Pembangunan Modal Insan tidak seimbang, secara strategik merugikan orang Melayu

 

Modal Insan merupakan rancangan strategik PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membangunkan asset terpenting negara, iatu guna pakai tenaga kerja dan minda generasi muda, agar digembelingkan kearah merealisasikan perancangan untuk menjadi Malaysia sebagai sebuah negara maju dan moden. Namun begitu, apakah pencapaian sebenar rancangan strategik menepati sasaran sebenar, iaitu kualiti dan nilai dalam modal insan yang begitu pesat diwar warkan untuk dibangunkan itu.

Modal Insan menjadi agenda teras Kerajaan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, semenjak Hari Kebangsaan 2005. Pembangunan fizikal generasi muda begitu diberikan penekanan dan tumpuan.

Namun begitu, pembangunan fizikal sebenarnya tidak mempunyai erti lengkap dan komprehensif, sekiranya ianya tidak dibangunkan dengan komponen ‘perisian’ (software) seseorang insan, samada individu maupun secara kolektif.

Hari ini, jika dikaji secara sekali pandang, pusat pusat ilmu, akademik dan latihan kepakaran, seperti IPTA dan IPTS samada universiti atau universiti kolej, politeknik, kolej kommuniti, institut latihan, pusat matrikulasi dan sekolah berasrama penuh begitu intensif dibina dan majukan secara fizikal dam berstruktur. Penekanan diberikan khusus kepada proses pembelajaran, yang rata rata berpaksi kepada sistem peperiksaan dan penilaian bedasarkan objektiviti.

Pusat pusat ilmu ini, samada peringkat sekolah menengah, maupun menara gading begitu mengutamakan keputusan yang bakal dicapai. Kuantiti merupakan sasaran utama. Rata rata, pencapaian seperti 17A diperingkat SPM dan berapa ramai lulusan CGPA 2.5 mata keatas menjadi ukur tara pengurusan pusat. Siri penekanan terhadap mencapai sasaran ini berubah menjadi peringkat hampir ‘taksub’, sehinggakan komponen lain dalam proses pembelajaran dikurangkan, sehingga mencapai tahap ‘diabaikan’ sama sekali.

Akibatnya, pelajar, samada diperingkat sekolah menengah, maupun universiti (sekolah peringkat teratas), gagal merealisasikan diri mereka dengan segala peluang yang mampu dijana dan dedahkan, termasuk pembangunan insan peringkat individu dan mikro. Kecermelangan akademik, yang di’tambat’ dengan pendoktinasian kerohanian secara ritualistik berbanding dengan pendedahan keagamaan secara holistik dan falsafah, menjadi teras missi golongan pengurusan akademik.

Akhirnya, penekanan yang tidak seimbang ini membatasi keutamaan membangunkan ‘perisian’ (software) seseorang insan, seperti kemampuan berfikir, kommunikasi, bersukan dan semangat kesukanan, jatidiri, nasionalism dan patriotism dan daya berdikari. Kebolehan untuk menyuarakan pendapat, terutama secara konstruktif juga terhad. Pembangunan seni dan sastera juga menjadi sesuatu yang diabaikan. Kemahiran khusus (skill set) merupakan suatu yang hampir tidak ujud. Disiplin, samada fizikal maupun mental, menjadi masalah yang makin meruncing.

Dirumuskan ringkas: golongan pelajar, di’proses’ dalam ‘kilang akademia’ untuk menjadi hanya. graduan dan lulusan untuk melengkapkan statistik. Kerap kali, ianya tidak lebih dari itu.

Produk ‘kilang akademia’ ini menjadi bahan pengeluaran yang begitu generik. Ianya terlalu generik, sehinggakan untuk guna tenaga dan minda lulusan ‘kilang akademik’ ini menjadi masalah untuk dipasarkan. Ini kerana selain dari kelulusan yang dicapai, rata rata ‘produk kilang akademia’ ini tidak mempunyai nilai yang dikehendaki oleh pasaran kerja dan industri. Kelemahan berfikir, kommukasi, menyuarakan pendapat dan pemikiran secara berstruktur, ‘kedaifan’ ko-kurrikular menjadi rungutan utama pengamal modal insan dan pembangunan sumber manusia. Kemampuan organisasi (organisational skill) dikalangan graduan juga diragukan. Rata rata, graduan dikatakan terlalu manja, berkemungkinan kerana banyak proses di’suap’ (spoon fed) semasa dalam ‘kilang akademia’ dan daya saing untuk ‘mencari maklumat melalui penemuan’ (learning by discovery) sudah hampir lenyap sama sekali.

Oleh kerana produk ‘kilang akademia’ ini dilambakan dalam pasaran yang terhad, jumlah mereka yang diterima pakai industri amat rendah, terutama dikalangan lulusan Melayu. Rata rata, lulusan dikalangan orang Melayu ini sukar dipasarkan. Itu belum lagi dirumitkan dengan sikap golongan ini, yang acap kali dilihat sebagai ‘memilih’ dalam mengisi kekosongan pasaran guna tenaga. Unsur materialism songsang, terutama apabila pembiayaan pengajian begitu dimudahkan dan  proses penghargaan (validasi) keatas pencapaian yang rendah, mengakibatkan fenomena ‘keserdehanaan dirayakan’ (celebrating mediocrity) dengan pelbagai kemewahan berbanding dengan menobatkan persaingan dan kecemerlangan. Ini merebak sehingga menular melalui pembangunan sikap, dalam sistem pengeluaran ‘kilang akademia’ ini dan merumitkan pembinaan sikap para graduan. Pendekata, mereka menjadi ultra-manja!

Akibatnya, lebih 90,000 graduan IPTA/IPTS menjadi penggangur dan majoriti dikalangan orang Melayu. Ini merupakan 0.3% dari jumlah penduduk dan hampir 1% dari jumlah besar guna tenaga negara. Jika diambil dari peratusan golongan guna tenaga peringkat pengurusan, professional dan professional bersekutu, jumlah penganggur ini merupakan hampir 4%. Ini merupakan statistik yang wajar menjadi kebimbangan negara, terutama orang Melayu.

Yang memburukan keadaan, dalam situasi meruncing dengan sebegitu ramai penggangur itu, golongan ini masih berharap agar Kerajaan dan pihak berkuasa berusaha untuk mengujudkan pasaran guna tenaga dan ‘menatang’ mereka. Ini mengujudkan sikap ‘alpa dan bersahaja’ (complacency) dan penghabisnya, majoriti golongan ini menjadi basian dan terlerai rugi sebagai modal insan yang tidak berjaya diguna pakai.

Berbanding dengan golongan yang sama Bukan Melayu, sistem nilai masyarakat menjadikan golongan graduan mereka berbeza. Sikap tidak memilih kerja dan daya untuk membuktikan kemampuan, semangat bersaing dan sikap pengantungan kepada pencapaian sendiri untuk menentukan survival merupakan nilai yang menjadi daya mereka untuk dipasarkan dalam industri dan sistem pemilihan guna tenaga jauh berbeza dan ketara. Oleh demikian, mereka mudah diserap kedalam pasaran guna tenaga jauh lebih baik dari orang Melayu.

Tahun demi tahun, ‘kilang akademia’ ini melahirkan berpuluh ribu produk generik yang hampir tidak laku dipasaran guna tenaga, berbanding dengan permintaan pasaran dan jumlah yang mampu diisi. Akhirnya, ianya menjadi masalah yang bertimpa dan saban tahun, ianya makin meruncing. Akan berlaku kuantiti ‘penganggur terhormat’ ini akan menjadi masalah sosial negara dan orang Melayu.

Anjakan paradigm, terutama sikap, keterampilan, kemampuan berfikir, kommunikasi dan menyuarakan pendapat secara konstruktf perlu diberikan penekanan semula oleh seluruh sistem pengurusan akademik, secara holistik. Itu belum lagi semangat nasionalism, patriotism dan kepimpinan yang makin hari semakin tiris dalam sanubari generasi muda dan terpelajar orang Melayu.

Usaha ini perlu dijana, gembeling dan ko-ordinasi secara strategik dan intensif, bermula sekarang. Proses mencari salah dan menuding jari bukanlah penyelesaian terbaik kemelut kompleks ini. Diambang kegawatan ekonomi global ini, semua pihak, samada Kerajaan, pentadbir dan pengurusan, perancang dan pengamal akademik dan keluarga sendiri, perlu mengambil tindakan drastik, proaktif dan konsisten, agar asset terpenting yang diberikan segala harapan untuk satu hari membela agama, bangsa dan tanahair ini tidak terlerai rugi dalam arus dinamik globalisasi.

Published in: on December 19, 2008 at 01:14  Comments (3)