Sistem sukatan satu sekolah berjaya dinegara lain, kenapa tidak Malaysia?

 

Isu cadangan sekolah satu sukatan ini menjadi perbualan hangat dibibir rakyat Malaysia. Samada dikalangan orang Melayu atau Bukan Melayu, sedikit sebanyak reaksi sudah mula kelihatan. Cadangan YB Dato’ Mukhriz Mahathir ini wajar dipertimbangankan secara objektif, oleh semua pihak dalam usaha permulaan untuk mencapai integrasi etnik dalam masyarakat majmuk dan sistem fabrik sosial yang kompleks dan rumit negara ini.

Hakikatnya, sistem sekolah satu sukatan ini berjaya dilaksanakan dan keberkesananya amat membanggakan dinegara lain, dimana berlaku masyarakat majmuk dan sistem fabrik sosial juga yang sama rumit. Kerajaan PAP Singapura mula menerapkan sistem ini pada lewat 60an dan memansuhkan sistem sekolah Melayu, Cina dan Tamil. Hasilnya, berlaku integrasi etnik yang berkesan dan pembangunan negara-bandaraya itu sebagai paling pesat dan progressif diperingkat global.

Perbezaan antara Malaysia dan Singapura ialah Singapura, penduduk majoritinya ialah orang etnik Cina (75%). Sekiranya masyarakat etnik Cina Singapura bersedia memansuhkan sistem pendidikan Cina mereka, demi kepentingan negara-bandaraya  itu, maka mengapa masyarakat etnik Cina Malaysia tidak sama mengikut langkah ini.

Hakikatnya, pihak seperti DAP, antara yang paling lantang menentang cadangan pemansuhan sistem pendidikan Cina di Malaysia. Walaupun DAP ialah sebenarnya lahir dari PAP apabila Singapura dipisahkan dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, mereka tidak mengekori cara PAP ambil untuk menentukan proses integrasi nasional diutamakan, bagi kemajuan dan pembangunan Negara. DAP dilihat lebih bersifat chauvinis Cina dan kadang kala, mengambil pendekatan ekstremism apabila isu sistem pendidikan sekolah Cina dibangkitkan. Sebagai contohnya, isu penutupan Sekolah Cina Damansara, yang begitu kuat dipolitikan DAP, yang akhirnya menjadi urutan parti politik etnik Cina lain.  Badan lain, termasuk NGO seperti Dong Jiao Zong amat lantang membangkitkan isu ini. Isu ini sering dipolitikan sehingga ianya menjadi bahan amat sensitif sehingga berlaku keadaan ‘peras-ugut politik’ (political ransom).

Sempena negara menyambut Hari Raya Aidil Adha Isnin ini, yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, Kepimpinan Negara disarankan mengunakan kesempatan ini untuk mengambil pendekatan serious agar sistem sekolah satu sukatan ini dilaksanakan, bagi kepentingan integrasi nasional. Mungkin pihak chauvinis Cina tidak bersedia untuk ‘mengorbankan’ kepentingan mereka dan sampai bila pun, kesediaan ini diragukan. Maka, mungkin kita sebagai warga majoriti Malaysia, berusaha secara agressif untuk menentukan ‘korban’ ini dilaksanakan, sesuai dengan semangat demokrasi; kepentingan majoriti membatasi kepentingan minoriti.

Bagi mereka yang begitu kagum dan sampai ketahap mengagungkan kemampuan dan keberkesanan cara Singapura  untuk mencari penyelesaian bagi mencapai kemajuan dan pembangunan, termasuk integrasi etnik, maka inilah peluang untuk membuktikan keyakinan mereka atas semangat dan falsafah itu. Memberikan sokongan padu agar sistem pendidikan Cina di’korban’kan bagi kepentingan integrasi nasional, perpaduan dan kesefahaman antara kaum perlu menjadi prioriti negara, dalam apa keadaan sekali pun.

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

Published in: on December 6, 2008 at 15:08  Comments (30)