Blogger Ketuanan Pakatan Rakyat menghasut untuk hina Raja

 

Seorang blogger pro-Pakatan Rakyat, Jed Yoong telah MENGHINA RAJA RAJA dalam penulisan terakhirnya. Dalam tulisan terbaru mantan kakitangan Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP Tony Pua (semasa Tony menjawat Pengarang lidas rasmi DAP “Rocket”), Jed telah menyenaraikan salah laku Raja  Raja dengan nada yang menghina. Ini merupakan bukan lagi sesuatu yang biadap, malah wajar dianggap sebagai menghasut!

jed-yoong

Raja Raja merupakan penaung Perlembagaan, ugama Islam (ugama Persekutuan Malaysia) dan adat resam. Sekelian baginda juga menjawat sebagai Kolonel Kehormat pelbagai rejimen DiRaja dalam Angkatan Tentera Malaysia, termasuk Rejimen Askar Melayu DiRaja. Baginda yang dihina Jed ini ialah Kolonel Kehormat Tentera Udara DiRaja Malaysia, Rejimen Grup Gerak Khas,  Rejimen Artileri DiRaja, Rejimen Semboyan DiRaja dan Kepten Kehormat Tentera Laut Diraja dan ada dikalangan sekelian baginda ini pernah menaiki takhta Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Perbuatan sebegini wajar dianggap ketelanjuran yang terlampau, yang tidak sesuai sebagai seorang rakyat Malaysia yang bernaung sebagai rakyat DYMM Raja Raja.

Ini bukanlah cara sesuai seorang blogger. Kebiadapan begini akan mengakibatkan pengguna media alternatif akan tidak menghormati institiusi Raja. Ini juga menyalahi prinsip kedua, “Kesetiaan pada Raja dan Negara” dan kelima, “Kesopanan dan kesusilaan” Rukun Negara. Kredibiliti blogger kepada pengguna alam siber juga akan meleset dan penulisan seperti ini akan membawa apa yang dicapai selama ini berberapa langkah terkebelakang.

Published in: on February 12, 2009 at 17:12  Comments (32)