‘Calon’ senarai Najib dapat no. 1 dalam cabutan

 

umno_logo

Semalam merupakan hari dimana nombor kedudukan senarai calon yang bertanding pada pemilihan parti hujung Mac 2009 ini ditentukan, sebagaimana akan tertera dalam kertas pengundian kelak. Penentuan ini dijalankan secara cabutan oleh jawatankuasa pemilihan UMNO dan dibuat secara terbuka di PWTC, dengan disaksikan calon, wakil calon, penyokong calon, wakil media dan ahli UMNO.

Proses ini diadakan untuk memberikan kesaksamaan bagi calon yang  telah mengesahkan untuk menawarkan diri dalam pertandingan, terutama jika senarai itu panjang, sebagaimana bagi jawatan Majlis Tertinggi, Wanita, Pemuda dan Puteri.

Namun begitu, beberapa calon popular yang dikaitkan sebagai calon yang di’restu’i Presiden-UMNO akan-datang Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak, berjaya disenarai sebagai calon. No. 1 seperti Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin bagi jawatan Timbalan Presiden, Dato’ Seri Zahid Hamidi bagi jawatan Naib Presiden, Tan Sri Rafidah Aziz bagi jawatan Ketua Wanita, Dato’ Mukhriz Mahathir bagi jawatan Ketua Pemuda dan Dato’ Razali Ibrahim bagi jawatan Naib Ketua Pemuda.

Bagi jawatan Exco Pemuda UMNO pula, calon Pemuda UMNO Seremban Ahmad Izany merupakan calon no.1.

Walaupun ini secara kebetulan, namun tidak dapat tidak, ianya sinonim dengan blog Presiden UMNO sedang-menunggu (UMNO President in-waiting) Dato’ Seri Najib sendiri, sebagai orang  no. 1 dalam UMNO tidak lama lagi, yang bertajuk dan themakan 1 Malaysia.

Apakah ini memberi alamat kepada Perwakilan bahawa pilihan yang mereka wajar lakukan apabila tiba masanya kelak?

Published in: on February 25, 2009 at 14:13  Comments (4)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/02/25/calon-senarai-dato-seri-najib-razak-dapat-no-1-dalam-cabutan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

4 CommentsLeave a comment

  1. Ya ,, Allah telah memberi sedikit petunjuk kearah kebaikan kepada perwakilan semua agar memilih calon no.1

  2. Yang tak sedapnya, Kak Pidahpun dapat no. 1 jugak. Yang nombor 1 yang lain cantikkkkk.

    Secara objektif, siapa pilihan kita? Kak Pidah pot-pet-pot-pet mulut cam mesingan atau Shahrizat, yang dengan anak Anwar pun boleh kalah????

    Ini Ketua Wanita UMNO ni. Jentera kerja (workhorse) parti. Layak ka Ketuanya seorang calon (Menteri Kabinet pulak tu!) yang kalah PRU?

  3. Shahrizat pandai cakap, Kak Pidah bukan saja pandai cakap, tapi pandai buat kerja. Rajin lagi. Semua orang ada masaalah peribadi. Yamg penting kerja parti, kerja memimpin, kerja membangunkan negara wajar pertanggung jawapkan kepada yang berkemampuan. Bukan yang hanya pandai rhetorik dan yang hanya berpolitik setiap masa.

    Kita ambil contoh PR, baik Nik Aziz, Anwar, LGE, Nizar.. mereka2 ni hanya pandai cakap dan kerja mereka hanya berpolitik. Bila telah diberi kuasa, tak ada apa yang dah mereka lakukan. Tiada kemajuan. Yang makin banyak adalah ceramah dan berpolitik. Main politik sepanjang zaman.

    UMNO harus ketepikan (bukan singkir atau buang) orang2 yang hanya nak berpolitik. Antaranya Khairy (politik memusnahkan UMNO), Mamak Azeez, Mamak Reezal, juga Zahid Hamidi (walau dapat restu Najib).

  4. atas pagar amat berdukacita atas pendirian sesetengah wakil rakyat di sabah, yang juga merupakan calon ketua sayap umno, yang lebih mengutamakan gelanggang rakyat berbanding pendidikan agama masyarakat.

    apalah gunanya rakyat sihat tubuh badan jika runtuh nilai akhlaknya. jika mengambil kira faktor kesihatan, banyak medium yang boleh digunakan berbanding gelanggang rakyat 3 in 1

    perbincangan telah dibuat tetapi ke ‘kuali’ bukan ke hati atau takut mati karier atau bila lagi

    Allahuakbar


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: