Kelab Maya UMNO dihidupkan semula

Portal politik pro-UMNO Kelab Maya UMNO kini muncul semula. Dengan alamat web www.kmu.net.my, Kelab Maya UMNO ini menjanjikan maklumat mengenai Perjuangan yang mendukung nilai dan aspirasi penyokong UMNO di alam siber.

p1010271

Kelab Maya UMNO asal diusahakan tatkala “Reformasi” begitu tegar dibibit anak muda Melayu yang celik IT pada awal 2000. Ianya berjaya meraih perhatian dan kemudian sokongan mereka yang dahagakan Perjuangan, sewaktu portal seperti Mahazalim, Mahafiraun, Harakah Online dan Free Anwar Campaign begitu popular dengan peminat arena politik siber berbahasa Melayu.

Ketua Penerangan UMNO ketika itu Dato’ Mustapha Mohamad memberikan galakan dan sokongan kuat untuk Kelab Maya UMNO terus berjuang menentang dakyah Pembangkang, terutama mereka yang menaja keganasan jalanan “Reformasi” dan menabur kesangsian kepada sistem kepolisian dan perundangan semasa kes salah guna kuasa Anwar Ibrahim. Kelab Maya UMNO diberikan ruang beroperasi dalam Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Kelab Maya UMNO sedikit demi sedikit meraih populariti meningkat sehingga mampu mengembalikan keyakinan dan sokongan muda orang Melayu kepada Perjuangan UMNO. Sedikit sebanyak, ianya menyumbang kepada kejayaan besar UMNO/BN dalam Pilihanraya Umum ke XI (PRU 11) April 2004.

Sejurus selepas PRU 11, Pegawai Khas Perdana Menteri ketika itu Khairy Jamaluddin dengan angkuhnya menyifatkan Kelab Maya UMNO tidak lagi relevan dan member arahan agar mengosongkan premis yang diperuntukan Penerangan UMNO. Kelab Maya UMNO lalu berubah bentuk dan wajah untuk menjadi Kelab Menyokong UMNO. Namun begitu, perhatian, sokongan dan popularitinya mula meningkat, terutama apabila Kelab Menyokong UMNO mula mengkritik secara terbuka Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bermula 2005. Pendedahan dan skandal mula dibongkar dan langsung mendapat lebih perhatian pembaca politik siber.

Semasa Perdana Menteri ke IV Tun Dr. Mahathir Mohamad diserang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bahru, Kelantan pada 28 Julai 2006, lawatan keatas Kelab Menyokong UMNO meningkat mendadak sehingga servernya terkandas. Maka pentadbir portal ini menukar alamat web Kelab Menyokong UMNO kepada www.mykmu.net.

Baru baru ini, berlaku kontroversi dimana artikel membidas Tun Dr. Mahathir oleh pengarang utama laman portal pro UMNO itu, yang disiarkan dalam Kelab Menyokong UMNO. Ianya menimbulkan keresahan dan pertelingkahan dikalangan ahlinya dengan pentadbir portal.  Tun Dr. Mahathir sendiri menjawab artikel tersebut. Akhirnya, beberapa ahli termasuk pendukung asal Kelab Maya UMNO keluar untuk menghidupkan semula portal asal, dengan alamat web asal.

Maka Kelab Maya UMNO dilahirkan semula, untuk meneruskan Perjuangan yang dimulakan Sembilan tahun lampau. Kami di BigDogDotCom mengucapkan Kelab Maya UMNO selamat maju jaya.

Published in: on January 28, 2009 at 23:40  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/01/28/kelab-maya-umno-dihidupkan-semula/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. BD
    tak de ke org yg sanggup bawak kes rasuah KJ ke SPRM? Cthnya saya masih ingat laporan lengkap ECM libra yg saudara tunjuk di sini,

  2. Dear Big Bro,

    Semoga dengan kembalinya Kelab Maya UMNO, golongan generasi muda dapat membace the other side of the coin. Saya berharap tenaga-tenaga pengarang di dalamnya komited dengan tugas dan mampu bersaing dengan blogger-blogger pihak pembangkang. Semoga usaha murni ini dapat menyelamatkan parti, Insyaallah.

    Wassalam.

  3. Thanks so much BigGuy for the article!…

    Ramai-ramai kita layari ;

    http://www.KMU.net.my
    ATAU
    http://www.UMNO.org

    …. Segala yang baik & buruk itu adalah milik Allah … kita sebagai insan hanya mampu menguruskan yang terbaik demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

    AloQStaQ

  4. Salam bro,
    pakteh ingat lagi 9 thn dulu…bersama-sama semasa KMU dilancarkan oleh TDM kat Putrajaya….fuh….kini ianya kembali dgn logo asal….Tahniah utk semua..
    selamat berjuang…

  5. UMNO pun banyak berpecah sbb kononnya ada yang d bayar…sama ada betul atau tak, Yang Maha Kuasa tahu mengenainya…ada juga yang lari kat http://www.kelabchedet.com tapi yang penting semuanya menyokong UMNO..UMNO tidak mengharapkan sokongan membawa rebah seperti mana sokongan kepada PM flip flop…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: