Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir menerima sumbangan selepas Tabung Palestin peringkat UMNO Bahagian PJ Utara dilancarkan oleh Ketua Bahagian UMNO PJ Utara Senator Dato’ Ikhwan Salim. Majlis ini disempurnakan di Apartmen Taman Bahagia, Seksyen 22, Petaling Jaya.
Projek ini adalah usaha Pemuda UMNO PJ Utara dibawah pimpinan Latt Sharizan Ibrahim. Beliau memenangi Ketua Pemuda UMNO PJ Utara pada pemilihan Bahagian Oktober lepas.
Kanak kanak setempat juga menyuarakan pendapat dan perasaan mereka, mengenai pencerobohan haram dan keganasan yang sedang berlaku di Gaza, dimana lebih 1,000 nyawa Palestin telah dikorbankan sia sia.