Kalau tiada beruk, masakan pohon bergoyang?

umno_logo2

Pepatah berkata, “Kalau tiada beruk, masakan pohon bergoyang” memang ada kebenaranya. Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail mengumumkan keputusan semua kes kes berprofil tinggi yang disiasat oleh jawatan kuasa itu.

Berita paling kontroversi dan sensasi ialah calon Timbalan Presiden KM (Melaka) Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam telah digantung tiga tahun kerana kesalahan salahlaku rasuah oleh tiga agen beliau, termasuk Setiausaha Politik sendiri Saadun Basirun dan dua lagi AJK Bahagian.

Laporan Utusan:

utusan-18iii09-ali

Beberapa calon lain yang menawarkan diri kejawatan tinggi dalam parti juga disiasat dankeputusan diumumkan dalam sidang media yang sama. Antaranya ialah calon Ketua Pemuda UMNO ialah Mantan MB Selangor Dato’ Seri Mohd. Khir Toyo dan MP Rembau Khairy Jamaluddin. Diputuskan Lembaga Disiplin UMNO bahawa kedua mereka tidak bersalah dan seorang diberikan amaran.

Laporan Utusan:

utusan-18iii09-kt-kj

 

Keputusan Lembaga Displin UMNO ini bukanlah ‘pengesahan’ (endorsement) bahawa calon calon tertentu tidak mengamalkan politik wang dan pengiktirafan bahawa mereka ‘bebas’ (emancipated) dari dilihat sebagai calon yang mengamalkan politik wang.  Isu yang lebih penting dari ‘bukti’ ialah ‘persepsi’, satu ciri yang menyebabkan UMNO hari ini kurang diyakini rakyat.

Persoalannya sekarang, mengapa timbul siasatan dan proses untuk menentukan bahawa calon calon Ketua Pemuda UMNO melanggar tataetika parti, yang diujudkan untuk menjamin proses demokrasi dalam UMNO sentiasa sihat? Sekiranya tiada laporan, masakan berlu disisasat? Mengapa terjadi keadaan sehingga ada laporan dibuat?

Sebagaimana YB Rembau ini pernah mengungkap dalam tahun 2006 dahulu, “Kalau tiada beruk, masakan pohon bergoyang”.

Seandainya, calon yang disiasat ini ‘bebas’ atau didapati tidak mempunyai bukti yang cukup untuk tindakan diambil, tidak bermakna mereka tidak terlibat dengan tindakan / usaha berkempen yang menyalahi tataetika parti. Kemungkinan, jaringan secara langsung terus kepada calon tersebut tidaklah jelas dan sahih sehingga Lembaga Disiplin UMNO yakin penglibatan mereka secara langsung untuk keputusan menyalahi tataetika parti diambil. Ini ditafsirkan kenapa Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy hanya diberikan amaran, walaupun Lembaga Disiplin UMNO mendapati beliau ‘terlibat’ dengan salahguna ‘politik wang’.

Walaupun terma rujukan tataetika UMNO tidak sama dan selaras dengan undang undang Malaysia terutama Kanun Keseksaan dan apa apa yang dianggap menyalahi tataetika parti tidak semestinya menyalahi undang undang, termasuk dari sudut amalan rasuah dan/atau salahguna kuasa, namun apa yang berlaku ini sudah cukup memberikan kesan persepsi negatif kepada parti nasionalis ini. Persepsi negatif masyarakat, terutama dikalangan orang Melayu yang kini jelek dengan amalan rasuah dan/atau salah guna kuasa untuk pemimpin tertentu menjamin kedudukan dalam parti, yang dikira sebagai tiket untuk mempunyai kedudukan dalam Kerajaan amat jelas. Kerapkali, persepsi ini menjadi kesimpulan muktamad dan keputusan dibuat, terutama waktu mengunakan kotak undi semasa Pilihanraya makin menunjukan sentimen yang tidak menyebelahi UMNO.

Sebagaimana sering orang berkata, “Persepsi ialah segalanya dalam politik”. Perdana Menteri IV dan Presiden UMNO V Tun Dr. Mahathir Mohamad banyak kali mengingatkan mengenai persepsi dalam politik hari ini, terutama dalam era kemampuan menyebarkan maklumat yang begitu effisyen sekali, “Kita bukan sahaja perlu menentukan kita ini ‘bersih’, namun kita mesti dilihat sebagai ‘bersih’ dalam amalan dan keputusan kita”.

Oleh demikian, UMNO perlu lebih tegas berusaha ‘membersihkan’ parti dari segala anasir yang makin hari makin memberikan masyarakat ketirisan keyakinan. Walaupun proses sisasatan dan pertimbangan tataetika dalam UMNO tidak dapat menyabitkan kesalahan, namun proses membetulkan  persepsi itu amat penting ditimbangkan kesekelian Perwakilan dan “Berani Berubah” membuat pilihan bijak dan strategik, demi untuk menentukan UMNO kekal diterima rakyat.

 

 

Published in: on March 18, 2009 at 08:31  Comments (29)