Mukhriz: Setiap titik minuman popular itu umpama setitik darah anak Palestin

 

Exco Pemuda UMNO dan Penyelaras Aman Malaysia YB Dato’ Mukhriz Mahathir mengesa agar rakyat Malaysia, terutama orang Melayu secara serious memboikot barangan keluaran syarikat Amerika Syarikat, terutama yang kuat menyokong rejim kejam zionis Israel. Ini kerana setiap penjualan barangan tersebut, mempunyai elemen keuntungan yang akan diraih dan sebahagianya akan disalurkan untuk rejim kejam Zionis Israel untuk berlaku kejam keatas penduduk Palestin.

p1000768

Ucapan mengesa agar barangan Amerika Syarikat diboikot

Beliau menyatakan demikian semasa melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin, UMNO Bahagian Marang di Kampung Undang, Marang, Terengganu.

p1000780

Melancarkan tabung Palestin peringkat UMNO Bhg Marang

“Bayangkan, setiap titik minuman popular yang kita teguk itu umpama setitik darah anak Palestin yang mengalir”, gesa Mukhriz menyedarkan. “Setiap daging yang kita kunyah itu umpama badan anak Palestin yang diganasi, setiap kain baju jenama popular itu umpama kain kapan yang membaluti jenazah anak Palestin!”, adalah gesaan dan rayuan Mukhriz, yang juga MP Jerlun, untuk rakyat Malaysia memboikot barangan keluaran jenama popular Amerika Syarikat yang menyalurkan sebahagian dari keuntungan mereka untuk membantu rejim ganas dan kejam Zionis Israel.

p1000802Mukhriz ditemuramah media, dikelilingi Pemuda UMNO Marang. Antaranya, calon Exco Pemuda UMNO Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi

Beliau juga mengingatkan usaha kita, untuk memboikot barangan AS ini, adalah usaha paling minima kita boleh lakukan. “Percayalah, jika ramai orang buat ini (memboikot), maka ia akan meninggalkan kesan”.

Mukhriz menjelaskan bahawa serangan ganas rejim Zionis Israel ini mengunakan alasan kunun kunun untuk menghapuskan Hamas. Namun begitu, penduduk Palestin sudah dizalimi berterusan hampir setahun dan bekalan asas, termasuk ubat ubatan dihalang diberikan. Oleh demikian, puak Hamas mula melakukan serangan kerana ditekan sedemikian, setakat bom buatan sendiri. Ini digunakan Israel untuk membedil Semenanjung Gaza dengan senjata canggih, termasuk mengunakan kereta kebal.

Mukhriz juga menyingkap bagaimana Israel Defense Force (IDF) membedil konvoi bantuan PBB menghantar bekalan ubatan kepada sebuah hospital, walaupun konvoi ini jelas mengunakan lambang PBB dan kemasukan perjalanan mereka kedalam Semenanjung Gaza sudah dimaklumkan dengan jelas kepada pihak berkuasa Israel. Ini menunjukan kerakusan Israel untuk membunuh.

Published in: on January 11, 2009 at 00:53  Comments (8)