Apakah persepsi atas Hakim yang akan mendengar kes saman perlantikan MB Perak bebas dari ‘bias’?

 

Seorang Hakim apabila diberikan tanggung jawab untuk mendengar sebarang kes, mereka dianggap sebagai mampu membezakan kemampuan dan kepentingan  sendiri untuk berlaku adil dan tanpa memihak kepada sesiapa.

MB boneka-DAP yang dipecat Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin memfailkan saman petisyen mengenai kesahihan perlantikan ADUN BN Lumut Dato’ Dr. Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak X. Saman ini difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan bukan di Ipoh. Ini kemungkinan kerana Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh ialah saksi perlantikan MB Dato’ Dr. Zambry sebagai Menteri Besar X dan kalau beliau mengadili kes ini, dikhuatiri akan menjejaskan kelayakan sebagai seorang yang tidak ‘berpihak’ (bias).

Namun begitu, kes ini dijangkakan akan didengari oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md. Yusof di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Apakah Hakim Mohamad Ariff boleh berlaku adil dan tidak dianggap sebagai seorang yang ‘berpihak’ tanpa sebarang keraguan?

Beliau dikatakan pernah menjadi Penasihat Undang Undang PAS sebelum ini. Apakah persepsi atas impartiality beliau sebagai Hakim yang mendengar kes akan terpelihara, sedangkan MB boneka-DAP Nizar merupakan ADUN PAS Pasir Panjang?

Walaupun beliau dikatakan mempunyai rekod berparti sedemikian, namun majoriti rakyat dijangkakan akan menerima keputusan yang dibuat sebagai Yang Arif Hakim berdasarkan fakta dan adil.

Sebaliknya, apakah sekiranya penghakiman ini tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat, mereka akan menjerit “Kehakiman dibeli”  sekali lagi sebagaimana biasa? Mereka mempunyai rekod sedemikian, terutama setelah episod pemecatan mantan banduan salahguna-kuasa Anwar Ibrahim dari Kabinet pada 2 September 1998 dan gerakan ‘Refomasi’ dilancarkan yang berlandaskan memperkudakan emosi rakyat dengan manipulasi fakta dan keadaan.

Advertisements
Published in: on February 17, 2009 at 19:53  Comments (17)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/02/17/apakah-hakim-yang-akan-mendengar-kes-saman-perlantikan-mb-perak-bebas-dari-berpihak/trackback/

RSS feed for comments on this post.

17 CommentsLeave a comment

  1. BRO, U TGK LA PENGAI FUCKATAB RAKYAT NI, ELI DAH TERANG2 BIKIN GAMBAR BAIK PUNYA PUN, SI ANWAR BERAHI TU MASIH NAK TUDUH BN JUGAK, APA PENYOKONG FUCKATAN RAKYAT NI BUTA KE BRO, SEKARANG NI, HAKIM PU DORANG DAH SET DAH, WAH DASYAT FUCKATAN RAKYAT NI YA, DIA TUDUH ORG TAPI DEPA SENDIRI DOK BUAT….MACAMANA DGN ANWAR BERAHI DGN KES SAIFUL TU? ASYIK BERDOLAK DALIK JE SI LEATHER KING NI….ANY KOMEN BRO???

  2. BRO, U TGK LA PENGAI FUCKATAN RAKYAT NI, ELI DAH TERANG2 BIKIN GAMBAR BAIK PUNYA PUN, SI ANWAR BERAHI TU MASIH NAK TUDUH BN JUGAK, APA PENYOKONG FUCKATAN RAKYAT NI BUTA KE BRO, SEKARANG NI, HAKIM PU DORANG DAH SET DAH, WAH DASYAT FUCKATAN RAKYAT NI YA, DIA TUDUH ORG TAPI DEPA SENDIRI DOK BUAT….MACAMANA DGN ANWAR BERAHI DGN KES SAIFUL TU? ASYIK BERDOLAK DALIK JE SI LEATHER KING NI….ANY KOMEN BRO???

    Inilah sifat anarkis.

    Mereka menghayati budaya Bohemian dan hanya menerima konsep “undang undang” dan “keadilan” apabila sesuai dengan kemahuan dan kepentingan mereka semata mata. Lain dari itu, mereka akan dengan mudah mengunakan terma “dizalimi”, “konspirasi”, “dianiaya”, “pembohongan” dsbnya.

  3. Dah depa duduk tuduh C4 sangat yang dikaitkan dengan Najib dalam kes Altantuya (kan Anwar punya hasutan), alang-alang kata BN main kotor bagi saja arahan supaya C4 pergi letup Anwar pulak baru aman Malaysia. Undang-undang dia lawan, perlembagaan dia tak hormat dan Raja-Raja Melayu pun dia sanggup derhaka, jadi buat apa nak dibiarkan spesis ni hidup lama lagi?

    Selagi Anwar hidup maka negara kita akan terus dihuru-harakan. Jangan lupa sumpah Anwar, “Lawan Tetap Lawan” walaupun hakikatnya beliau sudah mungkir janji pada Pak Lah semasa merayu minta dilepaskan daripada penjara dulu. Anwar ni memang kaki putarbelit yang langsung takde maruah dan harga diri. Muka poyo kata budak-budak kutu perahak Pakatan Rakyat.

    PEMUDA PELAPIS

  4. Dah depa duduk tuduh C4 sangat yang dikaitkan dengan Najib dalam kes Altantuya (kan Anwar punya hasutan), alang-alang kata BN main kotor bagi saja arahan supaya C4 pergi letup Anwar pulak baru aman Malaysia. Undang-undang dia lawan, perlembagaan dia tak hormat dan Raja-Raja Melayu pun dia sanggup derhaka, jadi buat apa nak dibiarkan spesis ni hidup lama lagi?

    Selagi Anwar hidup maka negara kita akan terus dihuru-harakan. Jangan lupa sumpah Anwar, “Lawan Tetap Lawan” walaupun hakikatnya beliau sudah mungkir janji pada Pak Lah semasa merayu minta dilepaskan daripada penjara dulu. Anwar ni memang kaki putarbelit yang langsung takde maruah dan harga diri. Muka poyo kata budak-budak kutu perahak Pakatan Rakyat.

    PEMUDA PELAPIS

  5. Kita tengok dululah bagaimana keputusannya nanti…tidak payah lah kita berbincang keputusan mahkamah…dah diadili baru tahu siapa benar…rasanya kita dah buat keputusan dulu…

    salam pepagi nih…

  6. Saya berpendapat elok kiranya Peguam bagi pihak Menteri Besar yang baru membuat permohonan untuk mengenepikan hakim ini dari kes berkenaan. Aik YB BABI pun pernah mengenepikan hakim-hakim yang tidak menyebelahi pihaknya.

  7. Memang betul pihak PR cuba menunjukkan bahawa kes akan menjadi bias sekiranya dibicarakan di Ipoh kerana salah seorang dari 2 Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh telah menjadi saksi semasa hari angkat sumpah perlantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar baru-baru ini.

    Sudah menjadi pengetahuan umum di dalam blog-blog bahawa pihak PR menuduh institusi diraja Perak telah memihak kepada BN dalam isu perlantikan Menteri Besar yang baru ini. Kedua-dua rumah rasmi hakim mahkamah tinggi Ipoh tadi adalah bersebelahan dengan Istana Raja Muda Raja Nazrin di Jalan Sultan Azlan Shah di Ipoh. Pada pandangan saya PR secara tak langsung cuba memberi kiasan atau memerli bahawa Raja Muda boleh mempengaruhi kedua-dua hakim tadi sekiranya kes didengar di Ipoh. Itulah tujuan mereka sebenarnya.

  8. HOT HOT! PANAS MENGELEGAK MELECUR!!!

    Bekas peguam UMNO yang kini menjadi Ketua Hakim Negara tergugat!

    Karpal Singh mendedahkan bukti Zaki mengamalkan rasuah!!!!

    Big Dog takde komen pasal hakim ni pulak ker???

    GEMPAK GEMPAK! Baca, jangan tak baca, eksklusif, di sini!!

  9. DALAM DUNIA SEKARANG, LU SALAH BAWAK JANTAN MASUK BILIK SUNTUT LU PUN UMNO PUNYA SALAHKAH????LU BACA http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com.

    MEMANG REAL LAH PAKATAN NI. DULU ANWAR SALAH PILIH ORANG BONTOT DIAPUN DIA KATA MAHATHIR PUNYA ANGKARA.

  10. Hmmmm. Mengantuk ya membaca blog ni.

    Nak berita hot? Komen menajam setajam gigi rimau Siberia?

    Nak komentar bijak dan analysis yang mendalam?

    Senang saja, saudara saudari. Jangan bukak blog yang lapor cerita lapok lagi tak berpendapat sendiri yang berasas.

    Bacalah Tukar Tiub: Blog ‘PaNaS meNgeLegaK’.

    Kalau takut pedih panas, jangan bukak. Kalau takut FRU baca sajalah Rocky’s Bru. Kalau pening spin giler cam Tagalog, jangan baca Big Dog. Tukar jer tiub minda anda.

  11. Best jugak layan blog pro-umno ni… tapi bila terbaca tulisan yang pro umno ni satu benda aku perasan…. rupanya umno mmg susah berubah…

    Hangpa semua komen syok sendiri …. kata pihak satu lagi tak hormat raja la… tak hormat perlembagaan…

    Tapi yang aku tau UMNo paling menderhaka… takkan nak kena cerita bab menteri bawa lari anak agung… kes tabal sultan bawah pokok gajus… kes buang imuniti raja.. tapi kalau hangpa tak tau.. carilah dalam blog lain malas aku nak habaq.

    Bab tak hormat perlembagaan lagi banyak UMNo BN punya hal… sembang nak jaga melayu… mana dia biasiswa untuk anak-anak melayu seperti yang termaktub dlm perlembagaan, mana yang kata nak pertahan bahasa melayu..

    Nak ambik kerajaan perak pun bodo. aku tak peduli la orang nak melompat masuk ke BN ke becoz itu hak diorang tapi korang kalau nak ambik kerajaan kena buat dalam Dewan Undangan Negeri .. tiu pun BN UMno ni tak paham.

    Lepas tu korang expect rakyat nak pilih korang… LU PIKIRLAH SENDIRI…

    HANGPA INGAT RAKYAT BODO KE HANGPA YANG BODO

  12. Tak patut la Big Dog panggil Menteri Besar kami MB Boneka-DAP.. Selama ini saya hormati Big Dog kerana mempunyai pemikiran terbuka.. Jangan hilangkan penghormatan kami itu..
    Di Perak sebenarnya tidak ada MB Boneka.. Yang ada ialah satu pemuafakatan kerajaan campuran yang unik.. Tidak ada satu negeri pun di Malaysia ini yang berkedudukan macam Perak.. Yang ni malas nak citer dah, dah ramai yang cerita, cuma kena buka mata dan buka minda..
    Sebelum YAB Nizar digulingkan dahulu, beliau telah membayangkan bahawa serangan terhadap negeri Perak datang bertubi-tubi.. Masa tu BN Negeri masih demam tak kebah lagi, masih duk ingat Perak ini depa yang punya.. Hari-hari duk cari jalan macam mana nak ambik balik negeri ini.. Semua jalan kotor.. Macam mana nak urus negeri kalau hari-hari kena serang.. Yang berjaya tu pun sebab main kotor.. Yang ini bebudak pun faham.. Pendek cerita kita tunggulah apa kesudahan episod ini.. Pada saya mudah saja, dunia akhir zaman ini Allah bayar cash di dunia, insyaAllah..

    Apabila Pakatan Rakyat Perak, dimana DAP mempunyai bilangan terbanyak kerusi (dalam pakatan itu) menang semasa PRU 12, Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham dicalonkan sebagai MB Perak ke IX. Namun, DYMM Paduka Seri Sultan Perak tidak perkenan. Maka, ADUN PAS Pasir Panjang Mohamad Nizar Jamaluddin dicalonkan sebaliknya. Memandangkan beliau merupakan orang Melayu berugama Islam, walaupun partinya HANYA mampu meriah 6 dari 51 kerusi DUN, DYMM Paduka Seri Sultan Perak masih lagi melantik sebagai MB.

    Namun, 6 dari 10 Exco Perak, termasuk Speaker DUN merupakan ADUN DAP, walaupun mereka HANYA mempunyai 18 ADUN. Ini jelas memberikan tafsiran Mohamad Nizar Jamaluddin merupakan seorang Menteri Besar boneka-DAP!

    Rakan rakan kami dalam PAS sendiri mengakui Nizar merupakan seorang boneka-DAP dan talibarut yang digunakan Cina Chauvinis Perak. Namun demikian, demi kesetiaan mereka kepada parti, perkara ini ditinggal setakat pendapat peribadi mereka semata mata.

    Kalau tiada masalah atau tiada kelemahan, serang macamana pun tidak akan memberi kesan. Jangan itu dijadikan alasan. Umpama bidalan Inggeris “If you can’t stand the heat, then don’t stay in the kitchen!”. Atau bahasa Melayunya, “Kalau tak pandai menari, jangan kata lantai jongkang-jongkit”.

    Tidak kah MB boneka-DAP Nizar jatuh dalam 10 1/2 bulan pemerintahan merupakan “bayaran cash” juga????

  13. Salam dulu bigbro…dan bang bahar…cerita bang bahar memang ada logiknya untuk kita berfikir…lepas tu berita jawab bigdog pun ada munasabahnya…yang mana satu nak kita ikut dan percaya…cuma boleh kita baca dan tahu ceritanya…cuma satu saja ndak tanya…MB Nizar tu siapa yang lantik dan sahkan…Kalau raja yang lantik tak perlu kita pertikaikan…soalnya sekarang siapapun yang menguasai Perak samada DAP ka PAS ka PKR ka UMNO ka kita kena terima mengikut perlembagaan Perak yang sedia ada…MB NIzar pilihan rakyat…takkan kita nak nafikan semua itu…

    Apapun jelas kebangkitan minda rakyat telah mengubah kerajaan yang ada…cuma kerajaan yang ada tidak buat paham semua itu…apapun perundangan yang ada kita gunakan sebaik baiknya untuk selesaikan pertikaian memalukan yang berlanjutan…

    globalmalau:

  14. setakat semalam Hakim tu tawar berundur…dah ok kalu macam tu..

    kita harap hakim tidak bias akan masuk..

  15. Aloo kawan…

    korang dengar cite tak yang mamat Speaker perak dah gantung MB baru perak ngan exco dia sekali… Macamana ni… Itulah dulu kalau nak ajak lompat orang ajak Speaker bukan cari deputy Speaker…

    Ooo satu lagi bukan ke lepas ambil alih kerajaan Perak baru ni kata nak lantik speaker baru… Siap MIC nak bagi tiga(3) nama untuk jawatan Speaker… geng BN ni dia baca perlembagaan SIam ke Burma….

    Mana ada orang boleh pecat atau ganti Speaker… tak pernah dibuat orang…. kat British pun tak pernah… Speaker yang paling berkuasa dalam DUN…. lagi besar pada MB.

    Sebelum aku lupa… nak habaq kat hangpa yang keputusan speaker tak boleh dicabar di mana-mana mahkamah… no jurisdiction…. setiap keputusan kena buat dalam Dewan… kalau pun korang kata Speaker silap…. itupun kena buat dalam Dewan…. tak boleh bawa ke Mahkamah, repot kat polis, repot kat SPRM….
    Ishhh.. camna tu….

    Takpelah tanyelah lawyer UMno nak buat camna?… Tapi yang aku tau lawyer Umno ni tingal dua tiga kerat je.. itupun yg makan projek… Zaid brahim dah takde… Zaki dah jd CJ…

    Pastu aku heran sikit apsal kenyataan idola korang Mahathir ngan Tengku Razaleigh korang tak komen ha… ala… bab yang pasal negeri Perak ni… ke pasal bunyi sama macam orang lain….

  16. Salam hipokrisi bro

    Terima kasih. Kalau bak bagi pendapat, terutama kalau mengenai penulisan dalam blog ini, kami alu alu kan. Tapi kalau pendapat berbentuk tulisan orang lain, maka silakan kemukakan pendapat disana dan bukan disini.

  17. Sorryla bro, mungkin komen yang disalin dan tempel itu tidak sesuai dengan tajuk yang diperkatakan. Walau bagaimanapun, semoga maklumat yang dikemukakan itu dapat diteliti sama ada benar atau tidak. Ur blog ur rules!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: