Khairy cuba tai-chi punca sebenar kekalahan P36 Kuala Terengganu

 

Setelah UMNO / BN mengalami kekalahan memalukan (amat jarang dalam sejarah BN hilang kerusi yang disandang dalam PRK kerana kelebihan sebagai penyandang dan jentera parti dan Kerajaan yang begitu mantap) dalam Pilihanraya Kecil (PRK) P36 Kuala Terengganu pada Sabtu 17 Januari 2009, sebagaimana dijangkakan kini timbul pula usaha untuk ‘tai-chi’ punca sebenar.

Punca kekalahan, yang mengakibatkan ‘rakyat Terengganu kalah 0-2’ hanyalah kegagalan Kepimpinan memahami aspirasi rakyat, terutama setelah mesej jelas Pilihanraya Umum XII  (PRU 12) 8 Mac 2008 dan kelemahan memilih calon. Namun, sebagai pendukung dan punca ketirisan pengurusan dan keyakinan rakyat keatas kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin cuba mengalih perhatian kepada permasalahan sebenar.

Laporan The Star:

Monday January 19, 2009

Khairy: Unfair to blame candidate only

 

KUANTAN: All those involved in the Kuala Terengganu by-election should shoulder the responsibility for the defeat of Barisan Nasional to PAS, says Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin.

The Rembau MP said it was unfair to just blame the candidate.

“If that was the only factor, our job would be much easier,” he told reporters here.

He said the defeat must be a lesson to be put to good use, such as the need to early start comprehensive preparations, study the current political scenario as well as review the campaigning and local issues.

“I feel it is better that it happened now rather than during the general election, as we can learn and try to make amends,” he said.

In Kuala Lumpur, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad was one of those who blamed the defeat on the choice of candidate.

He told reporters voters rejected the Barisan candidate not because they supported PAS, but because they disliked Barisan’s leadership more than the opposition.

He added Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was not to be blamed for the by-election loss as Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh was Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi’s choice.

**********************************

Ini menunjukan keangkuh dan bongkakan Khairy dan seluruh jentera ‘Budak Budak Tingkat 4’ kepada menerima reliati sebenar bahawa rakyat amat bosan dengan keadaan. Mesej jelas PRU 12 masih lagi gagal direalisasikan. Khairy dilihat sebagai antara personaliti utama yang banyak mempengaruhi keputusan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, termasuk meletakan calon yang tidak diterima sebilangan besar pengundi tempatan dan strategi dan dasar yang salah, lemah dan sebenarnya mengakibatkan produktiviti songsang (counter productive).

Apakah ini gaya dan sikap seorang yang  pernah dianggap sebagai ‘pemimpin pedigree’ dan beraspirasi untuk memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, yang dilihat sebagai aspirasi dan masa depan Bangsa Melayu untuk meneruskan kesinambungan ‘tradisi membela rakyat’?

Jelas rakyat menolak keputusan yang dibuat Kepimpinan UMNO walaupun UMNO dilihat masih relevan untuk menentukan Perjuangan membela bangsa itu diteruskan. Sekiranya UMNO, termasuk Perwakilan Pemuda UMNO salah membuat perkiraan dan mengangkat pemimpin yang sebenarnya membawa produktiviti songsang kepada pergerakan tersebut, maka episod menyaksikan rakyat benar benar menolak UMNO dan BN dalam PRU 13 yang bakal menjelang dalam 3-4 tahun lagi akan menjadi igauan buruk yang menjadi realiti.

Published in: on January 19, 2009 at 08:55  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/01/19/khairy-cuba-tai-chi-punca-asas-kekalahan-p36-kuala-terengganu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. Bro,

    Pemimpin UMNO masih ramai yang bersikap seperti burung unta. Apabila ada masalah, masukkan kepala dalam pasir dan anggap tak ada masalah. Sebagai contoh, hari ini ada seorang ahli MT yang kata, “KALAU semua penyokong UMNO di luar kawasan pulang mengundi, tentu BN menang.” Aduh, komen macam ni pun ada lagi? Adakah dia tak tahu atau buat-buat tak tahu yang mereka tu tak mengundi kerana tak setuju dengan calon, pemimpin atau BN tu sendiri?

    Setuju sangat! Pengundi golongan muda hari ini amat berfikiran sofistikated, apabila berbicara mengenai soal politik dan deliverables.

    Ramai pengundi, terutama golongan muda yang tinggal dikawasan urban seperti KL dan Pulau Pinang amat terbuka dan reseptif kepada bagaimana Kepimpinan UMNO mengabaikan dan gagal mendengar aspirasi rakyat. Kemungkinan besar kalau golongan ini pulang mengundi dikampung, mereka akan memberikan majoriti kepada Pembangkang lebih selesa lagi!

    Pemimpin UMNO yang jumud politik relialiti sebegini yang akan menjadikan UMNO umpama nasib burung Dodo; pupus dari muka bumi!

  2. ada ahli UMNO yg tinggi sangat pelajaran, macam KJ the space chimp,tak nak ngaku plak salah dia, abang ipar dia dan Bapak Mentua dia.
    ada ahli UMNO yg tak tinggi sangat pelajaran macam Mat Taib dan Ali Rustam, pun tak nak ngaku salah Pak Lah, KJ dan anak Pak Lah tu.
    What does it take to put it up to their moronic heads that the fault is totally theirs?
    I have no answer as an UMNO member. I gave up. You will see me in another camp if the wrongs are not fixed. There at least PAS think about malay (although as second class citizen) than in UMNO where the root of UMNO members are sidelined all the way.

  3. Sebenarnya mereka maseh menyalahkan orang lain..atau ada sebab lain kalah…jelaslah mereka tidak mahu mengakui kegagalan BN oleh sebab mereka…bagi mereka ada sebab lain…mengapa mereka tidak mahu betul betul insaf…berhenti jadi menteri berilah kepada orang lain yang lebih baik lagi…pasti UMNO akan berubah…pasti ada penyokong…macam sekarang nak sokong UMNO payah sikitlah…sebab yang diatas tak paham paham…

    salam

  4. They lost because they wanted to lose. With all the brilliant strategists that they have, surely they can see and sense what is going on amongst the grassroot… Unless they are so far up in their ivory tower that they have no real sense of what is going on. My take is that the so-called strategist in their employ is an idiot of the highest order. All theory but not practical…

  5. KJ dan yang sewaktu dengannya mungkin boleh ditafsirkan sebagai pensabotaj negara, melalui UMNO, BN dan seterusnya kerajaan. Sebagai agen yang terlatih dan didokong oleh pakar strategi dari negara polis dunia, mereka berganding bahu untuk memusnahkan Malaysia kerana melihat potensinya yang menyerlah sebagai pemimpin dunia, khususnya dunia Islam. Selepas era perang Dingin berakhir, musuh mereka yang seterusnya ialah kuasa Islam. Malaysia yang dibiarkan berkembang akan menjadi gugatan bagi mereka.

    Untuk memusnahkan negara ini, saluran yang praktikal ialah melalui UMNO sendiri, yakni bergerak sebagai musuh dalam selimut. Sistem UMNO yang demokrasinya cuma berlaku di kalangan 2000+ orang perwakilan ke Perhimpunan Agung Tahunan adalah wadah yang cukup mudah dieksploitasi untuk merealisasikan cita-cita mereka. Menurut perkiraan mereka, jika UMNO dapat dimusnahkan, Malaysia juga akan mudah ditundukkan.

    Segala tindak tanduk KJ & co jelas membawa implikasi negatif kepada UMNO. Mereka bermaharajalela dalam dunia korporat, mendapat imbuhan melalui kontrak-kontrak kerajaan, dan mengatur langkah yang sumbang dalam politik. Bermula dengan tindakan melepaskan Anwar Ibrahim, pembatalan projek-projek yang telah dirancang dengan teliti, pembangunan banyak projek mega yang tidak memberi manfaat kepada rakyat terbanyak dan seterusnya PRU-12 yang dilangsungkan pada masa yang tidak sesuai.

    Sekiranya UMNO terus mengambil KJ & co sebagai pemimpinnya, walau di peringkat mana sekalipun, dan andainya Najib tidak menyingkirkan orang-orang yang telah diketahui umum menjadi makmum dalam jemaah KJ, kita akan melihat UMNO tersungkur dalam PRU-13, insya Allah. Bibit-bibitnya telah jelas kelihatan. Rakyat sudah meluat dengan kerenah UMNO dan pemimpinnya. Dua PRK yang dilalui tidak memihak kepada UMNO.

    Walau bagaimanapun, perkiraan mereka bahawa mereka mudah menguasai negara sekiranya UMNO mampu dirobohkan mungkin tidak begitu tepat sekiranya PAS dijadikan oleh orang Melayu sebagai alternatif. Perlekehan terhadap PAS yang dikatakan menjadi pak turut dalam PR semata-mata disebabkan PAS menguasai bilangan kerusi yang lebih kecil berbanding dengan dua lagi rakan pakatannya. Jika PAS berkedudukan seperti UMNO dalam BN, tidak ada sebab untuk PAS menjadi pak turut seperti sekarang. Yang pentingnya orang Melayu harus memilih hanya sebuah parti yang dominan bagi mewakili mereka. Jika angin politik negara telah berhembus menjauhi BN, maka adalah bijak untuk orang Melayu mewujudkan sebuah wadah politik yang dominan di kalangan PR iaitu PAS. Ini bukan penolakan semberono terhadap UMNO tetapi adalah sebagai suatu kebijaksanaan politik untuk mengekalkan penguasaan Melayu sebagai paksi kuasa.

  6. Saudara,

    Mari lah kita sama-sama memboikot Air Asia kerana sikapnya yang begitu tamak dan asyik mengejar keuntungan. Langsung tiday ada sikap memberi. Saya telah menggunakan logo “I’m not flying Air Asia” di blog saya: http://simedarbywatch.blogspot.com

    Saya harap saudara juga boleh meggunakan logo tersebut dalam blogsite saudara.

  7. the more educated a person is the more complicated the person will become.

    baik kawan dengan orang kampung ada jugak pekdahnya

  8. Samalah seperti Khairy cuba taichi punca kekalahan PRK KT kali ini, tidak kurang juga pihak yang cukup bersungguh-sungguh men-taichi-kan tuduhan-tuduhan tersebut supaya disandang oleh Abdullah. Buangkan saja Pak Lah dan konco-konconya dan UMNO pasti menang, ujar mereka.

  9. My apologies for being off topic…
    I wish to know if the “prof” you blogged about recently got into IJN okay?
    My prayers for him even though I am a stranger.
    MZI

    Thanks for your concern and doa.

    Hasim Hussain “Prof” Yaacob survived the slightly complicated but risky triple CABG last Thursday afternoon. Due to his age, diabetes and 100% blockage, he took a little while to come out of the post surgery coma. He was given the okay to be admitted in the regular wards but on Sunday, as he was weak, he was admitted to he High Dependency Unit (HDU) for closer observation.

    The posting here in BigDogDotCom managed to gain some attention. Yayasan IJN generously footed for the bill of his surgery. The posting also galvanised the Old Putras to chip in, which managed to amass RM 25,000.00 donation from the CIMB account that was started by CIMB Chairman Tan Sri Mohd. Nor Yusof; Hashim’s Old Putra batch mate.

    On behalf of Hashim, we at BigDogDotCom wish to express our utmost gratitude and appreciation for the generous contribution of doa, kindest thoughts, attention and last but not least, Ringgit Malaysia. May Allah bless all of you and Hashim.

  10. Julung julung kali PAS mengumumkan calonnya di sesuatu Pilihanraya diwaktu waktu akhir. Strategi ini adalah untuk mengejutkan sudah tentu selepas menganalis reaksi pengundi kepada personaliti calon BN. Mustahil jika pucuk pimpinan BN tidak mendapat maklumat awal dari berbagai badan risekan negara yang pemilihan calon adalah amat penting bagi menentukan kalah menang di pilihanraya itu.

    Apakah pendekatan pilihan Pak Lah adalah satu strategi untuk memalukan Najib dan mempunyai nawaitu yang tersirat menjelang Perhimpunan Agung kelak?

    Jika UMNO hendak mengharapkan masa depan yang lebih cerah ianya misti berani merombak pucuk kepimpinan, bersihkan secara total budaya rasuah dan sngkirkan petualang petualang yang telah diseludup ke dalam parti.

    Pemimpin misti mempunyai “moral courage” melakukan perubahan dan di Perhimpunan agung nanti parawakil perlu sekali membuat kejutan jika hendakkan bangsa Melayu masih mempunyai tempat dan suara di tanah tumpah darah sendiri. Pak Lah is a failed PM.

    Boss,

    Terima kasih atas input dan analysis ini.

  11. Disini kita nampak Datuk Najib gagal membawa kejayaan kepada BN…Kita nak salahkan PakLah lagi ka selepas permatang pauh dan KT gagal di capai…Jelas lah Najib gagal…
    Apapun apa yang diperkatakan oleh Berasiam memang benar boleh berlaku…gerakan saraf yang ditunjangi singapura melalui anak didik KJ perlu di siasat awal awal lagi…

    Kita kena belajar contoh dari palestin…hamas dengan Fatah

  12. Alhamdulillah. Allah bless the ppl at IJN who made it possible.
    Thanks for sharing the news, bigdog. I’m an optimist and believe in the best in people, as this case has proven. And Allah bless you too, blog owner.
    MJI

  13. […] Farid Wan Salleh, then Deputy Home Minister as the candidate for the January 2009 by-election. A ‘Level Four’ linked UMNO man, BN saw the second consecutive lost of by-elections since the 8 March 2008 12th General […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: