Tun Dr. Mahathir: Melayu dalam cemas, perlu tolak rasuah & usaha keras untuk ubah nasib dalam cabaran globalisasi

UCAPAN OLEH

YABHG TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

DI PERHIMPUNAN DAN SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA

DI KOMPLEKS SUKAN TNB, JALAN BANGSAR,

KUALA LUMPUR

PADA HARI AHAD, 22 MAC 2009

 

——————————–

 

 p1030400

 

1.        Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada penganjur perhimpunan ini kerana menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk berucap kepada hadirin.

 

2.        Saya yakin ramai daripada kita yang hadir, terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain, hadir kerana kita berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam.

 

3.        Kenapa tidak?  Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.

 

4.        Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang.

 

5.        Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan.

 

6.        Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain.

 

7.        Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi.

 

8.        Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu.

 

9.        Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.

 

10.      Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist.  Mereka harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja. Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman ini dan mereka ini akan dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain. Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang sanggup pertahankan mereka.  Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain.

 

11.      Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka bersalah, tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.

 

12.      Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai racist. British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu.  Tidak ada siapa dari kaum laim yang berhak membuat apa-apa perjanjian.

 

13.      Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja.

 

14.      Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.

 

15.      Namun saya memberanikan diri untuk bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia walaupun akan dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya  orang Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah dan ancaman.  Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah mereka, maka mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed) di negara mereka sendiri. Bahaya ini benar kerana kita sudah lihat tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila mereka dijadikan bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.

 

16.      Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka.

 

17.      Mereka tidak mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka.  Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.

 

18.      Majoriti daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada orang Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu, kes rogol dan jenayah lain juga ramai orang Melayu.

 

19.      Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak selesaikan kontrak juga Melayu.

 

20.      Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.

 

21.      Kita tak suka dengar semua ini.  Kita malu.  Tetapi jika tidak disuarakan masalah tidak akan hilang dengan sendirinya.  Orang lain tahu juga. Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan yang salah lagi. Yang lain tak malu tak mengapa. Tak mungkin kita dapat sedarkan semua.  Yang kena akan terus kena.

 

22.      Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian kita sebanyak 30%.  Tetapi sekarang sudah hampir 40 tahun.  20% yang dikatakan kita dapat pun dapat kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri. Kita hendak supaya DEB diteruskan. Apa gunanya jika kita tidak mahu guna peluang yang diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP, kontrak, lesen dan sebagainya? Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita tidak dapat selewengkannya. Sekurang-kurangnya kita tak akan malu kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita.

 

23.      Kita bernasib baik kerana dalam bidang politk kita cekap, kita kuat, kita dapat menguasai Kerajaan selama 50 tahun. Walaupun Melayu berpecah kepada beberapa parti, bermusuh sesama sendiri, tetapi majoriti Melayu masih dapat kekalkan kuasa mereka. Mereka dihormati dan disegani.

 

24.      Tetapi itu pun sudah terlepas daripada genggaman kita.  Sekarang kita tidak kuat lagi.  Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat kita.  Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.

 

25.      Sesungguhnya pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan, yang menebus maruah kita sudah kita khianati. Mereka berjuang bermati-matian supaya kita hidup bahagia. Mereka korbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Pemimpin Melayu hari ini, pengikut –pengikut mereka tidak tahu mengenang budi. Mereka khianati pejuang-pejuang dahulu dengan melupakan perjuangan asal kerana utamakan kepentingan diri sendiri. Biar bangsa hancur asalkan dapat kemenangan bagi diri sendiri, dapat jadi Menteri, Perdana Menteri, dapat kontrak, dapat duit.

 

26.      Kononnya nak jadi Perdana Menteri termuda. Bukan nak majukan bangsa dan negara, hanya jawatan tertinggi untuk diri sendiri seawal mungkin. Dengan apa cara sekalipun, halal atau haram, tak mengapa asalkan boleh jadi Perdana Menteri termuda.

 

27.      Jika kita sudah sanggup  jual bangsa kita, kita jual untuk dapat duit sedikit, untuk jawatan kecil dan besar, untuk isi temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak akan dapat, yang dikilik akan berciciran. Lepas itu kita tidak ada apa-apa yang boleh diraih lagi. Semuanya akan dikuasai orang. Pada masa itu kita jadi hamba sahaja, kita akan meminta-minta sepanjang masa.

 

28.      Ada pula yang dibawah bertanya, orang yang mereka sokong dapat jadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar – dapat kereta, dipanggil Yang Berhormat, elaun besar, terbang sana, terbang sini. 

 

29.      Kita dapat apa? Duduk di takuk tu juga. Lebih baik kita ambil sedikit bagi diri kita, sementara ada peluang.

 

30.      Salahkah kalau kita terima duit sedikit? Mungkin kita tidak undi orang yang menyogok. Dia bukan tahu. Tetapi Tuhan tahu. Kamu membuat sesuatu yang haram. Kamu bukan sahaja jual bangsa. Kamu menolak agama kamu yang melarang, yang mengharamkan perbuatan kamu. Kamu berdosa.

 

31.      Tapi tak mengapa. Masih muda, tak akan mati lagi. Bila dekat nak mati pakai kopiah putih dan sembahyang kuat-kuat.

 

32.      Tetapi yang haram, haram juga.  Kalau makan daging bibi haram, makan duit rasuah lebih haram, kerana ia akan binasakan bukan kita sahaja, tetapi kaum bangsa kita yang semuanya beragama Islam.

 

33.      Pengundi salah, samada undi penyogok atau tidak. Salah kerana sudah terima jenayah rasuah sebagai budaya kamu. Apabila rasuah dibudayakan, percayalah bangsa dan negara mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung atau tidak langsung. Bangsa akan dihina oleh dunia, akan dipandang rendah, akan dipermainkan orang. Akhirnya yang makan suap, mereka sendiri akan jadi mangsa, mereka sendiri akan terpaksa hulur untuk mendapat apa yang sebenarnya hak mereka. Inilah nasib bangsa yang menjadikan rasuah sebagai budaya biasa.

 

34.      Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa panggil tuan orang yang menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap berkenaan ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk tanam padi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang masak orang.

 

35.      Selama 450 tahun kita dijajah, hidup sebagai hamba, dianggap tidak layak mentadbir negara sendiri, tidak layak merdeka.

 

36.      Kita terpaksa letak diri kita dibawah naungan negara-negara jiran yang lebih kuat.

 

37. Tiap tahun kita usung bunga emas dan perak untuk dipersembahkan kepada negara penaung-penaung kita.

 

38. Kadang-kadang Raja kita pun pergi  bersama, untuk membukti kesetiaan diri dan negeri kepada negara penanung.

 

39.      Kata orang Kedah “Terkerempun-kerempun” apabila berhadapan dengan orang asing.  Mungkin ramai yang tidak faham. Tanyalah orang Kedah. Itulah “body language” kita dahulu walaupun hari ini ada juga, tetapi pada Raja yang tak bertakhta.

 

40.      Saya biasa lihat seorang orang tua Melayu berbasikal di tendang jatuh oleh askar Siam semasa Kedah diberi kepada Siam oleh Jepun. Kesalahan orang tua ini ialah kerana tidak berhenti dan menghormati lagu kebangsaan Siam.

 

41.      Saya biasa lihat  orang Melayu ditempeleng dan disuruh panjat pohon kelapa seperti kera oleh Jepun. Inilah nasib orang yang tidak merdeka, tidak memerintah negara sendiri. Boleh ditendang, boleh ditempeleng.

 

42.      Dan yang lihat diam sahaja, tak dapat buat apa-apa, termasuk saya. Dalam kehinaan ini muncul kesedaran dan semangat untuk menebus balik maruah bangsa. Dan bergabunglah orang Melayu untuk menangkis rancangan Malayan Union British, untuk mengekalkan perhambaan orang Melayu. Tidak siapa yang bertanya “apa yang saya akan dapat bagi diri saya” pada ketika itu. Yang kita tumpukan ialah untuk membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah dan dihina. Kalau dalam proses ini kita terkorban, atau kita berada seperti biasa, itu tidak mengapa. Yang kita utamakan ialah maruah bangsa kita, tidak lagi akan ditendang, tidak lagi akan ditempeleng – tetapi akan dihormati oleh kawan dan lawan.

 

43.      Sekarang kita merdeka.  Perjuangan pengasas negara telah berjaya. Kita tidak akan ditendang dan ditempeleng lagi. Kita bebas daripada kehinaan. Memang pun keadaan terhormat ini sudah menjadi perkara biasa bagi kita. Bagi ramai dari kita ia datang bergolek. Ia datang melayang.  Ia tidak akan dipisah dari kita.

 

44.      Perjuangan orang dahulu adalah perkara lama, tidak perlu diingati. Yang jelas kita sudah merdeka, dapat pelajaran dan kaya sedikit. Soal tendang, tempeleng, itu cerita lama. Pepatah Melayu berkata sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Apa pun kita buat merdeka tetap merdeka. Sekarang ialah masa untuk kita “enjoy”. Kita kecap sepenuhnya nikmat yang ada pada kita.

 

45.      Apa dianya semangat ke-Melayuan? Apa relevannya? Bukankah kita sudah berjaya? Hendak semangat buat apa lagi? Masuk parti untuk apa? Perjuangan sudah selesai dengan jayanya.

 

46.      Tidak bermakna masuk parti jika tidak dapat sesuatu bagi diri sendiri. Kita sokong orang dapat jadi Yang Berhormat, jadi Menteri, dapat peluang raih duit kerajaan dan lain-lain. Kita tak bolehkah dapat sikit bagi diri kita?

 

47.      Tetapi benarkah kita akan merdeka selama-lamanya? Memang benar.  Walaupun kita tidak buat apa-apa untuk mengekalkan kemerdekaan, bukankah sudah 50 tahun kita merdeka? Apa yang hendak dikhuatirkan? Lima puluh tahun, 100 tahun lagi pun kita akan merdeka walau apa pun kita lakukan. Takkanlah kerana kita ambil 100 Ringgit duit sogokan maka akan hilanglah kemerdekaan kita? Kita boleh sembahyang hajat dan terima 100 Ringgit lagi. Orang lain terima lebih daripada kita., katanya satu juta. Masih kita merdeka. Tidak benar kerana sedikit rasuah kemerdekaan  akan hilang.

 

48.      Tetapi ingatlah penjajahan tidak selalu berbentuk penaklukan secara langsung.  Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia boleh berlaku apabila pemerintah kita yang dipilih dan diberi kuasa oleh kita sudah menjual diri mereka kepada orang lain, samada dari dalam negeri atau dari luar. Atau takut jiran marah.

 

49.      Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang menjadi pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal. 

 

50.      Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok.

 

51.      Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan bangsa dan negara.

 

52.      Kita sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang sanggup layan apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang menentukan jawatan bagi kita. Kalau pun apa yang dituntut merugikan orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita dapat jawatan, walaupun sebagai “figurehead”, patung sahaja, tidak berkuasa pun.

 

53.      Jika kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok apakah yang tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita sanggup.

 

54.      Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah tentu tidak.

 

55.      Justeru itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya merdeka. Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita sudah kembali dijajah. Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu.

 

56.      Itulah kenyataan yang sebenar.

 

57.      Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”.

 

58.      Inilah hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati akan sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu? Apa kena-mengena dengan kita akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka dalam bidang ilmu dan profesyen di masa dahulu? Itu dahulu, ini sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada kena mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan kita dapati daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu. Itu semua cerita dongeng.

 

59.      Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana kita sudah merdeka dan selamat. Buatlah apa pun kita tetap selamat, tetap merdeka.

           

60.      Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi “Mat Rempit”, jadi penjenayah pun tak mengapa.

 

61.      Bukankah kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu yang tidak baik menimpa kita, bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan pilihan kita untuk menyelamatkan kita?

           

62.      Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita pilih untuk menangkis serangan ini?

           

63.      Jika kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit pada kita dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa lebih terikat kepada yang menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab kepada kita kerana sokongan kita mereka dapati kerana kita terima sogokan, apakah yang dapat kita buat? Tak banyak. Hanya menerima sahaja.

 

64.      Akan menjadi lebih buruklah nasib kita sepanjang masa.

 

65.      Hakikat yang sebenar ialah sokongan kita, undi kita yang kita jual tidak lagi mengikat mereka yang kita pilih untuk jadi Kerajaan.

 

66.      Mereka akan anggap balasan kepada sokongan kita sudah pun dibuat melalui wang sogokan daripada mereka.

 

67.      Sesungguhnya nasib kita ada di tangan kita. Jika nasib ini tidak baik kitalah yang harus berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah, Tuhan telah berfirman yang Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah nasibnya.

 

68.      Apakah kita sedang berusaha untuk memperbaiki nasib kita? Tidak ternampak satu pun usaha ke arah ini. Yang kita lihat ialah perbuatan merosakkan lagi keadaan nasib yang sudah buruk ini.

 

69.      Kita tahu yang kita lakukan bukan untuk memperbaiki keadaan. Tetapi kita lakukan juga untuk kepentingan semasa kita.  Masa depan soal lain.

 

70.      Pejuang-pejuang kemerdekaan telah pilih demokrasi sebagai cara kita memerintah. Kenapa?

 

71.      Sebabnya ialah kerana mereka percaya majoriti daripada rakyat tentulah bijak dalam amalan mereka, tentulah tahu antara yang baik dengan yang buruk, tentulah bijak semasa membuat pilihan.

 

72.      Pengasas kemerdekaan percaya majorti akan tahu pilih apa yang baik bagi mereka. Sudah tentu mereka akan menolak orang yang hanya bergantung kepada sogokan untuk dipilih.

 

73.      Tetapi mereka tidak sangka pewaris mereka, sebilangan yang tidak kecil akan tolak kebaikan dan mengutamakan sogokan untuk menentukan siapa akan memerintah mereka.

 

74.      Pejuang kemerdekaan yang sedar betapa sukarnya bagi orang Melayu mendapat peluang dan bantuan dahulu dan dengan kerana itu Melayu tidak berjaya.

 

75.      Dengan kesedaran ini mereka merangka untuk mengadakan lebih banyak peluang dan sokongan kepada bangsa mereka supaya bangsa mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain, bahkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka percaya semua peluang dan sokongan akan direbut oleh pewaris daripada bangsa mereka.

 

76.      Ya, mereka ini kebanyakan sudah tidak ada, sudah tinggal kita. Tetapi jika mereka ada apakah perasaan mereka? Tentulah mereka akan kecewa dan hampa amat sangat kerana segala-gala yang mereka ilhamkan sudah dipermainkan oleh pewaris mereka, tidak dihargai oleh pewaris mereka.

 

77.      Mereka melihat bagaimana peluang dan bantuan disalahgunakan atau ditolak dengan begitu sahaja. Sepatutnya dengan peluang belajar di semua peringkat bangsa mereka sudah jadi bangsa yang berilmu.  Dengan peluang berniaga mereka sudah jadi kaya,  atau sekurang-kurangnya tidak miskin.

 

78.      Tetapi tidak. Peluang bukan sahaja tidak direbut tetapi peluang digunakan secara yang boleh merosakkan bangsa. Mereka lepak, mereka jadi Mat Rempit, yang lakukan jenayah yang kadang-kadang menyebabkan kematian mangsa mereka.

 

79.      Diberi peluang berniaga, diberi modal, diberi latihan tetapi kerana ingin kaya cepat mereka memperdagangkan peluang, kontrak, lesen, permit dan sebagainya.

 

80.      Modal mereka guna untuk belanja bagi memenuhi nafsu, hutang mereka tidak dibayar. Kerana kelakuan beberapa daripada mereka, bangsa mereka dicap sebagai bangsa yang tidak beramanah, dan tidak boleh dilayan, tidak boleh diharap dengan duit ringgit.

 

81.      Dan banyaklah lagi perbuatan mereka yang tetap mengecewakan pejuang bangsa dahulu.

 

82.      Kata mereka, jangan buka pekong di dada.

 

83.      Malu kata mereka.

 

84.      Tetapi tidakkah lebih malu apabila mereka lakukan apa yang telah saya sebutkan. Tak buka pekong pun busuk juga. Biarlah pekong di dada dibuka supaya kerana bau terlalu busuk kita akan cuba melepaskan diri daripadanya. Jika tidak ia akan menjadi lebih busuk di dalam dan akan bunuh kita.

 

85.      Semua yang disebut ini menjadi pengkhianatan kepada pejuang bangsa dahulu. Kerosakan kerana ini lambat laun akan merosakkan masa depan kita.

86.      Tetapi yang terdahsyat diantara amalan buruk kita ialah rasuah, terutama rasuah politik. Politiklah yang dapat memberi kuasa walaupun pada yang lemah dan miskin. Politik kita sewaktu perjuangan untuk kemerdekaan berjaya memberi kekuatan kepada Melayu sehingga mereka yang daif ini dapat mengalahkan kuasa besar dunia. Hanya dengan bersatu dan bertindak bersama, hanya dengan pendirian yang tegas kelemahan dapat diatasi dan kejayaan dicapai. Sesungguhnya kuasa politik kuasa ajaib.

 

87.      Selagi ada kuasa ini kepada kita, percayalah kita akan dapat pulih segala-galanya, kita akan dapat mengatasi kelemahan kita, kita akan dapat tentukan masa depan kita.

 

88.      Tidakkah kita lihat bagaimana daripada bangsa yang dijajah dan dihina, kuasa politik sudah mengubah nasib kita demikian sehingga kita dianggap sebagai contoh kepada bangsa-bangsa lain di dunia.

 

89.      Bandingkan negara kita 50 tahun dahulu di waktu kita mencapai kemerdekaan dan negara kita sekarang. Negara dagang yang ke-17 terbesar di dunia. Kemiskinan dikurangkan daripada 70 peratus kepada lima peratus. Bandar sebesar bandar di negara maju, penuh dengan pencakar langit. Bekalan air, api dan kenderaan yang terkini.

 

90.      Pendapatan per kapita yang 20 kali lebih tinggi dari 50 tahun dahulu dan lain-lain.

 

91.      Semua ini adalah hasil kuasa politik semata-mata. Kerana kuasa politik, negara berbilang kaum, ugama, budaya dan bahasa dapat distabilkan. Dan sesungguhnya kita sudah dapat berdiri hampir sama tinggi dengan kaum-kaum lain dan bangsa-bangsa lain.

 

92.      Tetapi sekarang kita lakukan perbuatan untuk menghakis dan menghapus kuasa politik kita.

 

93.      Kerana wang yang sedikit, kerana 100-200 Ringgit kita jual kuasa politik, kita serah nasib kita kepada perasuah, perasuah yang akan jual bangsa dan negara.

 

94.      Apakah akan jadi kepada kita apabila kuasa politik terlucut daripada kita? Apakah kita akan terus merdeka? Saya fikir tidak.

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

95.      Perhimpunan Melayu hari ini memang menjadi hak bagi kita kerana kita menghadapi masalah-masalah yang besar-besar, bukan satu tetapi banyak masalah.

 

96.      Kita semua berasa cemas. Di mana-mana sahaja orang Melayu sedang berhimpun untuk membincang masalah mereka, kecemasan yang mereka rasai.

 

97.      Jika pada hari ini kita dapat menyedarkan akan musibah yang sedang dan akan timpa keatas kita, jika kesedaran ini akan menyebabkan kita bertindak keras terhadap mereka diantara kita yang mencetuskan masalah ini, jika kita dapat bandingkan gejala rasuah yang menjadi ancaman terhadap kita yang terbesar sekali, maka ralatlah perhimpunan ini, berjayalah perhimpunan ini.

 

98.      Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan kita sendiri. Tak mungkin orang lain menguasai kita jika kita tegas dan tidak membenarkan mereka.

 

99.      Maju mundurnya bangsa kita terpulanglah kepada kita. Ingatlah Tuhan tidak akan ubah nasib kita melainkan kita berusaha mengubah nasib kita sendiri.

 

100.   Oleh itu berusahalah mengubah nasib diri sendiri setelah kita berhimpun di sini untuk membincang masalah yang kita hadapi.  Saya percaya perbincangan kita akan membuahkan pemikiran dan tindakan yang boleh menyelamatkan kita.

 

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Terima kasih.

 

 

 

****

 

*Nota kaki:

 Kami di BigDogDotCom pernah menghuraikan konsep ‘Ketuanan Melayu’ yang sebenarnya menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan tidak menafikan atau menindas hak mana mana kumpulan etnik.

 

 

 

Advertisements
Published in: on March 22, 2009 at 11:47  Comments (50)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/03/22/tun-dr-mahathir-melayu-perlu-usaha-untuk-ubah-nasib-dalam-cabaran-globalisasi/trackback/

RSS feed for comments on this post.

50 CommentsLeave a comment

  1. “2. Saya yakin ramai daripada kita yang hadir, terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain, hadir kerana kita berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam”

    kihkihkihkih…kihkihkih…MELAYU TERANCAM…kihkihkihkih…MELAYU CEMAS…kihkihkihkih…MELAYU MERBAHAYA…kihkihkihkih…OITT DR. BELIT…SUDAH LA TU JANGAN NAK MENIPU MELAYU LAGI LA…kihkihkihkih…YANG CEMAS, YANG TERANCAM DAN YANG MERBAHAYA SEKARANG IALAH UMNO HARAM JADAH(UMNO1987)…kihkihkihkihkih…KAU KENYANG KAMI RAKYAT TERNGANGA.

  2. Orang melayu memeang boleh bersaing dimana-mana pun. Orang UMNO tidak boleh kerana hanya harap wang rasuah dan projek kerajaan. Orang Melayu bukan hanya di wakili UMNO sahaja.

  3. Salam,
    Ramai tak yang hadir hari ni?

  4. 1.Melihat komen pertama saya merasa amat jijik.Mungkin dari sorang anak muda yang duduk berinternet di Coffee Bean atau Starbuck yang mendapat duit dari bapanya yang dia tidak mengetahui bahawa datuknya dulu seorang penoreh getah yang cekal dan mementingkan pelajaran.Bapanya berusaha belajar dan dengan bantuan buku teks dari kerajaan UMNO dan kemudian dapat melanjutkan pelajaran ke universiti walaupun dengan keputusan sederhana berbanding dengan anak bangsa lain disebabkan dasar DEB kerajaan UMNO disamping bantuan biasiswa dari kerajaan yang berteraskan UMNO.Kemudian bapanya mendapat kerja di syarikat atau bank yang bertaraf dunia yang diwujudkan oleh kerajaan yang berteraskan UMNO.Dengan berkat kepandaian dan kenalan bapanya membuka perniagaan dan mendapat kontrak dari kerajaan UMNO dan menjadi jutawan.Dia kini duduk dengan senang melayari internet yang dimajukan oleh kerajaan yang berteraskan UMNO dan mengatakan …UMNO itu hina…anak muda Melayu yang tak tahu sejarah dan lupa diri

  5. BRO DENGAN IZIN YA, PASAL DISEBABKAN MELAYU PENCACAI KUNYIT SEPERTI MS NI LA, KITA DIHINA OLEH BANGSA ASING, MEREKA TERTAWAKAN KITA, TAPI DEK KERANA GILA KUASA, MELEYU BUNUH MELAYU SELALU….AMAT MEMUALKAN PERANGAI MANUSIA MACAM MS NI…KAU TAK LAYAK DIGELAR MELAYU MS..ITUPUN KALAU KAU MELAYU LA KAN..HE HE HE

    BRO, TADI SAYA PERGI DAN SAYA RASA CUKUP BERSEMANGAT TENGOK TUN DR M, SUBHANALLAH, DIA MASIH STEADY AND MACHO…BEST BETUL DAPAT SLAM DAN CIUM TANGAN DIA TADI…ALHAMDULILLAH…AKU BANGGA SEBAB MELAYU ADA HERO SEPRTI TUN DR M…

    AL JUBURI CONFIRM TERBAKAR PUNYA…MUAHAHAHAHAHA

  6. Pretty little speech. Don’t see anything happening though as a result. This is just the usual posturing and hot air before an UMNO election / general assembly. Horror of horrors, yet again, ladies and gentleman, the Malays are being “threatened” and their rights are being “questioned”.

    Look, I have no problem with Ketuanan Melayu and I firmly believe in Kedaulatan Raja Raja Melayu. I only have a problem with the “Ketuanan UMNO” and their presently “threatened” Ali Baba mentality which is unfortunately what UMNO seems to be primarily all about: contract, subcontract, subsubcontract….

    Am I allowed to “question” this Ali Baba mentality or should I stay at home while you guys sharpen your keris?

  7. Amat terkesan di hati sanubari ucapan YB Tun. Semoga hati orang melayu di negara ini akan cair dan insaf. Insyallah

  8. Gosh, this is not about UMNO, this is about MELAYU …..Don’t put all melayus with UMNO , can or not ?

  9. Tuan,

    UMNO masih boleh mengembalikan kepercayaan
    rakyat, khususnya kepercayaan orang Melayu
    jika rasuah dapat dibanteras daripada
    ahli2nya.

    Rasuah bukanlah tidak boleh dihapuskan. Hanya
    yang perlu ialah keazaman yang kuat daripada
    kepimpinan parti.Sudah tentu sahaja pemimpin perasuah mesti dipecat terlebih dahulu.

    Tetapi orang-orang Melayu yang sanggup mengikut
    atau mengambil sebagai pemimpin boneka kuasa
    asing atau peliwat Allah sahajalah yang dapat membuka hati mereka.

  10. Hidup Melayu. Marilah kita dengar kembali lagu Kak Pah dalam Lagenda “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”

  11. saudara,

    minta izin copy artikel ini untuk dimuatkan dalam blog saya…

    Silakan. Terima kasih

  12. kesilapan orang melayu – adalah mereka leka memantau kejayaan kaum lain

    kaum lain telah pun membolot kekayaan ekonomi dgn senang

    dgn kuasa ekonomi yg tidak disekang oleh kaum melayu, kaum lain yg berjaya merasakan mereka kaya atas titik peluh sendiri

    mereka lupa org melayu membenarkan mereka membolot hasil bumi bertuah ini

    setelah merasakan senangnya mencari kekeyaan di Tanah Melayu, mereka mula lupa persetujuan tok moyang

    mungkin tok moyang pun lupa memberitahu akan sejarah yg lampau atau rasa tidak perlu menghormati persetujuan yg dah lapuk tu

    maka dgn pelajaran “orang putih” dan juga undang undang dunia, mereka menjadi besar kepala

    melihat peluang yg ada – dimana orang melayu lemah, miskin dan rendah pelajaran

    maka mereka mula bersuara mengikut acuan fikiran “moden”

    tabiat berterima kasih sudah tidak ada erti ataupun tiada membawa keuntungan lagi

    jadi siapa yang harus dipersalahkan jika keadaan kini menjadi cemas

    yg bijak pandai tidak mahu kedepan menjadi pemimpin

    yg ada hanyalah kerana jawatan tinggi, kemewahan dan harta dunia, nama dan pangkat menjadi rebutan

    amanah membimbing dan membela rakyat sudah tidak ada erti lagi …

    yg lebih menyedihkan adalah anak muda yg hidup mewah yg kini mentertawakan pemimpin yg berjasa, berjuang utk kesenangan yg mereka nikmati hari ini

    anak muda yg lupa daratan lupa sejarah kini lebih menyanjungi kemewahan dunia sahaja

    setelah berjaya, mereka mentertawa akan usaha usaha menyedari Melayu sebelum terlambat

  13. […] In response to a journalist, adviser to National Press Club, Protem President of All-Blogs and also to Dr Mahathir Mohammad. […]

  14. MS ,tolong la…comment apa tu..oghang utara kata ‘tak beghapa cheghedik’….kalau nak bincang ka apa ka mesti terbuka dia punya pemikiran kemudian berhujah,kalau dah taksub dengan satu pemahaman pun boleh juga bincangkan hujah masing-masing.semua orang bebas bagi pandangan tapi last sekali kita yang buat keputusan untuk diri sendiri bukan jadi pak turut semata mata …(panduannya agama allah s.w.t.)

  15. Salam semua,

    Saya membaca teks ucapan TDM dengan hati terbuka dan berpandukan penglaman selama 36 tahun hidup di bumi Allah ini saya merasa bangga akan perjuangan beliau untuk menaik taraf bangsa MELAYU itu sendiri di tanah MELAYU ini.

    Tetapi apabila membaca komen yang pertama, saya merasa amat sedih dan terkilan. Sudah lah tulisannya agak keanak-anakkan, disertai dengan tawa yang kononnya menjadi satu style bahkan isinya hanyalah mengutuk tanpa sedar akibat bahwa Melayu mungkin terpaksa merempat di tanah kita sendiri kerana sikap tidak apa beliau.

    Bukannya untuk menjadi racist atau prejudis. Kita boleh hidup aman damai bersama bangsa lain. Yang penting semua orang harus tahu di mana kedudukan masing-masing. Hanya dengan bersatu baru lah kita dapat mencapai kemakmuran dan juga kemajuan negara. Saya datang dari sebuah keluarga besar. Ada yang menyokong UMNO, ada yang menjadi ahli PAS dan ada juga yang fanatik PKR, tetapi pendapat politik kami ketepikan atas perpaduan nama perpaduan melayu. Yang terjadi sekarang melalui pandangan peribadi saya hanyalah taksub kepada pemimpin tanpa mengetahui sebab sebenar perjuangan sesebuah parti atau pertubuhan. Kita boleh menyokong sesiapa sahaja, tetapi perpadaun melayu hendaklha dijaga dan dihormati.

    Kepada Agushashim Said, biarkan lah manusia yang memberi komen yang pertama itu hidup dengan kepercayaannya. Saya amat setuju bahwa mereka ini mungkin tidak sedar tentang titik peluh dan perjuangan datuk nenek mereka. Cara hidup moden jelas telah mempengaruhi minda mereka dan mereka percaya bahwa perjuangan itu sebenarnya tidak wujud atau sudah selesai. Yang nyata….. kebanyakan anak muda sekarang lupa tentang sumbangan pemimpin lama. Hanya kerana seseorang melaungkan kehebtannya, maka lupa lah ia jasa yang lain. Mungkin mereka ini harus merasa pahit tahun 1998 semasa bekas Menteri Kewangan kita pada waktu itu cuba “menjual” negara kita kepada kuasa asing.

    Salam.

  16. Masyaallah,pengomen pertama,benak betul pemikiran kamu,ucapan Tun bukan pasal umno,ucapan tu berkenaan masalah orang melayu.. Tak matang sungguh kamu ni.

  17. Masallah…cetek sungguh fikiran si pengomen yang pertama, pakai komen jer.. tapi tak tau hujung pangkal. Ini lah salah satu contoh terbaik orang yang tak ambil kisah pasal ketuanan dan hak orang Melayu. Semuga Allah panjangkan umur TDM, satu satunya pemimpin yang dihormati sehingga kini.

  18. I read Melayu Cemas recently and was alarmed by the deteriorating state of malays in our beloved country. Dr Mahathir alerted NGOs about the reality of being malay today. As a malay myself, I do feel threatened by the turn of events. Malays who are voicing their rights are now considered racists. This is a scary prospect indeed.

    I realize that my blog readers are mostly teenagers and young adults so I will make my point as simplified as possible. (I’m not underestimating your knowledge but to be fair for people our age, our attention span is pretty limited)

    What many malay leaders nowadays do not realize is that they are living a larger than life physical illusion. What average malays do not know is their life is sustained by this physical illusion. This illusion being the given fact that we are in charge of Malaysia. This is a fat lie. And yet, better off and well versed malays still see themselves independant thus verifying their stand on equality.

    We are in fact in charge of Malaysia by means of majority and political unity. Sadly, we no longer have political unity today. Malays nowadays are divided. UMNO that was once helmed by teachers and lecturers are now replaced by greedy contractors and businessmen. Outsmarted contractors and businessmen later joined the generally frustrated and poor malays and formed PKR which is led by a manipulative sodomizer.

    DAP, a party that was once known to be runned by notoriously racist bigots like Karpal Singh and Lim Kit Siang is now hailed as the party of unity. Malays now believe the word of peace offered by Lim Kit Siang, Karpal Singh and Anwar Ibrahim as their parties are represented by countless western educated yuppies who really believed in the Malaysianization of Malaysia.

    Urban and ‘enlightened’ malays believe in this version of truth eventhough it carried with it a lie of monumental proportion.

    Malays are indeed holding back the economy of Malaysia. Majority malays are educated to join a workforce that will ensure a confortable life. Although during Dr. Mahathir’s time malays were encouraged to start their own businesses and be in charge of the economy, Dr. M’s plan were short sighted as it did not prepare sufficient training or motivation for the habit to follow through. Many opportunities were even lost in translation as they were intercepted by politicians and their cronies.
    Today is the result of greediness by a small group of malays. Today is the result of continuation of economical prowess by the chinese. Today is the result of the indian’s vengeance for their past injustice. Today is it.

    Today is the dusk of Malays. More than half of our economy is runned by chinese and indians. They have the power to kick us out of the picture if not for our sheer numbers and political unity. Now we have one advantageous factor left but in the light of today’s ongoing turn of events, even proclaiming our rights as malays are considered an element of racism. If this state of mind of being a leader of this country is questioned and made questionable, it will soon be reduced to just that: a question.

    You might think that we Malaysians will not stoop to that level. You might think “Alah… I got chinese and indian friends what… they will not do anything to me…”

    Your friends might. But majority chinese and indians and indoctrinated in Sekolah Jenis Kebangsaan. They were never made to emphasized with other races or realize the importance of Muhibbah. They will, in a flick of their trusted leaders command, seize the economy, the spine of the country and leave us begging for our rights again like we used to do to the imperial british colonizers.

    This verge of instability will result two possible outcomes: the succession of a national socialist party led my angry malays to ‘get rid’ of ‘impurities’ or the aboriginalization of poor rural malays by non-malays by the practice of economical equality for all.

    There is a third outcome, of course. A peaceful and reasonable outcome. However, this outcome depends on our unity. And unity will never be sprouted with motivation stemmed from regret and insults. Unity will not be formed from hate for other races and our own. Unity will never be possible if we keep hearing Melayu Malas, Melayu Corrupted, Melayu Miskin.

    “You can’t hate the roots of the tree, and not hate the tree.” -Malcolm X.

    Unity will only be achieved by good values and determination. Unity can only be achieved with the power of love: love for God, love for our children, love for our future generation and lastly love of our land, culture and heritage.
    But today we are indeed under threat. Malays are under attack!

  19. Masalah Orang Melayu? Masalah apa? Ancaman dari siapa. Adakah kedudukan kerusi diparlimen sama dinegeri yang dipegang oleh Orang Melayu merosot? Adakah Maybank, CIMB, atau syarikat besar yang dipunyai oleh Orang Melayu dilelong ke Bangsa lain. Ke sesiapa pun, jawablah soalan dengan ikhlasnya. Sudi hati dikatakan bahawa semua jeritan ancaman itu kononnya cuma bergaitan dengan pilihan jawatan UMNO aje. Yang benarnya UMNO semakin lemah semakin derita atas kegilaan kuasa dan rasuah. Siapa yang untung? PAS dan Keadilan. Adakah kedua2 parti ini tidak dikuasai oleh orang melayu sendiri. Atau mungkin, cuma UMNO fikir orang diUMNO Orang Melayu istimewa. Oiya..saya lupa, mereka adalah Melayu UMNOputra istimewa.

  20. […] are not blind or deaf not to hear such calls. Even today’s event by a NGO – PERKASA held with TDM’s speech was in it, I hope good advise will be heeded. Some may hate him, or even considered him as senile, […]

  21. Kepada pembaca-pembaca sekalian,
    nak buat macam mana..dah pengomen pertama dah hidup senang. Mungkin pada dia, lantak pi la orang lain. “Aku senang, aku selesa. Mana ada melayu hidup susah” fikirnya. Dia tak tengok lagi orang-orang melayu yang hidup kais pagi makan malam. Merata lagi yang tak terbela.

    Lagipun, ini bukan cakap untuk melemahkan kaum lain. Ini sekadar nak kuatkan bangsa sendiri.

    Hmm..entah-entah suku sakat pengomen pertama ni tak yang duk cekup kekayaan yang patut dikongsi bersama, cekup untuk perut sendiri…

    agaknye la kan…

  22. Terharu membaca text ucapan Tun. Tidak akan lahir lagi pemimpan seperti beliau.
    Kehilangannya akan dirasai apabila beliau tidak ada di dunia ini. Masa itu barulah orang2 Melayu hargai perjuangannya yang tidak ternilai.
    Bangkitlah sebelum terlambat. Jangan biarkan robohnya kota Melaka sekali lagi.
    Pak Lah insan yang mengadaikan maruah bangsa yang sedang berada di puncak jaya. Cepatlah berundur demi agama, bangsa dan negara umat melayu ini.

  23. komen yang pertama memang memilukan hati ini. wujud juga golongan seperti itu. Mungkin benar pengomen pertama sedang menikmati secawan kopi di starbuck hasil perit jerih bapak die yang berjaya hasil usaha UMNO. Ingat la semasa kita mati nanti malaikat akan bertanya kepada kita beberapa soalan antaranya

  24. komen yang pertama memang memilukan hati ini. wujud juga golongan seperti itu. Mungkin benar pengomen pertama sedang menikmati secawan kopi di starbuck hasil perit jerih bapak die yang berjaya hasil usaha UMNO. Ingat la semasa kita mati nanti malaikat akan bertanya kepada kita beberapa soalan antaranya
    1) SIAPA TUHAN KAMU = ALLAH
    2) SIAPA NABI KAMU = NABI MUHAMMAD
    3) SIAPA SAUDARA KAMU = SEMUA ORANG ISLAM.
    kembali kepada soalan ke 3 saudara kita yang sebenar nyar orang islam, tidak kira orang cina, india, atau ape2 bangsa pon yang penting orang islam. kerana ALLAH menjadikan kita berbilang bangsa untuk kita berkenalan tetapi bukan berkenalan kepada musuh islam iaitu syaitan dan orang-orang kafir, ingat lah orang melayu dan islam musuh sebener kita, jangan mudah lupe……
    pergilah ke mana-mana pekan cari lah kedai yang bernama atau bercirikan melayu terlalu sedikit. yang ramai bangsa asing. jangan terlalu yakin melayu boleh bersaiang secara sihat dengan bangsa asing. bukan tidak boleh tetapi sukar kerana ekonomi kita telah dijajah.

    ape yang menjadi keistimewaan kite telah dirampas melayu memang dalam persaingan hebat sekarang dalam ekonomi melayu lemah kerana dimaiankan bangsa lain. macam mane hendak bersaiang jikalau bangsa asing main harga jika kita hendak berniaga.

    tolong la orang melayu dan islam SIAPA SAUDARA KAMU!!!!!!!!!!!!!.

  25. The Tun overlooked:

    a. The Malays form about 23% of the population in Sarawak
    b. The Melanaus form only around 6% of the local population there.
    c. The CM, a Melanau, has been in power for more than a quarter century.
    d. The ‘fantastic’ management of Sarawak’s rich resources has gained worldwide reputation with the latest one about this CM’s daughter & son-in-law having a very ‘modest’ accommodation in Canada.

    How come, Dr M did not sound out about the inequality and the concentration of power with the Melanus even though Malays are in higher numbers in that state?

    Simply because the other Bumiputras (Bidayuh, Iban and Orang Ulu – who are mainly non-Muslims) are in greater numbers (around 49%) of the population there…and so as long as these Bumiputras do not enjoy the ‘fruits of development’ equitably like the CMs family and his Melanau group, its OK for Malays there to keep quiet and not claim their fair share?

    If Dr M really cared, he should have done something like the magic he engineered in Sabah – position the Malays in a more commanding position in the state government.

    For now, Dr M should be able to see the big picture and speak for the poor and underpriviliged in all the communities that call Malaysia their home – instead of selectively focusing narrowly on one ethnic group.

    By confining his thoghts and concerns for Malays in Peninsular Malaysia, he is likely to incur the wrath of the other Bumiputras in this country who also need help from the BN government at Federal level and in East Malaysia.

    Its best that these remaining power strongholds are managed by BN through fair outlooks and policies.

    A statesman like Dr M should lead the way at his age.

    But if he has his own personal agenda, so be it. Not all can be like Bapa Malaysia – despite his weaknesses.

  26. Pelik bin Ajaib.

    Masalah Melayu dalam UMNO yang mempunyai segala-galanya (sampai undang-undang pun boleh langkah, segala khazanah kekayaan negara dalam kocek mereka) nak dipanjangkan kepada Melayu secara amnya! Sedangkan Melayu ni secara amnya memang sudah dikorbankan kepentingan mereka kecuali 5 tahun sekali (ye lah pilihanraya!)

    Kalau nak kata bapak dia punya pasal komentar pertama itu jadi begitu? Apa kurangnya jutawan-jutawan bernama Mukhriz, Mokhzani dan Mirzan? Takkan Tun nak sebut Khairy saja? Aku tak kisah, semua masuk penjara pun OK jer. Ada yang membantah? Yer lah Rukunegara kata undang-undang patutnya berdaulat, bukan berulat macam sekarang.

    Lembaga Disiplin dah jadi mainan. Penyakitnya sendiri adalah UMNO. Kalau wayang kulit lembaga disiplin itulah yang nak jadi modal sorilah. Tak cover kata orang. Rasuah dah menebal. Kalau cakap dengan pemegang jawatan yang bakal jadi perwakilan ni pun dah rahsia terbuka. Apa nak segan-segan lagi? Kalau kau OK dengan orang atas, dah cover line….. benda ni bukan orang tak tau, samada Melayu atau bukan Melayu. Nak bercakap pasal UMNO tak dihormati? Nak tanya dulu, wibawa dan integriti UMNO mana?

    Kalau rakyat biasa biasiswa pun sekarang dah tak ada, susah. Tabung simpanan pun sekarang kena buka, walhal inilah satu-satunya peluang rakyat biasa nak mendapat bantuan sekiranya mereka layak ke peringkat U. Rata-rata saya ingat tak sampai pun 0.25% bajet negara, terutama sekarang. Itu kena tarik. Kata kena save duit.

    Subsidi petrol? Sekarang memang kerajaan dapat cukai/untung dari penjualan petrol/disel sekitar Rm0.50 sen seliter (ikut cakap Shahrir). Mana subsidi minyak RM0.30 sen seliter tu? Itu kena tarik. Kata kena save duit.

    Yang tak tarik? Kontrek tebal pemimpin UMNO. AP untuk UMNO/BN. Hutang dekat bank sampai tak berani kutip (sedangkan kalau kita lambat bayar macam2 notis sampai!) I belum cakap pasal kontrek berat sebelah yang disign masa Tun dulu (dia salahkan kakitangan kerajaan pasal tak berapa cerdik) sedangkan Ani Arope (TNB) kata masa dia tak setuju dengan kontrek IPP Tun jugak yang berkeras nak meneruskan sampai dia last2 kena resign. Oh, bukan orang lain rupanya, Tun punya tangan jugak dalam hal tu. Mana nak campak pendapat lama TNB macam Ani Arope? Dalam tong sampah la nampaknya. Lepas tu salahkan orang lain…… ni belum masuk cerita tol.

    Suruh buat tabung bantu rakyat yang kehilangan kerja tak mau. Anggaran kalau ada RM500 juta pun boleh untuk memberi katakan RM500 sebulan kepada yang hilang kerja untuk tempoh 12 bulan atau hingga mereka mendapat kerja semula (yang mana lebih cepat). Cadangan ni ditolak. Tapi Najib punya komisyen RM400 juta deras jer jalan. Takder soal-soal, siap cover line lagi.

    Antara dua darjat beb!

    Tapi mestilah UMNO salahkan orang lain. Ni modus operandi dulu kini selamanya. Pegang kuasa sampai kuasa yang tak patut dipengaruhi oleh mainan politik seperti polis, pejabat peguam negara dan kehakiman pun jahanam. Apa yang negara dapat kecuali keburukan?

  27. Mana melayu tak lemas, duit telah habis DISAPU kuncu2 dan kroni2 TUN,kawan2 tun spr halim,tajuddin,amin,syed dah hantam kaw kaw.

  28. Antara ucapan Tun yang terbaik dan paling menyentuh dalam tahun-tahun kebelakangan ni..

  29. Alaaa apa korang nak musykil sangat si MS tu. Kalau nak tahu, bacalah kat sini baru kita tahu. Telonya, ketawa “kah kah kah” nya, cakap “woitnya” …. macam familiaaaarr jerr. Bencinya kat Tun M pun macam serupaaa jugak.

    Padahal kawan pro-komunis yang membuang diri ke luar negara setelah berapa lama dulu, Tun jugak yang membawa dia balik apabila permohonannya untuk kembali ke tanah air diterima, setelah sekian lama menghumban diri ke luar ala Shamsiah Fakeh, Chin Peng dan Rashid Maidin.

    Kalau nak tahu contoh misali Melayu Mudah Lupa dan Melayu Tak Sedar Diri dan Melayu Kacang Lupakan Kulit, hah kenalilah pemuda ini. Kesian, belajar UM tak abis, pegi obesee pun tak abis belajar, merempat sana sini cuba mempengaruhi pelajar-pelajar melayu join sosialis/komunis. Balik dengan tidak berbekalkan ijazah kertas, tak ada orang nak ambil bekerja. Cuba jadi pengarah filem tak jadi.

    Ia tak iyer, jadi penulis underground. Dan Thamby ni kalau laaa tak ada kaum lain yang bencikan melayu dan dahagakan material-material yang mengutuk melayu OLEH melayu sendiri, mungkin tak dapat duit makan sebab tak ada orang nak beli buku dia kecuali kaum-kaum ni.

    Yang saya musykil sekali ialah kawan ni Islam lagi ker tak. Itu jer. Eh … bukan ker Marx dan Lenin tu, dua pujangga pujaan kawan ni, mengatakan Tuhan itu adalah candu masyarakat? Dan kalau dia mati kelak, selain dari kawan-kawan pembenci seangkatan beliau seperti Jeff Ooi, Susan Loone, Geng Singh sekeluarga serta Lim sekeluarga, orang-orang kampung dia kat Kuala Pilah nak ker mengebumikan jenazah dia?

    Thor

  30. […] Tun Dr. Mahathir: Melayu dalam cemas, perlu tolak rasuah & usaha keras untuk ubah nasib dalam c… UCAPAN OLEH YABHG TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD DI PERHIMPUNAN DAN SIDANG KEMUNCAK PRIBUMI PERKASA NEGARA DI KOMPLEKS […] […]

  31. komen yg MS 1st 2 mmg jijik, jgn jdkan mdan politik.. mmg bnr Tun ckp.. mybe ko 2 bru lahir so tau ssh pyh org dulu2 yg ko tau sia2kan je.. mybe kturunan ko 2 tali barut dari dulu cm skrg ptt r.. suke nk nafikan pe yg org len kate.. skurgyer Tun da bwk negara kita menjadi negara yang kaye dan rakyatnyer senang.. ko tu tau nk nganga je tggu org suapkan.. mybe mak bapak ko pon cm2 gak bler xdpt mlenting… ktuk mcm2..isk2…

  32. Dear tenacious bigdog,

    Would like to re-publish your article in my website at http://mylivingwall.com

    All the best!

    AL

  33. kalau tdm corrupt boleh dak tunjuk dia punya bukti?ini soalan saya selalu ajukan kepada orang yang membuat tuduhan seperti beberapa diatas.saya rakyat biasa tetapi yang susah dipengaruh,jawapan yang saya terima selalunya mengecewakan iaitu kerajaan control semua…jadi kita tak boleh dakwa orang umno.penerangan dari orang umno juga kurang terutama berkaitan Datuk najib juga?rakyat biasa memang tengah keliru.Jadi tolonglah ….

  34. Melayu dah nak mengamok ke? Orang Melayu sentiasa cemas. Bila cemas kaum dan agama di permaikan peminpin2 Melayu. Umah Melayu bodoh ke?
    Dulu tak ada duit rokok, pi maki bini; sekarang kurang duit raya (duit suap), rasa nak cincang tokay cina.
    Hoi kalian semua, jangan asik salahkan orang muda kerana fikiran generasi baru tak ikut orang lama.

  35. Can somebody please concentrate on the latter part of the speech and less on the racist part?
    Why the deafening silence when Tun pointed out your shortcomings? Why keep quite when he said greediness (money politics) is the root of the problem why Melayu kena merempat di tanah air sendiri. Hello? Majoriti Melayu kena merempat kerana segelintir Melayu itu tamak haloba hanya fikirkan diri sendiri.

    Not all Chinese are rich. Yang control the economy is balik balik muka yang sama. No doubt we have higher number of middle class. We make most out of what opportunities we have. And we do not have the sort of opportunities that you Malays are entitle to. Read Tun’s speech again carefully why Malays fail despite given all these opportunities. You want the Government to spoon feed all the way to be successful? Bangunlah Melayu. I don’t like to see your race being poor either. No doubt Singaporean Malays bagaikan merempat di tanahair sendiri but I think at least they can survive anywhere in the world if that need ever arise. And no I don’t like Lee Kuan Yew. Heck I don’t like Singaporeans because they look down at us. But who give them a reason to look at us? And no I am no Chinese chauvinist either. To Lim Kit Siang, all I can say is brush up your BM and start behaving like a Malaysian. It is a bloody shame after all these years in parliament you can’t speak proper BM. Why are we fighting among overselves? Segregating ourselves? While our neighbors are looking at us with glee? We are like Astro to them. Macam-macam ada.

    No offense to my Malay audience but seriously, in order to maintain the ketuanan Melayu, I am wondering why are we allowing more and more Indonesians to be Malaysians/PR? If somebody ever question where my loyalty lies, it is with Malaysia not China. Why? Sebab China is totally alien to me. But can you say the same for your newly minted Malaysians? Not surprise one day, we become part of Indonesia because some selfish politicians are willing to short sell the nation to them. Pergilah Chow Kit and tell me how many Malay Malaysians are there? If you think Chinese are like Jews, then wake up Malays. Indonesians are just like the Chinese. They are just as cunning, just as enterprising. Don’t believe me? Go to seksyen 25 Taman Sri Muda and see for yourself who are the owners of the kedai runcit. Malaysia part of Indonesia? Not too far-fetch.

    The Chinese were brought to Malaya as labourers to serve the British needs. To fit the British lifestyles and supporting economy needs, like retail and F & B, the Chines given were given ample space and opportunity to go into businesses. It is so apparent that ALL the shops along British economic settlements (river banks, estuary, mining towns) are dominated by the Chinese. Then the SME/Is grew to cater the demand and propel this nation’s retail economy.

    As such, British build schools (Western type) and allowed Chinese schools (with the intention for some of these Chinese immigrants to assimilate themselves to the mainland Chinese culture and lifestyle and re-migrate back to the land they came from). On the other hand, no such opportunities were provided for the Malays in the rural areas and British had no economic nor administrative interests in the boondocks. The first English speaking Malay school was only available 80 years after the first English schools for the Chinese. Even that, the school were initially meant for Royals and aristocrats, but not the majority of the common Malay folks.

    During of all these times, the Malays were never allowed the same equal opportunity by the British, especially in socio-economic development programs and progression. They were systemtically left to rot in the boondocks and time was almost standing still.

    The Malays were so backwards and left untouched outside the main development track and the British saw the huge despairity. Hence, British made a little effort to help the Malays by forming Rural & Industrial Development Authority (RIDA) in 1950s. That is not without after the wave of Malay nationalism seemed inevitable by the British colonialist.

    We never talk about making the Malays rich across the board. Unlike the Chinese, the Malays had never given space nor opportunity to develop their retail and SME/Is. This is the crux of the middle class in any society. Even after Government induced NEP, the Malays find it very difficult to penetrate through and into the retail and SME/Is as the entire wholesale, producer and supply chain is holistically controlled by the Chinese, who are oligopolists in practice. Hence, the effort to make NEP succesful by creating the bigger Malay middle class through entrepreneurism in very difficult.

    Another factor is the availability and accesibility to capital and especially working capital for any businesses. Unlike the Chinese, Malay families and clans are unable to help their kin for start ups.

    The Malays needed to be put on the ‘level playing field’. It becomes very complicated when the ‘field’ is actually moving dynalically forward, with globalisation challenges. Despite all the arguments, to bring the Malay economy from 0.6% in 1971 to 19.8% in 2008 (factoring all the mitigating points such as geography, globalisation, dynamism, economies of scale and advantage of existing palyer Vs disadvantage of a newcomer), is by far a very good achievement indeed.

  36. It’s time for Malaysians to spell the word EQUALITY!

    Kalau orang Melayu ketinggalan, itu padan la muka. We are more advanced than you guys!

  37. 28.5.08
    POLITIK PERKAUMAN
    kebelakangan ini banyak diperkatakan dengan kononnya politik perkauman ataupun kenyataan politik perkauman. satu pihak menuduh satu pihak yang lain mengamalkan politik perkauman. sebenarnya kedua-dua pihak sama sahaja. sedikit sebanyak masing-masing mengamalkan politik perkauman. banyak isu-isu yang sering kali dikaitkan dengan politik perkauman. tetapi yang uniknya ialah isu-isu ini mesti berkait dengan orang melayu. bila orang melayu sebut ketuanan melayu ia dituduh perkauman. bila sebut hak istimewa orang melayu ia dituduh perkauman. bila sebut saja isu-isu kepentingan orang melayu ia akan dituduh perkauman.

    tetapi bila kepentingan kaum lain dibincangkan ia akan disebut hak asasi rakyat malaysia walaupun ianya dibangkitkan dalam garisan kaum. kenapa orang melayu diasak dan dituduh sedemikian rupa selepas 50 tahun dahulu orang melayu telah bersetuju berkongsi negara dan kuasa dengan kaum-kaum lain. tidakkah kita sedar bahawa memberikan kerakyatan kepada sesiapapun oleh mana-mana negara didunia ini merupakan suatu pemberian yang tidak ternilai. orang melayu hanya inginkan sedikit bahagian daripada nikmat tanah air ini. sebahagian besar yang lain telah diberikan kepada kaum-kaum lain.

    pengamal media sama ada media perdana atau media alternatif perlu mengkaji siapa sebenarnya mengamalkan perkauman. sama ada orang melayu atau kaum-kaum lain atau kita semua mengamalkan perkauman. adakah salah kita mengamalkan perkauman? cuba kita lihat di shah alam. majoriti penduduknya orang melayu. berapa banyak perniagaan orang bukan melayu yang dikunjungi oleh orang melayu? adakah orang melayu perkauman? kenapa mesti digembar-gemburkan isu kepentingan orang melayu di negara ini sebagai perkauman sedangkan orang melayu beramai-ramai dan berbondong-bondong mengunjungi perniagaan orang bukan melayu tanpa rasa prejudis. dari pasar raya hingga ke kedai runcit, dari kedai basikal hingga ke bengkel kenderaan. kalau kedai makan janji ada logo halal jakim orang melayu akan berduyun-duyun menyokong perniagaan tersebut. tentu kita biasa dengar orang melayu yang lebih suka ke kedai cina daripada kedai melayu walaupun kedai cina itu jauh sedikit. tentu juga kita biasa dengar orang melayu yang kata servis restoran mamak (india) lebih baik daripada kedai makan melayu walaupun kadang-kadang kita tidak pasti status restoran berkenaan.

    sama-samalah kita fikirkan.

    posted by usabukata 28.05.2008

  38. Kepada non-malay yang cuba melagakan melayu dengan orang sabah/sarawak… orang melayu tidak ada masalah dengan orang sabah/sarawak, walaupun mereka bukan islam, mereka sama seperti kami, pribumi, miskin, dan bodoh, yang menjadi masalah adalah orang cina/india yang bijak, kaya dan selalu menegakkan kebenaran (dari sudut diaorang le!)

  39. >>bukan ker Marx dan Lenin tu, dua pujangga pujaan kawan ni, mengatakan Tuhan itu adalah candu masyarakat? <<

    Komen sikit. Kalau pegi ke web dia, pemahaman Marx aliran Groucho yang disebut Hishamuddin Rais adalah berpandukan dibawah…. sekadar pemahaman masing-masing!

    http://en.wikipedia.org/wiki/Groucho_Marx

  40. >>On March 23, 2009 at 7:05 am Thor Said:
    bukan ker Marx dan Lenin tu, dua pujangga pujaan kawan ni, mengatakan Tuhan itu adalah candu masyarakat? <<

    Komen sikit. Kalau pegi ke web dia, pemahaman Marx aliran Groucho yang disebut Hishamuddin Rais adalah berpandukan dibawah…. sekadar untuk pemahaman masing-masing!

    http://en.wikipedia.org/wiki/Groucho_Marx

  41. Kepada sedara MS,
    aku kesian melihat org seperti kamu, mungkin bapa kamu seorang yg terpelajar, tapi aku tidak rasa kamu seorang yg terpelajar walaupun kamu berjaya menamatkan persekolahan dan pengajian tinggi(mungkin). Ya, aku akui di negara kita mmg banyak gejala rasuah dikalangan pemimpin melayu. Akan tetapi aku tidak berdendam dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mereka, akan tetapi, aku jadikan pedoman apa yg terjadi atau apa yg mereka lakukan tidak sesekali akan ku lakukan utk diri aku ini. Kerana aku tahu, dunia ini bukan tempat utk aku melakukan dosa, bagi ku syurga adalah segala-gala nya. Tuhan jadikan otak kepada manusia utk berfikir, lidah utk mengatakan sesuatu yg baik. Jika seorang Islam itu melakukan kesilapan, Allah akan mengadili dia di padang masyar.
    sedara MS, diam dan berfikir lebih baik dari mengatakan keburukan sesorang.

  42. […] Bangsa Melayu kini berada dipersimpangan amat kritikal dan cemas! […]

  43. Sungguh malang sekiranya generasi baru yang berbangsa Melayu lupa akan sejarah serta perjuangan generasi terdahulu yang memastikan bahawa negara kita bebas dari penjajah. Lebih malang lagi sekiranay generasi muda tidak memahami apa yang dibaca….cepat “jump to conclusion” atau mungkin juga mereka ini sudah ada “preconceived ideas” mengenai semua isu yang dibangkitkan.

    Perkara yang dibicarakan “Melayu dalam cemas, perlu tolak rasuah & usaha keras untuk ubah nasib dalam cabaran globalisasi.” Isu ini merangkumi semua orang Melayu tanpa mengira ideloji politik mereka, taraf sosio-ekonomi mereka atau tahap pembelajaran mereka. Isunya perlu ada kesedaran kesemua oarng Melayu untuk bersedia menghadapi cabaran globalisasi. Sayang sekali ada terdapat komentar yang keterlaluan yang mana budaya serta sopan santun orang Melayu telah hilang. Seharunsnya orang Melayu berfikiran lebih terbuka!!

    Diakui negara telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dahulu….malangnya ada terdapat orang Melayu yang fikiran mereka masih lagi belum merdeka!! Tema perbincangan isu orang Melayu menghadapi cabaran masa depan. Kita fokuskan kepada isu tersebut….tanpa mengira siapa yang mengutarakannya. Saya tidak mewakili mana-mana parti tetapi saya rasa terpanggil untuk memberi komen kerana saya rasa sedih melihat gelagat orang Melayu bertelagah sama sendiri. saya juga bukannya “racist” kerana saya hormati bangsa lain yang telah tinggal turun temurun diMalaysia. Tambahan pula saya bekerja di syarikat bukan milik orang Melayu dan tanpa ada sebarang kontrak dari kerajaan Malaysia!!

    Kita harus tahu untuk memberikan fokus kepada perkara yang dibincangkan secara “total” tanpa cuba memesong dengan mengkaitkan dengan isu-isu yang lain seperti fahaman politik yang berbeza. Jangan jadikan politik sebagai senjata untuk orang Melayu “berbunuh sama sendiri” kerana yang ruginya orang Melayu juga.

    Seharusnya orang Melayu melihat dimana generasi muda Melayu berada 50 tahun atau 100 tahun akan datang!! Adakah mereka masih ditahap seperti sekarang atau lebih maju dan setanding dengan bangsa lain didunia!! Kita perlu pandang jauh kedepan….bukannya untuk 3 tahun kedepan sahaja. Usaha perlu ditingkatkan bagi memastikan orang Melayu masih “relevan” diMalaysia dan juga didunia!! Jadinya orang Melayu perlu buat perubahan diri mereka, keluarga mereka serta masyarakat sekeliling mereka – “attitude” mesti diubah!! Tiada guna sekiranya dapat banyak kontrak tetapi kontrak tersebut disia-siakan dimana diberikan kepada orang lain dan ambil jalan mudah dengan hanya mengambil beberapa persen dari jumlah harga kontrak!! Kalau tidak tahu harus belajar cara yang betul untuk melaksanakan kerja-kerja tesebut. Mesti ada initiatif…banyakkan membaca bahan ilmiah agar agar berupaya untuk menjadi orang yang lebih berguna kepada ugama, bangsa dan negara dan agar tidak mudah untuk di”perkudakan” oleh pihak-pihak yang mengambil kesempatan. Orang Melayu juga harus lebih “rasional” dan bukannnya “emosional.” Demonstrasi bukanlah cara yang bijak untuk menyatakan hasrat….terdapat banyak ruang dan peluang untuk menyuarakan pendapat. Gunakanlah saluran yang betul….

    Besar harapan saya melihat orang Melayu sedar akan tanggung jawab mereka kepada ugama, bangsa dan negara serta menukar “attitude” mereka untuk menjadi lebih positif….dan jangan jadi katak dibawah tempurung lagi…..serta apa yang “dihidangkan” melalui internet atau ceramah silalah kaji dan teliti dan jangan hanya mengambil kesemuanya secara total…gunakan akal fikiran yang Allah telah berikan kepada kita semua. Sedarlah orang Melayu…berusaha untuk memastikan orang Melayu maseh relevan 100 tahun lagi dan seterusnya…..ingat kata-kata “tidak hilang Melayu didunia”…jangan nanti menjadi pengemis dibumi Malaysia…..

    Saya juga rasa sedih kerana terdapat banyak “mi segara” atau “instant citizens” kerana bukan sahaja di Chow Kit malah dibanyak tempat seperti di Ampang, Keramat, Gombak serta banyak lagi….mungkin “this is the price we pay for being a hospitable society” dimana kita buka peluang untuk orang asing datang serta menjadikan Malaysia sebagai negara mereka sendiri!! Salahnya orang Malaysia juga kerana melalui “attitude” dimana mereka terlalu memilih peluang pekerjaan yang ada atau hanya ingin menjadi “tauke.” Sebenarnya “attitude” seperti ini yang perlu dikikis dan dibuang!! Generasi lama suka lepak dikedai kopi atau kedai mamak dan generasi muda pula suka lepak diStarbucks atau Coffee Bean. Jadi dimana silapnya orang Melayu??? “ATTITUDE!!!” yang sangat perlu diubah agar orang Melayu lebih kompetitif….dan ini memerlukan pengorbanan yang banyak!!

    Perlu ada imlu yang cukup baik dari segi ilmiah maupun dari segi ugama….barulah orang Melayu akan terus relevan. Berkaitan perubahan “attitude” kalau dilihat generasi muda Melayu lebih kepada hiburan seperti program realiti, konsert, internet dan “games”. Bukannya tidak boleh TETAPI mesti ada batasannya!!

    Fikir-fikirkan…..sudikah orang Melayu menjadi bangsa yang maju dengan menggunakan peluang yang ada untuk memperbaiki diri sendiri atau maseh leka dan ketinggalan jauh dibelakang dengan menjadi pengemis diMalaysia!! Renungkan sendiri….

  44. On March 24, 2009 at 12:55 am mut Said:

    Woi Mut! Macam niii lah kan? Orang melayu selalu kene tipu. Cerita Hisyamuddin Rais beraliran Karl Marx ni dah cerita lama. Tetapi sejak akhir 80’an bila Komunis Russia tumbang, TukarTiub ni kehabisan modal untuk mendakyahkan pelajar-pelajar melayu yang lain kearah komunisma. Jadi untuk menutup “jobo” nya (orang kampung Hisyamuddin tahulah apa ertinya tu) dan juga untuk membantu aplikasi beliau untuk kembali ke tanah air tanpa kene tangkap, maka dia pun menjenakakan fahamannya itu dan mengambil peluang sempena nama “Marx” itu juga nama bagi humoris terkenal Groucho Marx dan mengelakarkan dirinya sendiri. Tetapi fahamannya menghentam “kapital” atau pemodal tersemi dalam sanubari dia dan masih tidak tanggal-tanggal. Kalau tak percaya bacalah artikel2 dia sebelum ini. Lebih2 lagi ketika keruduman sistem perbankan dunia tempoh hari dia pun naik tocang dan menulis dalam blognya “Haa tu lah saya dah kata: Sistem Kapitalisma gagal!”. Once a socialist/communist, always a socialist/communist.

    Macam-macam jenis melayu ada sekarang. Campurkan Hisyamuddin bersama al-Juburi dan dihiasi dengan melayu PAS yang masih mencari identiti, maka lekaslah negara ini terjual kepada para pendatang mal’unah.

    Thor

  45. Melayu perlu Bersatu. Mahathir cakap tentang orang Melayu.

    Kalau pun Mahathir itu Keling atau Cina yang berhati busuk, Mahathir sedang bercakap kepada orang Melayu. Kata Mahathir (walaupun jika beliau keling pariah), Melayu perlu bersatu. Pilih Melayu yang tidak rasuah untuk memerintah.

    Susah sangat kah nak faham bahasa Melayu?

    Kalau saya Melayu, saya akan pilih pemimpin UMNO yang bersih, pemimpin PKR yang bersih atau pemimpin PAS yang bersih. Itu saja Mahathir cakap. Susah sangat kah nak faham?

    Mahathir kata Melayu perlu mempertahankan hak Melayu. Itu saja. Susah sangat kah nak faham?

    Jika pun Mahathir itu Keling atau Cina yang tidak mengenang jasa baik orang Melayu, Mahathir suruh Melayu bersatu agar dapat mempertahankan hak Melayu. Masih susah jugak nak faham kah?

    Kita orang Melayu memang tahu ramai Keling yang memang kaki belit(bukan semua) anti Melayu. Ramai Cina memang racist(bukan semua) tidak suka Melayu dan berhati busuk terhadap bangsa lain. Kita orang Melayu memang tahu ramai Melayu, Keling, Cina ambil dan beri rasuah. Jadi Mahathir kata, orang Melayu perlu bersatu dan pilh orang Melayu yang tidak terlibat dengan rasuah untuk pertahankan hak Melayu. Mahathir sedang bercakap pada orang Melayu saja. Itu saja. Bukan Melayu janganlah putar belitkan isu.

    Kalau ada yang rasa dia tu Keling, Cina, Jawa, Arab, Siam ataupun orang Penang, Kelantan, Kedah dan Selangor tetapi bukan Melayu tak perlu dengar nasihat Mahathir. Mahathir hanya tujukan kepada orang Melayu. Yang lain buatlah apa yang patut sebab Mahathir sedang nasihatkan orang Melayu.

    Orang Melayu semua tahu, orang yang tidak setuju dengan pandangan Mahathir adalah orang yang anti Melayu. Orang Melayu yang berjati Melayu akan sokong pandangan Mahathir. Mahathir hendak Melayu bersatu demi Mempertahankan hak Melayu. Mahathir tidak suruh kita rampas hak orang lain. Mahathir bercakap demi kebaikan orang Melayu. Hanya anti Melayu yang tidak mahu mempertahankan hak Melayu.

    Ada juga dengar Hadi bercakap elok bersatu. Tapi tidak begitu jelas sebab macam ada bersyarat. Apa salahnya kalau beliau ajak semua Melayu bersatu tanpa syarat mempertahankan hak Melayu.

    Kita patut desak Anwar bercakap dan mengajak Melayu bersatu. Tolak hal politik ketepi. Katakan Melayu perlu bersatu dan pilih Melayu yang tidak rasuah untuk memimpin agar Melayu dapat pertahankan hak Melayu seperti yang terkandung dalam Pelembagaan. Itu saja. Ada sesiapa yang boleh suruh beliau bersuara. Saya juga sokong Anwar jika dia bercakap sedemikian.

    Ingin benar nak dengar Karpal dan Kit Siang suruh Melayu bersatu.

    Eh masih tak faham lagi kah???

    Hanya hendak Melayu bersatu.

  46. betoi lah tu …yang dok kata melayu di hina di cerca di herdik semua nie melayu UMNO jer …
    org umno pikiaq depa lah melayu yang ada di malaysia nie, depa dok pikiaq yang PAS dan PKR nie x dak yg melayu,alahai ..udoh udoh ler tu …semua rakyat malaysia jugak …takdak sapa nak rampas apa apa pun, semua nak idup nak makan…sapa rajin dia dpt lebih tu jerlah,yang dok kalut sgt nie pasai apa …majoriti rakyat malaysia MELAYU ..tapi bukan MELAYU UMNO kekekeke
    udoh udoh ler dengan retorik UMNO BEBAL tu ha …org PAS ok jer PKR pun ok jer …alahai dah tak dak sifat berperikemanusian dah ka org org UMNO sial nie ???

  47. semua manusia nie datang dari adam dan hawa daa …islam ka tak islam ka sama ja semua manusia …ALLAH dah habaq dah jgn buat dajai kat sesama manusia …akhirat esok kita akan di soal …kita dah berdakwah ker belum nie ? macam mana nak tarik org masuk islam sedangkan kita sibuk dengan MELAYU MELAYU UMNO jer nie …udoh udoh ler ….org islam di mesia nie …campo tolak ada 16 juta ka ? kat china tu ada 200 juta org islam …melayu ka cina ka india ka sama ja …semua nak idup …semua nak tolong menolong …jgn ler dok dengar retorik UMNO PUTRA nie ha ..depa nak depa jer yg kaya …bangsat punya UMNO

  48. Salam.. Banyak komen kat sini menarik tapi yang comment no 1 tu memenag kurang adap (tak tau la klu saja nak provok pembaca untuk bagi komen) tapi secara tak langsung saya tertarik dgn luahan hati tun. Tapi saya rasa itulah yang saya fikirkan 10 tahun lepas.. terutama bila isu Noraisya Bukhari yang murtad.. dari sini la aku mula bertanya pada diri aku.. kemana org melayu.. of coz islam… yang sensitif dengan pekara2 murtad nie, then bagi aku pada masa tu aku hanya tahu UMNO lah yang akan bangkin… tapi sudahnya… menteri keluar statement..”ala anak remaja nak kawin keluarga tak bagi.. LARI dari rumah” adiuhhh.. aku dengar sendiri ayahanda gadis tu menangis kat Masjid Jamek… so.. aku terfikir… macam mana nak harap UMNO lagi..
    Yang menarik…Pasal anak2 melayu sibuk dgn rempit.. disco… kadang2 tu klu tgk tu.. sampai tak kenai melayu ker cina… dah tak nampak ciri2 islam lagi dah.. org melayu nie walaupun tak kuat islam tapi syiar islam tu org kata masih terpampang juga kat riak muka dan tubuh badannya… tapi sekarang… masyaallah.. time org baru bagi salam solat jumaat… dah rempit..siap usung betina lagi kat belakang..
    Yang menjadi persoalan sekarang… adakah ini yang dikehendaki oleh UMNO kerana generasi ini tak akan amik tau pun apa yang akan terjadi pada negara.. berfoya-foya.. tapi tanah air dah tergadai.. kita marah bila kerajaan perak bagi tanh kat cina di perak.. bagaimana pulak dengan tanah tinggi kat Genting Highland.. sampai dah mendiang jutawan.. jadi apa yang saya nampak jurus hampir sama… cuma monesoperandi jer lain.. makna nya selagi ada “mereka” ini yang bergandingan dengan politik melayu memang hancus malaysia… apa yang saya nampak kita perlu satu wadah politik baru “MELAYU & ISLAM” sejati yang tak berkompromi dgn mana parti politik lain yang dah “bercampur aduk”. Yang betul2 pertahan hak melayu islam.. cth… klu dia minta ape2.. macam koata perumahan.. 30% untuk dier… kita minta untuk kita 80%.. nampak lebih 10% klu campur maknanya dah 110%… so kita melayu untung 10% lagi.. klu dia minta kuil or tokong dia satu… kita minta 5 masjid or surau baru… kalu dia minta tanah sekaki… kita minta sedepa… tak der kompromi langsung.. itu la cara untuk dapat balik “TANAH MELAYU”… bunyi kasar.. tapi memang kena keras dgn mereka2 ni.. klu dulu masa PAS belum kompromi dgn DAP masih ada harapan.. tapi saluran tu pun dah tertutup.. kita marah PAS pasal bergabung dgn PAS.. tapi masa PAS tak bergabung dengan DAP… kita org melayu masih sayang UMNO.. padahal waktu pun UMNO dah lari dari landasan perjuangan asal UMNO sendiri.. jadi atas alasan itu la saya cadangkan hadirkan satu wadah politik “MELAYU & ISLAM” yang mengabungkan nasionalis & islam…(mempertahankan bangsa & menjalankan hukum2 islam)
    lagi satu kita melayu dah tak der pohon kukuh untuk berteduh.. klu dulu.. 13 mei.. kita ada dato harun.. tapi sekarang.. harap TUN.. dah makin lanjut usia.. alhamdulillah masih sihat, tapi.. ajal maut tak siapa tahu.. jadi siapa lagi kita nak berteduh.. jadi marilah kita balik usul kita melayu & islam yang berpegang teguh dgn ajaran islam dan tidak mengadai maruah bangsa..

  49. Apabila saya membaca komen pertama dan kedua, saya teringat akan seorang rakan saya seorang guru di sebuah sekolah menengah kebangsaan.

    Beliau sekeluarga berhijrah dari kampung dan tinggal di FELDA yang ditubuhkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1981.

    Beliau mendapat pinjaman buku teks dan biasiswa juga dari Kerajaan Barisan Nasional. Keluarganya dapat memiliki tanah seluas 10 ekar (siap tanam dengan anak sawit) dan sebuah rumah yang kawasannya 1/4 ekar dengan harga RM32,000. Bayarannya pula selama 25 tahun. Hartanah yang cukup murah juga bantuan daripada Kerajaan Barisan Nasional.

    Beliau memang seorang yang agak pandai (tidak terlalu pandai sebab SRP dapat 13A, jadi beliau dapat tinggal di Asrama Semai Bakti, Kelana Jaya. Tak silap saya segala-galanya ditanggung oleh FELDA.

    Dia berjaya, dapat matrikulasi (tak silap di Melaka)juga ditanggung oleh Kerajaan Barisan Nasional. Kemudian memasuki universiiti, dapat pulak pinjaman JPA.

    Belajar empat tahun di universiti dan difahamkan di universiti beliau mula menjadi penentang Kerajaan Barisan Nasional. Ceritanya kepada saya ketika bercuti, seolah-olah Dr. Mahathir seorang yang sangat jahat, sangat zalim, sangat kejam dan mahafiraun.

    Wal hal, beliau sedang dibiayai oleh JPA yang wujud kerana Dasar Ekonomi Baru.

    Apabila keluar universiti, beliau tak dapat kerja sebab pada ketika itu ekonomi meleset (tahun 1998).
    Yang untungnya, pinjam RM16,000 tetapi bayar cuma RM4000.

    Beliau menjadi cikgu sandaran selama 1 1/2 tahun. Dalam masa ynag sama beliau belajar-belajar berniaga. Oleh sebab beliau anak FELDA, beliau mendapat kursus daripada pelbagai agensi yang yurannya ditanggung oleh FELDA. Dia cerita, modal niaga pun FELDA bagi pinjam.

    Beliau jumpa adun BN, ahli parlimen BN untuk dapatkan sokongan untuk kemasukan KPLI. Dalam membenci kerajaan yang dituduh zalim, kejam, penindas, kroni tetapi tak pernah pulak saya melihat dia meminta bantuan daripada pihak yang dia kata baik, tidak zalim, adil dan macam-macam pujian.

    Dalam bencipun nak jugak dia jadi cikgu yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Zalim (pendapat beliau).

    Ada juga saya fikir, kenapa dia tak mahu kerja jadi cikgu PASTI atau mintak kerja jadi cikgu di bawah kelolaan Kerajaan yang dia anggap baik?

    Kenapa dia nak gunakan duit daripada sumber yang zalim, jahat dan haram untuk sara diri dan keluarga sedangkan dia ada pilihan lain?

    Beliau berjaya masuk KPLI juga ditaja oleh Kerajaan BN. Sekarang beliau jadi cikgu. Gajinya dibayar oleh kerajaan BN.

    Jika saya perhatikan, keseluruhan kesenangan hidupnya dibantu oleh kerajaan BN yang melaksanakan DEB. Masihkah kerajaan ini zalim?

    Seorang lagi rakan saya, perjalanan hidup yang sama tetapi bersekolah agama kerajaan negeri (kerajaan Barisan nasional). Dapat belajar ke Kaherah dengan dana MARA. Habis belajar MARA menukar pinjaman menjadi biasiswa. Sekarang jadi ustaz di sekolah menengah kebangsaan yang gajinya dibayar oleh kerajaan zalim dengan menggunakan duit haram (kononnya).

    Tetapi aliran pemikirannya masih menentang kerajaan yang pernah membantu beliau.

    Nampaknya apabila dah senang, mereka lupa segala-galanya.

    Saya?

    Tak masuk FELDA, (keluarga tak mohon), belajar tak pernah langsung dapat biasiswa walaupun Penilaian Darjah Lima dapat 3A,1B,1C, SRP 13A dan SPM Pangkat 1 (18 Agreget) serta STPM 5P (2A,1B,1D,1E).

    Alhamdulillah, dapat juga masuk U (jika tak kerana DEB, saya rasa saya tak layak masuk U). Dapat pinjaman JPA. Barulah merasa bantuan kerajaan sebab dapat potongan 70% daripada JPA.

    Walaupun tak kerja dengan kerajaan, tetapi saya sering bersyukur kerana kerajaan BN memberi peluang pekerjaan kepada saya dengan membawa pelabur-pelabur dari negara luar terutama dari Jepun.

    Terima kasih, Tun. Dr. Mahathir, terima kasih pemimpin-pemimpin negara yang terdahulu.

    Saya begitu terkilan kerana, bantuan yang rakan-rakan saya diatas tadi dapat, tak dapat diturunkan kepada anak saya.

    Mana biasiswa JPA (daripada 80% untuk bumi tinggal 50%)? Mana pinjaman boleh ubah JPA?

    Sedikit demi sedikit hak keistimewaan orang Melayu semakin hilang.

    Semua ini gara-gara orang Melayu seperti beliau menyokong penuh konsep hidup sama rata.

    Mampukah orang Melayu bersaing dengan orang Cina?

  50. Salam,

    Terbaru, ketua penerangan PAS Idris Ahmad, telah mengumumkan PAS akan melaksanakan Program ‘Umno Pengkhianat Rakyat’, yang akan dilancarkan 9 Januari ini. Program ini kononya akan mendedahkan tindakan Umno terhadap orang Islam dan Melayu di negara ini. Apa-apa sahaja puak-puak ini. Bagi saya, strategi kempen “UMNO Pengkianat Rakyat” bakal mengundang bahana kepada parti PAS itu sendiri. Buruk sangatkah UMNO? Pengkianat sangatkah UMNO? Selama ini rakyat hidup menderita sangatkah di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO kah berbanding Thailand, Indonesia dan Myanmar? Tidak adakah jasa UMNO kepada negara dan rakyatnya?

    Saya tidak mahu mengulas isu ekonomi makro dan mikro walaupun saya mempunyai kelulusan yang tinggi untuk mengulasnya. Saya tidak mahu bercakap soal statistik, soal perakaunan dan sewaktu dengannya kerana saya mahu bercakap bahasa orang kampung. Saya mahu bercakap bahasa Haji Ismail dan Pak Mat yang berbual di kedai-kedai kopi. Analoginya cukup mudah:

    Kalau Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh muntah darah dan perlukan rawatan, hospital PAS ke yang dicarinya atau hospital yang dibina oleh kerajaan? Kenapa Wan Ismail memerlukan rawatan di Hospital Selayang? Bukankah UMNO itu pengkianat rakyat? Kalau UMNO pengkianat, maka segala hasil dan usaha yang UMNO lakukan HARAM digunakan oleh puak-puak PAS. Kalau boleh menerima tuntutan saman fasakh dari bekas isteri berjumlah berjuta-juta, kenapa tidak pergi ke hospital swasta sahaja, Tuan Haji?

    Berapa banyak anak-anak orang PAS yang bersekolah di sekolah Agama Rakyat PAS berbanding sekolah-sekolah bantuan kerajaan? Apa anak-anak orang PAS yang bijak pandai memaki dan memfitnah kerajaan selepas dibekalkan dengan segulung diploma atau ijazah tidak belajar di sekolah bantuan kerajaan dan mendapat bantuan pinjaman dan biasiswa kerajaan? Kenapakah puak-puak ini seperti susu diberi, jari digigitnya dan diibaratkan kita melepas anjing-anjing ini dari jerat, kita pula hendak digigitnya.

    Orang-orang PAS, tok-tok guru dan tok-tok alim yang pergi menunaikan Haji dan menyimpan di Tabung Haji, tahukah kamu siapakah yang menubuhkannya. Orang-orang PAS kah? Adakah orang-orang PAS tidak gunakah perkhidmatan Tabung Haji yang diusahakan oleh Kerajaan di bawah pimpinan UMNO?

    Sistem Takaful, kewangan dan perbankan Islam yang membolehkan umat Islam bermuamalat secara Islam dan tanpa was-was tu, siapa yang usahakan? Bank Islam, Takaful, Dinar Emas, Pajak Gadai Islam, Sistem Pasaran Islam tu orang-orang PAS yang usahakan ka?

    Puak-puak PAS pergi ke pasaraya-pasaraya kecil dan besar, sebelum membeli sesuatu barang, apa yang dahulu dibeleknya? Bukankah tanda halal JAKIM? JAKIM tu siapa yang tubuhkan? Puak-puak fanatik PAS jugakkah?

    Masjid-masjid yang dibina di seluruh negara supaya umat Islam boleh beribadah dan pihak PAS boleh memaki hamun dan memfitnah kerajaan tu, berapa banyak PAS yang dirikan? Kerajaan PAS yang memerintah Kelantan selama 19 tahun pun tidak pernah membina satupun masjid melainkan taksub dengan pembinaan kuil dan berhala-berhala yang terbesar, baik duduk, berdiri atau tidur.

    Saya sering kali bertempur dengan fanatik-fanatik PAS di Facebook. Setakat rencana ini ditulis, mereka masih tidak dapat menjawab satu-satunya soalan yang sering saya kemukakan kepada mereka. Kebanyakan dari mereka hanya berdolak dalik. Hari ini, sebagai menyambut kempen “UMNO Pengkianat Rakyat” yang dilancarkan oleh PAS, di bawah ini saya kemukakan soalan yang tidak pernah terjawab oleh puak-puak PAS:

    Apakah yang PAS lakukan untuk meningkatkan syariat Islam di Malaysia? Selain dari menjual ayat-ayat Al Quran dengan harga yang murah, apakah yang telah PAS lakukan untuk mengembangkan syiar Islam, sesuai dengan nama partinya sebagai nama Islam? Jangan berdolak dalik, berikan saya fakta mengenai soalan di atas dan bukannya merapu raban dan maki hamun.

    artikel daripada rakan sepejuangan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: