Masyakarat Bukan Melayu wajar sanggup berkorban untuk kepentingan negara

Masyarakat Bukan Melayu, samada parti politik dan/atau NGO, menyuarakan rasa tidak puas hati mereka mengenai soal perpaduan yang Exco Pemuda UMNO dan MP Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir bawa, melalui saranan beliau sistem sekolah satu sukatan diperingkat seluruh Negara dan sistem sekolah vernakular dimansuhkan.

Laporan Utusan Malaysia pagi ini:

Bukan Melayu tolakutusan-malaysia-04xii08

Oleh WARTAWAN UTUSAN

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya daripada organisasi bukan Melayu

Mereka menyifatkan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir itu sebagai berbaur perkauman dan mahu sistem pendidikan sedia ada dikekalkan.

Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) dalam kenyataan bersama hari ini kesal dengan kenyataan Mukhriz itu yang disifatkan boleh menjejaskan perpaduan.

‘‘Kami meminta agar kerajaan mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini bagi mengelak perkara sedemikian berlaku lagi pada masa depan,’’ jelas kenyataan itu.

**********************************************

Hujah Mukhriz ialah polarisasi kaum bermula dengan masyarakat Malaysia terpisah (terbiasa dengan gayahidup yang berbeza) semenjak peringkat usia pembangunan, iaitu sekolah rendah. Orang Melayu dan Bukan Melayu, terutama masyarakat Cina, makin hari makin diasingkan kerana sistem sekolah yang berbeza dan penerapan mereka untuk menerima satu sama lain dalam konteks muhibbah dan perpaduan sebenarnya dibatasi.

Ini lebih diburukan kerana semenjak 20 tahun kebelakangan ini, sistem sekolah vernakular Cina makin meningkat, samada penambahan unit atau pembesaran dan masyarakat Cina hari ini lebih mengutamakan anak anak mereka melalui sistem ini berbanding dengan sekolah kebangsaan. Ini termasuk kawasan urban, walaupun ibu bapa kanak kanak ini sendiri berjaya dibangunkan melalui sistem sekolah kebangsaan dan mendapat pendidikan barat.

Penolakan cadangan Mukhriz ini memberikan tafsiran bahawa masyarakat Bukan Melayu, terutama Cina lebih mengutamakan kepentingan etnik mereka semata mata dan meletakan perpaduan antara kaum sebagai prioriti yang lebih rendah. Mereka amat cemburu mempertahankan kepentingan mereka, membatasi kepentingan negara dan masyarakat yang lebih besar, termasuk menyumbang secara positif kearah proses perpaduan dan integrasi masyarakat. Hak untuk menentukan bahawa pendidikan Cina berkali kali sengaja dipolitikan, sehingga menjadi ‘tebusan politik’ (political ransom).

Rata rata, jika dikaji sistem pendidikan vernakular sekolah Cina sudah tidak lagi relevan. Ini kerana sistem sekolah ini ujud apabila British menerima bahawa masyarakat immigran yang mereka ujudkan dalam negara ini, memerlukan sistem pendidikan yang sealiran dengan negara asal mereka, berbanding sistem Inggeris yang mempunyai sukatan amat berbeza. British dianggap memberi ruang perancangan agar immigran yang mereka bawa ini akan satu hari pulang ke negara asal dan pengadaptasian asas amat penting untuk menentukan proses ‘pengimmigrasian semula’ ini berjalan lancar. Ini dibiarkan berterusan sehingga menjadi ‘norma’ dalam masyarakat Malaysia, walaupun Penyata Pelajaran Razak 1956 mengariskan sebaliknya.

Jika dikaji melalui sudut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia pula, ianya berbeza. Artikel 152 memperuntukan:

Article 152

  1. The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law provide: Provided that-
    • (a) no person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language; and
    • (b) nothing in this Clause shall prejudice the right of the Federal Government or of any State Government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in the Federation.

Tafsiran peruntukan ini bermaksud bahawa bahasa selain bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) dibenarkan diajar disekolah sekolah dan bukan dibenarkan pengunaan sebagai bahasa penghantar. Ini juga bermaksud, masyakarat Malaysia dibenarkan mengunakan bahasa ibunda mereka dalam masyakarat.

Oleh demikian, ada pengamal undang undang memberikan tafsiran bahawa peruntukan ini tidak dikuat kuasakan dan selama ini, sistem sekolah vernakular diberikan ruang beroperasi semata mata atas ehsan untuk ‘menghormati kemahuan etnik tertentu’, sesuai dengan semangat setiakawan dan muhibbah. Hari ini, keadaan ini berbeza. Peruntukan artikel ini wajar dikuat kuasakan sepenuhnya kerana sistem sekolah vernakular ini sebenarnya sudah menjadi produktiviti songsang (counter productive) dalam usaha memupuk semangat perpaduan, setiakawan dan muhibbah antara kaum kerana polarisasi dalam masyarakat bermula dengan pengasingan diperingkat usia formatif, melalui sekolah.

Sekiranya masyarakat etnik Bukan Melayu, terutama Cina benar benar ikhlas dan serious untuk menunjukan patriotism mereka sebagai warga Malaysia, maka kepentingan negara perlu diberikan keutamaan berbanding dengan kepentingan kaum. Sistem sekolah vernakular wajar dikorban dalam keikhlasan mereka untuk mendemonstrasi dan reliasasikan hasrat sebagai warga Malaysia yang tulin, dengan iltizam yang tidak berbelah bagi kepada Negara, Raja, Perlembagaan dan sistem masyarakat muhibbah Malaysia. Realitinya, tiada usaha untuk memberikan tafsiran artikel ini secara rasmi pernah dibuat.

Kebelakangan ini, masyarakat Cina secara lantang menyuarakan kehendak mereka untuk ‘kesama rataan’, sebagai warga Malaysia yang diperuntukan hak. Ini termasuk mendesak agar Dasar Ekonomi dan peruntukan 30% ekuiti kepada Bumiputra dimansuhkan. Sebelum ini, PNB yang diujudkan untuk menentukan kehendak penguasaa ekonomi Bumiputra sebanyak 30%  dipenuhi, telah membuka mereka peluang untuk melabur dan 45% pengambilan untuk jawatan awam telah mula dibuka untuk Bukan Melayu, dimana masyarakat Cina mendapat kepentingan. Yang merumitkan lagi, ada pihak chauvinis Cina sengaja melakukan provokasi untuk secara sistematik menguji kesabaran orang Melayu.

Masyarakat Cina wajar menunjuk kesediaan mereka untuk ‘bertolak ansur’ dan kesediaan untuk bekorban, sejajar dengan kedudukan mereka sebagai warga negara. Tanpa bersedia untuk membuat sebarang pengorbanan, maka akan sampai ke satu tahap dimana kaum yang banyak memberikan konsessi untuk menjayakan semangat setiakawan, muhibbah dan ‘kongsi kuasa’ akan merasakan bosan dan menunjukan reaksi negatif. Mungkin akan sampai satu tahap orang Melayu, sebagai kaum majoriti, akan secara lantang mempersoalkan penguasaan etnik Cina dalam ekonomi dan mendesak agar “Ketuanan Ekonomi” ini dimansuhkan, sebagai timbal balas kepada desakan lantang, terutama puak chauvinis Cina menyerang konsep “Ketuanan Melayu”.

Ini adalah masa yang sesuai untuk semua pihak mereliasasikan usaha untuk kemajuan dan pembangunan Malaysia, sebagai negara bermasyarakat majmuk yang berintegrasi sebagai satu negara. Proses mencapai perpaduan tidak akan memberi makna sekiranya salah satu pihak tidak bersedia untuk membuat pengorbanan, malah sentiasa mendesak agar kaum majoriti melakukan sebaliknya.

Published in: on December 4, 2008 at 08:12  Comments (47)