Pemimpin parti komponen BN lupa asas sokongan ‘kuasa’ mereka

 

bn-logo

Saranan YB Dato’ Mukhriz Mahathir agar sistem sekolah vernakular dimansuhkan dan semua kanak kanak dan pelajar mengikuti sistem sekolah kebangsaan, secara strategik bagi menjayakan proses integrasi nasional and kesefahaman intra-etnik,  sepenuhnya mendapat reaksi negatif dari pemimpin pati komponen BN. Pemimpin Gerakan dan MCA membidas saranan Mukhriz, secara terbuka dan lantang.

Laporan The Star:

Thursday December 4, 2008

Stop attacking vernacular school system, say two MCA bureaus

 

KUALA LUMPUR: Stop attacking the vernacular school system just to score points during party elections because this creates tension among races.

The MCA Youth Education Bureau and MCA Legal Bureau criticised Umno Youth chief aspirant Datuk Mukhriz Mahathir for calling on the Government to abolish the vernacular school system to enhance unity among the people, saying that a single-school system was the only way to check racial polarisation.

“We urge Mukhriz not to purposely play up the education issue simply because of the advent of his party’s polls,” MCA National Youth education bureau chief Chong Sin Woon said yesterday.

“Such sentiment has always been played up by Umno Youth leaders, causing unhappiness among the Chinese community and creating tension among all the races.”

He added that the proposal by Mukhriz contradicted the spirit of the Federal Constitution, which guaranteed the freedom to promote and develop the vernacular school system.

Chong said the vernacular school system was an asset to the country and did not hinder national unity.

“The education sentiment has seriously been politicised, and this will only continue to reduce our nation’s competitiveness,” he added.

He invited Mukhriz to a dialogue with the bureau to have a better understanding of the importance of Chinese education to the community.

MCA Legal Bureau chairman Datuk Leong Tang Chong demanded that the Jerlun MP make a public apology to all Malaysians and refrain from making such political rhetoric.

“The law is clear, and no one is above the law. The supremacy of the Federal Constitution must be respected at all times by all Malay­sians,” he said.

He added that Mukhriz’s call for the abolition of the vernacular school system by integrating it into the national school system flew in the face of Article 152(1)(a) which inter-alia stated that “no person shall be prohibited or prevented from using (other than for official purposes) or from teaching or learning in any other language.

“(b) nothing in the Clause shall prejudice the right of the Federal Government or of any state government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in the Federa­tion”.

*********************************************

 

Pemuda MCA wajar mempertimbangkan Artikel 152 dan Penyata Razak 1956 secara meyeluruh sebelum memberikan reaksi, walaupun mungkin keperluan untuk mengambil peluang isu ini di’modal’kan dari konteks kedudukan politik mereka mewakili etnik Cina.

Kenyataan Mukhriz ini dibuat di Parlimen sebagai reaksi kepada saranan Timbalan Presiden MCA Dato’ Chua Soi Lek agar semangat ‘Ketuanan Melayu’ dimansuhkan. Sebelum itu, pemimpin Wanita Gerakan Dato’ Tan Liah Hoe juga mengeluarkan kenyataan berbaur yang sama, juga menerima respons negatif dari pemimpin UMNO.

Laporan Utusan Malaysia:

Lian Hoe terus dibidas

Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Kenyataan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe mencerminkan tahap ‘kebijaksanaan’ yang agak rendah apabila meletakkan orang Melayu di negara ini sebagai pendatang dari Nusantara.

Setiausaha Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, ini kerana Malaysia adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara itu sendiri.

“Bagaimana boleh orang Melayu dikatakan pendatang jika asal mereka adalah dalam lingkungan kawasan yang sama?

“Apa yang disebutkan adalah satu konsep yang tidak tepat daripada segi kerangka budaya ilmu dan antropologi malah termasuk juga arkeologi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Lian Hoe yang juga Timbalan Menteri Penerangan memberi peringatan supaya semua pihak tidak melupakan sejarah selain menyamakan asal usul setiap kaum di negara ini.

Beliau berkata: “Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India.”

Zainal menjelaskan, kawasan Nusantara boleh dikatakan sebagai wilayah kebudayaan Melayu yang berbeza dengan wilayah kebudayaan Cina atau India.

Justeru katanya, kenyataan Lian Hoe itu hanya menafikan fakta dan merupakan pandangan yang dangkal.

Beliau menambah, kenyataan itu juga seolah-olah mencerminkan seorang pemilik rumah itu adalah pendatang dalam rumahnya sendiri.

Presiden Persatuan Penterjemahan Malaysia, Professor Emeritus Abdullah Hassan pula berkata, Nusantara adalah satu daerah yang besar untuk orang Melayu.

Sempadan yang wujud dalam Nusantara katanya, adalah kesan penjajahan yang membawa kepada kelahiran negara yang memiliki sempadan.

Namun katanya, walaupun kewujudan negara itu menampakkan pengasingan, tetapi ia tetap satu daerah untuk masyarakat Melayu.

“Kita memanglah datang dari pulau-pulau berlainan tetapi kita berpindah-pindah dalam alam kita sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Pengguna Islam turut menyelar tindakan Lian Hoe itu sebagai boleh mewujudkan suasana tegang antara kaum.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, kenyataan mempersoalkan status orang Melayu sebagai masyarakat peribumi negara ini jelas tidak boleh diterima.

“Beliau jelas tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan individu seperti ini patut dikenakan hukuman yang lebih tegas.

“Ini kerana dengan kedudukan Timbalan Menteri Penerangan, beliau menabur api perkauman di kalangan masyarakat negara ini,” katanya.

**************************************

Kalau dikaji dan perhalusi, kenyataan Dato’ Tan Lian Hoe ini merupakan satu nada yang berbaur perkauman.  Sebagai seorang anggota pentadbiran Kerajaan dan pemimpin tertinggi sebuah parti komponen BN yang banyak mendapat faedah dari semanagt ‘kongsi kuasa’ dan sokongan pengundi bukan kalangan kumpulan etnik yang mereka wakili, kenyataan ini wajar dianggap sebagai ‘kurang ajar’.

‘Provokasi’ asal yang dilakukan oleh pemimpin pemimpin parti komponen BN ini sebenarnya memberikan illustrasi sebenar psiki mereka. Samada mereka mendapat tekanan kerana populariti mereka sebagai pemimpin mewakili etnik cina dalam kerajaan ‘kongsi kuasa’ BN menurun secara drastik dan mereka memerlukan ‘modal’ untuk ‘menonjolkan’ bahawa mereka sebenarnya berusaha keras mempertahankan kepentingan kaum mereka, menjadi anggapan dikalangan ramai penganalisa politik. Satu lagi aspek yang boleh dibuat anggapan bahawa kenyatan ‘menolak’ semangat ‘Ketuanan Melayu’ dewasa ini merupakan satu yang lahir dari hati nurani pemimpin tertentu komponen BN dan ‘keikhlasan’ mereka sebagai ‘rakan kongsi’ kerajaan ‘kongsi kuasa’ mungkin ada sebab kukuh untuk perlu diragui.

Yang nyata, pemimpin parti komponen BN ini diberikan kuasa melalui sokongan rakyat semasa pilihanraya umum bukanlah atas kekuatan mereka sendiri. Ramai yang dipilih sebagai Ahli Parlimen kerana mereka bertanding dikawasan majoriti Melayu dan asas kekuatan sokongan pengundi sebenarnya datang dari pengundi Orang Melayu. Contoh yang paling jelas ialah Dato’ Tan Lian Hoe sendiri. Beliau diberikan kerusi Parlimen Grik atas pengorbanan UMNO pada PRU 12 Mac 2008; satu kerusi tradisional UMNO dan 80% pengundi merupakan orang Melayu. Ini merupakan salah satu dari dua kerusi yang Gerakan hanya mampu menang dalam PRU 12. Pendekata, Dato’ Tan Lian Hoe menganggotai pentadbiran sebagai seorang Timbalan Menteri sebenarnya  atas ehsan kuasa proses demokrasi yang orang Melayu peruntukan dan penghormatan yang diberikan, dan bukan atas kekuatan beliau sendiri atau parti yang beliau wakili.

Parti parti komponen BN harus sedar bahawa kedudukan mereka dalam Kerajaan bukan atas sokongan etnik yang mereka wakili malah sokongan padu dan tidak berbelah bagi orang Melayu, atas dorongan UMNO selama 12 kali pilihanraya umum, termasuk pilihanraya umum pertama pra-Kemerdekaan 1955, dimana MCA diperuntukan 15 kerusi (hampir 30% kerusi yang dipertandingkan) walaupun kumpulan etnik yang mereka wakili, iaitu kaum Cina masih rendah yang layak mengundi. Inilah semangat ‘kongsi kuasa’ yang UMNO sanggup ‘korban’ dan peruntukan kawasan dimana pengundi Melayu menjadi majoriti kepada ‘rakan kongsi’ dan perlu diingat bahawa sokongan pengundi dikalangan orang Melayu  wajar dilihat sebagai konsep ‘Ketuanan Melayu’, dari konteks dan perpektif ‘kongsi, satu pengorbanan yang Almarhum  Tunku Abdul Rahman Putra berikan dan diteruskan dan didukung sehingga hari ini, dalam semangat Parti Perikatan dan hari ini, Barisan Nasional.

Sebelum ini, kelemahan Kepimpinan BN PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakibatkan parti kompoenn BN seperti SAPP keluar dari kerajaan ‘kongsi kuasa’ dan menjadi Pembangkang. Paling terbaru ialah PPP mengugut untuk menarik keluar dari BN. Realitinya, kedudukan dan sumbangan oleh parti ‘nyamuk’ dalam keluarga BN ini merupakan seolah olah “Ada tidak menambah, tiada tidak mengurang”, wajar disedari pemimpin mereka. Parti mereka mendapat lebih menafaat menjadi sebahagian dari keluarga ‘kongsi kuasa’ BN dari mereka sebagai parti bebas dan menjana sokongan atas kekuatan sendiri.

Oleh demikian, pemimpin parti komponen wajar ‘sedar diri’ dan tidak menjadi ‘kacang lupakan kulit’. Mereka wajar kembali kepada semangat asal bagaimana toleransi, kesefahaman, kerjasama dan pelawaan dan peruntukan ‘kongsi kuasa’ diujudkan dan kesinambunganya berjaya dipertahankan sehingga hari ini, walaupun parti parti komponen BN mengalami ketirisan sokongan yang kritikal dari kumpulan etnik yang mereka wakili, contohnya semasa PRU 7 Ogos 1986 dan PRU 12 Mac 2008. Pemimpin parti komponen BN wajar mengadakan muhasabah diri secara serious dan komprehensif sebelum membuat sebarang kenyataan dan tindakan dan tidak menunggu pemimpin UMNO, sebagai tunjang kekuatan BN bertindak. Mereka harus mengambil iktibar dari episod PBS  ‘menikam dari belakang’ semasa keluar dari BN menjelang PRU 8 1990.

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

 

 

Advertisements
Published in: on December 10, 2008 at 09:31  Comments (23)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/12/10/pemimpin-parti-komponen-bn-lupa-asas-sokongan-kuasa-mereka/trackback/

RSS feed for comments on this post.

23 CommentsLeave a comment

  1. Ni masalahnya. Kalau PM kata org bawah boleh bebas bersuara. Tapi dia… Satu suara pun taknak keluar. Dah abis cerita baru nak komen. Ape cerita?

    Ini bukan cerita wayang. Ini betul-betul. Bukan coooobaaan….

  2. Wanita UMNO bercakaran seperti GRO nakkan pelanggan. Wanita Gerakan dan MCA sentuh tentang Bangsa Melayu, mereka diam. Pemuda UMNO pun hambar melainkan Mukhriz sahaja. Putera UMNO hanya berguna melayan mat rempit dan lompat di Khutub Utara, semuanya kerja takda makna. Kampong Tergadai.

    Bangsa Melayu sudah tidak boleh harapkan UMNO lagi, mereka hanya boleh harapkan NGO2 Melayu. PKR pula jadi taukeh babi, PAS subahat. Melayu Hancur, UMNO di penghujung riwayatnya jika kita biarkan pengkhianat2 ini terus menang dan berkuasa dlm parti.

  3. Tan Lian Hoe: itu sentiment dari seberang tambak Johor yang kamu juangkan. Kamu mewakili siapa? Grik atau Singapura?

    Kalau Grik – kamu adalah pengkhinat bangsa – hukumannya sula.

    Kalau Singapura – pulangkan MyCard kamu dan jangan hirup pun udara Malaysia. Tiada ruang untukmu di sini apatah lagi dalam BN.

    Tiada apa dari kami yang boleh dikongsi dengan kamu.

    Melayu melakukan kesilapan besar apabila telah menyerahkan Grik kepada makhluk perusak asing ini.

  4. Apa sebenar integrasi national ?. Memelayukan orang bukan Melayu?. Bukankah orang bukan Melayu menikmati makan orang Melayu juga suatu jenis integrasi ?.

    Jika semua rakyat dilayan sama rata, tanpa diskriminasi dan berasaskan meritokrasi, pasti polarisasi akan hilang dengan sendirinya.

  5. “Chong said the vernacular school system was an asset to the country and did not hinder national unity.”

    Nak kata beliau bodoh tidak mungkin, tapi ternyata beliau telah merendahkan martabatnya sendiri dengan alasan tersebut. Alasan yang sungguh bodoh dan tidak dapat diterima oleh rakyat yang pentingkan PERPADUAN. Beliau tidak layak duduk bersama dalam sebarang perbincangan antara kaum. Begitu juga Chua Soi Lek, dan Tan Lian Hoe dan ramai yang lain.

    Saya berpendapat, Tan Lian Hoe dan Chua Soi Lek memang tidak layak berada dalam kabinet mewakili kerajaan BN. Selain rekod Chua Soi Lek yang memalukan, mereka berdua telah menghina orang Melayu.

    Bahkan di masa hadapan, UMNO perlu pastikan terutama dari parti Gerakan, tidak dibenarkan mewakili BN di kawasan yang majoritinya kaum Melayu. Diperhatikan memang dari dahulu lagi Gerakan memang tidak berapa ‘friendly’ dengan orang Melayu. Dalam kes kali ini, amat memalukan UMNO, apabila orang yang disokong oleh kebanyakannya orang Melayu, telah menghina bangsa Melayu. Saya tak dapat bayangkan betapa marahnya orang Melayu GRIK. Pada saya, orang Grik mungkin menyesal habis memilih Tan Lian Hoe.

    Saya percaya di PRU 13, BN tidak mungkin disokong oleh kebanyakan orang Melayu jika wakil BN adalah bukan Melayu. Kebanyakan Orang Melayu kini berpendapat, ‘baik sokong Orang Melayu walaupun beliau dari Pembangkang, kerana orang Melayu tidak akan sampai hati menghina Melayu sedemikian rupa seperti yang berlaku kebelakangan ini.’

    Pak Lah terlalu lemah kepimpinannya. UMNO perlu pastikan beliau tidak akan terus meneraju kepimpinan Negara. Walau apapun sebabnya. UMNO perlu bertindak jika tidak negara ini nescaya karam.

    Najib perlu lebih berwaspada agar tidak melupai orang Melayulah yang meletakkan diri beliau di atas sana. Beliau perlu jaga sentimen Melayu yang sedang dikoyak rabak jiwa dan raga mereka oleh bukan Melayu kini. Jika beliau hanya bersimpati dipihak bukan Melayu (spt kerap berlaku kebelakangan ini) nescaya jangka hayat beliau sebagai Presiden UMNO akan menjadi begitu pendek sekali. Kepimpinan beliau akan ditentang habis-habisan oleh orang Melayu sendiri.

  6. Pada pendapat saya,sebagai seorang pemimpin kepada semua rakyat, mestilah bertindak adil dan saksama kepada semua.

    Orang Melayu juga patut berani keluar dari dibelenggu olih mentaliti tongkat. Jika layak diberi bantuan berilah tetapi tidaklah sehingga begitu prejudis sehingga yang bukan Melayu dipinggirkan.

    Orang Melayu mesti berfikiran lebih terbuka. Tanpa kerjasama semua rakyat Malaysia, susah untuk Malaysia meningkat dayasaing didunia tanpa sempadan.

    Walaupun ramai orang muda Melayu berpelajaran tinggi, tetapi mereka lebih suka makan gaji kerana tidak mahu kerja sendiri saperti membina bisnes sendiri .

  7. “Jika semua rakyat dilayan sama rata”

    Kerana dilayan samaratalah, sireh naik junjung.

    Kerana diajak kongsi kuasalah, cacing naik ke mata.

    Kerana dilayan dengan lemah lembutlah, melepaskan anjing tersepit.

    Sekarang khabarnya sudah mengugut dengan demonstrasi jalanan.

    Dipersilakan.

  8. Saya sokong kata Mat Jusoh.
    Kita mesti bertindak adil.
    Kita mesti bantu rakyat yang miskin dan hampir semua mereka adalah orang Melayu.
    Jadi orang bukan Melayu mesti jangan iri hati atau menuntut-nuntut, tapi melihat gambaran yang lebih luas bila Melayu diberi bantuan demi keadilan semua, supaya sama-sama dapat bangun dan merasa nikmat di Malaysia ini.

    Setuju juga Melayu mesti bebas dari bermentaliti tongkat.
    Perkuatkanlah kaum kamu.
    Pilihlah untuk berniaga antara kamu walau di kedai runcit, restoran atau perkhidmatan professional.
    Mahal sikit tidak apa. Sebab Kamu semua bayar zakat.
    Dan zakat ini akan memperkayakan balik masyarakat kamu. Ini mungkin akan menyatukan kamu dengan lebih jitu lagi dan memperbanyakkan lagi peniaga-peniaga Melayu yang berjaya yang tak di tindas dengan “harga bumiputera” oleh supplier mereka.

    Dan macam Mat Jusoh cakap kamu mesti berfikiran terbuka.
    Peganglah nilai-nilai ugama kamu yang universal.
    Jangan terikut-ikut degan nilai kaum lain yang berpacak pada tamadun negara kedatangan mereka.
    Ingatlah ugama kamu menyuruh kamu mendaulatkan Tuhan mu di bumi ini dan berkerjasama degan kaum Dhimmi.

  9. Sejak sekian lama, orang Cina memang lebih bijak berpolitik. Di kawasan majoriti Cina, calon Melayu memang tidak akan mendapat tempat langsung. Dalam keadaan semua yang bertanding bukan Melayu, lazimnya mereka akan memenangkan calon pembangkang. Kebanyakan pemimpin utama parti komponen BN yang menang adalah di kawasan majoriti Melayu. Ong Tee Keat sendiri menang di Pandan, yang lebih 50% pengundi adalah Melayu. Kalau dia cukup hebat, letakkanlah dia di Bukit Bintang misalnya, supaya dia boleh mengukur pengaruhnya di kalangan kaumnya sendiri.

    Hakikat inilah yang sepatutnya disedari dan dihayati oleh pemimpin komponen BN supaya mereka tidak terikut-ikut dengan rentak tari politik pembangkang. Pembangkang Cina berani celupar terhadap orang Melayu kerana mereka tidak bergantung kepada undi Melayu untuk menaikkan mereka ke kedudukan mereka manakala kebanyakan pemimpin BN bergantung kepada sokongan orang Melayu untuk menang di kerusi yang mereka tandingi. Sebarang bentuk keceluparan oleh pemimpin BN bukanlah menguntungkan mereka bahkan menyebabkan kerugian kepada BN secara keseluruhannya kerana terhakisnya sokongan orang Melayu terhadap BN.

    Orang Melayu semakin celik politik. Di kawasan majoriti Melayu, mereka lebih cenderung untuk menyokong calon Melayu tanpa mengira parti yang dianggotainya. Sekiranya pembangkang meletakkan calon Melayu melawan calon bukan Melayu dari BN, pengundi Melayu akan lebih cenderung menyokong calon Melayu. Jika BN terus berpegang kepada tolak ansur yang diamalkan selama ini dengan meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu pada PRU akan datang, kemungkinan mereka tewas adalah amat besar. Orang Melayu sudah jelik dengan tingkah pemimpin bukan Melayu dalam BN yang kemenangan pilihanrayanya atas sokongan undi Melayu tetapi berkokok menentang hak orang Melayu semata-mata untuk menjadi jaguh kaumnya.

  10. “(1) The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law provide: Provided that -(a) no person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language;” and not “(1) The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law provide:Provided that -(a) no person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning,IN any other language; and”

    Seriously there was no IN, and Mukhriz’s recommendation did not exclude “learning any other language” at all!

    Lets interpret it; “teaching and learning, any other language” means “other than Malay is allowed to be TAUGHT AS A SUBJECT, NOT AS MEDIUM OF INSTRUCTION“. Means also that other languages can be taught as elective subjects in sekolah kebangsaan curriculum.

    Go to Razak Report 1956 as well.

  11. Salam. The problem is the system. The system we have even though it worked in the past it isn’t now. The system we have need a great leader who can make this system worked in the eyes of people. So we can all be grateful because this system worked very well during the time of TDM due to Tun being a great leader. I think it will take us sometime for another TDM to come and lead our country. Until the time comes I think we should change the system just to compensate our weak leader.

  12. Bro,

    Salah nenek moyang kita kerana bermurah hati memberikan kerakyatan kepada mereka. Negara-negara lain tolak, kita terima…nasi dah jadi bubur…

  13. BD,

    Most non-Malay parents want their children to learn their mother tongue, so why didn’t the national schools offered that as an additional language? MOE has always been in UMNO’s hands all this while.

    Just do the right thing with national schools – offer third languages, religious studies – Buddhism, Hinduism, Christianity, good extra curricular activities, association and sporting clubs, and in no time parents will send their children to national schools.

    Stop the politicking and start doing the right thing, be generous and give the people what they want.

  14. Hentikan menggunakan benda ini sebagai asas untuk berpolitik. Lebih baik cari benda yang lebih bermanfaat untuk keadaan sekarang ni.

  15. Politik negara masih selesa berada celah ketiak BANGSA. Hingga Lim Kit Siang sendiri sukar menterjemah Malaysian Malaysia. Dulu orang ucap terima kasih terima kueh bakul dari kawan Tiongha, dan makan dengan seleranya.

    Malaysian Malaysia harus diterjemahkan untuk kesejahteraan generasi seterusnya. Fungsi Sekolah Vernakular harus dikaji semula, walaupun perit untuk citarasa politik berbangsa ala Malaysia.

  16. Salam BD,

    MOE sudah pun menawarkan bahasa Tamil dan bahasa Mandarin di Sekolah Kebangsaan. Jadi, kenapa mesti memberi alasan lagi?

    Pada pendapat saya, mereka2 yang menolak inilah yang begitu tebal sikap perkaumannya. Cadangan ini bukannya cadangan baru.

    Telah lama dicadangkan tahun 1951 dengan Jawatankuasa Barnes mencadangkan 2 intipati:

    1. Pendidikan seawal sekolah rendah untuk perpaduan.
    2. Sekolah vernakular dihapuskan dan diganti dgn SK agar polarisasi dapat dihapuskan dan bahasa Melayu dijasikan sbg bahasa pengantar.

    Tapi masyarakay Cina sebelum merdeka ini marah, tak mahu terima. Kemudian kerajaan British jemput Fenn dan Wu. Buat jawatankuasa Fenn-Wu. Dah jemput 2 orang Cina mesti la bias kepada kebudayaan asal negara China. Jawatankuasa Fenn-Wu bersimpati dgn nasib sekolah vernakular Cina.

    Tapi reaksi masyarakat Cina dapat difahami kerana senario ketika itu berlatarbelakangkan keadaan sebelum kemerdekaan. Sekarang dah merdeka pun masih lagi menentang? Setelah segala hak kerakyatan diperakukan oleh Perlembagaan?

    Laporan Razak 1956 turut mencadangkan perkara yang lebih kurang sama. Tetapi malangnya ditentang hebat oleh Persatuan Guru2 Sekolah Cina. Dan sekali lagi Melayu faham dan cuba memahami situasi dgn alasan bahawa 1956 belum lagi merdeka.

    Kini dan 51 tahun merdeka, dengan pelbagai desakan oleh chauvinis dan rasist bukan Melayu mempertikai itu dan ini. Menghapuskan semangat DEB dan sebagainya. Meminta samarata dan sebagainya…dan bila Datuk Mukhriz mencadangkan perkara yang molek dan elok…dibangkangnya pula. Lawak ke apa ni?

    Maka bagi saya mudah saja, sudah terselaklah muka sebenar pemuka-pemuka perkauman yang berjuang kononnya demi Anak Bangsa Malaysia. Bukan main gah lagi meletakkan ikon “Saya Anak Bangsa Malaysia” di blog2, tapi bila bercakap pasal sekolah satu sistem ditentangnya bagai nak kiamat. Hak Melayu dijolok dengan rakus, hak bukan Melayu pandai pula mereka genggam kemas. Sekarang dah nampak jelas siapa yang perkauman sebenarnya.

    Makin ditentang cadangan ini, makin jelas la nampak muka2 si racist! Mari kita tengok berapa ramai si racist yang menentang cadangan ini…

    Kesimpulannya: Jika tidak bersedia untuk memberi jangan pula sibuk nak meminta itu dan ini.

  17. […] menatang permintaan politik pengundi keturunan Cina, sehingga pemimpin parti komponen BN hari ini ‘lupa’ bahawa asas sokongan dan kuasa yang ada pada mereka sebenarnya tidak datang dari usaha keras mereka sendiri. Dalam pada itu hakikatnya, pada PRU XII, […]

  18. […] is something sucessfully implemented  in Singapore and required political will, which something MCA and Gerakan as BN component parties always conveniently forget. On Christmas day, the  minorities now insult the […]

  19. […] next weekend. Being a senior partner of the BN coalition and ‘kongsi kuasa’ formula and and immensely enjoyed the benefit being voted into power by the Malay majority for over 53 years now, MCA Leaders have time and again insulted the Malays as the majority of this […]

  20. […] sama mentadbirkan Kerajaan. Sokongan orang Melayu melalui UMNO juga merupakan asas kuasa dimana golongan minoriti ini berjaya dipilih melalui sistem demokrasi dan akhirnya, diberikan peluang untuk…. Inilah faktor yang golongan minoriti sengaja ketepikan. Possibly related posts: (automatically […]

  21. […] Sekiranya tindakan berasaskan Akta Hasutan atau mana mana peruntukan relevan Perlembangaan Persekutuan Malaysia tidak dikenakan kepada Tan, maka ianya akan disifatkan sebilangan majoriti orang Melayu sebagai berat sebelah. Keputusan untuk menjaga hati ‘rakan kongsi’ parti komponen BN yang membentuk Kerajaan yang mengamalkan konsep ‘perkongsian pintar’, akan dlihat tidak adil dan kemungkinan akan menimbulkan kemarahan dikalangan orang Melayu. Asas kuasa parti komponen, terutama parti yang menyumbang sokongan ala kadar, yang sebagaimana diillustrasi jelas semasa PRU 12 wajar dikaji semula dan kedudukan dan peranan mereka sebagai ‘rakan kongsi’ memerlukan perhatian teliti. […]

  22. […] Peranan MCA sebagai parti komponen mewakili masyarakat Cina yang merupakan rakan kongsi BN kedua ter… sebelum Kepimpinan BN dan Kerajaan menimbangkan permintaan yang berulang ini. Ini kerana prestasi MCA yang hanya mampu meraih 15 kerusi Dewan Rakyat secara automatiknya tidak melayakan mereka membuat sebarang ‘permintaan’, lebih lebih lagi strategik seperti Timbalan Perdana Menteri II. Kemampuan meraih 15 kerusi ini pun bergantung pada undi Melayu, yang semestinya dijana kerana ‘muka’ yang UMNO berikan. […]

  23. […] dihormati dan mereka sebagai minoriti yang diperuntukan hak sama rata tidak berlaku biadap. Sikap tidak mahu menyokong Sistem Sekolah Satu Aliran demi perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia… menunjukan mereka tidak mengenangi asas kuasa yang mereka […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: