Dalang Ketuanan Rakyat terkecuali dari derhaka?

 

Sekarang ini, begitu ramai rakyat Malaysia, terutama orang Melayu melepaskan kemarahan and melontarkan rasa tidak puas hati kepada Pengerusi DAP Karpal Singh atas isu bercadang untuk mengheret DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke Mahkamah, kerana memecat MB boneka-DAP Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan melantik ADUN BN Lumut Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai penganti. Pelbagai Bahagian UMNO dan NGO Melayu merata Malaysia, bukan sahaja setakat membuat  laporan Polis dan kenyataan, malah menganjurkan demonstrasi.

Laporan Utusan Malaysia:

Dakwa segera Karpal

Gelombang kemarahan orang ramai semakin memuncak mendesak Karpal Singh segera dikenakan tindakan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Untuk rekod, selain isu terkini, Karpal juga pernah memberi peringatan kepada Sultan Azlah Shah supaya tidak campur tangan dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury.

Namun, Pejabat Peguam Negara belum mengambil sebarang tindakan. Berikut ialah perkembangan semalam:

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Karpal mengikut Akta Hasutan berhubung lebih 30 laporan ke atas Pengerusi DAP itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pihak berkuasa bertindak segera terhadap Karpal terutama selepas kenyataan beliau mahu mengheret Sultan Azlan

Shah ke mahkamah.

Tan Sri Muhammad Muhd. Taib percaya Karpal semakin angkuh berikutan tiada tindakan dikenakan ke atasnya.

Dr. Puad Zarkashi berkata, kerajaan tidak boleh berdiam diri kerana tindakan Karpal itu dikhuatiri akan menyebabkan kesan buruk kepada rakyat.

*******************

Namun begitu, dalang sebenar episod ini kelihatan terkecuali dari menerima kecaman sebagaimana Pengerusi DAP Karpal mengharungi. Ketua Pembangkang tanpa-parti Anwar Ibrahim ialah ‘arkitek’ Pakatan Rakyat; satu penyatuan ‘luar nikah’ parti parti Pembangkang yang berlainan haluan,  aspirasi dan ideologi, ‘menangguk di air keruh’ setelah rata rata rakyat tidak selesa dan setuju dengan BN.

Perancangan Pakatan Rakyat bermula dengan Mantan Banduan salahguna-kuasa Anwar. Begitu juga konsep ‘Ketuanan Rakyat’. Beliau merupakan promoter paling tegar yang mempromosikan PR mengambil alih Kerajaan Persekutuan melalui 30 MP BN ‘melompat parti’. Apa yang berlaku di Lembah Kinta yang mengakibatkan Kerajaan Ketuanan Rakyat MB boneka-DAP Nizar tumbang ialah akibat 3 orang ADUN PR ‘melompat parti’. PR mengalami ‘senjata makan tuan’ dan kini, MB boneka-DAP dan keseluruhan Kepimpinan Ketuanan Rakyat Perak sudah ‘gila talak’.

Sekiranya  Ketua Pembangkang tidak-berparti Anwar ini tidak begitu bersungguh sungguh Ketuanan Rakyat akan berjaya menjadi dasar baru Malaysia melalui proses ‘lompat parti’, masakan Kepimpinan Ketuanan Rakyat Perak begitu pedih untuk menerima realiti dimana DYMM Paduka Seri Sultan sebenarnta murka. Baginda dikatakan amat kecewa dengan pelbagai keputusan yang diambil Kepimpinan boneka-DAP yang begitu bersifat chauvinis Cina itu. Isu percubaan untuk memecat Pengarah Jabatan Ugama Perak juga menambah kemurkaan baginda.

Akibat salah congak, kini PR mula mengalami keadaan ‘retak menunggu belah’.

Sahabat Akrab Yahudi Neo Con Anwar ini wajar dipersalahkan dan heret bersama Karpal, kerana tidak menghormati titah keputusan baginda Paduka Seri Sultan. Sebagai ‘Ketua Umum’ PR, pengasas gerakan jalanan ‘Reformasi’ ini wajar bertanggung jawab dengan semua yang dianggap sebagai derhaka dan ingkar yang diambil oleh PR, termasuk rusuhan diluar Masjid Ubudiah dan perbuatan menghalang kenderaan rasmi DYTM Raja Muda Perak Jumaat lepas.

Perbuatan Pengerusi DAP Karpal mengumumkan bahawa DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan di saman kerana melaksana tugas menurut Perlembagaan Perak Undang Undang Tubuh Negeri merupakan rekod baru seorang Raja di heret kerana tugas rasmi.

Anwar juga terkenal dengan seorang pemimpin yang sentiasa ‘menangguk di air keruh’ memanipulasikan fakta dan keadaan, memperkudakan emosi, mempermainkan kemampuan propaganda media dan kebolehan berbohong yang konsisten. Beliau juga membudayakan ‘politik pengganas’ dan rusuhan jalanan, setiap kali hajat untuk berkuasa terbantut.

Orang inilah merupakan punca sebenar budaya rusuhan jalanan, kebiadapan kepada Istana, memperkudakan proses dan instutiusi perundangan dan keadilan semata mata kepentingan politik dan gerakan ‘nilai sejagat’, termasuk menyokong orang Islam yang ingin murtad.



Published in: on February 11, 2009 at 02:16  Comments (21)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/02/11/dalang-ketuanan-rakyat-terkecuali-dari-derhaka/trackback/

RSS feed for comments on this post.

21 CommentsLeave a comment

  1. Bilalah kekusutan ini akan berakhir? ekonomi terub beb, Malaysian sibuk politiking…oklah. daripada baring atas jalan, baik mogok lapar setahun!

  2. Assalamu’alaikum,

    Nak tanya sikit, maklumlah saya nie Melayu…bak kata mantan PM kita: Melayu mudah lupa, sape yer gamak nye yg telah menidakkan keDaulatan Raja-Raja Melayu? Lagi cantek kalu hulubalang-hulubalang UMNO yg jawab…kot2 die org sedor lepas dengor saranan “Melayu mudah lupa” mantan Presiden UMNO.

    Kedaulatan Raja Raja Melayu masih terbela. Buktinya jelas dalam episod dimana MB boneka-DAP Nizar and seluruh Exco Perak yang berpaksi kepada DAP itu. Itu sebab titah Tuanku yang diderhaki dan ingkari oleh mereka ini, terutama cadangan Karpal Singh untuk membawa DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke Mahkamah dikecam habis habisan oleh sebilangan majoriti orang Melayu.

    Rakyat, yang dipelupuri UMNO memilih untuk Raja bertanggung jawab keatas perbuatan peribadi mereka sendiri. Maka, Perlembagaan Persekutuan dipinda pada 1993 untuk menentukan immuniti Raja Raja terbatas hanya kepada apabila menjalankan kapasiti rasmi dan bukan tindakan peribadi.

  3. Salam Big Bro,

    Mana ada orang yang berfikiran dan berperasaan Yahudi ada tersemat di hati untuk menghormati Sultan. Orang seperti ini patut di buang daerah. Hidup menyusahkan orang!

  4. Saya sedikit terkeliru. Adakah menyaman Sultan itu dibenarkan atau tidak? Bukankah Sultan itu mempunyai imuniti? Tapi, menurut Tun Dr Mahathir, Sultan boleh disaman. Almarhum Tuanku Jaafar juga disaman oleh Standard Chartered Bank. Kalau tak boleh, Karpal Singh sudah tersilap dan tindakannya menghina Sultan. Tapi kalau boleh, kenapa pula dianggap menderhaka?

    Kefahaman kami, DYMM Tuanku boleh diseret ke Mahkamah sekiranya tindakan atau perbuatan itu bersifat atas kapasiti peribadi dan bukan sewaktu melaksana tugas, sebagai seorang Raja.

  5. Aksi melampau Anwar Ibrahim dan sekutunya sudah melebihi tahap fiksyen.

    Ini umpama “a nightmare turned to be real!”

  6. KUALA LUMPUR: Pas secretary-general Datuk Kamaruddin Jaafar yesterday brushed aside the call by Jerlun MP Datuk Mukhriz Mahathir for Pas assemblymen in Perak to join Umno. Kamaruddin dismissed Mukhriz’s invitation, saying that he was not in a position to make such offers. “It is an insult for someone from such a low position as the youth (council member) to make such an invitation” he said. “Pas will not entertain the invitation,” he added briefly when contacted yesterday.

    I’ve two grown up children. Dari kecil I’ve always tell them that kita antara sesama manusia dijadikan Allah sama saja.

    Tiada kasta. Senantiasa menghormati orang tua walau dimana kedudukan kita.

    Alhamdulillah.

    Sorry for the digression but politicians are way too bongkak.

  7. Aku rasa malu dengan perangai blogger umno ni…yang kau orang nak ikut stail blogger pembangkang…yang nak mempertahankan ideologi tu…buat apa?

    Dimana kau orang semua masa umno membuang kekebalan Raja-Raja?…masih berhingus lagi ke?..atau pun kau pun sama menyetujui tindakan umno tu?..sekarang ni nak tunjuk yang kau mempertahankan Raja…Melayu umno memang mudah lupa…

    Kepimpinan UMNO melucutkan kekebalan Raja dan Perlembagaan Persekutuan dipinda pada 1993 HANYA UNTUK TINDAKAN DAN KAPASITI PERIBADI. Jika Raja melaksanakan tugas, maka kekebalan itu masih berkuat kuasa.

    Kekebalan atas tindakan dan kapasiti peribadi ini dilucutkan agar Raja Raja bertanggung jawab atas tindakan sendiri (yang tidak melibatkan negeri atau negara), seperti terlibat dalam kontrak atau perjanjian, melakukan jenayah dan mengelakan mengadakan salah laku dan perbuatan sumbang.

  8. Nampak gayanya Tok Uban ni masih tak faham atau tak tahu mengenai isu Kekebalan Raja-Raja Melayu. Saya rasa Tok buat ulangkaji dulu mengenai isu ini dan paham betul-betul sebelum mengeluarkan komen. Tak perlulah nak menunjukkan kebodohan sendiri kat sini…

  9. tok uban…umno ke yg buang kekebalan raja2 melayu dulu…ala luper la…maklum aku nie melayu…ishk x kan kot…beria2 dema pertahankan raja2 melayu siap demonstrasi lagi…ishk2…fitnah tu…x kan geng2 umno x dengor saranan mantan PM dulu…melayu mudah lupe…

    Kepimpinan UMNO buang kekebalan Raja atas tindakan dan kapasiti perbadi sahaja. Jika baginda melaksana tugas sebagai Raja, maka kekebalan itu masih lagi terpelihara.

  10. sebenarnye, media yang mainkan isu ini melampaui drpd ape yg sepatutnya.. sebagai seorang rakyat, adalah derhaka untuk mempersoalkan keputusan raja dan sultan.. tetapi, adalah tidak salah jika kita ingin membawa benda ni ke muka pengadilan.. itu adalah hak masing2.. xde sape yg ckp kita x boleh bawa raja dan sultan ke muka pengadilan.. sultan perak telah menitahkan pertintahnya, so bia la mahkamah yang tentukan sama ada keputusan sultan perak 2 betul atau tidak, due respect to our perlembagaan..

    sama juga ketika mahathir memecat anwar, tun buat mengikut ape yg die rasa perlu untuk UMNO dan negara, tapi anwar mengheret kes ini ke mahkamah dengan mengatakan mahathir memecat beliau, tidah sah mengikut perlembagaan.. so bia la mahkamah tentukan sama ada keputusan tun itu btol atau tidak…

    sama juga dgn kes sultan, membuat keputusan, dan biar karpala bawa bende ni ke mahkamah, untuk mahkamah tentukan sama ada tindakan sultan perak membuat keputusan mengikut perlembagaan dan undang2 tubuh negeri perak ataupun tidak.. no big deal, derhaka atau tidak, bukan isu nya.. sebagai rakyat, kita berhak membawa benda ni ke muka pengadilan, x timbul isu derhaka atau tidak pon sekiranya kita persoalkan tindakan raja dan sultan.. yang hak, tetap kepada yang hak dan yang batil, tetap batil.. sekian

  11. aku rasa boleh saman Sultan as per Dr Shad Faruqi article in the STAR on Wed 11.

    roberto

  12. akum,
    walaupun saya penyokong kuat umno, tapi nak tanya skit tentang kerajaan sekarang ni betul-betul adil ka?
    sekarang semua kecoh tentang Ir.Nizar dan Karpal derhaka Sultan.tapi sekurang-kurangnya mereka tak la meamki Sultan. Ingat lagi konflik pemilihan MB Terengganu? ada sepanduk di depan istana berbunyi : KAMI MAHU DERIS LA NATANG ditujukan kepada Sultan merangkap Agung. Kenapa tak kecoh dan tak byaut demonstrasi pulak? tak berebut-rebut buat laporan polis? tangkap masuk ISA? kan kita selalu kata demonstrasi bukan budaya masyarakat Malaysia? jawapannya mudah. sebab orang BN atau Umno yang buat takpa, orang lain tak boleh…..

    Isu di Terengganu berbeza dengan di Perak. Di Terengganu, pihak yang membantah tidak bertindak menghalang DYMM Sultan atau wakilnya untuk menjalankan tugas, termasuk semasa Dato’ Ahmad Said mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu.

    Di Perak, jelas ini berlaku. Kenderaan rasmi DYTM Raja Muda Perak di halang untuk meneruskan perjalanan bagi upcara angkat sumpah dan taat setia MB Perak baru. Bukan sahaja di halang, adengan ini turut mencemaskan dan boleh dianggap sebagai “membahayakan DYTM Raja Muda Perak”.

  13. Salam dulu…2 minggu lepas cerita derhaka kepada raja dan marah kepada karpal kerana nak saman Sultan…Peranan Utusan menceritakan tentang derhaka…semua rakyat membacanya…ada yang teremosi dan ada yang tersenyum…Yang geram tunjuk perasaan…sana sini…marah sana mrah sini…tapi yang sebenarnya biarlah saya copy paste cerita sebenar dari Krpal Singh…anda boleh membaca dengan tenang tanpa geram kesumat…

    Sultan boleh didakwa di mahkamah. Kenapa nak kecoh?
    Mengenai hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah kerana membenarkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat, Karpal sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk meneruskan hasrat itu walaupun pemimpin Pakatan Rakyat menyatakan enggan berbuat demikian.

    Beliau berkata, tidak dapat dinafikan bahawa Sultan Azlan Shah boleh didakwa di mahkamah atas kapasiti rasmi baginda kerana selepas 1993, Perlembagaan Persekutuan dipinda dan mahkamah khas ditubuhkan untuk mengendalikan perkara membabitkan kerabat diraja dan sultan.

    “Saya pasti malahan baginda (Sultan Azlan Shah) tahu apa yang saya katakan adalah betul. Baginda ialah bekas Ketua Hakim Negara dan telah mengendalikan banyak kes. Tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau menderhaka mengenainya, mereka kata saya tidak menghormati Sultan.

    “Saya hanya mengikut undang-undang sahaja. Saya berpegang padanya. Perlu terima hakikat ini. Ini merupakan perkara asas yang malahan pelajar tahun satu undang-undang juga tahu bahawa sultan boleh didakwa di mahkamah. Kenapa nak kecoh?,” kata Karpal.

    Kepada soalan sama ada polis menyiasatnya berhubung hasrat beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sultan, Karpal berkata beliau bersedia untuk memberikan kenyataan kepada polis.

    Karpal juga mengulas demonstrasi oleh kirakira 200 anggota Pemuda Umno di luar pejabatnya di Jalan Pudu, Kuala Lumpur semalam dengan memberi amaran kepada mereka supaya menghentikan demonstrasi haram itu.

    “Saya ingin beri amaran kepada Pemuda Umno, jangan desak saya. Saya tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan. Apa yang saya lakukan termaktub dalam undang-undang, polis sepatutnya melindungi saya semalam,” katanya.

    “Demonstrasi semalam adalah melanggar undangundang. Kenapa mereka tidak didakwa di mahkamah kerana mengadakan perhimpunan haram, kenapa berlaku berat sebelah apabila membabitkan kami,” katanya.

    Mengenai kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah, beliau berkata Pakatan Rakyat akan fokus untuk menang di kerusi berkenaan walaupun wujud sedikit perselisihan pendapat dalam pakatan itu.Katanya apa juga perselisihan pendapat dalam parti, mereka akan selesaikannya demi kebaikan Pakatan Rakyat.

    “Saya dan Lim Kit Siang (veteran DAP yang turut hadir) telah bersama-sama berjuang sejak 40 tahun lepas. Adalah lebih baik untuk membuat penyelesaian dalam parti, tiada masalah dengan perkara itu, ada tugas lebih besar sedang menanti, sebenarnya tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai masa depan PR,” katanya.

    Dua kerusi itu kosong berikutan kematian anggota Parlimen Bukit Gantang Roslan Shaharom dan peletakan jawatan wakil rakyat Bukit Selambau V. Arumugam.

    http://www1.mstar.com.my

  14. “…ada sepanduk di depan istana berbunyi : KAMI MAHU DERIS LA NATANG ditujukan kepada Sultan merangkap Agung…”

    jadik kalu mcm nie x dikira menderhaka ler…

  15. Salam…
    Tidak layak bumi Malaysia ini untuk dipijak oleh Karpal Singh. Beliau wajar dibuang taraf warganegara. Malaysia bukanlah tempat untuk beliau sesuka hati nak buat apa yang beliau nak buat. Beliau wajar dikenakan ISA kerana beliaulah sebenarnya pengacau keamanan negara…

  16. malaysia maseh aman…utusan malaysia dan TV3 lah yang banyak menaikkan semangat bekobar kobar kawan kita…kita maseh waras…baru saja tekanan dh ambil tindakan ikut perasaan…belum jihad lagi…

  17. Raja Adil Raja di Sembah, Raja Zalim Raja di Sanggah

  18. Rocky,

    Kenapa tak beri apa-apa pandangan pasal berita berikut:

    HOT HOT!! PANAS MENDIDIH!!! GEMPARRRRRRR!!!

    Satu survey rasmi yang dibuat di Perak pada Feb 8 menunjukkan jelas rakyat Perak MENOLAK keputusan Sultan dan tindakan Barisan Nasional mengambil alih Perak!!!!

    Baca kat sini untuk selanjutnya…

    Apakah sampling dan methodologi survey ini berwibawa?

  19. Suatu adegan yang memalukan kini berlangsung di Perak.

    Izinkan saya membuat susulan tentang apa yang telah saya katakan tentang status Menteri Besar.

    Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di negara kita. Ianya asas dan sumber kuasa undang-undang; Raja-Raja Melayu telah mengangkat sumpah supaya membela dan mendukungnya.

    Mengikut Perlembagaan, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin merupakan Menteri Besar sehinggalah beliau sendiri meletakkan jawatannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri semasa ia bersesi. Tiada peruntukan di dalam Perlembagaan untuk pemecatan dengan cara lain, walaupun dengan mengemukakan petisyen ataupun diarah oleh mana-mana kuasa lain.

    Dua prinsip asas perlu dijelaskan memandangkan apa yang telah berlaku hari ini:

    Pertama sekali, kerajaan semasa ditubuhkan mengikut peraturan dan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan. Inilah bezanya antara kerajaan yang ditubuhkan secara sah dengan perampasan kuasa, iaitu cara yang tidak bertamadun.

    Kedua, kerajaan yang sah dan berperlembagaan memperolehi kuasanya daripada keizinan rakyat, dan hanyah daripada keizinan itu. Rakyat memberi keizinan ini kerana ianya kerajaan mereka yang ditubuhkan mengikut Perlembagaan mereka, dan pemimpin mereka dipilih melalui pilihanraya yang bersih dan adil.

    Dari masa ke semasa kita perlu menguji keizinan itu. Di saat-saat genting seperti apabila kerajaan akan ditubuhkan atau dibubarkan, Perlembagaan memberi peruntukan supaya melakukan ujian yang formal dan muktamad untuk mengetahui betapa kuat sokongan, atau keizinan, yang diberi kepada kerajaan itu.

    Oleh itu, kita kendalikan pilihanraya untuk menguji setinggi mana sebenarnya sokongan rakyat diberi kepada seorang bakal pemimpin. Soalan ini akan dijawab semasa pilihanraya yang ditadbir dengan peraturan dan kekhilafan yang dipersetujui terlebih dahulu. Sekiranya pilihanraya tidak diadakan, atau terdapat keraguan yang ianya bersih lagi adil, jadi kepimpinan yang sah tidak dapat ditentukan. Tidak kira betapa ramai orang yang datang meriakkan nama kamu di tengah malam. Apa yang perlu dibuktikan hanyalah sokongan para pengundi semasa pilihanraya.

    Perlembagaan juga memberi peruntukan yang muktamad untuk menguji samada Menteri Besar atau Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. Ianya melalui undi tak percaya di dalam Dewan tersebut. Jawapan yang diberi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (atau Parlimen) sahaja yang boleh diambil kira. Kenyataan bersumpah, berpaling tadah, persidangan akhbar, pengisytiharan, pengiklanan atau apa jua dorongan lain tidak boleh diambil kira.

    Untuk menguji secara formal mandat kerajaan semasa, samada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, ia mesti dilakukan oleh rakyat melalui pilihanraya, atau melalui undian di dalam Dewan Undangan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan. Ini sahaja cara yang muktamad dalam sebuah demokrasi berperlembagaan.

    Inilah ertinya sebuah demokrasi berparlimen. Menubuhkan atau menjatuhkan kerajaan melalui apa jua cara lain melanggar prinsip-prinsip Perlembagaan, mencabuli hak undang-undang dan mengambil risiko membentuk kerajaan yang tidak sah.

    Kuasa yang sah hanya boleh didirikan melalui cara-cara demokratik yang tertera di dalam Perlembagaan kita. Ia bertentangan daripada kekuasaan yang dijual-beli atau diambil secara paksa.

    Undang-undang ini yang membolehkan kita berfungsi sebagai sebuah negara, kerajaan dan masyarakat. Sekiranya kita mula mempersetujui kuasa yang didapati tanpa mengambil kira undang-undang yang sedia ada, kesannya amat buruk sekali.

    http://razaleigh.com/

  20. […] they go another step and start to insult Islam? What is their agenda? Are they acting on behalf of people who really wants to rise in the destruction of Malaysian spirit […]

  21. […] the Perak Government is bought to near paralyse. Party-less Opposition Leader Anwar Ibrahim is the dalang to all these derhaka. Pakatan Rakyat demonstrated their true colours: Power and nothing else. not even the interests of […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: