Sistem sukatan satu sekolah berjaya dinegara lain, kenapa tidak Malaysia?

 

Isu cadangan sekolah satu sukatan ini menjadi perbualan hangat dibibir rakyat Malaysia. Samada dikalangan orang Melayu atau Bukan Melayu, sedikit sebanyak reaksi sudah mula kelihatan. Cadangan YB Dato’ Mukhriz Mahathir ini wajar dipertimbangankan secara objektif, oleh semua pihak dalam usaha permulaan untuk mencapai integrasi etnik dalam masyarakat majmuk dan sistem fabrik sosial yang kompleks dan rumit negara ini.

Hakikatnya, sistem sekolah satu sukatan ini berjaya dilaksanakan dan keberkesananya amat membanggakan dinegara lain, dimana berlaku masyarakat majmuk dan sistem fabrik sosial juga yang sama rumit. Kerajaan PAP Singapura mula menerapkan sistem ini pada lewat 60an dan memansuhkan sistem sekolah Melayu, Cina dan Tamil. Hasilnya, berlaku integrasi etnik yang berkesan dan pembangunan negara-bandaraya itu sebagai paling pesat dan progressif diperingkat global.

Perbezaan antara Malaysia dan Singapura ialah Singapura, penduduk majoritinya ialah orang etnik Cina (75%). Sekiranya masyarakat etnik Cina Singapura bersedia memansuhkan sistem pendidikan Cina mereka, demi kepentingan negara-bandaraya  itu, maka mengapa masyarakat etnik Cina Malaysia tidak sama mengikut langkah ini.

Hakikatnya, pihak seperti DAP, antara yang paling lantang menentang cadangan pemansuhan sistem pendidikan Cina di Malaysia. Walaupun DAP ialah sebenarnya lahir dari PAP apabila Singapura dipisahkan dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, mereka tidak mengekori cara PAP ambil untuk menentukan proses integrasi nasional diutamakan, bagi kemajuan dan pembangunan Negara. DAP dilihat lebih bersifat chauvinis Cina dan kadang kala, mengambil pendekatan ekstremism apabila isu sistem pendidikan sekolah Cina dibangkitkan. Sebagai contohnya, isu penutupan Sekolah Cina Damansara, yang begitu kuat dipolitikan DAP, yang akhirnya menjadi urutan parti politik etnik Cina lain.  Badan lain, termasuk NGO seperti Dong Jiao Zong amat lantang membangkitkan isu ini. Isu ini sering dipolitikan sehingga ianya menjadi bahan amat sensitif sehingga berlaku keadaan ‘peras-ugut politik’ (political ransom).

Sempena negara menyambut Hari Raya Aidil Adha Isnin ini, yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, Kepimpinan Negara disarankan mengunakan kesempatan ini untuk mengambil pendekatan serious agar sistem sekolah satu sukatan ini dilaksanakan, bagi kepentingan integrasi nasional. Mungkin pihak chauvinis Cina tidak bersedia untuk ‘mengorbankan’ kepentingan mereka dan sampai bila pun, kesediaan ini diragukan. Maka, mungkin kita sebagai warga majoriti Malaysia, berusaha secara agressif untuk menentukan ‘korban’ ini dilaksanakan, sesuai dengan semangat demokrasi; kepentingan majoriti membatasi kepentingan minoriti.

Bagi mereka yang begitu kagum dan sampai ketahap mengagungkan kemampuan dan keberkesanan cara Singapura  untuk mencari penyelesaian bagi mencapai kemajuan dan pembangunan, termasuk integrasi etnik, maka inilah peluang untuk membuktikan keyakinan mereka atas semangat dan falsafah itu. Memberikan sokongan padu agar sistem pendidikan Cina di’korban’kan bagi kepentingan integrasi nasional, perpaduan dan kesefahaman antara kaum perlu menjadi prioriti negara, dalam apa keadaan sekali pun.

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

Published in: on December 6, 2008 at 15:08  Comments (30)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/12/06/sistem-sukatan-satu-sekolah-berjaya-dinegara-lain-kenapa-tidak-malaysia/trackback/

RSS feed for comments on this post.

30 CommentsLeave a comment

  1. Apa yang nyata sekarang mereka mengambil kesempatan dari kelemahan pemimpin UMNO & BN yang bercakaran sesama sendiri dan tidak mempertahankan ahli sendiri. Apalagi masing2 dgn tumpuan kepada pilihan raya parti masing yang sudah berlalu dan akan berlangsung tak lama lagi.

  2. Salam Bro Big Dog

    Kalau dia orang nak sangat pertahankan logic untuk tetap melindungi SRJK….kita kena “stress test” pemikiran mereka agar mereka sedar akan implikasi terhadap masa hadapan Malaysia…biar depa habis modal

    http://satdthinks.blogspot.com/2008/12/stress-testing-logic-of-vernacular.html

    Have a nice raye..take care

  3. Sistem sukatan satu sekolah berjaya dinegara lain, kenapa tidak Malaysia?

    1. Isu ini telah membayangkan tahap visi Mukhriz mengenai atau menangani isu integrasi etnik di Malaysia.

    2. Bantahan yang dibangkitkan oleh pihak yang tidak bersetuju sedang membuka pekung di dada mereka sendiri.

    3. I am waiting for a sensible alternative from the other half.

    4. Mengkritik adalah mudah tetapi memberi input alternatif yang positif bukannya tidak boleh tetapi “hidden” agenda yang menyusahkan.

    LAN

  4. kalau mereka setuju tutup sek jenis kebangsaan, sudi ke kita tutup sekolah agama?

    Hidup Sekolah Kebangsaan!

  5. Kita serahkan kepada rakyat Malaysia membuat keputusan. Releven atau tidak sekolah vernacular. Sistem pendidikan satu aliran atau berbagai.

    Pilihan Raya. Bukan memilih kerajaan. Memilih sistem pendidikan.

    Ikut kaedah PRU.

  6. Salam perjuangan,

    Pemuda IKS menyokong penuh cadangan Dato’ Mukhriz Mahathir mengenai penstrukturan semula sistem sekolah vernakular. Pihak kerajaan perlu merangka satu pelan pendekatan yang efektif terhadap isu ini agar penerimaan di kalangan rakyat adalah positif.

    Pls check out datukshaifulkamal’s comment on “Kenapa Tidak Memilih SETIAKAWAN?” at Pemuda IKS blog. We need your professional point of view.

    “Memperkasa Generasi Baru”

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

  7. Orang Cina takkan bersetuju melepaskan pengawalan mereka ke atas sekolah jenis kebangsaan mereka. Ketegasan kerajaanlah yang diperlukan untuk memastikan tindakan berkenaan dijayakan.

    Malangnya pemimpin politik sendiri tidak sanggup menanggung risiko sekiranya pelbagai bangsa yang menghuni bumi negara ini benar-benar bersatu padu. Pendekatan politik hari ini adalah berteraskan perkauman. Melainkan sesuatu yang positif dilakukan oleh kerajaan, maka corak berkenaan akan berkekalan untuk tempoh yang lama.

    Sekiranya dibuat perkiraan, rasanya perwakilan dalam Parlimen dan DUN yang ada sekarang ini bukanlah menggambarkan pecahan masyarakat mengikut kaum. India yang merupakan etnik yang kecil peratusannya mempunyai bilangan perwakilan yang terlalu ramai di Parlimen. Yang itu mereka tak bising sebab menguntungkan mereka sendiri atas kerugian kaum lain yang tidak mendapat perwakilan yang sepatutnya.

    Selain itu, jumlah kuil Hindu pun teramatlah banyaknya berbanding dengan jumlah orang Hindu yang ada. Bila nak dipindahkan hatta untuk membina jalan raya sekalipun, mulalah buat macam-macam helah untuk mengelak. Surau dan masjid yang dinaungi oleh Perlembagaan dan Raja-Raja pun tidak membantah sedemikian rupa kalau diminta berpindah. Sedang mereka, di tanah milik Majlis Raja-Raja pun didirikan kuil haram.

    Satu lagi yang jarang disentuh tentang sekolah vernakular ialah masalah rasuah. Nak dapatkan tempat di sekolah, ada ibu bapa yang sanggup bayar jumlah tertentu. Pembekal buku memang dipaksa jual buku dengan harga yang amat rendah. Cina yang jual buku pun mengakui hakikat ini. Pihak Nazir KPM pun maklum tentang masalah rasuah ini. Jadi kalau sekolah tu dihapuskan, hilanglah sumber pihak-pihak yang berkenaan.

    Kerajaan kenalah buat keputusan dalam perkara ini supaya persoalan yang serupa tidak akan timbul tenggelam pada masa akan datang. Berulang-ulang cerita perkara yang sama tanpa penyelesaian, buang masa aja. Kerajaan kenalah tegas, keluarkanlah Laporan Hishammuddin misalnya, untuk sama ada menerima atau menghapuskan pendidikan vernakular ini. Selagi tindakan itu tidak dibuat, isu ini akan tenggelam timbul, sekejap panas, lama sejuknya.

  8. Tapi jangan lupa, di Singapura tidak ada amalan bahawa setengah golongan mempunyai keistimewaan berbanding dengan kaum yang lain.

    Saya menyokong pendidikan satu sistem, tetapi bagaimana dengan “keistimewaan” setengah golongan ini ?

    Memang apabila dilihat dari peringkat atasan, keistimewaan ini adalah penting untuk negara. Benarkah ? Atau sebenarnya ianya penting untuk setengah orang yang gilakan kuasa untuk terus memegang jawatan pemerintah untuk wang dan keluarga ?

  9. Pada pendapat saya, tak perlulah kita beriya-iya nak kuatkuasakan sekolah satu sistem untuk tujuan perpaduan, yg penting kita perbaiki dan perkemaskan sekolah kebangsaan kita.

    Orang melayu takkan setuju andaikata cina bersetuju untuk ada sekolah satu sistem tapi syaratnya melayu kena korbankan sistem raja-raja dan NEP.

    Tak perlulah mintak satu benda kalau kita sendiri was-was untuk bagi hak kita. Kita kena maklum bahawa bangsa cina memang tebal kecinaan mereka. Sebab tu kat mana-mana negara ada Chinatown contoh London, New York, Amsterdam & Australia. Tujuan mereka berhijrah adalah untuk mencari rezeki yg lebih baik yg mana mereka tidak akan dapat di negara China. Mereka sangat kagum dan memelihara susur keturunan mereka. Malah kat US sendiri ramai bangsa cina kat Chinatown yg tak boleh cakap Inggeris dengan betul.

    Ini adalah tanah melayu, Orang melayulah yg perlu bersatu sesama sendiri. Kita kena kuatkan bangsa melayu di tanah Melayu sendiri. Tak perlu nak harapkan orang lain.

  10. Orang Jauh tak padang jauh. Inilah masalah orang Melayu yang hanya syok sendiri – biarkan saja apa mereka nak buat. Kalau dia nak buat dekat negara China atau India kita semua tak kisah. Masalahnya apa yang dia buat di negara ini, kita semua akan merasai tempiasnya.

    Motif mereka sebenarnya jauh lebih besar. Mereka dah dapat Singapura. Pulau Pinang boleh juga dianggap hilang. Perak mereka dalam proses pertukaran milik tanah berperingkat-peringkat. Sebab Kampung-kampung Baru Cina dan Sekolah Cina dah diberi bahagian masing-masing. Kaum Cina dan India yang belum dapat tanah kena tunggu lama sikit sehingga proses fasa pertama diselesaikan dahulu.

    Apabila Sekolah-sekolah Cina dah ada tanah, mereka boleh buat duit lebih banyak kemudian boleh beli banyak lagi tanah orang Melayu yang tak cukup duit tu. Lepas tu boleh tambah lagi Sekolah Cina yang baru. Bila dah ada sekolah cina baru, sekolah ini juga berhak untuk dapat tanah tersebut agar boleh digunakan untuk perniagaan. Berniaga untung boleh beli lagi tanah orang Melayu yang juga kemaruk duit. Cukup duit satu lagi sekolah Cina boleh dibina. Boleh minta tanah lagi. Proses ini berterusan sampai akhirnya Perak jadi macam Pulau Pinang. Orang Melayu keluar Perak atau merempat di Perak sebab dah taada tanah. Bila orang Melayu dah taada tanah, apa yang orang Melayu boleh buat?

    Saudara orang jauh, ini satu andaian saya sahaja. Mereka mungkin mempunyai sasaran dan strategi yang jauh lebih hebat dari yang telah saya katakan. Kalau ramai yang macam saudara, maka kita akan terlepas pandanglah jawabnya. Akibatnya tak boleh nak buat apa-apapun lagi.

    Orang Melayu perlu bersepadu menentang pemikiran racist mereka. Sekiranya tidak ditentang sekarang jawabnya cucu-cicit kita akan menderita sepanjang masa.

    Mereka tidak rugi apa-apa pun sebab mereka mula dengan tangan kosong. Hanya Melayu akan rugi jika ini berterusan.

  11. Dear Big Dog Brother,

    If you happen to visit Sabah and Sarawak, Racial integration has never been an issue there. Malay, Chinese and Indian mingled together a lot more than in Peninsula Malaysia. They have no problem sitting together in a restaurant for breakfast, drink, and so on. It has been part of their life. Is it because of current education system? is it because East Malaysia has a different political system? No, simply, no one there actually shout about differences in races. No one there actually play on racial sensitivity issue. Unlike Peninsula Malaysia, where UMNO keep shouting about racial integration but at the same time creating racial sensitivity issue….All I can say, it is all about the people who are managing the country…is important to determine the future of our country…

  12. Why all the racists here keep stressing about Melayu Melayu and Melayu… but keep “kutuk” other races in this Boleh Land? Try looking into the mirror before talking bad about other races.

    No one is perfect in this world. So STOP THE BLARDY racism here, and GO ON WITH LIFE!
    There are a million more things to do in life, than keep dwelling with religion and races.

    I can’t change who I am the minute I am born. Be it I am a Chinese, Malay or Indian.

    If you all want total fairness and peace in this country – first CHANGE your narrow mindset, then only come talk to other races. Stop talking about how Indian temples are built beyond their racial quota – but in fact, do you need SO MANY mosques to accommodate Malays? Some residential areas can have up to 3 mosques, and is that necessary?

    When you condemn other religions, it is OK. But when other ppl condemn Islam, you all get up and start all that cock and bull story of “Hidup Melayu”, “Ketuanan Melayu”, “Jihad” etc… And worst of all, those Islamic Extremists causing troubles in every corner in the world (just like the recent Mumbai incidence)

    C’mon guys… until when can we Malaysians progress forward and stand together as one?

    Ask yourself these before talking:

    Is the SRJK issue really eroding into your Bumi quotas and rights?

    Does closing down vernacular schools guarantee all other races get full NEP privilege and university intake (like Medicine and Engineering courses)?

    Does doing away with vernacular schools means all Sekolah Agama will be done away the same way too? Since u all want unity and fairness, am I correct?

    So please… see who should actually be “tepuk dada, tanya selera”

    (And please… dont simply invoke ISA on anyone who is trying to discuss issue here in cyberspace! Only losers use this dirty tactic!)

  13. Bigdoggy!

    Scintillating piece of an article!
    Well done.
    Now, Mukhriz should get elected Ketua Pemuda and BE the Minister of Education.

    Still I say, he is a wabbit in a race against the snail.

  14. “mungkin pihak chauvinis Cina tidak bersedia untuk ‘mengorbankan’ kepentingan mereka dan sampai bila pun, kesediaan ini diragukan. Maka, mungkin kita sebagai warga majoriti Malaysia, berusaha secara agressif untuk menentukan ‘korban’ ini dilaksanakan, sesuai dengan semangat demokrasi”

    Sebenarnya, sekolah jenis kebangsaan termasuk Sekolah Tamil bukan sekadar Sekolah Cina sahaja, adakah anda ingin menentukan ‘korban’ ini dilaksanakan oleh Kaum India juga?

    Sebenarny saya Memang setuju yang satu sistem pendidikan memang wajar untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum.

    Tetapi sudikah Rakyat Malaysia berbangsa Melayu mengorbankan MARA, Maktab Sains and program-program Matrikulasi yang juga terdiri dari satu kaum sahaja?

    Memang tidak konsisten jika anda mencadangkan satu sistem pendidikan sahaja tetapi tidak rela ‘mengorbankan’ sistem Matrikulasi yang khususnya (lebih 90%) untuk satu kaum sahaja. Lebih baik kita mengamalkan satu sistem (STPM) sahaja sampai ke peringkat Universiti.

    Ini merupakan satu soal tentang perpaduan, dan semangat memupuk perpaduan di kalangan pemuda-pemuda serta murid-murid sekolah Malaysia. Perpaduan dan persefahaman memang susah (bukannya mustahil) dicapai jika sekolah-sekolah di Malaysia hanya terdiri dari satu kaum sahaja seperti Sekolah Jenis Kebangsaan atau Maktab Sains & Mara.

  15. Elok juga ditubuhkan suatu jawatankuasa untuk mengkaji penyelesaian integrasi sistem pendidikan, dengan mengambil kira pendapat-pendapat seperti yang dinyatakan dalam komen-komen di atas:
    1. Penghapusan sekolah vernakular (Sekolah Kebangsaan Jenis …)
    2. Penghapusan kuota program Matrikulasi dan digantikan dengan meritokrasi sepenuhnya.
    3a. Status Sekolah Agama?
    3b. Bagi sekolah agama bukan jenis penuh (iaitu: tidak mengikuti Kurikulum Bersepadu), seperti yang ada di Selangor dan di Johor, jika masih dibenarkan, apakah kaum lain patut dibenarkan menubuhkan sekolah Buddha/sekolah Hindu dan lain-lain sebagai sekolah ko-kurikulum?
    4. Status MARA dalam bidang pendidikan?
    Kalau mahu dilaksanakan kesemua idea di atas, semua kaum perlu membentuk sebuah kontrak sosial yang baru, yang mana pada pendapat saya, kaum Melayulah yang perlu berkorban paling banyak sekali.

  16. Gila nak korbankan matrikulasi ?
    Kalau pelajar matrikulasi disuruh jawab soalan STPM, 95% akan tergolek !

    Kalau semua ambil STPM, nanti terlalu ‘transparent’ pulak isu ketidakadilan yang akan dinampakkan kepada rakyat lain. Di mana ada setengah rakyat dapat 5 C dapat masuk Medik, tetapi yang dapat 4A 1 B hanya dapat offer jurusan pelik-pelik pulak.

  17. The students intake of vernacular schools, which are partially funded by government, are open to all races (with no quota).

    The mere suggestion by Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim in August this year on opening up 10 percent intake of non-Bumiputera and foreign students into Universiti Teknologi Mara (UiTM), which is 100% funded by taxpayers money (not UMNO’s money), has angered the UMNO Malays. The same for boarding schools which cater for one race.

    Who is causing disunity ?

    Which schools/colleges should be abolished (or open up the student intake to all races) ?

    To put Mukhriz’s word into his mouth
    “You cannot have your cake and eat it too”.

    p/s – The Singapore school system is more pragmatic as it is based on working language English and students are free to taken 2nd language which is mother tongue Bahasa Melayu, Chinese and Tamil language. This pragmatism help them to attract the MNCs to invest in Singapore in 1970s. Bear in mind that the majority race in Singapore is Chinese and they could have made the Chinese language as national language and enforced national schools based on Chinese language in the name of racial integration. Why have they not chosen this path ?

  18. Open up uITM ? Another crazy idea !
    Even just 10 % will create a Massive outcry !

    Imagine when all the 10 % upper class honor hold by the 10 % student. Whereas the other 90 % hold the 3rd class honour and below. Then uITM have to close shop woo ..

    Current system is the Best. It can help cover up all the inferiority complex of certain people. Although our nation lives might be in danger from low quality engineer, doctors, scientist and blah, blah, blah.. but superiority (ketuanan) complex is much more important maa…

    Will our goverment leaders cares ? They got a lot money to go oversea for treatment, education and even vacation !! Hidup BN !!

  19. kita disini belum bersedia kearah perubahan secara total didalam sistem pendidikan kita.kita dah selesa dan terbiasa dengan apa yang ada sekarang.tak mustahil sekolah satu aliran boleh diwujudkan di Malaysia tapi sebelum itu semua kaum kena bersetuju dengan idea itu dan betul-betul kena berfikiran terbuka dan prejudis.

    dah terbukti dinegara lain yang walaupun sekolah satu aliran tanpa mengikut kaum namun jatidiri dan semangat bangga akan kaun masing-masing tetap ada.identiti bangsa itu tetap ada lagi.

  20. Yo bigdoggy!

    what is ola man Scribe harping about
    gaint demo from Zhao Ding-dong something about
    English lang in Sciences and Mathematics?

    Is the old man spreading rumors?

    Remember, the Abdul is in Mindef ma.
    Well, the botak syed pekak is all itchy fingers to sign papers, you know.

    Or is it another show down with the ding-dongs and the tae kwan doe kid. All smiles.

    Don’t you just love UMNO politics.

    Thanks.

    ps what is the odds on KT?
    PAS hands down?

  21. sALAM BRO,

    orang Melayu suka sangat berbudi…akhirnya kena pijak di kepala…

  22. cakap memang mudah,

    orang India suka sangat berbudi … akhirnya kena pijak di kepala …

  23. […] My suggested solution against race-based chauvinism?  I will say it again, ABOLISH THE VERNACULAR SCHOOLS. […]

  24. quote : “orang India suka sangat berbudi … akhirnya kena pijak di kepala ”

    PUNDEK LU…APA LU PUNYA BUDI..SEMUA ORG PUNYA TANAH LU BUAT KUIL..POOOORAH

  25. […] kepentingan strategik Negara (ciri utama integrasi nasional untuk menentukan Malaysia maju) dan keberkesanan perlaksanaan dasar ini dilaksanakan dinegara lain (yang nyata komposisi kaum Negara itu memberikan kelebihan kepada kehendak […]

  26. […] system, seen as a reaction against Dr Chua’s ‘Kurang Ajar’ call. This call is something sucessfully implemented  in Singapore and required political will, which something MCA and Gerakan as BN component parties always […]

  27. […] wajar menuntut agar sistem persekolahan satu aliran diujudkan, sesuai dengan perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu. GAPENA sebagai NGO yang kunun kunun […]

  28. btul2..
    kat Malaysia mcm xde sistem yang tetap..
    masih brubah2 mcm bru merdeka..
    contohnya ppsmi…
    mate dah lah susah.. ditambah bhs ingris…
    sptutya math perlu mudah…

  29. […] strategiknya, maka digesa agar diujudkan ‘Sistem Satu Sekolah Untuk Semua’ (SSS) dan sekolah vernakular dimansuhkan. Ini sesuai dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996. Ini juga secara strategiknya memupuk semangat […]

  30. […] dinegara lain, termasuk dimana penduduknya merupakan 75% etnik Cina. Oleh demikian, ianya tidak ada sebab kenapa SSS tidak boleh dijayakan secara komprehensif dalam negara ini juga. Cadangan asal SSS diutarakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: