Gejala ‘jahanam’ dalam UMNO disaat akhir sebelum pemilihan

 

umno_logo2

Gejala salah laku politik dalam UMNO kini menular ketahap yang amat membimbangkan. Setelah beberapa pemimpin UMNO peringkat Majlis Tertinggi mula disiasat, tahan dan hadapkan ke Mahkamah, kini beberapa pemimpin peringkat tertinggi pula telah disiasat secara serious dan teliti oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Dikhabarkan, seorang calon Timbalan Presiden UMNO telah disiasat dan Lembaga Disiplin UMNO telah mengeluarkan surat cadangan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO minggu lepas agar pemimpin ini digantung keahlian selama setahun. Ini kerana serious kesalahan politik wang, terutama melalui laporan yang diterima dan siasatan terperinci dijalankan.

Cakap cakap dikalangan kepimpinan menengah UMNO bahawa calon Timbalan Presiden ini mengugut akan keluar dari parti sekiranya Jawatankuasa Pengurusan UMNO mengambil keputusan sebagaimana dicadangkan dan pengumuman rasmi dibuat dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, dikhabarkan juga bahawa sekiranya Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ‘campur tangan’ dalam kes ini dan menghalang agar keputusan mengantung keahlian calon tersebut, maka seluruh Lembagda Disiplin UMNO akan meletakan jawatan serta merta, sebagai tindakan balas.

Lagi mengenai perkembangan terbaru mengenai PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ‘campur tangan’ secara langsung disaat akhir Kepimpinan yang dikatakan ‘memalukan’ UMNO ini. Wakil calon Ketua Pemuda UMNO paling popular, YB Dato’ Mukhriz Mahathir, iaitu Dato’ Nasir Safar telah menarik diri dari tugas tersebut serta merta minggu lepas. Ini ialah ‘tekanan’ yang diberikan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah setelah dikatakan tiga Menteri Kabinet bertemu beliau atas perkara yang sama.

Ini dikaitkan dengan ‘sokongan tidak langsung’ Presiden baru UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak kepada Dato’ Mukhriz. Lebih lebih lagi kerana Dato’ Nasir merupakan Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri itu. Ramai pemimpin UMNO  sediada yang tidak mahu MP Jerlun yang membawa slogan “Berani Berubah” naik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengantikan YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein. Ini dikaitkan kelantangan Dato’ Mukhriz dan Mantan Perdana Menteri VI Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas tindakan dan kedudukan yang diambil pemimpin UMNO tertentu yang dilihat sebagai ‘menjahanamkan parti’.

Gejala ini semua sebenarnya akan menyisihkan lagi keyakinan dan sokongan masyarakat Malaysia, terutama orang Melayu dan golongan muda kepada UMNO, yang dihamur dengan dakwaan sebagai parti ‘elitis’, tidak mementingkan aspirasi akar umbi dan kekal relevan memacu menjaga kepentingan dan memartabatkan orang Melayu.

UMNO perlu berusaha keras untuk membawa perubahan dan kekal relevan, sebagaimana aspirasi akar umbi dan rakyat Malaysia secara umum. Ini menjadi ingatan Perdana Menteri Malaysia IV dan Presiden UMNO V Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam dalam sebuah ceramah anjuran Mubarak.

*Perkembangan dikemas kini 555pm

Mantan Exco Pemuda UMNO Kamaruzaman Kamdias mempunyai pandangan menarik mengenai “Peperangan 2009: Siapa penjenayah perang..?”

Published in: on March 15, 2009 at 14:11  Comments (5)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/03/15/gejala-jahanam-dalam-umno-disaat-akhir-sebelum-pemilihan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

5 CommentsLeave a comment

  1. TINGGAL BEBERAPA HARI SAJA LAGI PEMILIHAN UMNO AKAN BERLANGSUNG

    AUK AUK..TERDAPAT 2 JENIS PERWAKILAN YANG PERLU KITA KENAL

    AUK AUK..PERWAKILAN HARAM DAN PERWAKILAN HARAM JADAH

    AUK AUK…”PERWAKILAN HARAM” IALAH MEREKA YANG MENERIMA SOGOKAN UNTUK MENGUNDI ATAU MENYOKONG CALON TERTENTU

    AUK AUK…”PERWAKILAN HARAM JADAH” IALAH MEREKA YANG MENERIMA SOGOKAN DARI CALON TERTENTU TETAPI TIDAK MENGUNDI ATAU MEMILIH CALON BERKENAAN.

    AUK AUK..SEBAGAI CONTOH…TERIMA SOGOKAN DARI CALON N0.2 TETAPI MEMILIH CALON NO.1…INILAH DINAMAKAN “PERWAKILAN HARAM JADAH”. AUKKKKKKKKK…

    AUK AUK…ANJING PUN BOLEH FAHAM…BENDA YANG BOLEH MAKAN DAN BENDA YANG TAK BOLEH DIMAKAN…AUKKKK

  2. kekal relevan memacu menjaga kepentingan dan memartabatkan orang Melayu…ya allah..jangan memalukan melayu..!melayu ada dua jenis..dan puak umno adalah jenis yang paling jijik..mereka bukan melayu sejati,tapi syaitan and iblis..umno telah guna propoganda dep…ketuanan melayu umno tipu kita melayu!untuk kerkayaan sendiri!umno hidup dengan duit rasuah!kita melayu hidup makan sekupang!puak umno memang haram jadah…cukuplah..umno…cukup lah…jangan hang guna lagi apa ketuanan melayu,sudah lapuk ni…kita melayu sudah tahu kerjaya si syaitan dan iblis!….SUDAH!!!melayu sudah GERAM dengan umno si haram jadah!

    Ya ka Orang Melayu geram dengan UMNO?

    Kalau betul, mengapa UMNO ada 78 MP sedangkan PAS HANYA 24?

    Itu lebih 3 kali ganda, ‘kegeraman’ orang Melayu pada parti nasionalis yang berjaya memerdekan Malaya dan menentukan DEB diujudkan, agar pembangunan kuantitatif dan kualitatif orang Melayu dipertingkatkan begitu pesat (dari 0.6% pegangan ekonomi pada 1971 sehingga 19.8% sekarang, 40 MRSM dan 10 kampus UiTM dibina, lebih 70% kemasukan pelajar IPTA ialah anak Melayu dan peningkatan professional dan usahawan Melayu berlipat lebih 10 kali ganda dalam 35 tahun, anak Melayu menjadi billionaire, anak Melayu menjadi angkasawan dsbnya).

  3. Kepada On March 15, 2009 at 5:23 pm Lailatul Izwan:

    Iya ke izwan ini orang Melayu. Melayu ada dua jenis.

    Satu ialah Melayu berdarah Melayu; memperjuangkan Melayu; bersembahyang di masjid; menyembah Allah.

    Satu lagi ialah melayu berdarah DAPPKR; memperjuangkan cinakominiskelinghindraf; bersembahyang di pangkal pokok demonstrasi ipoh (kejap lagi melambaklah limau epal pisang ayam togel di pangkal pokok tu); dan menyembah kandang babi di hutan simpan bukit telanjang.

    Izwan .. pilih mana satu ko endak ..

  4. Melayu tetap Melayu. Tak boleh dibuang.

    Yang baik Melayu. Yang tak baik pun Melayu. Tapi yang tak baik itu perangainya. Yang baik disimpan. Yang tak baik dibuang.

    Kalau yang tak baik itu tak mau buang dirinya sendiri, kenalah semua Melayu humban dia kat laut.

    Kalau ada yang masuk campur halang proses pembersihan ini, tak kira dia besar atau gagah, humban dia sama. Jangan berperi-peri lagi.

    Melayu tetap satu. Satu pokok rendang lagi teguh lagi mewah. Kalau satu dahan sudah dihinggapi dedalu, cantas dahan itu sebelum merebak.

    Kita dapati ada juga dahan yang daunnya beracun dan lain warna pulak .. berwarna “Lailatul Izwan”. Dahan sebegini pun cantas jugak.

  5. “UMNO ada 78 MP sedangkan PAS HANYA 24”

    In 2008 general election, UMNO has 78 MPs but overall Malaysia has 222 seats. Fact one, UMNO has less than the majority seats in Parliament. In the same election, the percentage vote for BN is just 50.6% whereas PR had 49.4%. Fact two, UMNO/BN barely survive despite the hugh machinery and money spent. Fact three, this discounted the fact that in Sabab and Sarawak, when PR has yet to formalise the election pact which led BN to win most of these seats.

    Game over UMNO. The Rakyat is watching the final dethronement of UMNO/BN forever.

    Memang benar UMNO bukan untuk melayu sejati, tapi mereka adalah United Mamak. Wahai orang Melayu yang masih di UMNO, kembalilah ke arah yang betul dan tulin.

    Considering that on 8 March 2008, UMNO has 79 seats in Dewan Rakyat, by far its largest party in the Dewan Rakyat. Never before any other party even came close to obtaining that kind of number of seats in Dewan Rakyat, be it percentage or absolute.

    Nearest competitor is PKR, with 31 seats an all time record for any party (not even 50% of UMNO). The discomfort, disability, distrust and jealousy, in aggregate, within the three ethnic group (which is reflected clearly in PKR’s last two party conventions) will one day bring the ‘adhoc’ party crumbling down by PRU 13. Of course, Anwar the Liar who will not able to fulfill the “16 Sept 2008” promise will NEVER GO UN-NOTICED!

    The acid test is very simple. Within the first 12 months in power, the internal conflict (resignation, threats to defect and actual defections) arising from within a party justifies that it is a ‘disaster waiting to happen’. By the next PRU, the rakyat will see how messy is the real PKR is and they will throw their support back to UMNO/BN. UMNO gone thru this cycle before and they withstood the real test: time.

    UMNO’s best is 2004 GE where they garnered 110 seats. When PM ‘Flip-Flop’ Abdullah is out, then most if not all the ‘miscalculated’ decisions were undone, the rakyat will come back to give support to UMNO.

    Another indisputable fact, UMNO’s strength in garnering the Malay support gave a lot of hand in BN winning most of Semenanjung Dewan Rakyat seats they got, which 96 (61.5% of BN’s power in Dewan Rakyat). Infact, most of the 20 seats won by MCA, Gerakan and MIC is because of the Malay support (Malays wont support MCA, Gerakan and MIC candidates, unless UMNO machineries move the works!). Then again, 14 of 24 seats won in Sabah are UMNO reps. In the final analysis, UMNO’s ability to garner the Malay support contributed to 110 seats (96 + 14), which is almost half of the Dewan Rakyat reps.

    Doesn’t matter what is the percentage of votes PR managed to get. The fact is that, even if UMNO/BN wins by 0.001%, they still win. Just like in a soccer league, a team won 9 out of 10 games with just 1-0 and lost the 10th game to 0-30, goal aggregate wise they are 9-30. But in actual fact, they’ll win the league, hands down!

    Like it or not, that’s the rule of the game!

    Oh ye of little faith (in UMNO)…………..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: