www.mukhriz.com berwajah baru

 

mukhriz-portal-pic

Portal rasmi calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Dato’ Mukhriz Tun Mahathir www.mukhriz.com kini berwajah baru. Berthemakan motif perjuangan beliau, “Berani berubah!” untuk membawa perubahan kepada Pergerakan Pemuda UMNO agar terus kekal relevan sebagai sayap kiri Perjuangan memartabatkan Bangsa Melayu, segala maklumat mengenai ucapan, kenyataan, temubual dan paparan dalam media elektronik dan pergerakan Mukhriz disenaraikan dalam portal tersebut.

mukhriz-portal-pic-ii1Beberapa keratan video dalam format Youtube juga dijaring-muatkan kedalam portal tersebut.

Kami di BigDogDotCom mengucapkan selamat maju jaya kepada portal ini dan kempen Mukhriz dalam meraih sokongan, terutama Perwakilan Pemuda UMNO.

Published in: on February 23, 2009 at 13:12  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/02/23/wwwmukhrizcom-berwajah-baru/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 CommentsLeave a comment

  1. Salut..!!!
    Smoga benar “BERANI BERUBAH !”

  2. salam untuk Mukhriz…anda akan berjaya…

  3. Tahniah kpd Mukhriz. Saya percaya Mukhriz sudah sedia sedar bahawa UMNO dan juga BN tidak lagi dianggap ramai sebagai penyelamat negara. PPUMNO misti buktikan mereka bukan elit. Mereka harus buktikan juga yang mereka berkebolehan dan sanggup bersama rakyat marhaen untuk mengetahui masalah serta keperluan mereka dan tidak hanya membuat janji janji yang ambil bertahun tahun untuk dibuktikan. PPUMNO sepatutnya sudah mula menghantar petugas mereka ke tiga tiga kawasan Bukit yang akan diadakan pilihanraya kecil. Kerja kerja mendekati rakyat seharusnya sudah digerakan. Orang lain sudah pun memulakan kerja kerja mereka.
    Bagi menghadapi Perhimpunan Agung nanti, tiap perwakilan hendaklah diingatkan, ketika mengundi, samada hendak memileh WANG ATAU BANGSA atau TERUS HIDUP atau BINASA.Tepuk dada tanya selera!

  4. salam…aku amat yakin dan percaya hanya dmm saja yang mampu meubah nasib pemuda dan membawa bangsa menghadapi wawasan 2020 dengan jayanya….para perwakilan berfikirlah dengan matang sebelum membuat keputusan kerana undi anda hari ini bakal mencorak masa depan anak2 anda juga..jangan musnahkan masa depan anak2 kita dengan gula2 yang manis hari ini tapi masam dibelakang hari dek meratapi tangisan anak2 kita atas ketamakan dan kerakusan kita..

  5. perhimpunan agung umno ini bakal menyaksikan 3 calon yang menawarkan diri menjadi hero melayu..para perwakilan harus kenal dgn lebih dekat siapa hero yang sebenarnya…coretan ini tidak mahu menunjuk sesiapa sebagai hero..perwakilan mesti sudah bersedia dan sudah matang dengan perwatakan 3 orang calon ini..buatlah pilihan dengan matang dan tidak dipengaruhi unsur2 tekanan..suara akar umbi sudah jelas siapa yang mereka pilih melalui pencalonan..maka perwakilan yang diberi kepercayaan oleh akar umbi harus menyampaikan hasrat itu kerana anda adalah amanah.jangan sia siakan amanah itu kerana amanah itu hanya datang sekali..jangan menggadaikan masa depan anak cucu kita dengan membuat pemilihan yang salah…ingat misi umno”menjayakan cita cita bangsa”ringkas tp tegas!!!!!!!!!!!

  6. Salam Sejahtera, Salam Tahniah & Salam 1 Malaysia. “Hidup Melayu”.Saya dan warga usahawan kecil di Sik &
    khususnya dan GROOM BIG amnya, merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas kemenangan BN yang kembali memerintah Kedah tercinta ini. Harapan saya dan rakan-rakan agar Kedah dan para usahawan di bawah kepimpinan YAB Dato’ akan lebih mekar dan mewangi dan mengharumkan seluruh pelusok daerah di Kedah tecinta ini. Ingatlah, “Tugas Kita” belum selesai, “Melayu Mudah Lupa”, jadi, pasrahlah kepada Yang Maha Esa setelah berdoa dan berikhtiar. Moh kita kerja Smart sehingga ketitisan darah terakhir. “Takan Melayu Hilang Didunia”. Melayu hebat, Melayu kuat, Melayu Excellence. Insya Allah kita akan berusaha untuk harumkan Melayu di pesada dunia.
    Sekali Tahniah dan saya dan seluruh warga Sik dan Usahawan Groom Big sentiasa mendoakan agar YAB dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kekuatan dan semangat untuk terus berjihad memertabatkan MELAYU ISLAM di Malaysia untuk kesejahteraan Dunia & Akhirat. Amin…….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: