Keangkuhan yang tidak diperlukan

 

Tatkala memilih seorang pemimpin, banyak ciri ciri personaliti perlu diambil kira apabila membuat pertimbangan. Terutama sebagai pemimpin politik, yang didukung melalui sistem demokrasi, ciri seperti sifat angkuh dan sombong selalu difikirkan berkali kali sebelum pertimbangan dibuat.

Apabila seseorang itu diberikan kuasa atau diangkat sebagai pemimpin, sering kali mereka akan ‘lupa diri’, atau kadang kadang lebih tepat lagi, ‘lupa daratan’. Bagaimana “sikudung dapat cincin”, mungkin ada personaliti dalam masa yang singkat sahaja mula bermegah megah dan akhirnya, mabuk kuasa. Dalam keadaan ‘mabuk kuasa’, mudah bagi seseorang menjadi angkuh dan ‘menongkat langit’. Ini lebih menyerlah bagi personaliti yang diangkat dari tiada apa apa untuk dijadikan penguasa kepada domain yang paling maju dan makmur seluruh negara.

Dalam sindrom ‘mabuk kuasa’ sehingga naik menjadi angkuh, mungkin ada diantara kita akan mengambil tindakan untuk mengaibkan orang lain. Keadaan semasa dan setempat, terutama dengan kuasa dan penghormatan yang diberikan masyarakat, mungkin amatlah mudah seseorang untuk leka dan hanyut dengan ‘kuasa’. Maka, tindakan yang diambil dalam psiki demikian seringkali akan mengaibkan, setidak tidaknya melukakan hati orang lain.

Sejarah Melayu pernah mengisahkan bagaimana seorang pemimpin wajar mengelakan keangkuhan yang membawa kepada tindakan untuk mengaibkan orang lain berlaku:

 

Maka titah Sri Tri Buana:”Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapak jangan derhaka pada anak cucu hamba. Jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalipun.”

Maka sembah Demang Lebar Daun:”Baiklah tuanku.Tetapi jikalau anak cucu tuanku dahulu mengubahkan dia, (maka) anak cucu patik pun mengubahkan dia”.

Maka titah Seri Tri Buana,”Baiklah,kabullah hamba akan waad itu.”

Maka keduanya pun bersumpah-sumpahlah,barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu di balik Allah subhanahu wa taala bumbungan rumahnya kebawah,kaki tiangnya keatas.

Itulah sebabnya maka dianugerahkan Allah subhnahu wa taala kepada segala raja-raja Melayu,tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu;jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya,tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata yang jahat.

Sejarah Melayu

 

Malangnya, ianya berlaku. Walaupun cuba dijustifikasikan, politik merupakan permainan yang berdasarkan persepsi dan sedikit emosi. Ini jelas apabila ditafsirkan dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008, apabila BN kalah diluar dugaan dalam negeri Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Ini termasuk Wilayah Persekutuan. Yang nyatanya, pada budaya dan psiki orang Melayu, ada alatan memang dalam apa keadaan dan alasan  sekalipun tidak wajar disimbolkan. Keangkuhan ini menjadi penghinaan dan untuk jangkamasa lama, rakyat akan sentiasa akan ingat peristiwa ini.

Dalam apa keadaan pun, politik merupakan permainan persepsi. Ujian asid (acid test) paling mudah ialah apabila pendapat masyarakat umum diselidik. Selepas PRU 12, banyak sudah dan perlu dipelajari mengenai aspirasi dan emosi rakyat keatas pemimpin dan prestasi kejayaan/kegagalan politik yang mereka bawa. Mungkin ada pemimpin yang dewasa ini amat mudah bermesra dengan akar umbi, terutama Perwakilan G6 dan G7 ke Pehimpunan Agung UMNO Mac 2009.  Populariti kerana mulut manis, ramah mesra dan sikap bersahaja ala budaya kampung memang menjadi tarikan.

Namun demikian, hakikatnya ialah politik UMNO merupakan politik peringkat negara. UMNO perlu membuat keputusan bukan kerana sikap ‘hubungan awam’ (PR) seseorang semata mata tetapi kebolehan kepimpinan, visi dan kemampuan ‘menghidupkan semula’ (regenerate) UMNO agar  keyakinan dan sokongan rakyat kembali. Sekiranya UMNO sebagai tunjang BN salah memilih pemimpin lagi, maka perjalanan akhir akan sudah pasti bermula dari saat ini dan kemungkinan besar ianya tidak akan diperbetulkan.

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

 

*Kommentari artikel ini ialah berdasarkan laporan media mengenai isu yang pernah suatu masa dahulu diketengahkan dan kini ditimbulkan semula

Published in: on December 3, 2008 at 09:09  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/12/03/keangkuhan-yang-tidak-diperlukan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. memang kenagkuhan akan membawa kepada kejatuhan kepada seseorg peminpin, bangsa dan negara. dalam konteks di atas, keangkuhan pada seseorg apabila sudah berjaya, dihormati dan disegani, tetapi mereka lupa bahawa ini bukan zaman dahulu, di mana orang akan tetap setia walaupun ditipu, disepak dll. lihat saja apa terjadi kpd pemerintahan angkuh pak lah.

  2. Cakap banyak sebelum berkuasa pun menjadi masalah juga. Tengok apa jadi dekat selangor, orang sampai nak berbogel2 sebab tak puas hati. Dulu sebelum dapat janji bukan main lagi, bila dah dapat mula terkapai2 macam2 benda tak dapat dilaksanakan. Ternyata bekerja tidak semudah bercakap dan mengkritik, berjanji sebelum memegang tanggungjawab memang mudah, bila dah dapat, huru hara!!

  3. Excerpt from Thai airport reopens after PM ousted by court

    …The months of protests and political uncertainty have hammered Thailand’s economy and its vital tourism industry. The crisis also severely dented Thailand’s image. At least six people have been killed and scores injured in clashes in recent months.

    On Wednesday, a meeting among the three ousted parties endorsed Deputy Prime Minister Chaowarat Chandeerakul as the caretaker prime minister.

    Members of the three parties who were not banned from politics are expected to form new parties that will form an alliance with three smaller parties of the outgoing coalition.

    Chaowarat told reporters he was consulting with House Speaker Chai Chidchob to hold a parliamentary session on Dec. 8 and Dec. 9 to select a new full-time prime minister.

    But with the Chaowarat group’s parliamentary majority intact, any new government will likely be very similar to the outgoing one, minus some key players, raising fears of renewed protests.

    Charnvit Kasetsiri, a historian, said the end of the airport siege has provided little more than temporary relief.

    “It is nothing more than an intermission. It is not over until the two sides of the political spectrum can reconcile and the prospect of that happening is very bleak,” he said.

    The protest group wants to abandon the system of one-person, one-vote, and instead have a mixed system in which most representatives are chosen by profession and social group.

    It is also seeking to purge the nation of the influence of former Prime Minister Thaksin Shinawatra, accusing him and his cronies of massive corruption.

    Thaksin was ousted by a September 2006 military coup, but the alliance alleges that governments voted into office since then have been proxies for the exiled Thaksin.

    Thailand’s revered King Bhumibol Adulyadej, who turns 81 on Friday, will give his traditional birthday eve speech on Thursday, and many Thais will be looking for guidance from him on healing the rift in the society

    An Asean political science case study is Thailand.

  4. […] its never about bad image from the media. When one arrogantly live an opulent lifestyle blatantly for decades, eventually the truth and righteousness will catch up […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: