Ahmad Ismail dijangka akan didakwa menghasut

umno_logo2

Mantan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera Dato’ Ahmad Ismail, yang pernah menimbulkan kontroversi dalam ceramah semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh Ogos lepas dan diangkat sebagai ‘Wira Melayu’ semasa Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Bukit Bendera November lepas kini dikatakan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth Khamis 29 Januari 2009 atas tuduhan menghasut.

ahmad-ismail

Ini adalah berhubung ceramah dimana Ahmad menyifatkan rakyat Malaysia keturunan Bukan Melayu pra-Kemerdekaan sebagai “pendatang”. Ini dilaporkan akhbar bahasa Mandarin Sin Chew Jit Poh dan telah digembar gemburkan sebagai ‘berbaur perkauman’ dan menimbulkan keadaan yang ramai menyifatkan ‘tegang’. Oleh sebab tindakan itu, MT UMNO menggantung keahlian Ahmad selama 3 tahun dalam mesyuarat 10 September 2008.

Ramai orang Melayu, terutama ahli UMNO melihat perkembangan ini sebagai tidak adil dan tindakan Ahmad membuat kenyataan dalam ceramah 23 Ogos itu begitu diperbesar besarkan oleh parti politik, termasuk komponen BN yang menyifatkanya sebagai ‘rasis’. Ini juga berkaitan rapat dengan Ketua Wanita Gerakan dan Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Tan Lian Hoe juga membuat kenyataan bahawa orang Melayu juga disifatkan sebagai “pendatang”.

Kenyataan Ahmad ini digesa parti komponen BN untuk memohon maaf dan ada yang meminta UMNO mengambil tindakan keras, termasuk mendisiplinkan beliau. Etika perlakuan pemimpin juga digesa dengan begitu lantang sekali. Namun, pemimpin UMNO Pulau Pinang sebulat suara menyokong keengganan Ahmad untuk memohon maaf.

Jika benar Ahmad akan didakwa dibawah Akta Hasutan, maka apakah tindakan yang sama akan dikenakan keatas Tan? Jika tidak, apakah kedudukan  dan nilai maruah seorang pemimpin UMNO yang hanya menyatakan sebagaimana sejarah merakamkan proses migrasi kaum yang sebenarnya tidak berasal dari Nusantara ini? Mengapa sejarah kaum immigran ini sebagaimana ditafsirkan secara nyata oleh seorang pemimpin UMNO dianggap sebagai “menimbulkan kemarahan” sedangkan pemimpin komponen BN sendiri mempersoalkan apa yang sudah termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan (yang diujudkan melalui proses demokrasi)?

Sekiranya tindakan berasaskan Akta Hasutan atau mana mana peruntukan relevan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak dikenakan kepada Tan (dimana satu laporan Polis juga dibuat keatas beliau),  maka ianya akan disifatkan sebilangan majoriti orang Melayu sebagai berat sebelah. Keputusan untuk menjaga hati ‘rakan kongsi’ parti komponen BN yang membentuk Kerajaan yang mengamalkan konsep ‘perkongsian pintar’, akan dilihat tidak adil dan kemungkinan akan menimbulkan kemarahan dikalangan orang Melayu.

Asas kuasa parti komponen, terutama parti yang menyumbang sokongan ala kadar, yang sebagaimana diillustrasi jelas semasa PRU 12 wajar dikaji semula dan kedudukan dan peranan mereka sebagai ‘rakan kongsi’ memerlukan perhatian teliti. Orang Melayu, melalui UMNO, kini menyumbang 56.4% dari 140 kerusi BN dalam Dewan Rakyat berbanding dengan parti komponen Bukan Melayu MCA 10.7%, Gerakan 1.4%, MIC 2.1%, SUPP 4.3% dan LDP 0.7%. Untuk menentukan kemenangan, kerusi yang dimenangi oleh parti komponen BN Bukan Melayu adalah bergantung atas undi majoriti Melayu dan bukan sokongan kumpulan etnik mereka sendiri.

Apakah perasaan orang Melayu sebagai penyumbang kuasa dan kekuatan utama bagi Bukan Melayu bersuara sebagai parti pemerintah dalam Dewan Rakyat dan Kerajaan tidak diambil kira dan boleh diperlekehkan, bila bila dan dimana mana? Ketirisan prihatinan keatas perasaan orang Melayu dikalangan parti komponen BN makin terserlah dan ramai orang Melayu yang dan akan menganggap ini sengaja dijadikan modal provokasi, kemungkinan untuk menguji secara sistematik toleransi dan had kesabaran etnik asal majoriti rakyat Malaysia.

Perasaan dan daya toleransi orang Melayu  wajar ada hadnya. Menghormati batas batas yang telah menjadi asas kesefahaman  dan kemudian, semangat setiakawan semenjak ber’kongsi kuasa’ selama lebih 53 tahun ini wajar diambil perkiraan menyeluruh dan iktibar, sebelum masing masing mengambil tindakan yang akan merugikan semua, sampai bila bila.



Advertisements
Published in: on January 26, 2009 at 07:12  Comments (14)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/01/26/ahmad-ismail-dijangka-akan-dituduh-menghasut/trackback/

RSS feed for comments on this post.

14 CommentsLeave a comment

  1. ai dah lebih-lebih pulak kaum pendatang ni

  2. bandingkan konteks pendatang itu oleh kedua dua ahli politik sebelum mendakwa macam macam. Sorang tu unkitkan isu pendatang yang tak berasaskan fakta tapi nak jadi jagoh politik kaum melayu. dia seperti ramai jagoh politik kaum, meraka tak bentangkan fakta untuk menukuhkan pandangan meraka.

    Sorang lagi ada juga kebenarannya. Kita boleh lihat ramai yang datang selepas kemerdekaan Malaysia yang diiktiraf rakyat dan seterusnya berbangga dengan status ‘bumiputra’ mereka. Ini pasti ada kelemahan dalam system diberi kerakyatan dan status bumiputra.

    Akhis kata, tiada mana pihak yang akan menang bila mengunkitkan isu sensitif sebegini. Tun M ada kebijaksanaannya untuk ‘divert’ tunpuan rakyat dari isu sensitif sebegini. Pembesar kini nampaknya belum bertauliah untuk menangani isu sebegini. Jika dibiar berterusan, tiada penyeleaian yang akan dicapai sebab tiada mana pihak yang akan mengaku kalah sebab ia melibatkan kaum dan bukan perseorangan.

  3. kalau ini terjadi, maka Pak “anti-melayu” Lah telah dengan rasminya menyatakan pada semua iatu.
    bila ahli UMNO senang dan diam maka itulah yg patut,
    bila ahli UMNO susah dan di sabotaj oleh partinya maka yang lain patut diam.
    aku doa kan semoga pak lah cepatlah berambus!

  4. Hi… just say Hello.
    Nice blog.

  5. Semuga Pak Lah cepat berundur. Lebih cepat, lebih aman Malaysia ini.

  6. Lupa satu lagi. KJ juga harus jauh daripada politik Melayu.

  7. asalam,

    kita tunggu mana dia pempimpin-pemimpin besar umno yang sanggup turun membela Dato Ahmad Ismail, izinkan saya paparkan artikel ni di blog saya.

    sekian, terima kasih n wasallam

  8. @ On January 26, 2009 at 9:31 am msiaman Said:

    Loh..jadi kaum cina india ni mang bukan pendatang ke sebelum kemerdekaan?cuba ko baca betul-betul apa dia cakap.bukan berdasarkan fakta ke derang ni datang dari china ngan india.

    kalu ko pandai la, dato ismail tu lagi cakap berdasarkan fakta banding ngan apek2 atau amoi2 yang ko nk pertahankan tu..

    kalau nak dakwa dato ismail, pemimpin2 kaum pendatang yang sebut pasal benda-benda sensitif ni patut didakwa juga..jangan biar terlepas

  9. ini fakta bagi mereka yang terlupa asal usul:

    Speech by MIC President, Tun V.T. Sambanthan in the Parliament on 1 June 1965:

    “Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship.

    If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, “We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.” And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens.

    As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”

    MCA President, Tun Tan Siew Sin, in an article in a local paper entitled – “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” on 30 April 1969, said:

    “The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent who were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States, obtained their citizenship. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.”

    Terima kasih.

    Input yang amat berharga untuk debat berdasarkan artikel ini.

  10. kita harap Datuk Ahmad Ismail tabah dengan semua ujian ini..insyaallah Datuk Ahmad akan bebas dr tuduhan ini kerana beliau tidak bersalah dan kenyataannya telah diputarbelit wartawan cina BM yang mangkuk tu …

  11. Mohd. Osman memang tepat!

    Orang keturunan Cina & India hari ni lupa daratn. Kita bagi muka & ruang sangat sampai naik lemak, hingga ada yg mula KURANG AJOR!!!!

    Aku tak nampak salah Ahmad Ismail. Tuan Blogger boleh tunjukan dgn jelas salah Ahmad Ismail????

    Inilah salah besor Pak Lah Flip-Flop! Bagi muka sangat sampai pijak kepla! 9 menteri bagi memo
    lah, Lina Joy nak murtad lah, guna Bahasa Melayu utk Kristian lah….

    Betullah tu. Dalam kumpulan ramai, mesti ada yang mampu ‘KURANG AJOR!’

    Tetapi tak boleh rumuskan semua bersikap macam tu.

    Menurut ucapan Dato’ Ahmad Ismail, memang beliau memberikan tafsiran melalui apa yang berlaku dan sebagaimana sejarah merakamkanya. Namun begitu, kita tunggu dakwaan bawah Akta Hasutan ini ada asas atau tidak, apabila di Mahkamah.

  12. Salam,

    Betulkah Datuk Ahmad akan didakwa? Bagaimana pemimpin Cina yang juga menimbulkan isu yang sama?

  13. […] soal berkaitan hal ehwal ugama Islam. UMNO juga dilihat ‘mengkhianati’ pemimpin seperti Dato’ Ahmad Ismail dan Dato’ Nasir Safar sedangkan kepimpinan UMNO dalam kuasa mereka sebagai Menteri tertentu […]

  14. […] 153, soal berkaitan hal ehwal ugama Islam. UMNO juga dilihat ‘mengkhianati’ pemimpin seperti Dato’ Ahmad Ismail dan Dato’ Nasir Safar sedangkan kepimpinan UMNO dalam kuasa mereka sebagai Menteri tertentu tidak […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: