Mukhriz: Karpal khianati Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara

 

KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

AHLI PARLIMEN JERLUN

 

Saya mengecam sekeras-kerasnya keceluparan Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Karpal Singh menggunakan kata-kata kesat terhadap Pergerakan Pemuda UMNO di Parlimen kelmarin.

 

Beliau bukan sahaja telah melanggar peruntukkan 36 (4)  Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat digunakan sewaktu perbahasan di dalam Dewan, malah ianya berunsur fitnah dan pembohongan apabila menuduh Pergerakan  Pemuda UMNO sebagai membuat ancaman jenayah dengan menghantar dua butir peluru kepadanya.

 

Melanggari peruntukkan 36 (4) tersebut, YB Karpal Singh telah dengan sengaja cuba mengalih perhatian rakyat terhadap penderhakaan beliau kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Maka saya dengan tegasnya mendesak Pengerusi Kebangsaan DAP itu untuk mengakui Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menyanjung Sistem Raja Berpelembagaan. Kegagalan berbuat demikian membuktikan bahawa YB Karpal Singh mengkhianati Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan. Justeru, saya menggesa pihak berkuasa agar segera menahan dan mendakwa YB Karpal Singh di bawah Akta Hasutan 1948 jika beliau terus enggan berganjak daripada sikap penderhakaan ini.

 

Pada masa yang sama, saya ingin berpesan kepada YB Karpal Singh agar jangan terlalu besar kepala sehingga tidak menghormati Raja-Raja Melayu kita. Kenyataannya bahawa “Singh is King” menunjukkan bahawa beliau sudah terlalu takbur sehingga menganggap dirinya seorang Raja mengatasi kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sudah bertakhta sejak turun temurun.

 

Bak kata pepatah Melayu, “Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa;, keceluparan beliau adalah provokasi yang tidak diundang. YB Karpal Singh nyata tidak langsung menghormati mahupun mengendahkan tatasusila mesyuarat dan kesopanan Dewan Rakyat. Meskipun akhirnya YB Karpal Singh menarik balik kenyataan yang telah dibuat, saya menggesa beliau digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk suatu tempoh yang dianggap wajar sebagai sempadan yang mesti diawasi oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Rakyat.

Published in: on February 26, 2009 at 15:00  Comments (18)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/02/26/mukhriz-karpal-khianati-perlembagaan-persekutuan-dan-rukunegara/trackback/

RSS feed for comments on this post.

18 CommentsLeave a comment

  1. Hidup Dato’ Mukhriz!
    Hidup Pemuda UMNO!

    Semoga yang terbaik untuk Dato’Mukhriz!
    Semoga yang “terbaik” untuk Karpal menuju ISA semula …

    //A.S\\

  2. Big Bro,

    I have copied this article and paste it in my blog, hope you dont mind sir.

    http://parpukari.blogspot.com/

  3. HIDUP DATO MUKHRIZ!

    ANDALAH YANG SEPATUTNYA MENJADI KETUA PEMUDA!

    BERANI BERUBAH!

  4. Berani Berubah!!!

    Mukhriz for KP UMNO!!!!…

    Bunuh pengkianat negara (agen Singapura)

  5. Pak Lah, last kopek sebelum pergi.. kasi simpan itu Karpal Singh ke dalam, lu punya problem kira settle.

    Bravo Mukhriz!! semoga berjaya.

  6. Tindakan atau reaksi terhadap Karpal Singh sahingga ini dianggap sbg “exercise in futulity”. Menyedari bahawa Karpal adalah seorang peguam yg berpengelaman, mereka yg merancang atau bertindak menentangnya samada melalui media massa atau perhimpunan ramai terlebih dahulu harus tahu menggunakan undang undang. Tindakan sebarangan hanya memalukan.
    Karpal adalah seorang manusia. Sepertia manusia biasa sudah tentu dia mempunyai kelemahan. Orang berbadan besar lazimnya takut kpd benda benda yg kecil. Gajah takutkan tikus.
    Gunakan tektik perang saraf dan gerak saraf. Dia akan terkapai kapai apabila penentangnya tiba tiba berdiam dan hanya memerhatinya sahaja. Dia akan takut apabila orang hanya memerhatinya tanpa berbuat apa apa dan itu tidak menyalahi undang undang. Jika terus menyalak riuh rendah keatas kebawah tanpa apa apa kesan hanya merugikan “boras…” sahaja.

  7. buang kerayatan Sing ni, balik koling jadi Kingkong

  8. 1. Terima kasih Datuk Mukriz kerana bersifat tegas dan berani.

    2. Karpal Singh ni terpengaruh dengan cerita Hisdustan “Singh Is King”. Ceritanya best, macam cerita XXX dan Bond. Ini yang menyebabkan beliau merasa boleh berlari dan melompat.

    3. Gelombang Melayu secara besar-besaran wajib diadakan melalui arus maya bagi menunjukkan bahawa Melayu dan Islam tidak boleh diperkotak-katikkan oleh Bangsa Asing.

  9. MELAYU TAK TUKAR KEPALA MASIH LAGI, SEMUA BODOH BELAKA.

  10. Bravo Mukhriz!!!!

    Very funny….untuk apa dung…? Si Gila jakiti forum ni loh.. keke.

  11. bodoh!! itu peluru guna bukan simpan dalam sampul, itu peluru guna untuk tembak kapla lu.. Orang bodoh macam karpal saja boleh letak dalam sampul, taktik bacul!
    ini Singh is Setan!!

  12. Assalamualaikum,

    Pada pendapat aku kenyataan Mukhriz ini hanyalah untuk melonjakkan dirinya sebagai salah seorang calon Pemuda Umno yang berani… setelah pada paginya Khairy turut mengadakan sidang Media… sekarang kita tunggu reaksi Khir Toyo pulak…. Ini semua kempen nak tunjuk hero… sebab Mukhriz tau sekarang Khir Toyo sedang leading untuk memenangi kerusi Ketua Pemuda.

    Aku bersetuju dengan kenyataan Mukhriz yang sepatutnya YB Karpal tak mengeluarkan “unparliamentary words” seperti “PEMUDA UMNO CELAKA” tetapi apa pula pendiriannya tentang tindakan biadab PEMUDA UMNO yang menyerang Ahli Parlimen. Sedangkan kenyataan Karpal dalam Parliament ada imunity bagaimana pula tindakan melanggar undang-undang oleh PEMUDA UMNO. Tindakan mereka menyerang ahli parlimen itu dengan sendirinya membuktikan kebenaran kata-kata Karpal yang unparliamentary.

    Tetapi apa yang menarik apabila Mukhriz mengatakan berkenaan penderhakaan Karpal terhadap Sultan Perak. Adakah dengan berbeza pendapat dengan Sultan kemudian merujuk kepada Mahkamah itu dikira penderhakaan. Adakah calon Ketua Pemuda Umno ini begitu terdesak hingga tidak paham konsep derhaka. Bagaimana pula tindakan memanda Tun sendiri yang membuang imuniti raja dan sultan pada tahun 1993. Dengan pindaan itulah yang membolehkan Karpal mengambil tindakan Mahkamah terhadap Sultan…. tetapi itu seperti cuba dilenyapkan.

    Lagi aku yang rasanya lebih Melayu pada Mukhriz rasanya isu-isu penderhakaan terhadap Sultan ini cuba diperbesarkan memandangkan diorang sekarang ni nak bertanding. Dulu waktu UMNO yang buat demonstrasi menentang istana awat tak bising… apasal waktu itu tak tangkap hangpa semua masuk ISA… tak charge bawah Akta Hasutan. Pirahhh Mabuk.

    Kenapa aku kata Mukhriz terdesak … sebab dia ambil pot yang Karpal kata Singh is King… itukan tajuk filem…. dia cuma nak tunjukkan yang dia tu Hero la…

    Satu lagi yang aku heran Pemuda UMno ni…. kerana OKU seorang seperti Karpal Singh boleh heboh satu negara…. buat demonstrasi la… (tapi takpa UMNO kalau perhimpunan haram pun tak kena dakwa… korang buatla banyak lagi) …. wei kalau korang hebat tak payah la lawan ngan OKU….

    Aku paling respect ada seorang mamat Pemuda UmnO ni buat kenytaan…. “sanggup mati kerana parti”…. Ya Allah Ya Tuhanku Tunjukkanlah Hambamu ini Jalan Yang Lurus…. Orang sanggup Mati kerana Islam… yang mamat ni sanggup mati kerana parti UMNO. Berikanlah dia Hidayah dan Keampunan.

  13. tak kira siapa nak tunjuk hero, inilah masanya orang melayu bersatu. tunjuk hero kena pada tempat dan masa, biar untung kita orang melayu. Jangan kasi muka sangat ini singh, Keparat karpal!
    ini “Singh is Celaka”..

  14. Jangan terhina nama orang Melayu atas fikiran yang kurang matang yang dipamerkan oleh UMNO sendiri (terutama dalam kasus ini, Permuda UMNO). Yang insaf sekarang, bukan semua orang Melayu nak ada perhubungan dengan UMNO. Adakah UMNO tak malu sendiri atas kekalahan keduadua kerusi di Permatang Pauh dan KT, dimana majoriti pengundi adalah orang Melayu. Adakah ni satu penipuan yang UMNO masih menggunakan nama Orang Melayu untuk penjuangan diri sendiri.

    Mohon pergilah UMNO dan BN.

    Hujah rhetorik seperti ini memang hanya menunjukan mereka yang kecewa kerana realiti orang Melayu masih kuat menyokong UMNO.

    Kehendak majoriti masih lagi menunjukan UMNO itu relevan, sebagai wadah dan tunggak politik Melayu. UMNO masih lagi mempunyai 78 MP dalam Dewan Rakyat. Apalah sangat ukur tara kegagalan UMNO mempertahankan Kuala Terengganu itu dalam kedudukan absolut kuasa.

  15. […] of the party which is ruling the Penang state government in Dewan Rakyat on Wednesday is actually defying and insulting the Federal Constitution and Rukunegara. UMNO Youth reserve the right to challenge Karpal outside the augur hall, without the immunity to […]

  16. Salam pepagi nih untuk semua…orang melayu maseh dalam keadaan terkawal emosinya…nak kata tergugat rasanya tidak kerana orang melayu maseh berpegang kepada sabar dan tenang…cuma ada segelintir melayu yang terlebih emosi…kebanyakan yang beremosi ini kurang beriman…kerana orang melayu yang sabar kebanyakan beriman…biarlah kita menjadi manusia yang waras…dan menghayati kehidupan ini berharmoni…janganlah kita hidupkan watak watak pahlawan yang belum tentu heronya…

    lupakan sengketa…lupakan keadaan tegang…ajak orang melayu yang muda muda ramaikan masjid…jemaah subuh ramai2nya…calon calon Ketua Pemuda jadi imam…Disitulah kita akan bina kekuatan pemuda melayu islam yang ada roh dan hubungan dengan TuhanNYA…disinilah yang dikatakan berani berubah…barulah jiwa kita terkawal bila karpal provok…

    globalmalau:

  17. […] Sepanjang hampir 40 perlaksanaan DEB dan kerjasama, muafakat dan semangat muhibbah yang berjaya dipupuk antara etnik melalui BN sebenarnya amat dicemburui DAP. Seringkali, diperkudakan sepenuhnya, sehingga sampai ketahap mencabar, mengambil pendekatan provokasi dan kebelakangan ini toleransi dan sikap ‘beralah’ orang Melayu KURANG AJAR! Ini termasuk membuat kenyataan yang menghina Perlembagaan. […]

  18. […] Leaders, which include Chairman Karpal Singh should also be charged for inciting and instigating with his “Singh is King” remark. The most recent is the moment Selangor Government DAP […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: