‘Ketuanan Rakyat’ Anwar Ibrahim menjurus kepada tindakan derhaka dan ingkar

 

Ketua Pembangkang tanpa parti dan Mantan Banduan salah guna kuasa Anwar Ibrahim mengumumkan dasar ‘Ketuanan Rakyat’ semasa perhimpunan ‘Black 14’ untuk memperingati ‘pembebasan’ beliau dari belengu ‘edah’ larangan berpolitik (sebagai Mantan Banduan) pada 14 April 2008 di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ianya menjadi inspirasi perjuangan Pakatan Rakyat (PR), yang rata rata didukungi dan diberikan sokongan yang begitu kuat oleh rakyat Malaysia Bukan Melayu, melebihi rakyat Malaysia berketurunan Melayu.

‘Ketuanan Rakyat’ ialah perjuangan memartabatkan keseluruhan rakyat Malaysia dan bukan setakat orang Melayu, sebagaimana menjadi teras perjuangan UMNO, yang begitu ditolak Bukan Melayu. Definisi Ketuanan Melayu yang diperjuangan UMNO selama ini, bukan sahaja menentukan kepentingan dan martabat orang Melayu sentiasa terbela, malah kedudukan adat resam dan ugama Islam dipertahankan.  Adat resam dan ugama Islam merupakan peruntukan mutlak dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang diberikan kepada Raja Raja.

Proses ini bukan setakat peringkat politik sahaja, malah ianya menjadi teras perjuangan sosial dan ekonomi yang UMNO dukung dan pertahankan. Walaupun ianya bermula dengan gerakan politik, namun ianya merangkumi keseluruhan aspek yang memberikan identiti Bangsa Melayu itu sendiri.

Hari ini, Ketua Pembangkang tanpa parti Anwar cuba meleraikan identiti dan jatidiri orang Melayu itu dan memperkenalkan perjuangan yang bersifat populist, yang ternyata mendapat sokongan majoriti Bukan Melayu, sebagaimana yang ditafsirkan dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008. ‘Ketuanan Rakyat’ kini menjadi kemegahan rakyat Malaysia, terutama Bukan Melayu untuk membanggakan diri bahawa konsep Malaysian Malaysia yang asalnya dibawa PAP, dan kemudian DAP, diberikan nafas dan inspirasi populist baru.

Keyakinan baru ini mula menampakan kemampuan mereka yang mendukung ‘Ketuanan Rakyat’ dan ‘Malaysian Malaysia’ ini semakin berani dan angkuh, terutama mempersoalkan isu isu sensitif. Soal memomokan ‘Ketuanan Melayu’ tidak terbatas disitu sahaja. Malah, isu seperti pengunaan Bahasa Melayu dalam gereja dan persuratan ugama Kristian kini mula timbul. Mereka juga dengan lantang memperjuangkan hak orang Islam yang ingin murtad.  NGO juga makin pesat mengunakan platform ‘perbincangan intelektual’ untuk mengaburi usaha membawa Malaysia ke fenomena anarki. Ini semua dikaburi dengan ‘topeng’ nilai universal seperti hak asasi manusia dan pengenalan ‘Mahkamah Rakyat’, terutama melalui media.

daulattuankuperak

Kini keyakinan baru ini tidak terbatas diperingkat Kurang Ajar, namun mula meningkat ketahap ‘derhaka’ dan ‘ingkar’. Episod pergelutuan kuasa di Lembah Kinta apabila tiga ADUN PR meninggalkan parti mereka dan memberikan sokongan kepada BN, untuk membolehkan Kerajaan Negeri Perak baru dibentuk atas perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak menampakan ‘tocang’ dan ‘taring’sebenar golongan ‘Penderhaka’ ini.

Bukan setakat keenganan MB boneka-DAP Dato’ Seri Mohd. Nizar Jamaluddin menerima keputusan Paduka Seri Sultan untuk menolak permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, malah beliau juga menderhaka dan ingkar titah Tuanku untuk meletakan jawatan dan membubarkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk Kerajaan Negeri Perak baru dibentuk. PR juga mengambil tindakan mengadakan perhimpunan haram hari Khamis dan Jumaat untuk membantah keputusan dan titah Tuanku, serta perlantikan dan upacara angkat sumpah taat setia MB Perak yang baru, YAB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir petang tadi. Malah kenderaan yang membawa DYTM Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah juga dihalang dan cerca, bagai binatang!

blockrajanazrin

Perbuatan ketelanjuran tingkahlaku dan biadap, derhaka dan ingkar ini merupakan fenomena baru dalam sejarah politik dan sosio-budaya Malaysia. Sejarah Tanah Melayu merakamkan perbuatan derhaka dan ingkar kepada Sultan, yang akhirnya membawa kepada titah hukum bunuh, sebagaimana kisah Hang Jebat dalam kurun ke XV dan Sultan Mahmood II Johor dalam kurun ke XVII.

‘Ketuanan Rakyat’ Anwar dan ‘Malaysian Malaysia’ DAP kini sudah membawa rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu tergamak bukan sahaja mencabar isu isu sensitif menjaga kepentingan majoriti, malah menderhaka dan ingkar kepada institusi Raja, yang termaktub dilindung bawah prinsip Raja Berperlembagaan; satu payung yang menentukan identiti, jatidiri dan sistem politik dan sosio-budaya masyarakat Malaysia bermaruah dan terpelihara. Perjuangan songsang ‘Ketuanan Rakyat’ Anwar adalah satu bentuk cabaran berstruktur dan sistematik kepada sistem dan fabrik sosio-politik Malaysia, yang selama ini berjaya dilandaskan atas prinsip kesefahaman, semangat muhibbah, toleransi dan kesediaan berkerjasama untuk menjayakan objektif

Budaya ‘politik pengganas’ ini adalah sesuatu yang dipelupuri dan budayakan oleh Ketua Pembangkang tidak-berparti Anwar Ibrahim. Jika dilihat melalui sejarah,  membudayakan politik dan rusuhan jalanan, seawal 70an. Beliau ditangkap dan tahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1974 kerana menghasut pelajar universiti untuk merusuh, kunun kunun kerana ada orang mati kerana kebuluran, akibat kemiskinan tegar di Baling, Kedah. Sehingga hari ini, kejadian itu belum dapat dibuktikan lagi.

Apabila beliau dipecat dari Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 dan ahli UMNO pada 3 September 1998, beliau melancarkan semula gerakan rusuhan jalanan ‘Reformasi’, dalam usaha merampas kuasa pemerintahan melalui ‘suara rakyat’. Setelah 24 tahun reda, ianya timbul kembali dengan nafas baru, dikaburi dan topengi oleh nilai sejagat seperti hak kemanusiaan dan maklumat bebas, walaupun semasa beliau dalam Kerajaan, beliau bertindak sebaliknya. Ini menimbulkan masalah baru, terutama ianya membudayakan sesuatu yang bertentangan dengan norma dan tatasusila ketimuran, terutama untuk orang Melayu.

Sejak budaya ‘politik pengganas’ dan rusuhan jalanan dibudayakan semula beliau ini, senario politik Malaysia mula menampakan elemen condong kepada menggunakan keganasan. Apabila kumpulan ekstremis yang mendesak hak melalui kesediaan melakukan keganasan HINDRAF menganjurkan ‘politik pengganas’ melalui rusuhan jalanan (yang wajar disifatkan sebagai  bersalah melakukan ‘Pengkhianatan’), Anwar dengan sedia memberikan sokongan, semata mata untuk meraih sokongan masyarakat India. Sebilangan rakyat Malaysia menentang usaha ini, termasuk peguam beliau sendiri yang menyifatkan Anwar sebagai ‘Pengkhianat’.

Rakan kongsi PR ialah DAP, satu parti chauvinis Cina yang bersifat anti Melayu dan Islam. Golongan ini sering mencabar kesabaran orang Melayu secara sistematik dan berterusan.  Sebagai pemain utama yang mengakibatkan orang Melayu Kampung Baru bangkit dan berlaku peristiwa berdarah 13 Mei 1969, mereka tidak serik dan masih ‘dahaga’kan kestabilan dan keharmonian sengaja dikucar kacirkan, agar mereka berpeluang untuk menangguk di air keruh. Keadaan hari ini di Lembah Kinta ialah kerajaan boneka DAP MB yang dipecat Dato’ Seri Mohd. Nizar Jamaluddin mengunakan strategi dan taktik Anwar lama, yang mendapat suntikan langsung DAP, sebagai ‘dalang’ pucuk pemerintahan Perak selama 11 bulan ini.

Sebagai seorang yang memang mempunyai bakat untuk ‘berlakon’, Anwar sentiasa berbohong dan membuat janji yang tidak akan ditunaikan, termasuk memperkudakan emosi dan sentimen rakyat, dibaur dengan manipulasikan fakta dan keadaan. Meningkatkan emosi dan sentimen ialah tahap dimana beliau akan mengambil kesempatan maksima untuk meraih simpati dan kemudian sokongan, agar kembali berkuasa.

Strategi untuk memperkudakan emosi dan manipulasikan fakta dan kenyataan disandarkan lagi dalam taktik untuk merampas kuasa, terutama mempromosikan keganasan, sepertimana yang berlaku di Kuala Kangsar tengahari tadi. Ini bagaikan igaunan gerakan “Reformasi” yang dihidupkan semula, apabila kehilangan kuasa, sama seperti episod bermula 2 September 1998. Sebagai seorang pembohong bersiri, ramai rakyat termakan dengan kecekapan bermain perkataan dan mengukir mimik muka. Malah Adil, Parti KeAdilan Nasional dan Parti KeAdilan Rakyat (sekarang ini) berpusar sekitar gerakan melampau memanipulasikan fakta dan memperkudakan emosi, semata mata berpunca pemecatan belaiu dari jawatan tertinggi negara.

Mantan Banduan salahguna kuasa Anwar bukan setakat agen provokatur, malah merupakan agen anarki, untuk menentukan ketidak stabilan sosio-politik negara yang berjaya memupuk perpaduan, harmoni, kesefahaman dan kerjasama antara kaum dan kumpulan etnik ini. Mungkin ini adalah agenda Yahudi Neo Con (terbukti Anwar bersahabat akrab dengan golongan ini), yang sentiasa mencari jalan untuk ‘menjajah semula’ bumi yang berjaya dimerdekakan ini, terutama berkat dan usaha Perjuangan yang dipelupuri UMNO.

Jika beginilah fenomena dan budaya politik yang dibawa oleh PR dan diketuai oleh  Ketua Pembangkang tidak-berparti dan Mantan Banduan salahguna kuasa Anwar Ibrahim, ini maka rakyat wajar tidak teragak agak untuk menolak beliau dan gerakan politik gerombolan ala ‘pengganas politik’ ini. Episod terbaru ini jelas menunjukan kepimpinan seorang yang gila kuasa seperti Anwar, tergamak melakukan apa saja untuk berkuasa, termasuk berlaku ‘derhaka’ dan ‘ingkar’ kepada institiusi Raja, yang menjadi simbol perpaduan, penaung ugama Islam dan adat resam dan budaya Melayu.

Published in: on February 7, 2009 at 00:01  Comments (51)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/02/07/ketuanan-rakyat-anwar-ibrahim-membawa-kepada-gerakan-derhaka-dan-ingkar/trackback/

RSS feed for comments on this post.

51 CommentsLeave a comment

  1. Bro,

    Well said, Anwar ini adalah pengkhianat bangsa, apa yang telah dilakukan hari ini di Perak memang tak bolh dimaafkan….

    Thats it Anwar Al Juburi…..you’re finished..

    Bro, I will support you….lets kick out Anwar Yahudi from Malaysia

  2. teman nak sentuk sikit pasal bahasa melayu dlm gereja ni. kat sabah memang bahasa melayu digunakan. sejak bila teman tak pasti tapi dah lama. begitu juga dgn penerbitan.

    memang org bumiputera sabah membaca bible mereka versi bahasa indonesia. teman penah baca bible kawan teman tu. saja nak tahu apa ada dalam bible.

  3. Pakatan Rakyat atau mereka guna istilah PR sahaja. Tetapi bagi pendatang asing yang mendapat kad pengenalan merah Malaysia, mereka dipanggil Permanent Resident. Jadi PR ni sama dengan Permanent Resident lah.

  4. Pakatan Rakyat atau mereka guna istilah PR sahaja. Tetapi bagi pendatang asing yang mendapat kad pengenalan merah Malaysia, mereka dipanggil Permanent Resident. Jadi PR ni sama dengan Permanent Resident lah. Jadi faham-faham lah siapa PR tu.

  5. Melayu di tanah airku
    kini begitu bercelaru dan haru biru
    akibat berpuak dan semakin keliru
    yang mana politik, yang mana ketuanan mu?
    maka sanggup mencabar raja Melayu
    Raja sebangsa mu!
    Raja seagama mu!
    yang jadi tunggak kekuasaan Melayu!
    di manakan maruah mu?

    Tidak pernah Melayu
    mencabar dan derhaka seperti kamu
    di manakah nilai keislaman mu?
    akibat hasutan iblis dan kafir keparat
    maka kamu sanggup menjadi bangsat!
    hinanya kamu yang telah diangkat Raja dan diberi pangkat
    kini kamu anjing maka tuan digigit!

    Wahai Melayu
    sedarlah kamu
    kamu dipergunakan untuk tujuan tertentu
    perhatikan keliling kamu
    bukankah yang terpekik di jalanan hanya bangsa kamu?
    bukankan yang emosi terbaring juga bangsa kamu?
    di mana mereka yang kamu perjuangkan itu?
    apa sebenarnya perjuangan kamu?
    Islam? Melayu?
    Lalu di mana jati dirimu?

    Janganlah kerana emosi
    kamu derhaka kepada Sultan
    ingatlah!
    Raja Melayu akan tetap dipertahan
    Raja Melayu adalah Raja berdaulat
    selagi Melayu tidak hilang di dunia
    selagi itu Raja Melayu akan terus bertakhta di hati rakyat!

    DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

  6. HOT!! PANAS!!!

    BERITA SEBENAR TENTANG SIAPA DIA YB NIZAR JAMALUDDIN SEBENARNYA!!!

    Tengok video ni:

    http://tinyurl.com/siapanizar

  7. Your blog is listed at
    http://injournalist.com/ | international journalists community

    Thank You

  8. Dulu saya memang penyokong kuat Anwar. Semua Anwar cakap saya setuju dan sokong habis-habisan. Oh Anwar, berapi bila dia bercakap.Terpegung dan terpukau dibuatnya. Memang Anwar mempunyai anugerah untuk bercakap, memujuk dan memperdaya (Kesian Dr). Maklumlah bila kita tengah marah dengan beberapa orang BN, dia api-apikan kita. Semua yang dikatakan macam orang mengantuk disorongkan batal yang best pulak tu tentulah tertidur dibuatnya. Kita pun kempen sama-sama menegakan Keadilan ‘kononnya’. Sokong saja apa dia kata. Buat saja apa yang disuruh. Tak faham tak kisah. Janji kita dapat lepaskan geram. Tapi nasib baik terjaga dari tidur yang begitu lena sekali.

    Sebenarnya Anwar bukan ikhlas nak tegakan keadilan. Dia hanya nak kejar cita-cita nak jadi PM. Caranya tak kisah. Fitnah pun OK. Tipu pun OK. Raayat jadi lebih susah pun OK. Melayu tersungkur pun OK. Guna negara asing bantu dia gulingkan Kerayaan OK. Negara huru hara pun OK (Dalam kes di Perak ni – Dalangnya memang beliau). Agaknya kalau disuruh tukar ugama pun OK, agaknyalah. Dosa belakang kira. Bak kata semuanya OKlah. Asalkan dia boleh dapat jadi PM. Bolehkah kita rakyat Malaysia terima dia jadi PM. Sudahlah. PO DA.

    Ingat nak sokong PAS. Tapi kebelakangan ini nampaknya, PAS pun lebih kurang macam Anwar. Kini pada PAS semuanya OK. Sampai titah Tuanku yang lebih arif tentang undang-undang dari kebanyakan rakyat itu pun dia nak tentang.(Ini gara-gara orang tertidur macam sayalah dulu. Itu saya, dulu bukan sekarang) Bayangkan betapa Tuanku menghormati kedua-dua MB dan Timbalannya. Belum pun ada jasa dah bagi Dato agar bersemangat mereka berkhidmat. Tapi apabila Tuanku suruh letak jawatan sebab beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti rakyat Perak, kedua-duanya menderhaka pula kepada Tuanku. Memang tak patut.

    Saya sokong cadangan supaya kesemua penderhaka dilucutkan gelaran Dato mereka. Ramai lagi rakyat Perak dan Malaysia yang telah memberi sumbangan lebih besar telah terlepas pandang oleh Tuanku dan juga Istana. Misalnya kaki tangan Kerajaan yang telah bergadai nyawa seperti Tentera dan Polis, bertungkus lumus memakmurkan negara seperti guru, doktor, jururawat, jurutera, kerani dan lain-lain. Mereka lebih sesuai jika dikurniakan darjah-darjah kebesaran Perak kerana telah berkhidmat untuk negara sepanjang hayat mereka. They are more deserving than this PENDERHAKA.

    LUCUTKAN KURNIAAN YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA PENDERHAKA, PEMBELOT DAN PENGKHIANAT BANGSA INI. OH TERLUPA TERMASUK YANG PENIPU SEKALI. Mahkahmah perlu jatuhkah hukuman keras kepada pengasut termasuk Karpal Singh yang mempersendakan titah Tuanku.

    Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

  9. menggunakan media alternatif (internet) sebagai saluran menghasut amatlah mengcelakakan keadaan di negara kita sekarang.

    aku kira akta kebebasan bersuara perlu kembali ke landasan betul skrg, jika tidak tunggu saja PRU13. Bukan takut BN rebah, tapi akan merebaknya hasutan-hasutan menggila dari orang yang gila kuasa untuk meracuni fikiran rakyat.

    dengan membangkitkan semua isu kerajaan memerintah sebagai tidak betul dan ditulis oleh sesetengah mereka yang sebenarnya langsung tiada kelayakan dan pengetahuan selain hanya setakat ingin memburukkan apa yang ada, inilah hasutan gila yang seharusnya disekat sejak ia diusia rebung lagi.

    jika tidak, anasir-anasir yang sememangnya suka melihat negara kucar-kacir akan bertepuk dibelakang dan menunggu masa untuk menerima tepukan riang yang telah diracuninya pula.

    anwar pula, terlalu byk dendam dihatinya untuk dilunaskan. jawatan PM amat diperlukan untuk menganyang mereka yang pernah dikatakan menzaliminya. aku kira tidaklah teruk Malaysia seperti apa yang berlaku skrg sebelum dia kembali ke arena politik.

    sememangnya kematangan sesebuah politik sesuatu negara memerlukan pembangkang yang kuat untuk menegur dan menyanggah ketidakadilan pemerintah, tapi pembangkang di Malaysia skrg hanya suka mewujudkan kebencian rakyat kepada pemerintah.

  10. standup@perak.com
    stand up to oppressors…
    every men, women, child, take on the oppressor pawn…
    each take one arm, leg, head…
    throw the gas can back to the samseng..
    overturn samseng watercannon trucks..
    ask the samseng parents, bros, siss, to talk to them…
    convince samseng not to blindly follow orders of oppressors..

  11. Zaman dulu sapa derhaka kena hukum sula. Tapi kalau mamat ni derhaka, cucuk buntut suka pulak dia kang…

    kenyataannya ialah ketuanan rakyat PKR = Malaysian Malaysia PAP. Ketuanan Melayu ni sepatutnya ialah memajukan orang Melayu dari segi sosial – perkerjaan, pendidikan, kurang menagih dadah, segala yang kaitan la…

  12. Salam Tuan,

    Maafkan keda’ifan saya. Dalam laman web rasmi PKR, dikatakan bahawa Anwar adalah ketua umum parti tersebut. Boleh saya tau kenapa tuan mengatakan bahawa dia tidak berparti pula?

    Terima kasih. Wassalam.

    Itu propaganda parti PKR semata mata.

    Apa makna “Ketua Umum” tersebut? Siapa Presiden PKR? Apakah Anwar Ibrahim pernah menjadi ahli berdaftar dan berbayar PKR?

    Kalau mampu, semaklah.

  13. Anwar oh Anwar..

    Hidup mu mati mu solat mu sedekah mu hanya untuk jadi PM

  14. Saya ulangi ulasan saya mengenai kemelut politik mutakhir ini di Pk. Selepas Pilihanraya Umum 12 pada 8 Mac 08, Tuanku Sultan buat keputusan yg tidak dipengarohi oleh sentiment politik dengan menyetujui Pakatan tubuh Kerajaan walau pun BN pada mula boleh tubuh Kerajaan Minoriti (sekurang kurangnya utk 200 hari).
    Mengapa pula Pakatan tidak terima keputusan Sultan yg menyedarinya Kerajaan Pakatan tidak lagi ada majoriti dan meminta BN ambil alih?
    Sultan Azlan Shan telah berlakau adil.
    Keingkaran dan bantahan bukan kerana tidak faham tetapi hendak tunjuk samseng mereka. Jika mereka betul betul faham perjalanan politik mereka masih mempunyai peluang kerana perbezaan majoriti adalah kecil. Lagi pula dua orang Adun akan menghadapi mahkamah tak lama lagi – anything can happen.
    Pakatan sombong bodoh dan angkuh.
    Mereka tidak seharusnya mengapi apikan keadaan dan emosi. Karpal pula hendak saman Tuanku Sultan yg menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua negeri mengikut Perlembagaan – yg tidak ada kaitan dengan kepentingan peribadi.
    Nizar dan bekas excoya harus terima hakikat dan ambil keputusan yg bertanggungjawab bagi mengelak situasi jadi keruh!

  15. derhaka??? siapa yg derhaka?? igt lagi kah peristiwa di terengganu?? adakah pak lah tidak derhaka?? umno tidak derhaka?? sultan cuma menjadi rubber stamp saja pada era ini.. pd realitinya, keputusannya masih terikat dgn org politik…

  16. Dear Big Bro,

    Well said. Sesungguhnya apa yang berlaku di Perak tidak dapat lari dari dikaitkan dengan bekas banduan salah laku anuar ibrahim. Apa yang dilakukan di Perak sesungguhnya adalah perancangan yan kurang ajar dan derhaka. Tuan boleh hubungi saya sekiranya memerlukan bantuan untuk ‘memerangi’ bekas banduan salah kuasa ini. Untuk Erotomia, bekas banduan salah guna kuasa ini tidak pernah mengisi borang untuk menyertai PKR. Dari segi undang-undang dia bukan dari parti berkenaan. Itulah sifat munafik biawak lidah bercabang.

  17. Well said. Sesungguhnya apa yang berlaku di Perak tidak dapat lari dari dikaitkan dengan bekas banduan salah laku anuar ibrahim. Apa yang dilakukan di Perak sesungguhnya adalah perancangan yan kurang ajar dan derhaka. Tuan boleh hubungi saya sekiranya memerlukan bantuan untuk ‘memerangi’ bekas banduan salah kuasa ini. Untuk Erotomia, bekas banduan salah guna kuasa ini tidak pernah mengisi borang untuk menyertai PKR. Dari segi undang-undang dia bukan dari parti berkenaan. Itulah sifat munafik biawak lidah bercabang.

  18. Maybe this is what Allah wants Malaysians to see – the real Anuar Ibrahim. Let’s see it on the positive side, now we know that PR is BULL. PAS is being used by DAP. Now, we know how really BAD they are!

  19. kawan, business ada baik tak???

    http://stocktube.blogspot.com/2009/02/perak-pr-bn-and-gamuda-its-all-about.html

    Another interesting fact about Gamuda – the largest shareholder is also the second richest woman on the 2008 Forbes 40 Richest Malaysians at #35 spot. She is Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, the daughter of the Sultan of Perak, Raja Azlan Shah.

    She was worth RM773 Million ($228 Million) at #25 spot in 2007’s 40 Richest Malaysians but this figure dropped to RM510 Million ($150 Million) in 2008 at #35 spot. Based on today’s stock price of RM1.91 a share her fortune is only at RM287.46 million based on her remaining stake of 7.5% in Gamuda via Generasi Setia (M) Sdn Berhad. Naturally when his father refused to dissolve the state assembly for a fresh election various rumors and speculations began its circulation.

    Malaysian politics is perhaps the dirtiest but you can’t blame the public to have a perception that the federal government was twisting the arms of the Sultan (silly assumption, is it not?). However on the business perspective you do not need to wake Einstein up from his grave to tell you that Gamuda is basically at the mercy of the Federal government. With water taps closed by the federal government to three of the most developed states, Selangor, Perak and Penang, Gamuda is screaming for projects. Certainly the nation has the money. In fact the country is flushed with more money than before the Mar 2008 general election simply because the federal government does not know where to pump the money to since the most developed states such as Selangor, Perak (was) and Penang are controlled by opposition parties.

  20. Dear Bro,

    Anwar is very dangerous creature, he can brainwash anybody, some of my friend told me, if you stay with Anwar for half an hur, he cam manipulate you or at least molest la….

    We have to find ways to make sure this LiwatMan stop manipulating the Rakyat…..

  21. […] ‘Ketuanan Rakyat’ Anwar Ibrahim menjurus kepada tindakan derhaka dan ingkar […]

  22. Saya dah lama berhasrat nak mengatakan BUKANKAH MALAYSIAN MALAYSIA ITU SAMA KONSPEPNYA DENGAN MALAYAN UNION. Jika ia ditolak orang Melayu diketuai Datuk Onn Jaafar yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, kenapa perlu terimanya hari ini? Sia-sia sajalah perjuangan mengembalikan Tanah Melayu kepada orang Melayu jika hanya untuk diarah toowkey towkey Cina di kemudian hari.

  23. usah dilayan, biarla nizar dan exco2nye meting dan teruskan kerja, tanpa dibayar gaji.. hehe tgk smpai bile die dpt bertahan..

  24. Eratomania,

    Big Dog tidak penuh dalam analisanya.
    Anwar bukan sahaja ketua umum PKR tetapi juga Ketua Umum PAS dan Ketua Umum DAP.

    Beliau tidak berparti sejak ditendang keluar UMNO dan BN.

    he he he.

  25. And the best director and actor goes to ‘Bro. Anwar Ibrahim’for the movie ‘SEPTEMBER the 16th aka the rise of the PAKATAN.
    Tuan, semasa Anwar demo masa taun 70an pasai Baling tu dia betui betui perbodohan orang melayu sebab walau pun Baling tu miskin mana ada orang Baling mati kebuluran. Baling tu kan ke kat Kedah negeri Jelapang Padi beras berlambak kat sana. Lagi pun orang Kedah ni semua nya pemurah. Depa tak gamak tengok orang kebulok na. Haprak punya Bro AI ni (memang betui otak dia artificial otak betui dia ntah kat mana dia simoan… hi hi cam cita Steven speilberg tu apa nama Artificial Intiligent ka).

  26. Termaktub sejarah melayu…orang melayulah sering kali
    menderhaka kepada Sultan…

    Kini sejarah telah berulang kembali…
    Mereka yg berkepentingan sedar tentang ini..kerana
    mereka bukanlah bodoh..mereka berdegree..
    oleh kerana pangkat dan kuasa,mereka sanggup
    mempergunakan kecetekan ilmu penyokong fanatiknya
    untuk mencapai kerakusannya…

  27. Anwar adalah murshidul am PAS yang sebenar.

  28. Gambar rakyat depan Kereta Raja tu tengok betul betul…..

    Itu gambar rakyat merayu kepada Raja… tengok cara mereka menyembah hormat, merayu kerana tidak mahu ditindas oleh UMNO… maka rakyat mencari perlindungan kat Raja.

    ITU LAH MAKSUD GAMBAR RAKYAT DEPAN KERETA RAJA ITU.

    Ada adat dan protokol untuk merafak sembah memohon dan merayu kepada Raja. Bukan boleh main semberono sahaja.MENGHALANG kenderaan rasmi DYTM Raja Muda Perak untuk menghadiri upacara rasmi, melibat Istana BUKANLAH CARANYA!!!!

    Perbuatan ini sebenarnya mengahalang DYTM Raja Muda Perak untuk melaksana tugas, sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak.

    Ini lebih kepada PERBUATAN KHIANAT!

    INI JELAS MENUNJUKAN PAKATAN RAKYAT MENGHALALKAN CARA UNTUK CAPAI MATLAMAT!

    INI CARA ORANG BIADAP & TIDAK HORMAT PERLEMBAGAAN, PROSES LAKSANA & SISTEM SEBUAH NEGARA!!!!

  29. Apalah luah emosi tak ada hala tuju..main batal sajer…biarkan anuar Berahim berpolitik…jangan marah sama dia…dia pun macam kita jugak…kalau nak tahu orang kedah makan subsidi padi sudah lama bermula Anuar berahim tunjuk perassaan kat Wisma negeri di as ketika dulu…barulah skim subsidi diberikan…kalau dulu siapa nak berikan kalau tak berdemonterasi…di baling pun demekian…susah nak makan ketika itu…sedih…Kita menulis tidak ada ketua dibelakang…kita menulis ikut sedap hati…kekadang kita tahu tahap cipan mamat itu menulis…berhati hatilah kawan…kekadang kita sendiri tidak sampai standard itu…oleh itu berhati senanglah kita untuk kengkawan semua…tak perlu masuk virus marahkan orang..sebab kita tahu siapa lah kita…

    salam dari globalmalau

  30. Itulah sifat munafik biawak lidah bercabang

    cucu tok selampit…agaknya orang sangat bagus kot…apsal kata kat anuar sampai tahap tu…mind orang nie tahap mana big bro…kita pun plek tahap cipan nih…benci sikit sikit dah la…politik jerrr…

  31. salam bigbro…biarkan saya copy paste untuk semua tahu apa sebab MB Perak tidak mahu meletak jawatan…kalau kita tahu jalan ceritanya barulah kita berkomen komen…maaf bigbro…tumpang

    BismilahirRahmanirRahim.

    Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

    Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

    Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

    Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

    Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri
    secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

    Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

    UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

    Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

    Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

    Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

    Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

    Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

    Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

    Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

    http://www.globalmalau.tk

  32. […] between DAP-PKR-PAS has now proven itself to be an ‘unholy alliance’. There is a crack amongst the ‘Ketuanan Rakyat’ people. DAP Chairman Karpal Singh has asked party-less Opposition Leader Anwar Ibrahim to no longer be the […]

  33. Assalamualaikum,

    Saya sentiasa mengikuti politik negara, samada melalui medium Pakatan ataupun yang pro BN & kali ini saya cuba meluahkan pandangan saya melalui blog, kalau sebelum ini dgn kawan2 ada la.

    Pada pandangan saya keputusan Sultan Perak amat bijaksana,
    MENGAPA;

    1. Ketika PRU12 baginda telah membuat keputusan untuk Pakatan Rakyat memerintah sedangkan Pakatan Rakyat sebenarnya masih belum didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah mengikut undang2, gabungan (PAS,PKR & DAP) diwujudkan hanya ketika PRU12 tanpa didaftarkan mengikut undang2.
    2. Baginda sebenarnya berhak dari segi undang2 utk mengistiharkan BN sebagai pemerintah walaupun dgn minoriti (Terdengar juga BN cuba meminta baginda berbuat demikian)tetapi dgn kebijaksanaan baginda ia tidak berlaku & BN menerima hakikat mereka sebagai pembangkang di Perak & tiada sebarang demontrasi dicetuskan yg boleh menggugat keselamatan negara.

    3. Apabila 3 ADUN Pakatan telah keluar menjadi BEBAS serta menyatakan sokongan kepada BN maka baginda dgn kebijaksanaan baginda sekali lagi telah memanggil semua ADUN & mendengar sendiri pengakuan mereka & majoriti berpihak kepada BN. Jadi apa perlunya IR Nizar berkeras tidak meletak jawatan MB & memanggil mesyuarat exco utk undi tidak percaya sedangkan semua ADUN telah menyatakan pendirian masing2 & dan sekali lagi ditegaskan majoriti memihak BN walaupun pelbagai spekulasi menyatakan BN “merasuah” ketiga2 ADUN yg melompat itu dan sebagainya. Saya bukan utk menyatakan disini “matlamat menghalalkan cara” tetapi selalunya Pakatan akan cuba menarik perhatian rakyat dgn mewujudkan spekulasi begini termasuklah membuatkan rakyat membenci polis yang turut menjaga keselamatan mereka sekeluarga tetapi tiada bukti & bila mereka menang dalam sesuatu isu / pilihanraya semua itu akan tenggelam.

    PERSOALAN UTAMA KENAPA SULTAN PERAK TIDAK MEMBUBARKAN DUN & SETERUSNYA MENGADAKAN PILIHANRAYA.

    4. Bagi saya baginda tahu negara didalam krisis ekonomi global termasuklah ribuan pekerja kilang yang telah & akan dibuang kerja & tidak seperti krisis 1998, krisis kali ini dijangka benar2 dirasai rakyat bawahan & lebih panjang kerana sektor perkilangan paling teruk terjejas termasuk Singapura yang dulunya tidak terlalu merasa tempias krisis 1998. Ini tak termasuk krisis makan dunia & kenaikan harga minyak dunia yang lalu & tiba2 turun pulak mengejut ditambah pulak PM Pak Lah yang cepat melatah dgn turut menaikkan harga minyak di Malaysia dgn mendadak terus barang2 naik & susah dah nak turun.( Org kerja kerajaan kalau tak tau bersyukur tak tahu la sekurang2 nya masih dapat gaji bulan2 samada krisis atau tidak & utk simpanan hari tua dah ada pencen membantu ), yang kerja swasta macamana..??
    5. Jadi baginda dgn bijaksana tidak membubarkan DUN Perak & kerajaan tidak perlu membazirkan duit mengadakan pilihanraya samada hanya di DUN yg melompat katak tu atau negeri keseluruhannya. Bagi saya 1 pilihanraya negeri mungkin akan menyebabkan duit dibazikan mungkin mencecah RM 100juta untuk SPR/POLIS termasuklah duit yang cuba dilaburkan BN kepada Perak dalam keadaan tergesa2 tanpa perancangan yang teliti kerana nak memancing undi @ Pakatan pun takkan nak buat semua persiapan pilihanraya mereka “free” sudah tentu banyak jugak duit yang akan dibazirkan sedangkan PRU13 hanya kurang dari 4 tahun.
    6. Lagipun sekiranya pilihanraya negeri tetap diadakan & katakan keputusannya masih hampir sama spt PRU12 dimana BN atau Pakatan hanya berjaya dgn majoriti kecil tidak lebih 3 undi & lepas 2, 3 bulan ada pulak ADUN yang melompat tak ke lagi serabut dibuatnya…duit dah berjuta habis buat pilihanraya yang sepatutnya Pakatan rakyat bersabar & sekiranya tsunami politik ini berterusan mereka pasti akan dapat memerintah Perak dengan majoriti yang lebih kuat malah mungkin berjaya menubuhkan kerajaan pusat pada PRU13 nanti. PAS & DAP sebagai parti yang telah lama wujud & masih tetap dengan ideologi mereka pasti boleh bersabar. Tapi nampaknya DSAI & parti PKR nya seperti dah tak sabar. Kalau dulu (PRU12) kelihatan PKR lah yang berjaya membuatkan Pakatan menang besar tapi nampaknya sekarang kelihatan PKR lah yang telah menghancurkan gabungan ini. Sebab berita terkini menyatakan Karpal singh pun dah naik meluat kat DSAI & mahu beliau letak jawatan ketua pembangkang.

    6. Kepada IR Nizar…ingatlah titah Sultan Perak seperti yang jugak ditulis dalam harakah supaya “”Inna-Allah ha ma’a sobirin,”, beliau masih muda & Insya-Allah jika beliau benar2 ikhlas dalam perjuangan pasti kejayaan akan ada, tapi jika beliau tetap berkeras terus “menderhaka” kepada Sultan pasti beliau akan dikenang dalam sejarah malaysia moden sebagai “penderhaka” terutama dikalangan orang melayu kerana tidak seperti Hang Jebat yang membuat keputusan menderhaka secara bersendirian tetapi IR Nizar kelihatan menderhaka disebalik pengaruh DAP & PKR.

    7. Kepada rakyat Perak bersabarlah & buat pertimbangan sewajarnya kerana lebih baik kita hidup dgn aman dan biarkan pemimpin kita samada BN atau Pakatan tidak terlalu memikirkan tentang politik sebaliknya bersama2 cuba berfikir menyelesaikan masalah crisis ekonomi utk memastikan rakyat tidak terlalu merasa tempiasnya.
    PRU13 nanti buatlah keputusan. Perlembagaan dah jelas nak tak nak kurang dari 4 tahun lagi PRU 13 kena buat jugak. kalau negara dah kacau bilau apa yang kita dapat. Kepada kaum cina yang memang kebanyakkan berniaga pasti tak mahu ini berlaku. Kepada yang terlalu ahli2 parti yang terlalu taksub berpolitik nak buat macam mana, ingat sama masa depan diri & anak2 kita nanti.

  34. SALAM…

    KALAU PAKATAN RAKYAT BUKAN SATU PERTUBUHAN YANG
    SAH KERANA TIDAK DIDAFTARKAN….

    DARI SUDUT UNDANG-UNDANG APA IMPLIKASINYA
    JIKA MEMBENTUK KERAJAAN….

    JIKA HENDAK TUBUHKAN KERAJAAN KEMUNGKINAN HANYA
    NAMA PARTI YG MEMPUNYAI ADUN LEBIH RAMAI,PATUT
    DINAMAKAN,BUKAN PR…PARTI KECIL BILANGAN ADUN
    HANYA MENYOKONG…

    JIKA DINAMAKAN JUGA PR…KERAJAAN YG DITUBUH SEPATUTNYA TIDAK SAH…MAKA MAJORITI KERUSI DUN
    PATUT TUBUH KERAJAAN…

    HANYA PENDAPAT…

  35. Well, Anwar Ibrahim dan PR-Nizar derhaka, bro, you lupa sejarah ek, kalau you lupa I nak ingatkan sikit, selain dari Nizar ada beberapa lagi nama pemimpin UMno yg mandaulatkan Bangsa Melayu,mempertahankan bangsa Melayu dan Ketuanan Melayu yg lebih DERHAKa pd Sultan dan Raja2 Melayu, antaranya,

    1. Mat Tain/mat Tyson/Ketua Penerangan UMNO pernah melarikan Tunku Puteri Sultan Selangor dan bernikah di Thailand tanpa pengetahuan Sultan. Tindak tanduk beliau telah mendukacitakan Almarhum Sultan kerana perangainya yg mcm binatang tak ada adab dan tak tau adat!

    2. Annuar Musa, bekas Pengerusi UmnO Kelantan pernah menabalkan Sultan baru di Kelantan dan buat demo serah memorandum pd Sultan Kelantan dgn mendakwa kononnya keturunan Sultan yg menjadi Sultan Kelantan pd masa tu bukan waris yg sah. Demo tersebut begitu memalukan bila ada pemimpin2 Melayu yg tak percaya pd waris takhta Kesultanan. Perangai mcm binatang dan tak ada adab tersebut begitu mendukacitakan Sultan dan melukakan hati Sultan.

    3. Deris Jusoh dan rakan2 nya dari UMNO berdengung, pernah buat demo menentang keputusan Sultan Terengganu yg juga Agong utk melantik budak gangster Mad Said jd MB Terengganu thn lepas. Demo tersebut sampai ada penyokong2 UMNo berdengung tulis sepanduk “Kami nak Deris, Natang!”. Pak Lah sendiri tak setuju dgn Sultan Terengganu sampaikan dia kata “Hak melantik MB bukan hak Sultan tp hak Presiden UMNO dan parti yg menang”. Dan MT2 UMNO berdengung sampai sebut, kalau Mad Said angkat sumpah jd MB, dia akan dipecat dr UMNO.

    Kesemua kisah2 tersebut takkan dilupa rakyat Malaysia dan berKetuanan Rakyat, yg lupa hanya puteri-puetera-pemuda UMNO dan saki baki Melayu totok yg ter pernah nak ingat sejarah Melayu. UmNo mmg pandai buai2 kan org Melayu sampai mereka lupa sejarah dan peragai org mcm ni mmg tak patut jd TUan.

    Umur aku 24, oleh kerana aku suka membaca jd aku tahu sejarah. Kata pi apa2 pun, kalau UMNo yg buat tak pernah kita bicarakan, Melayu ni berlagak, nak jd Tuan tp lemah. Ketuanan Melayu dtg dr kekuatan, bukan dr kelamahan. Melayu yg rosakkan Melayu sendiri, kalau Nizar derhaka hukum dia, tapi bukan dia shj, pemimpin2 UMno yg jual bhs, jual tanah rezab,jual pasir kat Singapore,jual bangsa,juala agama,hina Sultan juga patut dihukum….Tak gitu bro????

    Kes derhaka kepada Paduka Seri Sultan Perak lain, kerana baginda menitahkan Nizar Jamaluddin meletak jawatan.

    1. Milke Tyson derhaka atas kapasiti peribadi. Ianya tidak melibat negeri atau rakyat.

    2. Tindakan wajar di ambil kepada Annuar Musa, termasuk dakwa dalam Mahkamah, atas peruntukan yang sedia ada.

    3. Idris Jusoh dan seluruh ADUN BN dan UMNO Terengganu membantah keputusan Tuanku Sultan untuk tidak melantik Idris kerana pada masa itu, Idris mendapat sokongan majoriti ADUN BN. Nizar sudah hilang sokongan majoriti dan masih lagi tidak mahu meletak jawatan.

  36. mokshamu:walaupun muda tapi menyengat…fakta yang diberi ada kebenaran…tak adil lah kalau Nizar yang di hentam bertubi tubi…seolah Nizar derhaka benar…secara warasnya pehak media telah menjatuhkan hukum tiap tiap hari kepada Nizar…adil ker???adakah media menjadi hakim malaysia…walhal maklumat yang kita dapat 80 peratus tepat…tetapi diutusan malaysia kita cuma syok baca tajuk ajer…nak baca jauh sekali kerana faktanya telah dialih cerita jadi benar…begitulah…

    Salam dri globalmalau:tabik ADUN selambau…anda membuat keputusan yang bijak…

  37. iye ke?mokhsamu & globalmalau??…setahu aku…
    kerana politik media pro-kerajaan dan pro-pembangkang
    di perguna untuk putar belit fakta…

    jadik…jika kita waras amikle jalan tengah,
    lebih selamat!!

  38. […] MB Nizar and DAP Jurassic leader Lim Kit Siang. The real dalang, party-less Opposition Leader Anwar Ibrahim also should be arrested for master minding all these. The pattern of losing power and instigating anger of the rakyat now is all to familiar just as […]

  39. […] Sultan. Sebagai ‘Ketua Umum’ PR, pengasas gerakan jalanan ‘Reformasi’ ini wajar bertanggung jawab dengan semua yang dianggap sebagai derhaka dan ingkar yang diambil oleh PR, termasuk rusuhan diluar Masjid Ubudiah dan perbuatan menghalang kenderaan […]

  40. […] expected, that created a ruckus amongst the Perak and national level PR.  The ‘Reformasi’ style street demonstrations had instantenously begun, which the nation saw how HRH Raja Muda Perak’s motorcade was stopped on the way to the new […]

  41. […] at the time where the Pakatan Rakyat’s chip is very low and with the recent scandals in Perak, Kedah and Selangor and the fall out within Pakatan Rakyat itself, this is an opportunity they […]

  42. Laporan Buletin Utama TV3 semalam ( 1/4/2009 ) dan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini ( 2/4/2009 ) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut.

    Utusan melaporkan hari ini ( 2/4/2009 ) seperti berikut:-

    “IPOH 1 April – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.”

    Laporan utusan di atas khususnya perenggan yang menyatakan “keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong” adalah satu laporan yang amat mengelirukan dan boleh dibaca sebagai laporan yang mala fide ( berniat jahat ) di atas alasan – alasan berikut :-

    Mahkamah Tinggi Ipoh HANYA menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut ke atas beliau.
    Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna Mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga “ADUN” Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.
    Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan Saman ( sama ada Writ Saman atau Saman Pemula – dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula ) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 ( juga dikenali sebagai permohonan “to strike out pleading” ) , Hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja . Ini bermakna di dalam kes di Ipoh tersebut hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut”.
    Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.
    Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak , Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 hb April 2009 ini.
    Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut , ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong sepertimana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.
    Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak sepertimana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Dato’ Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.
    Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas. – Hanipa Maidin / Siasah

  43. […] happened in Perak the last three months shows their blatant disregard to establishment, civility, traditions, norms  and most of all, even upto a… with such […]

  44. […] the interpretation of a state constitution and action of a Ruler is being challenged. As for the PR biadap and ingkar trouble makers, the authorities should decisively reprimand them in accordance to the limit of the law and HRH […]

  45. […] Previously, Raja Petra has been proven to be a cyber anarchist armed for a wicked agenda laced with malice as a blogger. Then, as an incurable compulsive liar. Now, he is helping the promotion to drag the innocence of a blogger’s family private life into the public domain, with a tinge of soaring hatred to a man and his family and inevitably, not only violating the privacy of his family but endangering them. Especially, it is time and again proven amongst some of the morbid supporters of Pakatan Rakyat have the tendency to resort to brutal tactics and barbarism of their brand of politics and craving for power. […]

  46. […] ‘Anarchy Politics’ led to the breed of a wole new strain of Pakatan Rakyat supporters without any shred of decency, especially within the bloggosphere with the malice intent to destablise Malaysian stability at all […]

  47. […] to make the augur houses and Constitution as his circus and ‘indirect attempt’ to have a portion of the rakyat to rise, ingkar and derhaka against HRH Rulers in his sordid personal agenda to gain […]

  48. […] excuse to be in the business of messing what is important for the majority. They even resorted to being ingkar and derhaka, to HRH […]

  49. […] the law, the law enforcement agencies and authorities which include the State Sertariat and even custodian of the state, HRH Paduka Seri Sultan. They even advocated to bring back the “Butcher of […]

  50. […] outside Ubudiah Mosque and Istana Iskandariah should also be charged under the same act. The planners and demonstrators who vehemently rejected and tried to fail the swearing in of ADUN Pangkor Dato’ Dr. Zambry Abd. Kadir as the 10th Perak Menteri Besar, which included […]

  51. […] flag or the portrait of HRH Sultan Azlan Shah upside down to counter this blog campaignMust read:1. Ketuanan Rakyat Anwar Ibrahim by Zakhir2. Pas kena kuda lagi by Shamsul3. Perak Politics: Reality of Realpolitik by A Voice4. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: