Dalang Ketuanan Rakyat terkecuali dari derhaka?

 

Sekarang ini, begitu ramai rakyat Malaysia, terutama orang Melayu melepaskan kemarahan and melontarkan rasa tidak puas hati kepada Pengerusi DAP Karpal Singh atas isu bercadang untuk mengheret DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke Mahkamah, kerana memecat MB boneka-DAP Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan melantik ADUN BN Lumut Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai penganti. Pelbagai Bahagian UMNO dan NGO Melayu merata Malaysia, bukan sahaja setakat membuat  laporan Polis dan kenyataan, malah menganjurkan demonstrasi.

Laporan Utusan Malaysia:

Dakwa segera Karpal

Gelombang kemarahan orang ramai semakin memuncak mendesak Karpal Singh segera dikenakan tindakan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Untuk rekod, selain isu terkini, Karpal juga pernah memberi peringatan kepada Sultan Azlah Shah supaya tidak campur tangan dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury.

Namun, Pejabat Peguam Negara belum mengambil sebarang tindakan. Berikut ialah perkembangan semalam:

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Karpal mengikut Akta Hasutan berhubung lebih 30 laporan ke atas Pengerusi DAP itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pihak berkuasa bertindak segera terhadap Karpal terutama selepas kenyataan beliau mahu mengheret Sultan Azlan

Shah ke mahkamah.

Tan Sri Muhammad Muhd. Taib percaya Karpal semakin angkuh berikutan tiada tindakan dikenakan ke atasnya.

Dr. Puad Zarkashi berkata, kerajaan tidak boleh berdiam diri kerana tindakan Karpal itu dikhuatiri akan menyebabkan kesan buruk kepada rakyat.

*******************

Namun begitu, dalang sebenar episod ini kelihatan terkecuali dari menerima kecaman sebagaimana Pengerusi DAP Karpal mengharungi. Ketua Pembangkang tanpa-parti Anwar Ibrahim ialah ‘arkitek’ Pakatan Rakyat; satu penyatuan ‘luar nikah’ parti parti Pembangkang yang berlainan haluan,  aspirasi dan ideologi, ‘menangguk di air keruh’ setelah rata rata rakyat tidak selesa dan setuju dengan BN.

Perancangan Pakatan Rakyat bermula dengan Mantan Banduan salahguna-kuasa Anwar. Begitu juga konsep ‘Ketuanan Rakyat’. Beliau merupakan promoter paling tegar yang mempromosikan PR mengambil alih Kerajaan Persekutuan melalui 30 MP BN ‘melompat parti’. Apa yang berlaku di Lembah Kinta yang mengakibatkan Kerajaan Ketuanan Rakyat MB boneka-DAP Nizar tumbang ialah akibat 3 orang ADUN PR ‘melompat parti’. PR mengalami ‘senjata makan tuan’ dan kini, MB boneka-DAP dan keseluruhan Kepimpinan Ketuanan Rakyat Perak sudah ‘gila talak’.

Sekiranya  Ketua Pembangkang tidak-berparti Anwar ini tidak begitu bersungguh sungguh Ketuanan Rakyat akan berjaya menjadi dasar baru Malaysia melalui proses ‘lompat parti’, masakan Kepimpinan Ketuanan Rakyat Perak begitu pedih untuk menerima realiti dimana DYMM Paduka Seri Sultan sebenarnta murka. Baginda dikatakan amat kecewa dengan pelbagai keputusan yang diambil Kepimpinan boneka-DAP yang begitu bersifat chauvinis Cina itu. Isu percubaan untuk memecat Pengarah Jabatan Ugama Perak juga menambah kemurkaan baginda.

Akibat salah congak, kini PR mula mengalami keadaan ‘retak menunggu belah’.

Sahabat Akrab Yahudi Neo Con Anwar ini wajar dipersalahkan dan heret bersama Karpal, kerana tidak menghormati titah keputusan baginda Paduka Seri Sultan. Sebagai ‘Ketua Umum’ PR, pengasas gerakan jalanan ‘Reformasi’ ini wajar bertanggung jawab dengan semua yang dianggap sebagai derhaka dan ingkar yang diambil oleh PR, termasuk rusuhan diluar Masjid Ubudiah dan perbuatan menghalang kenderaan rasmi DYTM Raja Muda Perak Jumaat lepas.

Perbuatan Pengerusi DAP Karpal mengumumkan bahawa DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan di saman kerana melaksana tugas menurut Perlembagaan Perak Undang Undang Tubuh Negeri merupakan rekod baru seorang Raja di heret kerana tugas rasmi.

Anwar juga terkenal dengan seorang pemimpin yang sentiasa ‘menangguk di air keruh’ memanipulasikan fakta dan keadaan, memperkudakan emosi, mempermainkan kemampuan propaganda media dan kebolehan berbohong yang konsisten. Beliau juga membudayakan ‘politik pengganas’ dan rusuhan jalanan, setiap kali hajat untuk berkuasa terbantut.

Orang inilah merupakan punca sebenar budaya rusuhan jalanan, kebiadapan kepada Istana, memperkudakan proses dan instutiusi perundangan dan keadilan semata mata kepentingan politik dan gerakan ‘nilai sejagat’, termasuk menyokong orang Islam yang ingin murtad.



Published in: on February 11, 2009 at 02:16  Comments (21)