Laporan Polis keatas blogger yang menghasut dengan hina Raja

 

Susulan mengenai tulisan seorang blogger yang dianggap sebagai menghasut apabila bertindak membidas Raja dengan nada hina semalam. Satu Laporan Polis telah dibuat keatas tulisan ini. Ianya dilakukan oleh Irrawan Kamaruddin di Balai Polis Johor Bahru Central pagi tadi.

jasrie-i

Polis diminta menyiasat tulisan blogger Jed Yoong yang dianggap sebagai menghina Raja. Penghinaan ini dikhuatiri akan menimbulkan kemarahan rakyat, terutama dikalangan orang Melayu dan berugama Islam.

police-report-on-jed-i2police-report-on-jed-ii*Dikemaskini 750pm

Setakat ini, sebanyak 98 laporan Polis telah dibuat keatas Pengerusi DAP Karpal Singh, kerana bercadang ingin mengheret DYMM Paduka Seri Sultan Perak  ke mahkamah kerana pemecatan MB boneka-DAP Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan perlantikan Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai MB Perak ke X.

Dalam perkembangan berasingan, baginda DYMM Sultan Selangor juga bertitah atas fenomena rakyat menghamburkan perasaan marah, emosi dan penentangan kepada Sultan Azlan Shah sehingga tergamak berlaku penderhakaan dan ingkar.

Laporan Utusan Malaysia:

 

Jangan biadab – titah Sultan Selangor

13/02/2009 7:20pm

 

KLANG 13 Feb. – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini.

“Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta” titah baginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan dari Istana Alam Shah di sini. – Bernama

************************

Baginda menyifatkan Sultan Azlan sebagai seorang yang amat berpengetahuan dalam undang undang dan berfikiran matang.  Ini merupakan sesuatu yang luar biasa apabila baginda Raja bertitah akibat pemecatan dan perlantikan seorang Menteri Besar.

Jelas apa yang dibuat Jed Yoong ialah AMAT BIADAB!

*Perkembangan dikemas kini Ahad 1100am

Laporan Polis kini dibuat pula di Sungai Petani, Kedah keatas penulisan Jed Yoong ini. Beberapa ahli Kelab Maya UMNO juga mengambil tindakan yang sama.


Published in: on February 13, 2009 at 14:22  Comments (46)