Benarkan Bahasa Melayu untuk injil: Bagi betis, hendak peha pula!

 

Ada pepatah Melayu, “Bagi betis, hendak peha”. Setelah Mahkamah memutuskan bahawa perkataan ‘Allah’ dibenarkan digunakan sebagai gantinama Tuhan oleh orang Kristian, kini mubaligh mereka mahukan dakwah ugama nasrani ini dibenarkan dalam bahasa Melayu pula, iaitu bahasa kebangsaan.

Laporan The Star:

Allow Bible in Bahasa Malaysia: Christian Federation

By ROYCE CHEAH

 

PETALING JAYA: The Christian Federation of Malaysia (CFM) has called on the Government to re-look its restriction on Bibles written in Bahasa Malaysia.

CFM vice-chairman Rev Dr Eu Hong Seng said considering that Bahasa Malaysia is the national language, it was perplexing that the Bible in Bahasa Malaysia was classified under Section 22 of the Internal Security Act as a document “prejudicial to the national interest and security of the Federation.”

“Though special exemption was made for this Bible to be used by Christians in churches, in this modern day and age when almost anything can be accessed on the Internet, it is regrettable that our Holy Scriptures are still seen as ‘prejudicial to the security’ of the country,” Dr Eu said.

Dr Eu made this suggestion at the CFM’s open house which Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi attended, referring to a previous statement that Abdullah had made, saying that his last mission before he leaves office next March would be to cool racial and religious tensions in the country.

“This is our wish for Christmas and we know these things will certainly ease tensions and it will definitely have a positive impact on your legacy,” Dr Eu said.

He also thanked Abdullah for opening up democratic space, which has brought greater freedom of expression.

He also pledged that the CFM would stand committed to and fervent in nation building.

*********************************************

Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda lebih 17 juta rakyat Malaysia.

Jika dikaji dari sudut kesesuaian pengunaan Bahasa Melayu dalam injil dan khutbah gereja pula, persepsi yang melambangkan golongan yang mewakili pengunaan bahasa itu perlu sangat diambil kira. Definisi ‘Melayu’ itu ialah “Orang berketurunan Melayu, mengamalkan budaya, adat resam dan cara hidup orang Melayu dan berugama Islam”. Ini bermakna, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan sebagai bahasa ibunda oleh orang orang yang ‘berketurunan Melayu, mengamalkan budaya, adat resam dan cara hidup orang Melayu dan berugama Islam’.  Oleh demikian, pengunaan Bahasa Melayu dalam dakwah Kristian melambangkan bahawa proses pengkristianan orang Melayu Malaysia, secara terancang dan berstruktur, sudah bermula dan berlaku dengan secara terbuka, termasuk mendapat ‘kebenaran’ pihak berkuasa.

Ini adalah sesuatu permintaan yang wajar dikira sebagai ‘Kurang Ajar’, terutama sekali semasa perayaan Hari Krismas; perayaan suci memperingati kelahiran Nabi Isa A.S., yang mensyirikan tauhid ugama Kristian sebagai ‘Anak Tuhan’. Dalam masyarakat majoriti Islam Malaysia, sesuai dengan semangat muhibbah dan saling menghormati antara kaum dan kepercayaan ugama, toleransi menghormati hak rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan ‘Ugama Persekutuan Malaysia’ iaitu Islam dijaga. Maka dengan itu, perayaan Hari Krismas, walaupun hanya melibatkan golongan minoriti, masih lagi diberikan penghormatan dan diberikan cuti umum. Berbanding dengan negara dimana ugama rasmi ialah Kristian seperti UK, perayaan orang Islam seperti Eidul Fitri tidak diiktiraf langsung.

Permintaan NGO Kristian ini sama sekali tidak sepatutnya berlaku. Had menghormati hak dan peluang dan ruang untuk mereka mengamalkan ugama mereka, selagi tidak bercanggah dengan Islam sebagai ugama Persekutuan Malaysia dan kepentingan memelihara kedudukan Islam kepada orang Melayu, warga majoriti tanahair perlu dipertimbangkan dan tidak dilanggari., walaupun dengan apa sudut intepretasi yang diberikan. Namun atas apa jua alasan, sejajar dengan arus globalisasi dan keterbukaan masyarakat dunia mempunyai akses kepada jaringan maklumat, had ini perlu dihormati dan pantau, agar ‘toleransi’ yang golongan majoriti berikan itu tidak dicalari dengan cabaran ala intelektual.

Kepentingan mengada had ini bukan setakat memelihara persepsi semata mata. Dalam keadaan dimana maklumat, termasuk dakwah sengaja disalurkan secara licik mengunakan pelbagai media, samada secara tersurat atau tersirat, dijangkakan akan memberikan kesan strategik kepada orang Melayu. Lebih lebih lagi pendekatan, medium dan kaedah mengunakan alat hiburan, alat propaganda seperti media eletronik, secara halus akan mempengaruhi akal dan lambat laun, akidah orang Islam. Apatah lagi sekiranya medium ini dimudahkan dengan dibenarkan dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda majoriti rakyat Malaysia.

Dunia hiburan semasa dengan imbuhan teknologi terkini, ialah alatan propaganda paling effektif untuk mempengaruhi minda orang Melayu-Islam, terutama golongan muda. Sekiranya propaganda dan ‘dakwah strategik’ ini berterusan secara terancang, terurat dan tersirat, dan orang Melayu mempunyai rujukan mudah iaitu injil dalam Bahasa Melayu, apakah akan berlaku kepada iman anak muda Melayu, sekarang dan akan datang?

Persoalan sekarang, dimana had kemahuan dan permintaan golongan minoriti negara ini berbanding dengan menjaga kepentingan, perasaan dan  maruah golongan majoriti, dengan memanipulasikan ‘toleransi, menghormati hak orang lain, semangat muhibbah dan keperluan untuk bergerak maju kehadapan sejajar dengan arus globalisasi’. Lebih lebih lagi, sudut perundangan, nilai sejagat dan hak asasi diperkuda dan manipulasikan sebegitu rupa, sehingga menghalang permintaan dan tidak membenarkan sering kali dipertontonkan kepada dunia luar sebagai “Majoriti menindas hak dan kepentingan minoriti”.

Dalam konteks ‘bahasa dan toleransi’ ini, baru baru ini golongan minoriti ini juga yang begitu lantang mempertahankan kunun kunun ‘hak’ mereka mengekalkan sekolah vernakular, walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan tafsiran berbeza. Menarik balik kemudahan (privilege) yang mereka anggap sebagai ‘hak’ ini akan sewenang wenangnya dikudakan sebagai menafikan hak asasi mereka dan ini akan dipolitikan, bukan setakat dalam negara, malah dipersada antarabangsa. Jelas bahawa golongan minoriti ini menghamburkan kedudukan ‘hak’ atas kepentingan mereka dan memanipulasikan keadaan, atas kesesuaian keadaan.

Permintaan ini secara tidak langsung memberi kesan moral kepada kedudukan mutlak kuasa Raja Raja Melayu keatas Islam sebagai tunggak ugama Persekutuan Malaysia dan kebudayaan Melayu dimana merangkumi Bahasa Melayu, kini sengaja dicabar secara terancang. Apakah orang Melayu, sebagai kekuatan asas politik yang mendukung kuasa memerintah Malaysia semenjak Merdeka, akan membuat kompromi sekali lagi, atas alasan lemah ‘toleransi dan semangat menghormati hak orang lain’ dan membiarkan Bahasa Melayu yang melambangkan jiwa Bangsa Melayu di’sundal’kan, membelakangkan ‘roh’ definisi Melayu itu sendiri?

TEPUK DADA, TANYA SELERA!

 

Published in: on December 26, 2008 at 09:12  Comments (40)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/12/26/benarkan-bahasa-melayu-untuk-injil-bagi-betis-hendak-peha-pula/trackback/

RSS feed for comments on this post.

40 CommentsLeave a comment

  1. Mengapa segala-galanya yang mahu dilakukan oleh kaum minoriti dilihat sebagai ‘ancaman’ kepada kaum Melayu.

    Sekiranya benar ikhlas ingin memperluaskan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan semua rakyat, maka penggunaan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi dan sembahyang (worship) di gereja ialah satu langkah yang positif.

    Jangan dilupa bahawa rakyat di Sabah dan Sarawak yang berasal dari suku kaum berlainan serta berbeza bahasanya dan beragama Kristian mempunyai hak untuk menggunakannya.

    Kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan adalah salah satu komponen budaya Melayu di negara ini sudah termaktub dalam perlembagaan dan diakui serta diterima sepenuhnya oleh semua kaum, jadi tidak perlulah bertepuk dada dan memperbesarkan isu ini. Bukankah institusi diRaja dan pelbagai jabatan agama di peringkat persekutuan dan negeri sudah menjaminkan perkara ini?

    Lagipun memang sudah diketahui adalah salah dari segi undang-undang untuk menyebarkan agama lain kepada oranag Islam di Malaysia.

    Apakah sedihnya kalau suatu hari nanti muncul keluarga-keluarga bukan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi di rumah tetapi apabila sampai ke isu agama tidak kiralah Kristian, Buddhisme atau Hindu, mereka terpaksa menggunakan bahasa asing.

    Make up your mind please.

    First of all, there is no such thing as the “official religion of Malaysia”. The Constitution of the Federation of Malaysia states

    “Article 3

    1. Islam is the religion of the Federation;”

    Means, there is ONLY ONE RELIGION in the Federation of Malaysia. And this enacted and enshrined, by the democratic process.

    Secondly, Christianity in Malaysia is synonymous with English and other European languages. Hence, Christianity should remain to be used within the ambit of these languages. On top of that, the majority of Muslims in Malaysia are the Malays. Hence, the Malay language is closely associated with the Muslims and Islams and should not be confused/adulterated or attempt to confuse the Malays with other religion. For majority of young Malays, Christianity should be left outside the domain of the Malay language utility.

    Just like why in Vatican City, Catholicism is synonymous with Latin and not Arabic, Japanese or Mandarin.

    It is as simple as that!

    • Christianity in Malaysia is synonymous with English and other European languages.

      Sorry, I don’t think Malaysian Christians who are Semais, or Ibans, or Dusuns, or Muruts, or Lundayans, or Kayans or Kenyahs or other people groups in Malaysia will agree with that statement.

  2. mssleepyhead,
    In your opinion, what do you think is happening now. What with the request and demand from one to another.

  3. Tak kira apapun alasan untuk menghalalkan penggunaan bahasa Melayu dalam bible, adalah amat dikhuatiri mereka mengambil kesempatan di atas ‘keterbukaan’ ini dengan dakwah halus mereka. Sebagai orang Islam, saya amat tak setuju dengan penggunaan bahasa Melayu dalam bible…

  4. Kalau tak mahu orang berugama kristian mengunakan bahasa melayu, senang sahaja – jangan jadikan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan. Kepana orang Islam saperti kamu takut sangat Kitab Injil mengunakan bahasa melayu… sebab kerana iman kamu itu rendah sangat. Kamu ini tak pernah sembahyang kut?. Kenapa takut sangat kepada ugama kristian…?

  5. I really don’t see what the fuss is about here. Malays are Islam by default and are not allowed to convert. That is the law right?

    So what difference does it make if the Bible is in the Malay language? The Malays form the majority, and Islam is the religion of choice for the majority of Malaysians. Malays and Muslims cannot be converted to another religion, either willingly or by evangelism.

    IT IS AGAINST THE LAW.

    Please tell me, if the Bible has a Malay translation, do you SERIOUSLY think that Malays are going to leave Islam and convert to Christianity?!?!

  6. Actually no one has any right over use of a language. That is the premise on why no one should be denied use of a word based solely on they’re race or religion.

    Secondly there are more Christians in East Malaysia than in Peninsular Malaysia. These are the native people of Sabah and Sarawak and almost all of whom speak Malay as their mother tongue. The bible is meant for them. There are more Muslims in Indonesia, and even they allow a Bahasa Indonesia Bible. It’s absolutely backward to claim that only Islam can use Bahasa Malaysia text.

    To think that only Malays use the Malay Language is ignorant and wrong. There are huge amounts of Sabahans and Sarawakians that speak Malay and are Christians. You are effectively telling people not to worship in their mother tongue.

    You cannot claim Bahasa Malaysia as the national language and say that it is the tool of unification (which I agree), and then say no other religion can use Bahasa, only Islam. That is wrong. If you insist on unity through language, then you must insist that every race, religion and creed in this country have equal access to the language.

  7. Yeah, this is one way for them to spread their faith. When I was in pre-u, a classmate of mine baited me with a visit to a rich man’s house. She enticed me by saying that it has a huge swimming pool.

    I went along but discovered that it was an attempt to convert me. I was asked to hold hands, close my eyes and sing some songs. When I opened my eyes, they asked me to drink this red liquid with a green olive in a small wine glass. I was shocked to sanity and left abruptly.

    When I was in a tertiary institution, I was approached by these “evangelist in uniform”.

    They will try to persuade you to see the folly of your present faith and to see the beauty of theirs.

    So be wary of this seemingly innocent request.

  8. Saya telah menghuraikan dengan agak halus juga mengenai isu ini dalam rencana http://deminegara.blogspot.com/2008/11/racial-polarisation-and-forging-of.html
    Bertarikh 12 Oktober, 8.21 AM. Sila baca jika anda mahu perincian mendalam.
    Secara ringkasnya, hujjah saya berbentuk demikian:-

    1. Di dalam Kitab Injil Perjanjian Baru tidak pernah sekali pun entiti Tuhan itu diberikan nama. Maka kenapa pula dalam Injil Bahasa Malaysia tiba-tiba entiti ini mahu dinamakan sebagai Allah? Mana-mana pembaca kristian dalam blog ini yang berkata Tuhan dalam Injil itu mempunyai nama, sila berikan hujjah anda, muka surat di mana, versi injil yang mana dan seterusnya.
    2. Malahan kenapa tidak diterjemahkan secara terus sahaja Lord, God atau Father dalam Perjanjian Baru kepada perkataan Tuhan atau Bapa?
    3. Jika sekalipun entiti “Tuhan” atau “Bapa” ini mahu dibubuh nama, maka kenapa tidak diberi saja nama yang telah sememangnya berada dalam Perjanjian Lama, yaitu “Yahweh”? Padahal Kitab Perjanjian Lama itu telah dicantumkan dari awal lagi dengan Perjanjian Baru dan dibawa kemana-mana?
    4. Jangan sekali2 menganggap kemasukkan nama Allah ini tidak bertujuan untuk mengkristiankan orang-orang melayu, kerana memang itu tujuannya secara terperinci dan tidak ada tujuan lain. Malahan secara beginilah ratusan ribu anak-anak melayu di Indonesia terpedaya dan menukar agama.
    5. Lain pula halnya dengan penggunaan “Allah” dalam injil berbahasa arab. Kalau ada pun, ianya adalah menyalahi Vatican itu sendiri kerana seperti saya katakan tadi, tidak terdapat pemanggilan entiti Tuhan ini melalui nama hatta dalam bahasa Yunani seklai pun. “Lord” atau “God” kalau diterjemahkan dalam bahasa arab, ianya adalah “Rabb” dan kalau “Bapa” pula, ianya adalah “Aba”. Jadi “Allah” itu diterjemahkan dari perkataan apa, kalau mahu sangat diterjemahkan?
    6. Selain dari isu linguistik yang tidak tepat, penterjemahan “God” kepada “Allah” juga adalah menyalahi aqidah. Sila baca penulisan saya yang awal di atas untuk huraian lebih terperinci.
    7. Contoh penyerapan halus untuk anak-anak melayu: Dalam satu ayat seperti “The Lord has said …” akan diterjemahkan kepada “Allah telah berkata …”. Kalau ini boleh diterima maka justru boleh diterima juga ayat yang berbunyi “My Father and me are One” yaitu “Allah dan aku adalah zat yang sama”. Banyak lagi contoh yang saya boleh beri tapi naskhah injil saya tiada dihadapan saya sekarang ini. Cukup dinyatakan bahawa penggunaan Allah bertujuan untuk menusuk minda melayu secara halus.
    8. Adakah anda pikir bahawa setelah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia maka seluruh penganut kristian dalam negara ini yang rata-rata terdiri dari bangsa kaukas, cina, india dan serani, secara tiba-tiba naik semangat patriotik dan mula membaca injil mereka dalam bahasa melayu, bertutur dan menulis dalam bahasa melayu, berjual-beli dalam bahasa melayu? Tidak. Percayalah. Mereka akan masih menggunakan dan mengagungkan bahasa Inggeris hatta dalam gereja sekalipun. Injil melayu? Hanya untuk orang-orang melayu! Terutama sekali yang belum dikristiankan.
    9. Kepada mereka-mereka yang berpikiran, “apa nak ditakutkan dipesongkan akidah. Iman kita tak kuat ker? Bukan kah undang-undang ada?”, jangan bangga dengan iman anda yang tipis tetapi disyaki kuat. Cukupkah ilmu anda dalam agama Islam itu sendiri, dan kemudian cukupkah ilmu anda dalam hal-hal agama lain yang berhubungkait dengan Islam? Kalu sudah cukup, sila hantarkan anak-anak anda ke Gereja dan berhujjah di sana. Saya sendiri pernah 5 kali ke gereja yang berbeza tetapi bukan sebagai pendengar tetapi sebagai pensyarah di atas pulpit mereka, mengenai agama Islam. Mujurnya ini semua berlaku sebelum 911 dan bigotri dan stereotyping masih lagi kecil dan perkara-perkara begini adalah munasabah.

    Yang sangat saya khuatiri adalah pembikin polisi dalam kerajaan yang kurang berilmu dan pengalaman, alah dengan hujjah palsu penggunaan Allah dalam Injil dan menghalalkan polisi yang merugikan ini.

    Apocryphalist

  9. Salam Hormat,
    Sempena Maal Hijrah 1430 Hijrah tahun ini,marilah kita bersama-sama menanamkan semangat dan iltizam untuk menyatu-padukan orang melayu.Bersatu akan membuatkan kita kuat dan tak akan sewenanag-wenangnya disergah dan dibuli.
    SELAMAT MAAL HIJRAH 1430 HIJRAH.

    Wassalam.

  10. Burung serindit terbang melayang,
    Terbang hinggap di ranting mati,
    Bukan ringgit dipandang orang,
    Pandang atas bahasa budi.

    Tingkap papan kayu bersegi,
    Sampan sakat di Pulau Angsa,
    Indah tampan kerana budi,
    Tinggi bangsa kerana bahasa.

    (( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Forum Generasi Muda
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
    http://pro-faizal.blogspot.com

  11. Gerakan Kritianianisasi ini sedang menular secara aktif di Asia. Di Indonesia lebih parah…di Malaysia sudah banyak orang Islam dikristiankan. Penggunaan bahasa Melayu dalam bibile akan memudahkan usaha ini terutamanya orang Islam yang terumabang ambing imannya di ceruk-ceruk kampung untuk memahami ajaran kristian dalam pelbagai versi kitab injil. Maka tidak hairanlah mereka menggunakan hujah bahawa sebagai bahasa kebangsaan bahasa melayu wajar digunakan dalam kitab bible yang kununnya untuk digunakan di Sabah dan Sarawak. Begitulah juga halnya dengan penggunaan kata “ALLAH” yang masih belum reda isunya. Tujuannya tetap sama.

    Ironinya, bahasa Melayu tidak pula mahu DIUTAMAKAN dan DIGUNAKAN sebagai pengantar di SRJK @ SMJK atau digunakan secara terhormat dan meluas di sektor swasta, di rumah, di papan tanda perniagaan, label produk, dan sebagainya. Dalam hal ini tidak pula terdengar perihal perlembagaan, semangat patriotisme, dan sebagainya.

    KITA LIHATLAH TINDAKAN “ORANG UMNO” SEBAGAI PEMERINTAH MENANGANI MASALAH INI. KUNUN-KUNUNNYA MEREKALAH YANG MENJADI PERISAI AGAMA ISLAM DAN MARUAH ORANG BUMIPUTERA!

    “SELAMAT MAAL HIJRAH 1430 HIJRAH”

    orang Islam: KIAMAT SEMAKIN HAMPIR…KITA BAGAIMANA?

  12. BD,

    I gather from your comment and the others and agree with your view that it is a potential ‘threat’ and it goes back to ‘protectionism’ and wanting to keep things the way they are.

    To put it simply the Malay people are not ready.

  13. Sdr BDDC,

    Sila jangan di siarkan posting ini: hanya email peribadi kepada Tuan. Adakah sebab-sebab tertentu komen saya mengenai penggunaan Allah dalam Bible tidak disiarkan? Jika terdapat fakta-fakta atau penggunaan bahasa saya tidak memuaskan Tuan, sila bagitahu supaya saya boleh edit.

    Sekian

    Terima kasih.

    Semasa komen dibuat, kami di BigDogDotCom dalam perjalanan keluar negeri. Hanya baru sekarang, ada axcess internet.

    1955hrs Malaysian time

  14. Salam all…

    Nampak sangat sikap hipokrit puak-puak (tak semua) bukan-Melayu/bukan-Islam termasuklah segelintir commentators di topik ini.

    When it comes to the Bible, tak semena-mena berminat pula kamu untuk versi Bible dalam Bahasa Melayu.

    Tetapi kenapa dalam kegunaan sehari-hari susah sangat nak dapat lihat dan dengar kamu menggunakan Bahasa Melayu dengan bangganya seolah-olah Bahasa Melayu itu jijik sangat atau rendah sangat tarafnya?

    Dalam Parlimen pun ada MP bukan-Melayu yang masih tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan ini dengan lancar. Bercakap bahasa kebangsaan negara sendiri pun tak pandai seolah-olah baru sampai dari negeri nenek-moyang mereka. Some expatriates and international students I have found speak better Bahasa Melayu than these non-Malay MPs and some so-called open-minded Malaysians!

    Apabila Mukhriz mencadangkan streamline sistem pendidikan sekolah kita menjadi hanya satu sistem nasional dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama, English bahasa kedua dan bahsa-bahasa vernakular sebagai pilihan, kenapa kamu membantah?!

    Selama ini bukan sahaja kamu meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahkan segenap inci tentang Melayu itu jijik bagi kamu. TIBA-TIBA kamu bersetuju untuk Bible versi Bahasa Melayu pula! Isn’t it something damn fishy?!

    Mungkin kami tidak semaju kamu tapi jangan ingat kami ini terlalu bodoh untuk melihat muslihat kamu.

  15. sebagai org islam, kita wajib mempertahankan agama kita.apa rasionalnya nak injil dalam bahasa melayu.memang melampau. pak laaaaah ooo pak laaaahh apalaaah ko niii!!

  16. You guys,

    Read this http://www.ilovezakirnaik.com/ It will open your eyes on comparative religion subject. It’s in English and let’s see how you can easily understand.

    1) ‘ Allah’ for us in Malaysia (I repeat, in Malaysia) refers to The Only God. It’s not The Father. I wonder why you guys are so desperate to use the word even the understanding is different and The Father has already had His own name?

    2) Bible in Bahasa? Are you kidding? Who wants to read bible in Bahasa? Oh, I forgot. It’s the malay of course. Don’t treat us this dumb my friend.

  17. I’m a muslim. Seriously, I dont care whether translation is done into Bahasa, or Javanese, or Swahili for all I care. My faith is strong, and I will forever be a muslim, so will my children be. Mind you, I have read the bible, and lo and behold, I’m still a muslim. I’m sure there’s christians or buddhist who have read and studied the Quran too, I dont mind.

    Its all about faith, my friends…

    Thanks.

    This is not about you. Good if you and your family have very strong iman on your belief in Allah s.w.t. being THE ONE and Muhammad S.A.W. is His messenger.

    However, not all Malaysian Muslims are like that. This is what we here at BigDogDotCom trying to highlight; the defense against these lesser strong beings. More should be done to ensure any attempts to confuse or for that matter, adulterate their iman in any sort of way.

  18. Salam dari saya:globalmalau:Kes kes seperti ini hanya diketahui dalam blog sahaja atau ekses internet…Yang baca paper harian spt arus perdana tak tahu pun perkara sensitif ini berlaku angkara permintaan ugama asing yang cuba mendakwah dimalaysia secara di persetujui kerajaan…Kita hanya melepaskan perasaan tak puas hati berjela-jela dan beremosi di laman blog…yang jelas diketahui kerajaan yang ada sekarang tidak tahu mengendalikan kes ini supaya lebih munasabah…kerajaan tidak ada jurucakap langsung berkaitan perkara ini…semua nya diam…tak berani bersuara kerana kurangnya hujah…Ikhlas saya katakan …jangan biarkan semua itu berlaku kerana satu hari semua akan terkedu dan salahkan siapa plak…kerajaan kena tegas…kerajaan kena ambik berat…kerajaan jangan tengok saja biarkan kes hilang ditelan masa…menteri yang kerap dok nampak masa ibadat haji elok terus kedepan mewakili islam malaysia…jangan guna peluang ajer…

    globalmalau:malaysia ditelan arus…

    Terima kasih.

    Isu ini sebenarnya dilaporkan media perdana. Hanya ianya tidak terserlah, seolah olah isu yang BigDogDotCom kira sebagai “BERAT dan MEMBIMBANGKAN” sebagai sekali lalu dan bersahaja. BigDogDotCom mengambil laporan The Star ini dan memilih untuk mengutarakan secara demikian untuk menarik perhatian, agar ianya diberikan penekanan dan pertimbangan serious semua pihak, terutama pihak yang berkuasa dan mempunyai kuasa.

  19. Terima kaseh bigdog…kendalilah secara lebih berhemah…

  20. Harap ahli-ahli politik muslim tidak kira dari parti UMNO, PAS, atau Keadilan boleh mengambil perhatian terhadap isu ini.

    Jangan kerana terlalu nak memberi kebebasan, masa depan anak-anak muda digadaikan.

    Kalau dah tak boleh berhujah pun boleh saja ambil hujah-hujah di blog ini seperti hujah Apocryphalist yang saya rasakan sudah cukup kuat untuk melawan mereka-mereka ini.

    Tidak ada sebab untuk mereka menterjemah kitab Injil dalam bahasa Melayu. Tidak ada..

  21. globalmalau said …Yang baca paper harian spt arus perdana tak tahu pun perkara sensitif ini berlaku angkara permintaan ugama asing…

    sdr globalmalau, kamu kata Agama Kristian adalah ugama asing – itu betul. Dan sama juga dengan Islam, ugama asing juga, iaitu ugama yang didatangi dari Negri Arab yang orang-orang melayu pelajari dari pedagang pedagang Arab, India dan China yang berugama Islam yang datang ke Tanah Melayu. Orang-orang Melayu asalnya tiada agama khusus, maka bila pedagang-pedagang ini memperkenalkan Islam maka dengan mudah untuk orang mempercayainya dan terus memeluk agama Islam. Yang aneh nya di Malaysia orang-orang Melayu menganggap ugama Islam itu hak mutlak orang Melayu, bukan sebagai ugama global saperti gobalmalau.

  22. Dear Big Dog,
    On Rentap And Ugama Asing,
    I hope Rentap is not confused through nit-picking.
    If it will help his understanding, he can see it this way, “Islam is the official religion of this country”.
    So other religion is “asinglah”.
    But that is not the point of discussion is it.
    It’s just about Rentap scoring points on people’s comments.
    Regards.

  23. Saya telah membaca Injil Barnaba dalam Bahasa Melayu pada tahun 1990-an. Yang menterjemahkan Injil berkenaan ialah pihak yang berkaitan Islam di Kelantan. Saya membacanya sebagai satu sumber ilmu. Mungkin ada di kalangan pembaca blog ini yang juga pernah menatap Injil Barnaba berBahasa Melayu itu. Saya lebih berminat untuk mendengar pandangan berkenaan penglibatan gadis Islam dalam sambutan Krismas yang disiarkan oleh TV3 pada hari Krismas yang lepas, bila topi merah putih diletak di atas tudung dan menyanyi bersama-sama. Itu lebih menghina dan berpengaruh pada Islam sebagai agama Persekutuan.

  24. Panglima Rentap :Terima kaseh
    Islam agama orang melayu sampai mati…Kerana orang melayu yakin islam agama yang satu…tiada yang lain…kerana orang melayu islam telah diberi kunci untuk memasuki syurga…kerana kunci itu barulah boleh masuk syurga…sebab syurga itu berpintu pintu…ada pintu tentulah ada kunci…
    kalaulah tidak ada kunci tentu tergelinjir kenerakalah

    kalau ndak tengok kuncinya lihatlah apa yang tertulis di bendera Arab Saudi…

    globalmalau:sudah ada kunci

  25. Yang penting adalah iman dan kepercayaan masing2.

  26. […] conveniently forget. On Christmas day, the  minorities now insult the majorities by demanding the Malay language allowed for the Bible. The pro-Riong Kali news portal tried to spin on the failed ascension of Tunku Laksmana Negeri […]

  27. Salam Dear Sir,
    Thank You ,brought the issue for the Muslim in celebration of Maal Hijrah: May Allah the great and merciful bless you!.

    15% Muslim country such as Singapore;In 1974,Singapore Prime Minister Dato’Lee Kuan Yew in an attempt to avoid ethnics tensions the goverment “adviced” bible society of Singapore to stop publishing gospel materials including bibles in Malay language.Prime Minister himself personally critized Christians insensitive evangelization,a serious threat to racial harmony and set-up the religious harmony act which set boundaries for Christian evangelistic Zeal on Muslim and other religion.Certain religious groups from some politically motivated religious activities,several reactions to the Christian Movement are noteworthy.The goverment to do something before “the Muslim Malays form again “The Red Bands of Sabillah”!.Wassalam.

  28. saya fikir ada baiknya org sabah & sarawak menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar rasmi kerana semenjak malaysia ditubuhkan bahasa melayu yang asing ini terpaksa dipelajari kunun2 nya sebagai bahasa kebangsaan dan rakyat sabah & sarawak terpaksa akur. mungkin dengan cara menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa wajib, rakyat sabah sarawak dapat lebih memahami apa yang terkandung dalam kitab injil itu sendiri.lagipun apalah gunanya kita bertelagah dalam hal ini. kalau takut sangat org melayu dikristiankan maka wujudkan undang-undang bible versi melayu hanya untuk penduduk kristian sabah sarawak saja dan xboleh dibawa masuk ke semenanjung. ini kerana bahasa melayu telah tergunapakai oleh rakyat sabah sarawak. jangan lupa bahawa penduduk majoriti di sabah sarawak adalah golongan bumiputera kristian. tetapi kami tidak pernah mempersoalkan saudara2 senegeri kami yang berlainan agama untuk mengamalkan agama mereka. saya fikir hanya MELAYU semenanjung saja berpikiran kolot dengan mengatakan bible versi melayu akan mengkristiankan meLAYU padahal muslim di sabah tiada yang bersifat sedemikian rupa. jangan jadikan sifat perkauman di semenanjung itu menular di sabah sarawak. hanya di TV saja menyiarkan keakraban 3 kaum utama tetapi sebaliknya maki hamun antara kaum yang berlaku. sedar lah wahai kamu orang meLAYU, jangan jadikan Malaysia ini hanya kamu yang punya kerana orang sabah sarawak juga berhak terhadapnya. tidak akan wujud malaysai kalau bukan adanya sabah sarawak. ingat, kamu telah tuai hasil bumi kami sekian lama tetapi kami hanya diam dan jangan jadikan diam kami itu sebagai ancaman kepada bangsa kamu akan datang. kami sedar bangsa kami masih lemah tetapi jika kamu cuba mengancam negeri kami, percayalah bahawa malaysia akan hilang dari peta dunia mungkin yang tinggal hanyalah tanah melayu.terima kasih

  29. Tapi jangan Injil sahaja nak dalam bahasa Melayu. Sekolah pun biarlah Melayu bahasa penghantarnya. Papan tanda perniagaan pun biarlah hanya dalam bahasa Melayu. Begitu juga nama taman-taman perumahan perlu Melayu juga bahasanya. Baru dikatakan pandai menghormati bahasa kebangsaan. Hormatilah larangan undang-undang kerana ia untuk kesejahteraan semua dan bukannya untuk segolongan masyarakat atau agama tertentu sahaja. Hak dan had inilah perlu difahami dan dihayati.

  30. […] seperti ‘Kontrak Sosial’, ‘Sekolah satu aliran’, ‘Hak istimewa orang Melayu’ dan ‘Bahasa Melayu digunakan dalam injil dan gereja’ merupakan isu yang amat sensitif, tetapi sengaja diperkudakan oleh golongan minoriti untuk mencabar […]

  31. […] Soal memomokan ‘Ketuanan Melayu’ tidak terbatas disitu sahaja. Malah, isu seperti pengunaan Bahasa Melayu dalam gereja dan persuratan ugama Kristian kini mula timbul. Mereka juga dengan lantang memperjuangkan hak orang Islam yang ingin murtad.  […]

  32. peng”kristian”an secara halus…
    hehe…
    agaknya kot..
    di sarawak…
    byk jwak melayu islam ho…
    iban islam ada..cina islam gyk byk..bidayuh islam..kayan islam..penan..murut..kendayan..
    bangsa jak sik melayu,tapi byk dh kinek tk nk islam..
    len kali mun cakap check mena lok…
    aiseyy…aku org sarawak sejati tk..tanyak jak.
    hahaha…org timur sejati.kahkah..!!!
    soal injil lam bahasa melayu ya..tah laa..
    selagi iman gyk kuat ku rasa xdha pa2..
    kepercayaan lam ati ya prlu.wlpn kita diduga seribu dugaaN..tetap jwak islam di ati..^_^
    ISLAM PEACE!

  33. PANGLIMA RENTAP…
    MO NYABIK TAPER ULO..?
    MUN NYABIK TAPER ULO KO NAPER ULO MO..
    PIDAN?ANYTIME..?
    KELAKAR ALAH TO BADIK..
    MEY SKULAH..TAPI RASA DAO ANIK GAK MO EH BUYAK MENAK NGADAN RENTAP..NUAN MO DUDENG CERITA..??
    MEBEY PA2..LELAH ASENG SAYA MENAIP MUN MO LUK TAO DGN LEBIH LANJUT LAYARI LAH,MEY TAO GAK KO..
    NYABIK TAPER ULO..AIEH..ASO IS MO..

  34. […] 31 pengganas HINDRAF dari tuduhan cubaan membunuh seorang anggota Polis dan membenarkan  perkataan “Allah” sebagai gantinama dalam ugama Bukan Islam. Dasar ‘keterbukaan’ pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Abdullah juga mengundang […]

  35. Itlalah….. kita org kristian perlu lakukan apa sahaja demi memastikan anak-anak kita dan keturunan kita supaya dapat menguasai BI dengan baik supaya akhirnya kita tidak perlu guna BM dalam kehidupan kita. Ada BAIKNYA kita BERUSAHA sedikit-demi sedikit untuk menggunakan BI dalam kehidupan kita seharian apalagi upacara dlm gereja kita. Ya, memang susah kerana begitu ramai org kristian yang kurang fasih dalam BI. Tapi ingat! perjalanan berjuta batu takan berakhir kalau kita tidak memulakan dengan langkah pertama.

    Bagi mereka yg kurang fasih dalam BI kita gunalah BM dulu… kita akan tukar perlahan-lahan. 1 tahun, 2 tahun 3 tahun,4 tahun 5 tahun 10 tahun, 20 tahun 50 tahun pasti anak dan generasi kita boleh menguasai BI debgan BAik. Percayalah… tiada yg mustahil.

    w/bagaimanapun kita kena juga belajar BM kerana kita hidup di M,sia. bila kita berhubung dgn org Melayu kita cakap BM la apa susah. Bila kita Berhubung dgn bangsa lain Kita BERUSAHA cakap BI biar salah, lama-lama kita confidenc.

    Ada banyak keluarga kristian yg saya kenal di S’wak, Sabah and Semenanjung (saya org Sabah belajar di MPTI 3 tahun, 3 tahun di Uni. Malaya dan akhirnya menetap di S’wak) Begitu banyak keluarga kristian yg guna BI di rumah, bertutur BI dgn kawan di mana sahaja. tapi bila mereka berada dalam kalangan org melayu mrk guna BM. Bagus kan macam tu!

    Ya saya faham begitu ramai keluarga kristian di pedalaman Sabah dan S’wak yg tak tahu BI. Jangan susah, seperti yg saya kata tadi kita mulakan dgn langkah pertama. Kita bantu mereka dgn memberi kesedaran kpd mereka. Terangkan kpd mereka betapa pentingnya menguasai BI dan diikuti BM.

    SITUASI INI (BM TIDAK BOLEH DIGUNA DLM BIBLE DAN GEREJA)MEMBERIKAN KELEBIHAN KPD GENERASI KITA SEBENARNYA. SITUASI INI AKAN MELAHIRKAN SATU GOLONGAN KRISTIAN DI MALAYSIA AKAN MENGUASAI BI DGN BAIK DAN PADA MASA YG SAMA BOLEH BERTUTUR DLM BM.

  36. Lagi-lagi isu yang tidak mengekalkan keamanan dalam negara..Baru je sambut Hari Kemerdekaan dah buat hal..Yang sorang ni, Apa hal nak dibangkit-bangkitkan/dibesar-besarkan isu ni..Janganlah kerana isu yang (dibangkitkan oleh unsatisfied person ni) boleh mengubah identiti atau pendirian individu. Itu terpulang kepada diri sendiri la wo and what’s my advice to whom it may concern, as Nabil the 2nd raja lawak said “Lu Fikirlah Sendiri”..

  37. Orang Cina pertahankan bahasa Cinanya di sekolah-sekolah Cina,Orang India pertahankan bahasa Tamilnya di sekolah Tamil ,mengapa pula kitab injil mahu di terjemahkan dalam bahasa melayu.Buat saja dalam bahasa Cina dan Tamil kerana penganut agama kristian terdiri daripada orang cina dan India (majoriti).Bagi kaum-kaum di sabah dan sarawak biarlah mereka baca kitab tu dalam bahasa Inggeris.Orang Melayu tak mahu nak baca kitab injil dalam bahasa Melayu.Apa ke jadahnya buat cetakkan belasan ribu naskah untuk dibaca, sapa mau baca ?

  38. kitab injil inggeris menyatakan nama tuhan agama kristian adalah Yewweh. Kenapa menggunakan nama Allah dalam kitab injil melayu. Tiada nama Allah dalam kitab injil cina. ini dapat dibuktikan masyarakat kristian di Malaysia adalah kristian ikut-ikutan. Adakah masyarakat kristian di Malaysia malu dengan nama asal tuhan kristian (Yewweh) atau sengaja menghina umat islam melayu dengan menggunakan nama Allah di kitab injil melayu? Masyarakat kristian di indonesia sekarang keliru dan merasa sangsi akan kebenaran agama kristian kerana menggunakan nama Allah sebagai tuhan kristian.

  39. Mana-mana bahasa di dunia ini bukanlah milik mana-mana agama di dunia ini. Bahasa untuk pertuturan manusia lebih awal wujud dari mana-mana agama di dunia ini. Maka itu bahasa melayu bukanlah dikhaskan untuk agama islam sahaja. Orang melayu sendiri pada awalnya bukan beragama islam. Sebelum kedatangan islam orang melayu di rantau ini mengamalkan ajaran, amalan dan budaya yang diwarisi dari nenek moyang mereka.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: