antara satu sama lain. Pendek kata majoriti hidup dalam kepompong dan tempurung mereka sahaja.

    Proses sosialisasi itu telah berlaku sekian lama dalam kesemua bidang, ekonomi, politik, sosial, media dan sebagainya.

    Akibatnya, kita hanya berjaya melahirkan rakyat yang hidup dalam kepompong perkauman, hanya meletakkan kepentingan bangsa atau etnik di hadapan, dengan mengenepikan kepentingan nasional.]

    Ternyata bukan Melayu tidak menjiwai ilmu kenegaraan. Mereka seperti katak bawah tempurong.

    Hanya dengan satu jenis sekolah untuk semua rakyat Malaysia akan mempunyai perpanduan.

    Apa kata Melayu UMNO, PAS dan PKR?

  12. WOII, Pak Lah kat mane? Senyap je..
    Porahhhh la Pak Lah!

  13. Sokong pm msian “Lets have a single education system right up to university level!!”

    Sokong YB Mukhriz 100%!

    NO Sekolah Vernakular!
    NO Sekolah Agama!
    NO Private School!

    Semua rakyat Malaysia masuk satu sistem dari Sekolah Kebangsaan ke Universiti.

  14. Ada yang mengatakan, apabila Mukhriz menyuarakan bahawa dia tidak akan menyandang jawatan dalam kerajaan sekiranya terpilih sebagai Ketua Pemuda, keputusannya itu adalah satu kesilapan yang merugikan. Banyak yang masuk politik hari ini tidak faham apabila disebutkan “parti menguasai kerajaan”. Apa yang disuarakan oleh Mukhriz hari ini adalah salah satu contoh yang nyata. Dalam suasana “parti menguasai kerajaan” apa juga yang diputuskan pada Perhimpunan Agung Tahunan UMNO akan dijadikan garis panduan oleh kerajaan dalam membentuk dasar-dasarnya. Sekiranya Mukhriz berjaya dimenangkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, dia mempunyai satu platform yang kuat untuk meneruskan seruannya ini melalui Pemuda. Pemuda boleh meluluskan resolusi mengenai perkara ini dan dijadikan sebagai insurans untuk UMNO bergerak ke hadapan dengan berusaha merealisasikannya sebagai dasar kerajaan. Itu sekiranya “parti menguasai kerajaan”lah.

    Kita pun masih ingat bahawa dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, perwakilan menyuarakan supaya ITM diwujudkan semula tetapi seruan yang mendapat sookongan termasuk oleh Presiden itu tidak disambut dengan tindakan oleh pihak kerajaan dalam bentuk pelaksanaan. Apabila timbul isu UiTM perlu mewujudkan kuota untuk bukan Melayu, ramailah yang terkenangkan ITM yang suatu ketika dahulu begitu perkasa melahirkan tokoh-tokoh Melayu. Ada pula yang membandingkannya dengan Kolej Tunku Abdul Rahman dan Universiti Tunku Abdul Rahman. Orang Melayu hilang ITM, dapat UiTM manakala UTAR dibangunkan sebagai kesinambungan bagi TAR College. Siapa yang lebih bijak, siapa pula yang lebih rugi, siapa pula yang memimpin Kementerian Pendidikan ketika semuanya itu berlaku.

    Mukhriz harus menjadikan agenda sekolah vernakular ini sebagai sesuatu yang serius, bukan semata-mata isu politik untuk meraih populariti. Mereka telah mungkir janji 41 tahun dahulu, tetapi orang Melayu yang dimungkiri janjinya pula yang merasa semakin terancam, seolah-olah kita yang tidak berpegang pada janji. Mereka menuntut macam-macam perkara atas tajuk perpaduan tetapi merekalah yang telah memulakan perpecahan dengan tidak mengotakan janji 41 tahun dahulu. Dan sikap lembut kerajaan jugalah yang membolehkan perkara itu berlansung. Sikap orang Melayu yang tidak ambil tahu sejarahlah yang menjadikan mereka berleluasa menuntut segalanya.

  15. Syabas! Sekarang kita tunggu balasan dari puak PR. Mereka yang sering melaungkan untuk membentuk Bangsa Malaysia. Mari kita tengok siapa yang kena… 🙂

  16. “Agree!

    But do FIRST THINGS, FIRST!

    Give up vernacular school FIRST, then we talk…..

    You people want so many things BUT NOT READY TO GIVE UP ANYTHING, NOT EVEN THE BASIC THINGS!”

    I am jaw dropped of such reply, especially you using the term of “YOU PEOPLE” . I am actually a child from different race.

    That’s right. “You people”. I did not insinuate any particular ethnic group.

  17. this is an old issue as if an old prime minister is talking. when is it that Datuk Muhriz start to have an interest in the education system of the country? yesterday? I suggest he to go back and ask his father before making anymore statement.

    Anyone in the country should be given a liberty to pursue education in anyway he pleases. No one ,not even a government, more so a free and democratic government to impose any form of education on any one. That is the very basic of human freedom. If you are to mould a mind of a child into something that you think should be the right way than definitely it will go wrong somewhere. Your right way of thinking is not necessarily the right way of doing things.

    To abolish the current systems and make it into one system is easier said than done. Apparently, Mukhriz does not know what he is talking about. The current system should be empowered rather than abolished. Empower all the systems in national schools, tamil’s, chinese, private schools, sek agama rakyat so that they contribute to nation-building and do not contradicting with each other. we have the systems for so many years , it is sad to see this man comes and says it’s all wrong. perrggghhhhh!!!!

  18. Salam Broder,

    1. Banyak cantik..? Tahukah anda semua dulu sistem pelajaran yang diterapkan di Sek Ren Keb dan Men Keb, sebenarnya sudah betul untuk membentuk bangsa Malaysia yang lebih bermoral dan bermaruah.

    2. Seingat saya, ramai kawan2 sekelas kaum Cina dan India boleh tulis jawi, membaca jawi serta tahu dan faham subjek agama Islam. Cuma mereka tak peluk agama Islam sahaja.

    3. Bila zaman Dr.M sebagai Menteri Pelajaran dan Perdana Menteri, semua sistem itu terus pupus. Subjek agama diletak dihujung jadual waktu harian ketika budak sekolah dah mengantuk dan nak habis pengajian. Kemudian pelajar kaum Cina dan India diarahkan keluar dari kelas berkenaan. Mereka tidak lagi mengikuti kelas tulisan jawi dan subjek agama.

    4. Kini Mukhriz anak Mahathir cuba nak hidupkan semula sistem yang telah dipunahkan oleh bapanya? Eloklah sangatlah bapa pelingkupkan, kemudian anak nak repair. Tak payahlah, kasi orang lain jer repair benda yang dah rosak tu.

    http://suarasukj.blogspot.com

    so bro,

    kalau orang nak perbetulkan kesilapan sistem tak payah buat lah?…biaq negara ni lingkup? kalau marah kat bapak dia pon..guna la OTAK hang sikit..orang macam ni la jadi nak bagi jahanamkan negara ni..setakat pandai kutuk saja..banyak cantik HOTAK hang..bagi la idea membina sikit

    zainuding
    orang’ganu

  19. Sokong 100 %! Hidup Mukhriz !

  20. Kita Perlu:

    1) Sekolah Kebangsaan
    2) Sekolah Agama Kebangsaan ( mengikut agama rasmi dalam perlembagaan negara lah)

    NO Sekolah Vernakular!
    NO Sekolah Agama!
    NO Private School!

  21. Vernacular schools definitely do play a part in segregating Malaysians. I totally agree with the suggestion from Mukhriz however I hope that this is not simply political posturing and a load of hot air due to the forthcoming elections.

    Speaking as a product of a Sekolah Kebangsaan, in a sleepy town in Perlis Indera Kayangan, I had a great education from dedicated teachers and a conducive learning environment. All of us mixed together, even after school. It was enlightening to sit in Agama classes and to learn Jawi though I am ashamed to admit that my Jawi skills have sadly deteriorated.

    Politicians should lead by example, they should send their children to Sekolah Kebangsaan as well instead of sending them to exclusive boarding schools overseas or private schools here in Malaysia.

    As for your reply to msian it simply shows that “you people” have forgotten the meaning of “berbudi bahasa”.

  22. mungkin dato’ mukhriz juga perlu cadang dihentikan permit bagi sekolah swasta dan rakyat malaysia yang mempunyai anak yang tidak pernah bersekolah di luar negara tidak dibenarkan menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa. barulah adil. Kalau tidak sistem pendidikan tidak akan diperbaiki kerana anak orang berada, ada juga anak menteri/ahli politik, boleh memilih ke sekolah swasta/antarabangsa.

  23. Gerak knight yang paling mencabar di atas papan catur oleh DMM.

    Papan catur lain dalam pasukan, jangan tunggu lama-lama.

    Cekmet pada 2013 bukan satu option.

    Soalnya bukan kecut dek sergah lawan,
    Tapi betapa keyakinan pada diri,
    Betapa pembacaan langkah lawan.

  24. suarsukj.blogspot,

    nak harap hang repair…pigidahhhhh..pandai kutuk orang saja..bagi la idea yang bernas sikit…setakat nak peleceh orang ja..jgn dok komen la..duduk diam-diam dan guna OTAK sikit.Cuci la hati yang busuk/hitam tu..aku tunggu idea hang ni…aku tunggu..point-by-point ya..aku tunggu

    ariffin
    orangpas
    shah alam, seksyen 25

  25. suarsukj.blogspot,

    nak harap hang repair…pigidahhhhh..pandai kutuk orang saja..bagi la idea yang bernas sikit…setakat nak peleceh orang ja..jgn dok komen la..duduk diam-diam dan guna OTAK sikit.Cuci la hati yang busuk/hitam tu..aku tunggu idea hang ni…aku tunggu..point-by-point ya..aku tunggu

    ariffin
    orangpas
    shah alam, seksyen 25

  26. KIta memang memerlukan cara ini untuk menjalin perpaduan dan persefahaman yang makin terhakis. Pendidkan adalah jalan yg paling baik. Kalau orang dari negara China mengaku rakyat M,sia lalu mrmbuat hal di UK dan orang dari negara Pakistan/UK mengaku rakyat Malaysia lalu menjadi pengganas di Mumbai, India.. kita sekarang perlu menjadi bangsa Malaysia yang ada identiti sendiri..bukan rojak. Budak Namawee budak yang yang belajar di Taiwan pun perlu lebih memahami konsep ini dan bersyukur jadi rakyat M,sia.

  27. Nampaknya Mukhriz cuba memulakan langkah pertama untuk mengambil hati rakyat berbilang bangsa. Bukan cadangannya tak bagus tapi buat masa sekarang, sebarang kenyataan yang keluar dan berbentuk seperti ini akan menggambarkan beliau cuba mendapatkan sokongan orang ramai…

  28. Macam ginilah Ketua Pemuda UMNO! Ajor orang kurang ajor dgn tamparan membina. Terduduk cina cina yg asyik mementingkan diri sendiri ja ni.

    Satu langkah berani! Syabas!

    Dalam pada itu mana Khir Toyo dlm episod isu “Ketuanan Melayu” pusingan ini?

    Sibuk junpa G2 aja ka?

  29. Single School system should have been implemented long time ago. Nevertheless, better late then never.

    How to integrate if our children go to different schools and speak different languages.

    Just thought of how lucky the Malaysian Chinese are!
    Their have to keep their Chinese names, their children go to Chinese Schools, they speak in Chinese dialects and read Chinese newspapers and the list goes on!

    Think of those Chinese in Indonesia, they can’t even use Chinese names not to mention having Chinese schools. They are known as Bangsa Indonesia, named as Indonesian, speak Indonesian and the list goes on.

    Regard.

  30. Sudah lama aku dok tunggu, seseorang mengeluarkan perkara ini secara terbuka. Inagatkan anak Tun Razak (pencetus idea asal) atau setidak-tidaknya anak saudara Tun Razak yang memperjuangkan isu ini, rupa-rupanya anak Tun Mahathir (perosak sistem pendidikan)yang mengeluarkan kenyataannya. Betulkah Mukhriz mempunyai keazaman & kesungguhan untuk memperjuangkannya atau sekadar mendapatkan political milage.

    Jika beliau benar-benar IKHLAS dan bersungguh-sungguh, saya dan ramai lagi akan berada di belakangnya menyokong dan mebantu sedaya upaya kami walaupun pada hakikatnya saya BUKAN ahli UMNO!!!

  31. So, should sekolah agama be shut down too, since they’re mainly catered to one race only? Surely such schools aren’t good at promoting racial harmony & unity?

    Many non-Malays who went through the national education system can’t read and write in their own language. Some chose not to learn it, while others weren’t given the choice to do so. Can this be rectified in the sekolah-sekolah kebangsaan? Probably not.

    While we’re at that, we should also shut down colleges or varsities which only admit students from one race and refuse to give way.

  32. Brilliant

  33. Aku dah agak, elok aje keluar Mukriz punya statement, semua apek-apek akan marah. Sampaikan semi value pun keluarkan statement.

    Anyway, in case Mukriz tak berjaya nak implement isu ni, elok aje dicadangkan student sekolah kebangsaan diwajibkan ambik bahasa ketiga. So student Melayu takde la ketinggalan dari segi kemahiran banyak bahasa. Dapat cakap pun dah memadai, bukannya nak jadi sasterawan Cina @ Tamil pun.. So nanti generasi ni masuk alam kerja atau bisnes, takde la kena tipu dengan apek-apek bisnes. Jadi kalau cina+india nak maintain sekolah vernakular, lantak pi diaorangla.

    Anak aku ada sorang nak masuk sekolah tahun depan, aku sokong kalau sekolah kebangsaan memperkenalkan bahasa ketiga wajib. Tak perlu nak hantar anak aku ke sekolah cina. Sekolah cina ada masalah tertentu yg aku tak mahu huraikan kat sini.

  34. Alhamdulillah, moga-moga tercapai segala niat yang murni.

  35. Good arguement there by Mukhriz

    Do read my take on this issue.
    Regards
    http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

  36. “”Give up vernacular school FIRST, then we talk…..””

    Hey, best we do BOTH around the same time. That way, you have less risk of forgetting to do the other.

    Not to accuse you guys of forgetfulness, but thats the impression I got after hearing Tun M. talk about police states, corruption & money politics.

    Abolishing vernacular schools without eliminating race-based preferences in our institutions will still fail to integrate Malaysians.

  37. gunakan bahasa malaysia di semua sekolah. hapuskan sekolah jenis kebangsaan.

  38. Surat kepada editor The Star:

    Concerning the report in The Star about Datuk Mukhriz’s comments on/concerning vernacular schools, I am particularly interested in the following excerpt:

    Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong said: “Language alone cannot be deemed as the main factor for national unity. It should entail mutual understanding, sincerity and respect among all races.”
    (end of excerpt)

    I find it hard to gauge if anyone is sincere. Harder still if that someone do not even speak a language I can comprehend. How can someone claim he is sincerely Malaysian at heart and all over if he refuses to use the national language of Malaysia? Back in Uni I’ve actually met people who cannot sing the national anthem. And this is a public university! Based on Datuk Wee’s logic and my own experience, we should then introduce the national anthem in Mandarin and Tamil so that we’ll find people who will sincerely sing it even if they do not know the national language.

    We always say out loud how important it is to have a level playing field, especially when concerning special rights and privileges. As vernacular schools are allowed to run and thrive, we will never have a level playing field. I don’t think anyone would want to open a SJK(C) or SJK(T) beside a Malay kampong. So how will the kampong folks learn Mandarin and Tamil if they wanted to? I don’t think they can afford language courses. If, on the other hand, all schools are equal, that is; all schools offer the same subjects (several language and culture-based modules as well), then it’ll be a level playing field. Then anyone from Malaysia, regardless of race, can deal with any companies from India or China or Taiwan. That’s a competitive edge for our country.

    I find that most politicians who criticize the idea (of a one school system for all) do not really come up with a solution, which is frustrating. Some criticized Datuk Mukhriz of ‘not being modern-thinking’. I wonder if there are any modern countries in the world that still have different race-based school systems for their citizens. We should have national schools which cater for each and every citizens of our nation!

    If we are re-thinking special privileges, we should re-think it nationwide and not make it race-based.

    Sincerely;

    Mohd Najmuddin Suki
    No telefon
    Alamat rumah
    Alamat mel elektronik

    p/s: I dare you to publish this letter

  39. Mahu ke mereka2 tu nak tutup sekolah2 tu, dan satukan saja semua dibawah satu sekolah? Macam mana nak jadi Malaysian Malaysia? Sedangkan dari segi institusi pendidikan pun dah nak membeza2kan? Jangan main cakap je, tapi dari segi practical, mereka sendiri pun tak nampak macam berusaha nak ke arah tu.

  40. Cadangan yang sangat baik, tetapi seperti biasa banyak isu2 yang akan berbangkit nanti ??

    PErtama sekali isu sekolah agama, kedua isu yang msian tulis hak sama rata ke universiti.Ini isu yang jelas dan nampak,semua orang akan terpikir pasal benda ini,selepas membaca artikel ini..

    Tetapi saya lebih berminat kepada isu tersirat,iaitu kesan pelaksanaanya.PErtama sekali,bila bercerita pasal pendidikan outputnya sudah pastilah peluang pekerjaan.Berdasarkan populasi,sekiranya ruang universiti dibuka sama rata,maknanya kaum bumiputera akan lebih banyak ketinggalan peluang ke universiti,tak mengapa kerana ini dapat memberikan persaingan sengit.Persoalannya adakah golongan bumiputera ini akan diberi peluang sama rata dalam persaingan di sektor pekerjaan,sektor swasta umumnya,di mana kita masih lagi melihat iklan2 mencari kerja yang masih lagi meletakkan bahasa mandarin sebagai syarat utama.

    Kedua isu bahasa.Terdapat banyak cadangan-cadangan bernas yang mahukan rakyat Malaysia disatukan dengan pengguanaan satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia, salah satu kaedahnya ialah hapuskan sekolah vernakular,dan adakan satu sistem dengan penggunaan satu bahasa saja.Menarik sekali idea ini,tetapi apa yang saya lihat sekarang,bahasa Malaysia jarang sekali digunakan di sektor swasta,di mana majoritinya pengguanannya adalah bahasa inggeris,jelas menunjukkan bahasa Malaysia hanyalah bahasa untuk lepas SPM saja,dan tak berguna apabila melangkah ke alam pekerjaan.Bagi saya benda-benda tersirat seperti ini sangat penting untuk diberi penekanan terlebih dahulu sebelum sebarang idea dilaksanakan secara buta tuli.

  41. Setuju hapus sekolah vernakular. Wujudkan hanya sekolah kebangsaan sebagai sistem pendidikan negara. Tetapi tidak setuju teruskan Sains Matematik dalam bahasa Inggeris. Kembalikan Sains Matematik dalam bahasa Melayu. Bangsa Malaysia wajar utamakan bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda. Kalau Malaysia boleh diterima sebagai negara, kenapa tidak dengan bahasa Malaysia.

  42. BTW, where are Mukhriz’s kids?
    Datuk, please walk the talk.

  43. […] Masyarakat Bukan Melayu, samada parti politik dan/atau NGO, menyuarakan rasa tidak puas hati mereka mengenai soal perpaduan yang Exco Pemuda UMNO dan MP Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir bawa, melalui saranan beliau sistem sekolah satu sukatan diperingkat seluruh Negara dan sistem sekolah vernakular dimansuhkan. […]

  44. kalau lihatlah sekarang ini…timbul macam macam Team yang menyokong dan tidak menyokong…semua nya adalah kerana gara gara nak timbul suasana pendapat dan kritikan…ada yang berpendapat melebihi intelektual…ada yang terlalu kritis dan beremosi apabila disebut pasal bangsa ini…semuanya kerana tidak ada kesepahaman bangsa yang di wujudkan dulu…kalau ikut logik dan asasnya memang bangsa malaysia perlu belajar dalam satu sukatan…memang lah payah nak memulakan sesuatu…apabila kita dah bermula rasanya tak payah…kita boleh buat dengan adunan bangsa malaysia sendiri…Cadangan Datuk Mukhris perlu diteliti secara mendalam oleh ahli ahli akademik bukan nya ahli ahli politik yang munkin ada yang tak paham tajuk ini..main belasah ajer…

    Buat awang soh…hari ini kita kata anak2 kita susah nak belajar bahasa enggeris…esok bila dah besar automatik mereka dapat menguasai bahasa itu…percayalah…lagipun istilah yang ditukar ke bahasa melayu nampak lagi payah nak paham…kalau nak suruh sains dan metemetik dalam bahasa jawi
    ..tentu lagi banyak jiwa yang memberontak…

  45. Satu sebab kenapa kaum bukan Melayu terutamanya kaum Cina lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah vernakular berbanding sekolah nasional ialah kerana mereka rasakan sekolah-sekolah tersebut jauh lebih baik. Kita anggap sahaja mereka betul, maka adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran (MOE) membuktikan ketidak-benarannya. Persoalannya, mampukah MOE membuktikannya. Semua orang tahu bahawa tulang belakang sekolah ialah guru. Cuba lihat dengan teliti carta organisasi MOE. Apabila guru diletakkan di tempat terbawah di dalam carta, saya tidak nampak bagaimana Malaysia boleh mempunyai satu sistem sekolah yang boleh dihormati oleh semua. Guru sekarang tidak ada motivasi lagi. Kalau dulu guru dihormati tinggi, sekarang anak murid pun boleh sepak terajang guru. Ibu-bapa ramai yang berpendapatan jauh lebih tinggi dari guru dan seringkali memandang rendah pada guru. Profession sebagai guru seolah-olah seperti pilihan terakhir para graduan universiti yang tidak mampu mendapat kerja lain. Gaji yang rendah dan tanggungjawab yang besar bukanlah satu profession yang menjadi pilihan utama graduan. Maka tidak hairanlah sekolah tuition tumbuh bagai cendawan. Maka bagaimana harus MOE atasi masalah demikian? Pertamanya, MOE harus berbuat sesuatu untuk menarik minat graduan terbaik negara menyertai bidang perguruan. Rombak carta organisasi MOE supaya guru dipandang tinggi. Naikkan gaji guru setinggi yang boleh. Tapis semua permohonan untuk menjadi guru supaya hanya yang terbaik sahaja dipilih. Jadikan profession guru itu satu pekerjaan yang benar-benar mulia seperti tuntutan semua agama. Masukkan bahasa Mandarin dan bahasa Tamil (walaupun saya secara personal memilih bahasa Hindi) selain bahasa Melayu sebagai matapelajaran yang perlu dikuasai oleh semua murid. Usaha harus ditingkatkan supaya pelajar-pelajar berbilang kaum boleh berinteraksi sesama mereka dengan menggunakan mana-mana bahasa di atas mengikut keperluan. MOE harus memikirkan cara supaya tiada alasan lagi kaum bukan Melayu tidak mahu memasukkan anak-anak mereka ke sekolah nasional. Apabila sekolah Nasional mempunyai integriti yang tinggi, sekolah vernakular akan dengan sendirinya menjadi kurang popular. Maka barulah semua rakyat telah bersedia untuk bersatu di bawah satu sistem pelajaran!

  46. […] Samada dikalangan orang Melayu atau Bukan Melayu, sedikit sebanyak rekasi sudah mula kelihatan. Cadangan YB Dato’ Mukhriz Mahathir ini wajar dipertimbangankan secara objektif, oleh semua pihak dalam usaha permulaan un tuk mencapai […]

  47. ZackDownUnder, jangan lupa. The Chinese are only a few % of the population in Indonesia and have Pribumi status… The latter being a deal to put on the table for discussion.

  48. […] YB Dato’ Mukhriz Mahathir agar sistem sekolah vernakular dimansuhkan dan semua kanak kanak dan pelajar mengikuti sistem sekolah kebangsaan, secara strategik bagi […]

  49. Hanya dengan satu jenis sekolah untuk semua rakyat Malaysia akan mempunyai perpanduan.

    =========

    Itu adalah suatu khayalan sahaja. Jika diskriminasi olih kerajaan tidak dihapuskan, biarpun semua bukan Melayu bertutur Bahasa Malaysia dirumah sekalipun, polarisasi kaum dan pepechahan akan kekal.

    Untuk perpaduan tulin, Kerajaan mesti berlaku adil kepada semua rakyat tidak memilih kaum. Yang perlu dan layak bantuan patut diberikan bukan kerana bangsa dan warna.

  50. […] sistem satu sekolah yang ditimbulkan secara lantang baru baru ini, oleh Exco Pemuda UMNO YB Dato’ … MP Jerlun, semasa itu kontroversi ‘Ketuanan Melayu’ dibangkitkan Timbalan Presiden MCA Dato’ […]

  51. […] seperti ‘Kontrak Sosial’, ‘Sekolah satu aliran’, ‘Hak istimewa orang Melayu’ dan ‘Bahasa Melayu digunakan dalam injil dan gereja’ merupakan […]

  52. sekarang banyak dah dengar tentang kisah kejayaan anak melayu.malaysia boleh.melayu boleh

  53. Assalamualaikum..

    Memang cadangan YB amat bagus, dan ianya HARUS dilaksanakan secepat mungkin.Dlm membina perpaduan antara kaum dan semangat nasionalisma yang kuat, maka ia bermula dari sistem pendidikan. Bak kata pepatah melayu’Melentur buluh biar dari rebungnya’Sistem satu sekolah yang memperjuangkan bahasa kebangsaan dan ideologi negara adalah suatu penyelesaian kepada masalah kepada kaum melayu khusunya dimana kini, melayu sering ketinggalan baik dari segi ekonomi dan pendidikan. Melalui sistem pendidikan satu sekolah satu malaysia ini dapat memberi peluang kepada semua kaum di malaysia untuk menceburi segala bidang apabila tiba di alam pekerjaan kelak. Ia tidak lagi tertumpu pada kaum-kaum tertentu sahaja bagi satu-satu bidang. Secara totalnya, sistem pendidikan ini banyak membawa keuntungan kepada kaum melayu. Saya disini menyarankan agar kita sama-sama memperjuangkan martabat melayu tidak kira apa fahaman politik sekalipon agar Martabat Melayu sebagai kaum yang berjaya dapat dibentuk pada masa depan.

    Namum begitu pada hari ini sy amat kecewa, kerana Sistem Satu Sekolah Untuk Semua tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh kerajaan yang memerintah. Sila lihat kenyataan dalam utusan malaysia 22.05.2009.
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

    Kenapa ini berlaku di kalangan orang melayu sendiri. Harus diingat tuhan tidak akan mengubah sesuatu bangsa itu melainkan bangsa itu sendiri. Oleh itu bangkit wahai orang-orang melayu bangkit!bangkit!bangkit!

  54. […] Antarabangsa dan Industri Dato’ Mukhriz Mahathir semasa menjadi backbencher dalam tahun 2008, dimana sistem sekolah vernakular wajar dihapuskan. Ramai pengkaji sejarah pendidikan berpendapat sistem sekolah vernakular kini sudah lapuk dan tidak […]

  55. klw becakap xberpandukan alquran hadis camni la jd ye….
    sdgkan allahpun xhlg makhluk ye utk menganut agama apa2pun walaupn tdk diredhai…
    ini kan plk soal bahasa…
    itu hak msg2…
    sume2 kite ni kan menumpang di bumi Allah…
    jgn la gado2….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: