Mukhriz: Buka sempadan Rafah segera dan lancarkan perang ekonomi keatas Israel

 

Ahli Parlimen Jerlun YB Dato’ Mukhriz Mahathir petang ini mengesa agar Kerajaan Malaysia mengunakan segala daya terutama tekanan diplomatik untuk menentukan bahawa ketetapan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk gencatan senjata diubah kepada mengesa Israel Defense Force (IDF) berundur sepenuhnya dari Semenanjung Gaza serta merta. Gesaan ini dibuat dalam sidang khas Dewan Rakyat mengenai serangan dan pencerobohan haram IDF kedalam Semenanjung Gaza semenjak 17 hari lalu.

Gesaan beliau termasuk menentukan sempadan Mesir-Gaza di Rafah dibuka dan berpuluh tan bekalan makanan, ubatan dan pakaian, termasuk selimut yang sedang menunggu untuk dibawa masuk dapat diagihkan kepada penduduk Palestin yang amat memerlukan bantuan seberapa segera. Buat masa ini, penduduk Palestin Gaza bukan sahaja menderita diserang dengan kejam, malah amat kekurangan bekalan asas, termasuk utiliti seperti air dan elektrik, dalam keadaan musim sejuk.

Mukhriz juga menyoal keberkesanan PBB sebagai badan paling utama didunia untuk berunding masalah konflik kerana Israel tidak menghormati langsung kuasa dan peranan badan itu, terutama dalam konflik seperti pendudukan haram Gaza ini. Contoh yang digunakan ialah apabila konvoi PBB yang membawa bekalan ubatan ke sebuah hospital Gaza dibedil oleh IDF, walaupun pihak berkuasa Israel diberitahu lebih awal mengenai missi dan pergerakan konvoi tersebut.

Tribunal Jenayah Perang yang dicadangkan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya pernah dibangkitkan dibuat semasa pembentangan  Suruhanjaya Jenayah Peperangan Kuala Lumpur oleh Perdana Global Peace Organisation, Februari 2007. Mukhriz juga membangkitkan bahawa badan seperti PBB, Liga Arab dan OIC amatlah tidak berkesan kerana negara jahat (rogue states) seperti Israel tidak berjaya dihalang secara diplomatik dari melakukan keganasan dan pencerobohan. Piagam PBB yang masih mengunakan undang undang kuno (archaic laws) perlu digubal untuk kesesuaian masakini. Sebagai contohnya kuasa veto yang diujudkan untuk lima negara yang dianggap “kuasa besar” dan ada antaranya tidak lagi bertaraf demikian. PBB wajar bertindak dengan kuasa dan proses yang lebih relevan.

Kerajaan juga digesa perlu mengawasi secara teliti agar barangan Israel, yang dibawa masuk secara dibungkus semula (repackaged) di Singapura tidak dibawa masuk secara mudah melalui sempadan selatan negara.K emungkinan Malaysia digunakan sebagai kawasan pelantar untuk memasarkan produk ini ke negara Islam lain, terutama rantau ini perlu disekat.

Kerjasama dan rundingan   perjanjian pasaran bebas FTA dengan Amerika Syarikat juga digesa untuk digantung. Syarikat GLC, terutama Petronas, juga digesa agar tidak mengunakan matawang Amerika Syarikat Dollar sebagai medium pertukaran. Sebaliknya, pengunaan Dinar Emas diminta perlaksanaanya dipercepatkan dan negara Islam wajar mengunakanya, terutama untuk perdagangan intra-OIC.

Exco Pemuda UMNO yang juga Penyelaras Aman Malaysia ini yang terlibat dengan pelbagai NGO keamanan meluahkan perasaan yang tidak lagi mampu dikawal keatas tindakan ganas dan kejam Israel tanpa dihalang ini. Setakat ini, 900 nyawa orang awam termasuk wanita dan kanak kanak dibiarkan menjadi korban dan Malaysia, sebagai negara pecinta keamanan wajar berbuat sesuatu. Dicadangkan, Malaysia melopori satu Perang Ekonomi dilancarkan diperingkat global untuk mengajar Israel. Ini merupakan sambungan keatas cadangan memboikot barangan Amerika Syarikat.

Usul PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan disokong TPM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak disokong Mukhriz.

Tabung Selamatkan Palestin akan dilancarkan Penyelaras Aman Malaysia YB Dato’ Mukhriz Mahathir di Taman Sri Aman, Jalan 1/39, Seksyen 22, Petaling Jaya Hari Selasa 13 Januari 2009 1930hrs.


 

Published in: on January 12, 2009 at 19:48  Comments (7)