Perlaksanaan Akta Pendidikan 1996: Keperluan political will

 

Perlaksanaan sistem sekolah satu aliran secara komprehensif perlu dibuat sekarang dimana keadaan, masa dan peluang sudah tiba untuk menyaksikan perubahan ini, bagi menentukan keutuhan Malaysia sebagai negara majmuk pelbagai keturunan dan kepercayaan berjaya dipupuk dan bangunkan bersama, dengan penuh semangat toleransi, kesefahaman, muhibbah dan setiakawan. Perlaksanaanya sekarang, akan memberikan impak positif dan progressif secara strategik. Persoalanya sekarang, apakah ada kesungguhan politik (political will) untuk melaksanakan apa yang wajar?

Soal sistem satu sekolah yang ditimbulkan secara lantang baru baru ini, oleh Exco Pemuda UMNO YB Dato’ Mukhriz Mahathir MP Jerlun, dilihat sebagai respons semasa isu kontroversi ‘Ketuanan Melayu’ dibangkitkan Timbalan Presiden MCA Dato’ Seri Chua Soi Lek, disambut Ketua Wanita MCA Dato’ Paduka Chew Mei Fun dan sebelum itu kenyataan Timbalan Menteri Penerangan Tan Lian Hoe, yang juga Ketua Wanita Gerakan, sebenarnya perlu dilihat dari sudut terbuka dan objektif. Ini kerana asas permintaan Mukhriz itu ialah berdasarkan peruntukan undang undang, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Akta Pendidikan 1996 menguatkan lagi kedudukan peruntukan bahawa Bahasa Malaysia (Melayu) sebagai bahasa penghantar semua sekolah dalam Malaysia, memberikan tafsiran yang lebih jelas dan sekaligus, mengantikan Akta Pelajaran 1961, yang berlandaskan Penyata Razak 1956. Ini bermakna kedudukan dan peranan sekolah vernakular tidak relevan lagi, dalam konteks Malaysia hari ini.

Peruntukan perundangan, walaupun dicapai secara demokrasi, perlu ada tindakan untuk ianya member kesan kepada rakyat. Kerajaan perlu, sebagai ‘pemegang amanah pengurusan negara’, perlu secara serious menimbangkan kedudukan perundangan yang mereka taja sendiri itu sehingga diluluskan Parlimen. Kesungguhan politik (political will) amat perlu untuk tindakan yang terbaik berjaya diusahakan dan keperluan untuk ianya dilaksana secara konsisten.

Perlaksanaan sistem satu sekolah akan menerima reaksi negatif, terutama masyarakat Bukan Melayu iaitu keturunan Cina. Mereka dijangkakan akan mempertahankan sistem sekolah vernakular dengan alasan bahawa hak mengamalkan budaya merupakan sesuatu yang amat penting dipelihara, sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, perlaksanaan sekolah satu sistem merupakan tuntutan Perlembagaan Persekutuan juga. Perlaksanaan ini, akan memberikan impak positif dan progressif, dari agenda intergrasi nasional; satu ciri amat penting bagi Malaysia sebagai negara untuk melangkah kehadapan dalam cabaran globalisasi. Ini dengan jelas, memilih untuk memberikan kepentingan peruntukan perundangan ini mempunyai merit lebih dari yang satu lagi.

Hakikatnya, kesungguhan politik (political will) Kerajaan selama ini gagal. Sebagai contoh, Akta Pendidikan 1996 yang sepatutnya dilaksanakan, diketepikan dan sebaliknya apa yang berlaku ialah songsang dari sebagaimana yang diputuskan melalui forum paling mulia negara; Parlimen. Dalam tempoh antara PRU XI dan XII, sebanyak 12 sekolah vernakular Cina baru dibenarkan untuk diujudkan, dimana 6 daripadanya di Selangor. Persoalan sekarang ialah, walaupun Kerajaan BN begitu menatang permintaan politik pengundi keturunan Cina, sehingga pemimpin parti komponen BN hari ini ‘lupa’ bahawa asas sokongan dan kuasa yang ada pada mereka sebenarnya tidak datang dari usaha keras mereka sendiri. Dalam pada itu hakikatnya, pada PRU XII, pengundi Cina masih lagi member undi kepada parti sehingga mengakibatkan Selangor terlepas dari BN.

Oleh demikian, apa pertimbangan lagi perlu diambil kira, setelah majoriti rakyat Malaysia mengenepikan agenda nasional untuk menjaga hati dan kepentingan minoriti, yang akhirnya tidak dihargai pun?

Keadaan sudah boleh dikira terdesak dimana perlu ada kommitmen ‘Berani Berubah’ oleh Kepimpinan  UMNO dan sifat kesediaan orang Melayu sebagai warga majoriti  dan tulang belakang sokongan dan kekuatan BN selama ini untuk ‘bertolak ansur’ dan memberi pelbagai konsessi secara berterusan perlu dihargai dan tidak lagi diambil kesempatan. ‘Maruah politik’ orang Melayu perlu dibela dan pelajaran, sebagai asas ketamaddunan sesuatu bangsa merupakan titik tolak perubahan pembelaan itu.

Inilah percaturan politik (political gamble) yang Kerajaan perlu timbangkan secara serious dititik persimpangan ini, dengan mengambil kira variable senario politik semasa (pemimpin parti komponen BN hari ini sudah pun secara lantang membelakangkan konsep sebenar ‘Kongsi Kuasa’ dan memomokan ‘Ketuanan Melayu’, sehingga sampai tahap “menghina”), kepentingan strategik negara (ciri utama integrasi nasional untuk menentukan Malaysia maju secara bersepadu) dan keberkesanan perlaksanaan dasar ini dilaksanakan dinegara lain (yang nyata komposisi kaum negara itu sepatutnya memberikan kelebihan kepada kehendak minoriti negara ini).

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

Advertisements
Published in: on December 22, 2008 at 09:52  Comments (18)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/12/22/perlaksanaan-akta-pendidikan-1996-perlu-political-will/trackback/

RSS feed for comments on this post.

18 CommentsLeave a comment

  1. Sistem persekolahan satu aliran boleh dilaksanakan tapi dengan syarat, sistem yang diguna pakai oleh sekolah kebangsaan umum haruslah dinaik taraf tahap pengajarannya terlebih dahulu. Maksudnya, sistem ini harus dibaik pulih terlebih dahulu dan ditambah dengan pengajaran Islam yang lebih berkesan dalam pembentukan sahsiah dan mata pelajaran bagi bahasa Tamil dan Cina. Ini adalah supaya bangsa bukan Melayu dapat mempelajari pembelajaran yang bermutu dan di samping itu bahasa ibunda mereka tidak dipinggirkan. Barulah ia kelihatan lebih demokrasi…

  2. Laksanakan segera!!!
    Tahun 2010 Wajib di laksanakan!!!
    Jangan berlembut Tentang Melayu ini.
    Ini Tanah Melayu bukan tanah besar Cina atau Tanah india. Kita tidak menyekat kebebasan tetapi Perlaksanaan isu ini perlu!!!

    tahun 2010

    • laksanakan apa yang dirasa untuk kemajuan Negara kita.Tetapi janganlah kutuk kaum lain.Kerjasama Dan kedudukan ketiga-tiga kaum lain yang akan memajukan negara ini.Merdeka untuk Negara Malaysia dapat atas sebab kerjasama dari ketiga-tiga kaum.Biar bekerjasama dan biar menjayakan negara kita.

  3. Pelajaran hanyalah salah satu daripada subjek yang jelas bahawa kita mempunyai peruntukan undang-undang tetapi tidak dilaksanakan. Terdapat pelbagai lagi undang-undang yang telah siap digubal tetapi pelaksanaannya ditangguhkan. Alasan utama undang-undang yang ada tidak dilaksanakan adalah kerana kepentingan politik, demi menjaga pengundi kaum bukan Melayu supaya terus memberi undi kepada BN dalam pilihanraya.

    Mungkin perkara itu separuh benar sebelum 2008. Walau bagaimanapun, secara sahih, hampir kesemua tokoh atau pemimpin utama MCA dan Gerakan beroleh kemenangan pilihanraya mereka di kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu. Bagi MIC, tidak perlu dipersoalkan bahawa tidak ada tempat di mana kaum India mempunyai bilangan undi majoriti, paling padat ialah DUN Buntong iaitu sebanyak 45%. Samy Vellu sendiri mewakili Sungai Siput yang mana majoriti pengundi adalah Melayu.

    Pada PRU-12, tembelang pengundi bukan Melayu pecah berkecai. Mereka dengan jelas tidak lagi mendokong persefahaman yang sebelum itu mereka pura-purakan demi mencapai kemahuan mereka. Kita tidak perlu menyalahkan parti-parti politik bukan Melayu dalam BN atas kejadian yang berlaku. Parti-parti politik bukan Melayu dalam BN, mungkin PPP terkecuali, telah berusaha untuk menjamin kemenangan BN tetapi pengundi dari kalangan kaum mereka menolaknya. Natijahnya, BN kehilangan majoriti dua pertiga undi.

    UMNO harus bertindak berani dan bijak serta membaca dengan jelas perkara ini. UMNO tidak harus tenggelam punca hingga menerima bulat-bulat analisis yang mengatakan UMNO kalah. Sungguhpun UMNO kehilangan banyak kerusi berbanding PRU sebelumnya, secara relatif dengan komponen yang lain, kedudukan UMNO dalam BN harus diteliti. UMNO adalah lebih dominan pada masa kini berbanding dengan MCA, MIC dan Gerakan, manakala PPP boleh dilupakan terus. Secara relatif, UMNO ternyata lebih kuat berbanding dengan komponen BN yang lain, khususnya di Semenanjung dan Sabah.

    Dominasi UMNO dalam BN inilah yang perlu digunakan sebaik-baiknya oleh UMNO untuk mengatur strategi dalam pembahagian kerusi bagi PRU akan datang. Dominasi UMNO inilah juga yang perlu digunakan oleh UMNO untuk menentukan banyak undang-undang yang telah digubal dan diluluskan dilaksanakan sepenuhnya dalam tempoh terdekat. Dominasi UMNO dalam BN inilah yang perlu digunakan untuk memastikan orang Melayu lebih terbela dari ancaman kaum bukan Melayu yang semakin mencabar secara terang-terangan kesefahaman yang dicapai sejak Merdeka.

    UMNO perlu mengatur strategi yang lebih jitu dengan mensasarkan kelompok yang lebih dekat latar belakangnya dengan orang Melayu untuk menjalin kerjasama yang lebih bermakna. Sabah dan Sarawak yang mempunyai bilangan kaum peribumi yang besar dan boleh mengimbangi bukan Melayu pendatang perlu diberi perhatian yang lebih banyak. Kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia juga adalah atas tujuan mengimbangi bilangan kaum pendatang Cina dan India tetapi selama ini mereka agak terabai dari segi kerjasama yang dijalinkan oleh UMNO. UMNO perlu mengubah pendekatannya dengan mengambil mereka sebagai rakan yang lebih boleh dipercayai berbanding dengan pengundi bukan Melayu kaum pendatang. Itulah pendekatan yang diambil sejak dahulu tetapi masih belum terlambat untuk dilaksanakan sekarang.

    Cadangan yang ditimbulkan Mukhriz bukanlah dibuat tanpa analisis mendalam tentang persekitaran politik semasa, khususnya dalam BN. Cadangan itu lebih merupakan acid test untuk UMNO sendiri berbanding dengan pihak bukan Melayu. Setakat ini, pihak UMNO sendiri nampaknya masih menggelabah dan melatah tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya mempunyai suara yang lebih besar dalam BN berbanding dengan sebelumnya. Biarlah konsep ‘parti menguasai kerajaan’ yang digagaskan pada tahun 1970-an dikembalikan untuk membolehkan orang Melayu menjadi dominan dalam pengusasaan sosio-ekonomi dan politik negara.

  4. Penulisan Tuan JuruBlog, ulasan-ulasan dari sdr Jeffripower, sdr gomobioenergy dan sdr berasiam jelas sekali menunjukkan situasi seperti kata pepatah,

    “perahu sudah di air,
    dayung sudah di tangan”

    sekarang terserahlah kepada jurudayung negara kita ini untuk menggerakkannya sebagaimana sepatutnya.

    Jika mereka masih sangsi akan kemampuan mereka, serahkan kepada kita rakyat memutuskannya melalui satu memorandum.

  5. Ilmu pendidikan yang diterapkan dimalaysia berbeza2 antara etnik…itu yang jelas…yang dicadangkan untuk disatukan sistem pembelajaran satu edea yang sangat bagus untuk masa depan malaysia…pentingkan pendidikan islam dulu…sebab kita negara islam katanya…

    para akademik …pemikir berstatus…cari jalan cara perlaksanaanya agar sistem belajar ini diterima pakai oleh semua kaum dengan cara berharmoni…Ahli ahli politik belajar dari para akdemik dulu sebelum membuat komen…bermesyuarat dan membuat keputusan…dan keluarkan aartikel bagus dalam utusan/media perdana untuk dijelaskan kepada masyarakat…

    Untuk makluman awal2 ilmu biarlah pandai baca muqaddam…barulah diterapkan yang lain.

    globalmalau:Terus terang ilmu membaca alquran yang saya dapat hanyalah dari ibubapa(jawi1960an)
    kalau ndak diharapkan dari pendidikan sekolah rendah ilmu membaca alquran rasanya akan terbiar begitu sahaja…

  6. Ya, untuk mencapai Malaysian Malaysia sekolah vernakular harus dihapuskan dan diganti dengan sekolah Malaysian Malaysia.

  7. Bercakap mengenai ketuanan Melayu – semua warga Malaysia harus menerima ketuanan Melayu melalui kontrak soaisl. Kontrak sosial bukannya perjanjian hitam putih atau memlunyai surat, tetapi penerimaan orang Cina dan India yang DIBAWA MASUK ke Malaysia oleh Inggeris puluhan tahun lalu, bahawa Melayu adalah TUAN di Malaysia dan mereka (kaum India dan Cina) menerimanya dan penerimaan mereka ini kita jadikan sebagai KONTRAK sosial. Saya pernah bercakap mengenai hal ini dengan beberapa rakan daripada kaum India dan Cina, bahawa datuk nenek dan monyang mereka menerima KONTRAK sosial ini. Apa yang mereka jawab:” “Itu datuk nenek moyang kami yang terima KONTRAK sosial ini. Kami tidak terima” Kata mereka.

    Jawapan saya paling mudah dan ringkas: “Jika awak tidak mahu terima KONTRAK sosial itu… awak boleh balik Tongsan dan pegi balik India, Sebab awak sekarang di kira pendatang.

    Nasib orang Melayu ada ditangan orang Melayu. Kita tidak jadi “Tuan” dengan mengungkit sejarah semata-mata. Kita boleh jadi “Tuan” jika kita berani bertindak, kita sanggup menghadapi risiko, kita berusaha untuk menguasai semua ilmu dan kecekapan sehingga tidak perlu bergantung kepada sesiapa – Kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad

    Ole itu percepatkan pelaksanaan sistem sekolah satu aliran demi KETUANAN MELAYU.

  8. APabila bercakap tentang hak hak melayu,bahasa melayu ,dasar ekonomi baru,ketuanan melayu dan agama islam,Pemimpin pemimpin Melayu menjadi layu dan pengecut untunk berhadapan dengan MCA,MIC,dan GERAKAN.

    Dimana silapnya ? adakah UMNO melatih melayu menjadi pengecut dan pak turut saja atau melayu berasa mereka sudah berjaya dan perlu apa fikir fasal bangsa dan agama lagi.

    Atau Pemimpin terlalu sibuk mengejar pangkat ,jawatan, pingat dan kekayaan hingga sanggup menggadai maruah dan hak hak bangsa mereka.

    Dato Seri Najib telah diberi kepercayaan hampir 100 peratus untuk memegang jawatan Presiden UMNO tapi agak malang beliau terlalu mementingkan kaum lain dari bangsanya apabila isu sekolah satu aliran sibuk dibahas,beliau tidak langsung menyokong saranan Dato Mukhriz dan sanggup mengeluar kenyataan mahu mengekalkan sekolah jenis kekangsaan CINA dan TAMIL.

    Saya penuh yakin D S Najib tidak mempunyai political will untuk melaksanakan sekolah satu aliran.Yang penting bagi dirinya ialah aku mesti jadi Perdana Menteri ‘THE STUPID UMNO MALAYS CAN GO TO HELL’pengundi CINA LEBIH PENTING DARI MELAYU.

  9. TPM pun maseh kelam…tidak ada rancangan 100tahun…semua nya jangka pendek dan tidak dapat dikesan aura halatujunya…adakah rakyat malaysia semua mengharapkan kepadanya untuk merubah malaysia ini…itulah pertanyaan yang selalu tertanya tanya masyarakt kini…

    jadi fikir betul betul adakah najib relevan jadi PM…

  10. this is absolutely rubbish.apa masalah vernacular school?oleh kerana kamu tidak faham bahasa cina atau bahasa tamil,dan kamu fikir ini akan menyekat perpaduan antara rakyat?siapa so called minority di sini tak faham bahasa melayu?u islam bukan?dulu nabi berjaya menawan mekkah,nabi ada wujud apa apa “akta pendidikan” menghapus penbelajaran orang yahudi?use ur head to think,not other part of the body,like our politician.

    What is rubbish, why cant they be one school system, with one medium of instructions, where it will promote the nation moving as a muhibbah society, where there is no segregation of children from a very young age?

    Akta Pendidikan 1996, which is renewing the Akta Pelajaran 1961, as a result from the Razak Report 1956, has been endorsed by Parliament, which represented the aspirations of the majority. What is rubbish is defying the wish of the majority, made through the democratic process, for the interests of the minority!

  11. Apalah si ah ming ni marah2 sangat

    kan singapura pun dah lama buang sekolah vernacular ni

    mereka dah pun berjaya menjadi negeri dunia pertama

    alahai, tenanglah, berfikir dengan waras, ya …

  12. […] mempertahankan kunun kunun ‘hak’ mereka mengekalkan sekolah vernakular, walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan tafsiran berbeza. Menarik balik kemudahan (privilege) yang mereka anggap sebagai ‘hak’ ini mereka anggap […]

  13. Sistem pelajaran yang diutarakan oleh Mukhriz ini adalah satu sistem yang bagus untuk memupuk perpaduan antara kaum dengan lebih baik dimana semangat itu dipupuk dari peringkat sekolah lagi.

  14. Sekolah satu aliran adalah yang terbaik utk Malaysia!!!!!!!!…

  15. […] not be satisfied (as they had been despite so many concessions made available to them – like the Chinese schools, which clearly contravene the Education Act 1996) and still feel they are treated as ‘2nd class citizens’, regardless what the Government do for […]

  16. […] GAPENA sebagai NGO yang kunun kunun memperjuangkan Bahasa Melayu perlu memnerikan tekanan agar ujud ‘kesungguhan politik’ (political will) agar sistem satu aliran diujudkan sebagai salah satu cara untuk menyatu padukan kaum dan kumpulan etnik, sesuai dengan aspirasi 1 […]

  17. […] Kesungguhan politik (political will) merupakan pendekatan paling berkesan untuk benar benarkan melaksanakan SSS bagi merealisasikan agenda perpaduan ‘1 Malaysia’, berlandaskan keperluan melaksanakan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan prinsip Rukunegara. Possibly related posts: (automatically generated)Tun Dr. Mahathir begins to blogTahlil and sembahyang hajat for Tun Dr. MahathirRiong Kali: The Liar’s agenda to demonize Tun Dr. Mahathir as a ‘racist’Mahathir : Kemungkinan Najib tidak jadi PM Published in: […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: