Kalau tiada beruk, masakan pohon bergoyang?

umno_logo2

Pepatah berkata, “Kalau tiada beruk, masakan pohon bergoyang” memang ada kebenaranya. Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail mengumumkan keputusan semua kes kes berprofil tinggi yang disiasat oleh jawatan kuasa itu.

Berita paling kontroversi dan sensasi ialah calon Timbalan Presiden KM (Melaka) Dato’ Seri Mohd. Ali Rustam telah digantung tiga tahun kerana kesalahan salahlaku rasuah oleh tiga agen beliau, termasuk Setiausaha Politik sendiri Saadun Basirun dan dua lagi AJK Bahagian.

Laporan Utusan:

utusan-18iii09-ali

Beberapa calon lain yang menawarkan diri kejawatan tinggi dalam parti juga disiasat dankeputusan diumumkan dalam sidang media yang sama. Antaranya ialah calon Ketua Pemuda UMNO ialah Mantan MB Selangor Dato’ Seri Mohd. Khir Toyo dan MP Rembau Khairy Jamaluddin. Diputuskan Lembaga Disiplin UMNO bahawa kedua mereka tidak bersalah dan seorang diberikan amaran.

Laporan Utusan:

utusan-18iii09-kt-kj

 

Keputusan Lembaga Displin UMNO ini bukanlah ‘pengesahan’ (endorsement) bahawa calon calon tertentu tidak mengamalkan politik wang dan pengiktirafan bahawa mereka ‘bebas’ (emancipated) dari dilihat sebagai calon yang mengamalkan politik wang.  Isu yang lebih penting dari ‘bukti’ ialah ‘persepsi’, satu ciri yang menyebabkan UMNO hari ini kurang diyakini rakyat.

Persoalannya sekarang, mengapa timbul siasatan dan proses untuk menentukan bahawa calon calon Ketua Pemuda UMNO melanggar tataetika parti, yang diujudkan untuk menjamin proses demokrasi dalam UMNO sentiasa sihat? Sekiranya tiada laporan, masakan berlu disisasat? Mengapa terjadi keadaan sehingga ada laporan dibuat?

Sebagaimana YB Rembau ini pernah mengungkap dalam tahun 2006 dahulu, “Kalau tiada beruk, masakan pohon bergoyang”.

Seandainya, calon yang disiasat ini ‘bebas’ atau didapati tidak mempunyai bukti yang cukup untuk tindakan diambil, tidak bermakna mereka tidak terlibat dengan tindakan / usaha berkempen yang menyalahi tataetika parti. Kemungkinan, jaringan secara langsung terus kepada calon tersebut tidaklah jelas dan sahih sehingga Lembaga Disiplin UMNO yakin penglibatan mereka secara langsung untuk keputusan menyalahi tataetika parti diambil. Ini ditafsirkan kenapa Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy hanya diberikan amaran, walaupun Lembaga Disiplin UMNO mendapati beliau ‘terlibat’ dengan salahguna ‘politik wang’.

Walaupun terma rujukan tataetika UMNO tidak sama dan selaras dengan undang undang Malaysia terutama Kanun Keseksaan dan apa apa yang dianggap menyalahi tataetika parti tidak semestinya menyalahi undang undang, termasuk dari sudut amalan rasuah dan/atau salahguna kuasa, namun apa yang berlaku ini sudah cukup memberikan kesan persepsi negatif kepada parti nasionalis ini. Persepsi negatif masyarakat, terutama dikalangan orang Melayu yang kini jelek dengan amalan rasuah dan/atau salah guna kuasa untuk pemimpin tertentu menjamin kedudukan dalam parti, yang dikira sebagai tiket untuk mempunyai kedudukan dalam Kerajaan amat jelas. Kerapkali, persepsi ini menjadi kesimpulan muktamad dan keputusan dibuat, terutama waktu mengunakan kotak undi semasa Pilihanraya makin menunjukan sentimen yang tidak menyebelahi UMNO.

Sebagaimana sering orang berkata, “Persepsi ialah segalanya dalam politik”. Perdana Menteri IV dan Presiden UMNO V Tun Dr. Mahathir Mohamad banyak kali mengingatkan mengenai persepsi dalam politik hari ini, terutama dalam era kemampuan menyebarkan maklumat yang begitu effisyen sekali, “Kita bukan sahaja perlu menentukan kita ini ‘bersih’, namun kita mesti dilihat sebagai ‘bersih’ dalam amalan dan keputusan kita”.

Oleh demikian, UMNO perlu lebih tegas berusaha ‘membersihkan’ parti dari segala anasir yang makin hari makin memberikan masyarakat ketirisan keyakinan. Walaupun proses sisasatan dan pertimbangan tataetika dalam UMNO tidak dapat menyabitkan kesalahan, namun proses membetulkan  persepsi itu amat penting ditimbangkan kesekelian Perwakilan dan “Berani Berubah” membuat pilihan bijak dan strategik, demi untuk menentukan UMNO kekal diterima rakyat.

 

 

Published in: on March 18, 2009 at 08:31  Comments (29)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/03/18/kalau-tidak-beruk-masakan-pohon-bergoyang/trackback/

RSS feed for comments on this post.

29 CommentsLeave a comment

  1. Mungkinkah ada tangan-tangan ajaib di belakang Lembaga Disiplin UMNO yang membuat keputusan sehingga Ali Rustam terkeluar dari pertandingan?

    Yang pastinya Ali Rustam bukan orang Najib. Ini boleh mengganggu tugas Najib sebagai PM kalau Ali Rustam yang menjadi timbalannya.

  2. Orang Najib ke…orang Badawi ke…semua adalah perasuah and permusnah bangsa!!!

  3. “….Ketua Pemuda UMNO ialah Mantan MB Selangor Dato’ Seri Mohd. Khir Toyo dan MP Rembau Khairy Jamaluddin. Diputuskan Lembaga Disiplin UMNO bahawa kedua mereka tidak bersalah dan seorang diberikan amaran.”

    BD, If I am not mistaken, KJ was found guilty but got away with just a warning.

  4. Fakta:

    “Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin juga didapati BERSALAH melanggar etika kempen parti (rasuah politik).”

    Ini adalah fakta! Tidak boleh disangkal lagi yg KJ mengamalkan RASUAH!

  5. HANYA TINGGAL TUNGGAL UTK DIPILIH.

  6. soalnya ialah masih ada kes yang sedang disiasat atau dah abis.
    jawapannya kita tunggu dan lihat.
    soalnya ialah tak malu ke dia orang semua ni.
    jawapannya memang dia orang tak malu.
    soalnya masih layak ke dia orang ni secara moralnya terus memimpin umno.
    jawapannya terletak pada perwakilan.

  7. banyak soalan telah ditanya oleh seluruh rakyat malaysia,tentang si najib…tetapi si najib tetap diam diri…kalau tidak bersalah,maka berani diri dan menjawab!kecuali ada perkara yang si najib sedang menyembunyikan!pemimpin seperti najib tidak boleh dipercayai.seluruh dunia sedang lihat malaysia!kerana malaysia akan mempunyai seorang perdana menteri yang penuh dengan skandal-skandal yang tidak dibersihkan!maka permimpin di seluruh dunia tidak akan memberi kerjasama dari segi sosial and economi!kalau nah seorang perdana menteri,maka kita…sebagai rakyat malaysia,mesti membuat sesuatu.supaya negara kita disanjung tinggi!bukan direndahkan dengan si najib yang penuh dengan skandal dan tidak berani tampir diri!sumpah atas quran adalah menghina agama islam!dan menghina bangsa kita!

  8. Semakin pelik puak-puak UMNO ini. Malaysiakini melaporkan tentang penemuan objek kayu dan kertas kecil dipercayai jampi di bawah meja Pak Lah dalam bangunan UMNO.

    Detik pengunduran beliau sebagai presiden UMNO semakin nyata. Namun detik peralihan kuasa sebagai PM Malaysia masih kabur. Mungkin ada pihak yang tidak yakin akan berlaku peralihan kuasa sebagai PM dan ‘jampi’ ini dikenakan supaya ianya semakin jelas.

    Kepada mereka ini kembalilah kepangkal jalan. Jangan menyegutukan Allah yang memiliki sekalian alam.

  9. Puak puak umno kuat rasuah!…sekarang pula kuat jampi!ini memang parti haram jadah dan parti syaitan!memalukan bangsa!..jangan sekali-kala dengan laungan ketuanan melayu!!!jangan memalukan bangsa melayu!!!!

  10. Izwan ni banggang la!

    Sudah berapa banyak kali sebut diluo Dwan Rakyat, bersumpah dgn nama Allah, dlm masjid diPermatang Pauh dan konsul kehormat Mongolia Datuk Syed pun dah mengaku bahawa DS Najib MEMANG TIDAK KENAL ALTANTUYA!

    Ketua penyiasat kes Gan Teck Kuan telah menjawab mengapa DS Najib tidak dipanggil sebagai saksi krn penyiasat tidak dapati DS Naib terlibat dgn pembunuhan Altantuya.

    MENGAPALAH PUAK PUAK FUCKATAN RAKYAT NI GILA BABI JAHAT FITNAH ORANG MEMBUNUH??????

    TAK TAKUT DOSA KA??????

    DAH LAH FITNAH, KES BUNUH PULAK TU!!!!!

    Ini memang benar. Kalau DPM Dato’ Seri Najib Tun Razak benar benar terlibat dalam kes pembunuhan ALtantuya, maka kami yakin Allah akan balas balik dengan segera; Tak perlu difitnah. Pemimpin zalim (kalau benar zalim) akan dihukum serta merta.

    Malangnya, DPM Najib di fitnah semata mata. Tak jejas pun kedudukan dan kesihatan dia. Ini menguatkan lagi sumpah beliau tentang tidak mengenali Altantuya.

  11. Tak payah gembar gemborkan pasal rasuah dalam UNMO sebab rasuah adalah lumrah biasa dah menjadi darah daging mesyarakat kita di Malaysia ini.Usahkan dalam parti politik dimisjid2pun amalan rasuah,salahguna kuasa, berleluasa, kerana, kebanyakan rakyat kurang percaya dosa dan pahala dan balasan yang akan diterima di akhirat kelak.Kalau pegangan ugama tak kuat dan sasaorang itu tidak berakhlak,maka, semua perbuatan dan kelakuan yang diangap keji dan tak baik dihalalkan,kerana,pada sesetengah orang, duit tu tuhan,maka terjadilah penyelewengan kaedah.Membersihkan UMNO dari rasuah,pada hakikatnya adalah baik,tetapi, satu hasrat yang mustahil tercapai.

  12. SALAM BRO,

    AGAK MENGEJUTKAN LA KEPUTUSAN INI…DI SABITKAN KESALAHAN TAPI DI BERI AMARAN SAHAJA KERANA BELIAU ADALAH MENANTU KESAYANGAN MR FLIP FLOP…DIA BUAT SEMUA HALAL..ORANG TAK LEH SALAH..MUAHAHAHAA

    BRO, ADA CITE PASAL PKR NI, PANAS PUNYA BRO, FEEL FREE TO DROP BY TO MY BLOG YA:
    GEMPAR BERITA TERKINI MENGENAI PIMPINAN PKR!

    BACA DI SINI!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/03/yb-fairus-tkm-1-pp-akan-meninggalakan.html

  13. Nak membersihkan UMNO? Maknanya nanti takde seorang pun ahli umno yg tinggal. Semuanya akan di gantung keahlian. Alangkah baiknya kalau semua ahli umno digantung betul2. Selamat negara!

  14. kadang kadang kesian jugak pasal berebut jawatan ini…lawan dulu pasal menang kemudian kira…

  15. Quad Erat Demonstratum..hahaha..orang bodoh macam hang la..memang melayu kampung hang ini!macam datuk syed dan gan teck guan tahu si najib mongolia kenal atau tidak kenal althanthuya…kenapa masa saudara althanthuya mendedah nama najib di makhamah..peguam semua mengelabah memanggil sakti turun !!!hahaha..hang la melayu kampung ini!hang la jangan sesekali tipu sindiri!hang tahu kebanyak melayu sudah tahu!bahawa puak umno ini memang jagi kroni sendiri daripada jaga kita!dah la si ali ketam dibukti bersalah..malah puak umno nak bela si perasuah…ya allah..memang haram umno ini.selain laungan KETUANAN MELAYU..HIDUP MELAYU.!adakah kita melayu hidup lebih selesa daripada kaum lain…Eh…Quad Erat Demonstratum!kaum kita mempunyai pendapatan paling rendahlah!hahaha..ketuanan melayu konon!!!hahahasepatutnya..KETUANAN UMNO!umno buat ini semua propoganda…supaya melayu kampung macam hang percaya!

  16. Quad Erat Demonstratum…kok hang tahu najib tidak membunuh..jangan si Quad Erat Demonstratum macam si najib,bunuh orang pas itu pergi sumpah pula..ala ala sumpah atas quran untuk tipu orang!!!…hahahahaha

  17. Lembaga Disiplin UMNO telah membuat keputusan. Rakyat pula sedang sebuk membuat berbagai ulasan, analisa dan persepsi mereka. Tetapi yg akan membuat kata putus adalah perwakilan UMNO nanti. Rakyat biasa yg perihatin dan “observant” tahu “pelincir” khusus di kalangan PPUMNO telah mula dilancarkan sejak lebih dari dua tahun dahulu diserata negara. Kononnya ada yg telah dan secara menerus mendapat “monthly retainer”. Benar beruk boleh goncang pokok tetapi hanya angin menggoyang dahan.
    Tetapi apa jua yg telah dan sedang berlaku, sbg seorang rakyat Malaysia berketurunan Melayu, ingin menyeru kpd perwakilan UMNO supaya menepuk dada seraya bertanya “APAKAH YG HARUS DIUTAMAKAN – WANG ATAU BANGSA!”
    Ini adalah kali terakhir jika UMNO hendak jadi penyelamat bangsa. Situasi dan kondisi sosio-politik telah berubah secara radikal yg UMNO sendiri tidak menjangkakan. Jika sikap tamak haluba mengatasi pengorbanan kepada bangsa dan negara, maka sayonaralah Melayu UMNO dan percayalah Malaysia akan bertukar sbg “a failed state”. Nanguzubilah Minzaliq!

  18. Malaysia sudah dalam failed state…dalam tangan umno,malaysia memang failed state,apalagi seluruh dunia sedang menunggu..menunggu badawi akan membuat keputusan untuk kekal atau tidak!kalau kekal..syukur alhamdulilah…kalau turun dan najib ambil alih..seluruh dunia akan cakap..orang malaysia memang bodoh!dah lah perdana menteri dituduk dan mempunyai bukti yang cukup kuat bahawa dia terlibat dalam kes mongolia pun boleh menjadi perdana menteri!kalau di nerara lain…nama perdana menteri atau president telah dibilang oleh saksi!sudah lama diseret ke makhamah…di malaysia..hahhaa…lucunya.mengguna quran sebagai alat permainan!.pas sumpah..semuanya selesai..salah ke tak salah…that is my problem!kalau seluruh umat islam membunuh pas ini sumpah diatas quran dan lepas bergitu saja..mampus selurus malaysia.bagi si najib…no big deal..banyak orang tahu dia tidak penduli tentang agama..so..no big deal..sumpah..sumpah saja..selagi saya dapat jadi perdana menteri dan denagn sumpah atas quran boleh melepaskan diri dan tipu orang melayu kampung…saya sumpah..wallahi..wabbilahi..wattalahi…hahhaa…

  19. Quad Erat Demonstratum..tuhan tidak akan balas dan hukum najib serta merta…jangan hang jadi bodoh lagi..jangan fikir kalau si najib bersalah,hari ini sumpah..besok akan jadi sakit atau ditimba malang serta merta…hang Quad Erat Demonstratum,engkau banyak baca cerita dongeng ya,..macam pinnochio ya…langsung bohong..langsung hidung jadi panjang..hahahahahaha.

  20. Nampaknya kemungkinan muhd taib akan menang…ini memang akan membanggakan kita melayu!sebab…satu pak mongolia jadi perdana menteri…satu pak buta huruf!….sorry…i no speak engish!!!hahaha…pergi ke luar negara buat meeting…sorry…i no speak english.orang australia akan cakap…is that the guy that got caught with 40 million cash in his luggage,and now he is the deputy prime minister…is malaysian dumb or act dumb!ya allah…tolonglah kita….tolong lah!

    Get your facts right. It was only AUD 2.5 million. Typically Opposition supporter, always exaggerate facts to sensationalise!

  21. Puak umno memang suka menggunakan nama allah untuk kepentingan sendiri..puak haram jadah!allah bukan mainan hang tau.si najib suka-suka saja sumpah…si rosman pula..cakap allah yang restui najib…tahu saja allah restui!si rosman dah jadi tukang titih ya!…jangan menggunakan allah untuk kepentingan sendiri..cukuplah..insaflah…!kegiatan jahat hang dah sampai ke hujung jalan!

    Yang melacurkan perkataan “Allah” sempena politik dari dulu, kini dan selamanya ialah PAS, bukan UMNO. Janganlah buat buat buta pulak!

  22. Banggang betul la Izwan ni!

    Main serbu babi-buta-sondol ja!

    Ko tu yang PEMBOHONG! Fakta pun main reka reka!!!!

    Ko bukan UMNO, apa ko sibuk siapa menang timb presiden?????

  23. BigDog replied, “Get your facts right. It was only AUD 2.5 million. Typically Opposition supporter, always exaggerate facts to sensationalise!”

    Damned fifthy right. Whether it’s AUD2.5m or RM40m, it’s still hugh lots of money. And we are just talking abt a suitcase of dirty money that he carried around for sightseeing. At current exchange of AUD1=RM2.20, the exchange ccmes up to RM5.5mill. If we distribute just RM100 each, it will made 55,000 school kids happy for many weeks. I really wonder how much more he had stolen from the rakyat all these years.

    Rakyat memang muntah bila si jaguh rasuah itu bukan saja tidak dipenjarakan, tapi sekarang dikasih peluang mencabar jawatan Timbalan PM. UMNO bukan saja tak ada moral langsung tapi macam natang sebenarnya.

    Hancurlah UMNO/BN.

  24. syukur alhamdulilah saya bukan ahli umno…puak puak korup yang guna propoganda untuk tipu bangsa sendiri!eh…Quad Erat Demonstratum hang dapat apa dengan sokong si parti korup ya.hang dapat duit rm200 sekali undi juga ya?eh…hang ni jangan mencarut ya…hang ini umat islam atau umat syaitan…ya allah…parti korup pun nak sokong!..satu pak mongolia..satu pat buta huruf..engkau…nak jadi pak bodoh ya…hahahahhaa

  25. hahaha…sesiapa yang menang timbalan menteri langsung menjadi timbalan perdana menteri…welcome to the land of boleh..apa pun boleh…pak buta huruf pergi luar negara meeting(malaysia boleh…but…sorry..me no speak english)hahahaha…Quad Erat Demonstratum,can you speak fluent english like the chinese,the modern malay and so,i bet you cant…coz what comes out from you mouth is only banggang..banggang…kepala hotak engkau juga banggang..hahaha.melayu kampung macam hang la..katak dalam tempurung.please polish you words before you speak…coz what ever you say..it STINKS,and mind telling you…you brain needs polishing aswell…coz it gonna rot with the word banggang…hahahaha…si pak banggang Quad Erat Demonstratum memang bangggang…

  26. sudahlah izwan..usah habis tenaga atas parti korup tu..usah penduli juda si Quad Erat Demonstratum tu..bukan saja dia yang banggang…seluruh puak-puak umno aka puak-puak korup juga banggang…orang umno,yang bawah ikut apa yang orang kuat umno cakap semacam anjing.kalau situasi baik saja..anak anjing diam…tuannya dalam situasi kurang baik saja,panggil anjing menyalah…hahahaha…umno ppl sound like this..hoi…anjing!tuan engkau kena serang ni,pergi…kerja orang itu dan bawa balik dompetnya..kalau tidak…hang anjing semua tidak dapat makan.anjing tu pun ikut cakap tuannya,tidak tahu bahawa tuannya adalah pencuri!

  27. tolonglah…kalau nak berhujah keluarkan fakta.Jangan emosi dan mencarut atau menyakitkan hati orang lain .Kita dah teruk berpecah.Apasalah nya jangan cari pertentangan sahaja,cuba cari titik persamaan…penyelesaian masalah yang kita perlukan..

  28. […] Kalau tiada beruk, masakan pohon bergoyang? […]

  29. kena bersihkan sebenar benarnya..tapi tu la dalam hati dalam kepala siapa dapat baca…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: