Dato’ Seri Najib: UMNO mesti BERANI BERUBAH

Ucapandasar Timbalan Presiden UMNO YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak merasmikan persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur, Selasa 24 Mac 2009. Ini juga merupakan amanat terakhir beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO sebelum mengambil alih sebagai Presiden UMNO ke VII 28 Mac 2009 ini.

 

 umno_logo2

 

Bismillahirrahmanirrahim.

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillahirrabbil a’lamin.

Segala salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,

 

Yang Berhormat Tan Sri Rafidah Aziz,

Ketua Pergerakan Wanita,

 

Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein,

Ketua Pergerakan Pemuda,

 

Yang Berhormat Datuk Noraini Ahmad,

Ketua Pergerakan Puteri,

 

Yang Berhormat Naib-naib Presiden UMNO,

 

Yang Berhormat Datuk Seri Setiausaha Agung UMNO,

 

Ahli-ahli Majlis Tertinggi,

 

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri,

 

Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian

1.    Alhamdulillah, marilah sama-sama merafakkan syukur setulusnya ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita berhimpun pada malam ini.

 

2.    Pertama sekali, kita ingin merakamkan ucapan tahniah kepada ketiga-tiga pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di atas tanggungjawab melaksanakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian dengan sempurna.

 

3.    Sesungguhnya Wanita, Pemuda dan Puteri adalah tulang belakang dan sayap parti UMNO. Jatuh bangun, gagal jaya parti bergantung kepada semua ahli terutama saudara dan saudari. Bersama semangat dan azam, Wanita, Pemuda serta Puteri mesti berusaha dengan penuh iltizam untuk menjadi satu pasukan yang terus menyalakan obor perjuangan. Yakinlah bahawa, kita sedang mengibarkan panji-panji kebenaran. Yakinlah bahawa, kita sedang bergerak di landasan yang mulia.

 

4.    Baru-baru ini, kita menghadapi dua pilihan raya kecil iaitu Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Kuala Terengganu. Sekalipun nasib tidak menyebelahi kita, saya berterima kasih kerana Wanita, Pemuda dan Puteri tetap menunjukkan semangat yang tinggi dalam perjuangan. Begitulah kita yakin komitmen seumpama ini akan diserlahkan jua dalam tiga pilihan raya kecil yang bakal kita hadapi pada 7 April nanti.

 

Saudara dan saudari,

 

5.    Sememangnya, perhimpunan kali ini adalah yang julung kali selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac tahun 2008. Jelas sekali, keputusan pilihan raya tersebut adalah yang terburuk pernah dialami oleh parti. Buat pertama kali kita kehilangan majoriti dua pertiga semenjak tertubuhnya Barisan Nasional lebih tiga dekad yang lampau. Walau pahit bak hempedu, walau kelat bak ketereh, itu adalah realiti yang perlu kita terima.

 

6.    Mahu tidak mahu, kita terpaksa mengakui bahawa ia berkait rapat dengan beberapa kelemahan yang sedang menular dalam parti. Pada persepsi ramai orang, hala tuju UMNO telah menyimpang jauh dari perjuangan asal penubuhan parti. Ternyata, ada sesuatu telah menyebabkan sejumlah besar rakyat yang dahulunya bersama UMNO kini menukar haluan mereka.

 

7.    Lantaran itu, tugas saudara dan saudari, para perwakilan pada tahun ini, adalah yang paling berat dalam sejarah UMNO. Berbeza dengan tahun-tahun pemilihan lalu, yang dipertaruhkan kali ini bukan hanya sejumlah jawatan. Bukan pula sekadar kedudukan atau status bagi mana-mana individu. Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival UMNO itu sendiri. Keputusan yang bakal kita ambil sepanjang persidangan kali ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah.

 

8.    Hakikatnya, UMNO masih disayangi oleh orang-orang Melayu. Tidak ada sesiapa dapat menafikan hal ini. Sebab itulah, mereka mengundi untuk mengekalkan UMNO sebagai parti terbesar dengan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat walaupun dinafikan majoriti dua pertiga. Atas sebab itu, UMNO wajib mengambil iktibar yang betul dari mesej yang disampaikan oleh orang Melayu. Jika tidak, perasaan sayang tapi marah ini akan bertukar pula menjadi benci dan terus tidak peduli.

 

Saudara dan saudari,

 

9.    Sebagai orang Islam, dalam menghadapi kemelut dan pelbagai cabaran, eloklah kita kembali merujuk kepada ajaran agama. Marilah merenung tiga ayat berikut sebagai panduan dan pedoman. 

 

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 26 bermaksud:

 

Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mahu dan Engkau jua yang mencabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa yang Engkau mahu dan Engkau hinakan pula sesiapa yang Engkau kehendaki.

 

Dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 ditegaskan:

 

Bagi manusia ada malaikat yang berganti-ganti mengintip, di hadapan dan di belakang . Mereka itu menjaganya dari perintah Allah. Sesungguhnya, Allah tiada mengubah keadaan suatu kaum kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.  

 

Surah Az-Zumar ayat 53 Allah memberikan harapan bahawa :

 

Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

10.  Mengambil maklum dan iktibar daripada ayat-ayat suci itu, makanya, kita berkumpul pada malam ini bukan untuk bersedih mahu pun untuk berduka lara di atas musibah yang berlaku, akan tetapi kita berhimpun sebagai sebuah parti atas satu tujuan untuk mencarta dan memeta arah tuju seterusnya kepada perjuangan UMNO.  

 

11.  Pujangga mengatakan, untuk melihat masa depan, kita mesti merenung sejarah lampau dan mena’kul peristiwa semasa. Sejarah telah membuktikan sepanjang enam puluh tiga tahun kewujudannya, UMNO telah banyak menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara. UMNO telah menjadi parti peneraju kepada usaha mencapai kemerdekaan. Inilah kejayaan monumental yang dicapai apabila UMNO mendukung aspirasi massa dan mewakili denyutan nadi rakyat terbanyak.

 

12.  Ketika itu juga, menyedari usaha untuk mendapatkan kemerdekaan tidak boleh dijayakan oleh orang-orang Melayu sahaja, satu formula perkongsian kuasa yang bitara di antara kaum telah diasaskan oleh pucuk pimpinan UMNO. UMNO juga telah membuat pengorbanan besar apabila di dalam Pilihan Raya Umum Pertama pada tahun 1955, sanggup memberi kerusi majoriti Melayu untuk diwakili oleh parti-parti bukan Melayu. Pengorbanan mulia tersebut telah menjadi tradisi UMNO sehinggalah kini.

Saudara dan saudari,

 

13.  Pencapaian UMNO lebih enam dekad penubuhannya bukanlah kejayaan kecil atau enteng. Ia tidak terhenti setakat memperoleh kemerdekaan malah telah berjaya mengisi kemerdekaan dengan prestasi rekod yang sangat cemerlang. Oleh itu, ahli-ahli UMNO tidak harus apologetik dalam berhadapan dengan retorik dan tohmahan parti-parti pembangkang.

 

14.  (Dekad Pertama Pasca Merdeka 1957-1970). UMNO hadir di persada politik tanah air bukan sekadar pemerhati di gerigi sejarah sebaliknya UMNO telah terlibat secara pro aktif dalam melakar, mencanai, mencorak serta membentuk perjalanan bangsa dan negara. Pada dekad pertama kemerdekaan, sebaik sahaja tamatnya darurat, bukankah pucuk pemimpin UMNO yang telah melancarkan perang terhadap kemiskinan melalui pembukaan tanah-tanah rancangan FELDA serta membangunkan kawasan luar bandar.

 

15.  (Dekad Kedua Pasca Merdeka 1971-1980). Pada dekad  kedua kemerdekaan pula, apabila ketidakpuasan hati rakyat dimanifestasikan melalui tragedi 13 Mei 1969, bukankah kepimpinan UMNO telah bingkas mengenal pasti kelemahan yang timbul lalu menggubal Dasar Ekonomi Baru. Hasilnya, pelaksanaan DEB telah berjaya mencipta kelas menengah Melayu pada skala besar dan menjadi asas kepada tiga dekad pertumbuhan seterusnya ekonomi Malaysia.

 

16.  (Dekad Ketiga Pasca Merdeka 1981-1990). Dalam dekad ketiga kemerdekaan pula, apabila berlaku kemelesetan ekonomi kesan jatuhnya harga komoditi, bukankah kepimpinan UMNO yang telah mencetuskan inisiatif industrialisasi dan memulakan program penyediaan prasarana secara besar-besaran?

 

17.  (Dekad Keempat Pasca Merdeka 1991 – 2000). Selanjutnya, dalam dekad keempat kemerdekaan, bukankah kepimpinan UMNO yang telah menggariskan Wawasan 2020 untuk menyediakan tapak bagi melonjakkan Malaysia memasuki era teknologi maklumat dan globalisasi? Semasa kegawatan kewangan tahun 1997 dan tahun 1998, apakah tidak UMNO juga yang menyelamatkan Malaysia dari terjerumus ke dalam perangkap krisis ekonomi Asia? Malah, kita telah berjaya mencorakkan formula tersendiri sekali gus keluar dari kemelut kewangan, menolak telunjuk IMF. Ironisnya hari ini, cara kita telah menjadi ikutan negara-negara yang dulunya lantang mengkritik.

 

18.  Alhamdulillah, memang ternyata UMNO mampu mengubah kesengsaraan menjadi harapan. Telah terbukti juga UMNO adalah parti yang berupaya membina satu bangsa bermaruah dan dihormati di seantero dunia. Parti inilah yang telah berjasa mengangkat rakyat Malaysia daripada kekangan kemiskinan kepada kelas hidup menengah dalam satu generasi sahaja. Hakikatnya, UMNO parti keramat ini telah sentiasa menjadi Nakhoda Zaman.

 

Saudara dan saudari,

 

19.  Waima apa pun kehebatan dan pencapaian parti, ahli-ahli UMNO hari ini perlu berpijak di bumi nyata. Lanskap politik negara telah berubah sama sekali. Kita tidak boleh terus bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa mencipta kejayaan-kejayaan baru. Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari tuntutan zaman, kita tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa semalam.

 

20.  Merujuk sudut demografi, lebih satu pertiga (41.5 peratus pada tahun 2005 diunjurkan 40.2 peratus pada 2010) daripada jumlah rakyat Malaysia berada dalam kategori belia yakni lingkungan umur antara 15 hingga 40 tahun. Lebih 70 peratus pula berada di bawah usia 40 tahun yang lahir pasca tragedi 13 Mei 1969. Secara keseluruhannya, 90 peratus adalah generasi merdeka. Manakala, anak-anak pasca tamatnya Dasar Ekonomi Baru iaitu mereka yang lahir pada tahun 1991 pula akan layak sebagai pengundi menjelang tahun 2012.

 

21.  Secara langsung, perubahan yang disertai dengan kemajuan di bidang ICT, pengangkutan, ekonomi dan pendidikan telah melahirkan kelompok pengundi lebih bermaklumat, mendesak lagi kritikal. Harus diingat bahawa generasi ini mungkin tidak dapat menjiwai perjuangan lalu kerana mereka tidak hadir dalam peristiwa-peristiwa tersebut dan sekadar mengetahuinya melalui buku-buku atau cerita-cerita sahaja.

 

22.  Kendatipun begitu, tidak bermakna kita ingin memperkecilkan kepentingan hasil perjuangan golongan terdahulu. Akan tetapi ia menuntut kita untuk kembali menjadi peneraju perubahan dalam memenuhi aspirasi orang-orang Melayu khususnya. Demi mencapai matlamat ini kita mesti melakukan proses muhasabah, pembaruan dan islah. Jelasnya, kondisi untuk maju ke hadapan, memerlukan kita mengenal pasti apakah kelemahan dan kekuatan. Kelemahan perlu diperbaiki manakala kekuatan sedia ada perlu diperkukuhkan dan dimantapkan. Jika kita tidak melakukan proses ini, UMNO akan dilihat sebagai sebuah parti yang terus-terusan berada dalam penafian. Usaha pembaruan ini amat menuntut kita untuk menggilap semula idealisme perjuangan.

 

23.  Untuk itu, UMNO harus berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat. UMNO dan mana-mana juga parti atau organisasi akan hancur jika pemimpin dan ahlinya dibelenggu politik wang. Pemimpin berkualiti tetapi tidak memberi rasuah akan terpinggir. Parti akan diterajui pula oleh golongan yang akan terus mengamalkan budaya itu dalam kepimpinan.

 

24.  Jelas, kalau tidak dibendung dan membarah, kelaknya pemimpin dan pengikut akan menganggap ia sesuatu yang biasa hingga timbul ungkapan ‘ beri salah, tidak beri kalah’. Barangkali juga semua dalam dewan ini tahu apa itu SK dan SI, Salam Kosong dan Salam Isi … Ini bukan satu gurauan. Kita mestilah menghapuskan politik wang hingga ke akar umbinya. Jika tidak, nantinya kita sama-sama bertanggungjawab untuk mengkafan dan menguburkan UMNO, parti tercinta ini.

wang_bangsa_perwakilan

 

Saudara dan saudari,

 

25.  UMNO sama sekali tidak boleh dilihat sebagai parti yang anti idea baru, anti orang cerdik pandai atau parti yang tidak mesra dengan orang muda. Kita adalah parti yang bertanggungjawab meningkatkan akses pendidikan terutamanya pendidikan tinggi kepada mereka. Kini, 38 peratus kumpulan umur 17 hingga 23 tahun berpeluang mendapat pendidikan tinggi.  Angka diunjur ini akan meningkat kepada 40 peratus menjelang tahun 2010 dan 50 peratus apabila tibanya 2020. Apa yang penting, janganlah kita biarkan hasil semaian UMNO ini terlepas ke tangan pihak lain. Sebolehnya, kita perlu menawan imaginasi golongan ini dengan memastikan arah tuju parti seiring dan sejalan dengan aspirasi mereka.

 

26.  Kita mesti juga memastikan amalan jelek cantas mencantas dan sekat menyekat mana-mana anak-anak Melayu, tua atau muda, terpelajar atau tidak, dihentikan pada detik, saat dan ketika ini juga. Sikap tercela ini akan hanya menjauhkan kita dari mereka yang penuh ikhlas ingin berkongsi perjuangan. Hal ini jika tidak dikawal, sedikit demi sedikit akan menyemai bibit-bibit kemusnahan kepada parti yang selama ini menjadi tonggak bangsa dan negara.

 

27.  Selain itu, sama ada kita sedar atau tidak, banyak pihak hari ini menanggap, terdapat keterpisahan antara aspirasi UMNO dan aspirasi massa. Bagi mereka, cita rasa UMNO bukan lagi cita rasa rakyat. Oleh yang demikian, orang-orang UMNO janganlah terperangkap dalam kepompong sendiri dan terlalu asyik dengan proses dalaman parti. Janganlah begitu teruja dalam merebut kedudukan sehingga lupa tentang kayu ukur sebenar kejayaan parti demokratik itu adalah, memenangi pilihan raya atau pun tidak. Apalah gunanya kita menduduki jawatan dalam sebuah parti yang tidak ada kuasa dan tidak menerajui kerajaan?.

 

28.  Selanjutnya, kita akui bahawa bukan semua orang Melayu adalah ahli UMNO. Dari itu, percayalah UMNO akan kuat jika pintu kemasukan dibuka seluas-luasnya kepada orang-orang Melayu dan UMNO terus kekal menjadi parti yang mewakili aspirasi mereka. UMNO juga akan menjadi hebat jika budaya merendah diri dan sikap suka berkhidmat kepada masyarakat menjadi amalan ahli-ahlinya. UMNO akan menjadi lebih kukuh jika ahli-ahli UMNO berhenti mempersoalkan apakah yang mereka boleh dapat dari parti, sebaliknya apakah sumbangan kepada agama, bangsa dan negara melalui UMNO.

 

29.  Lalu, sewajibnya dikikis serta dibuang jauh, imej serta tanggapan bahawa pimpinan UMNO kini elitis dan terasing dari dakapan rakyat. Pemimpin UMNO mestilah cekap menafsir apakah hasrat dan apa yang sebenar sedang berlaku di kalangan masyarakat. Janganlah kita seperti kadok naik junjung seraya lupa bahawa UMNO itu adalah parti akar umbi, lupa akan hakikat UMNO itu, parti yang lahir dari semangat membara rakyat kebanyakan. Insaflah, di jemala UMNO terjunjung amanah membela untung nasib rakyat.

 

30.  Jika benar kita telah menyimpang dari roh dan semangat asal perjuangan suci UMNO, maka haruslah kita berubah dan balik semula ke pangkal jalan. Kita bawa semula UMNO menelusuri landasan sebenar. Untuk itu, kita perlukan barisan pemimpin yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran.

 

Saudara dan saudari,

 

31.  Sebagai komponen terbesar sayap UMNO, pergerakan Wanita di bawah kepimpinan YB Tan Sri Rafidah Aziz telah mempamerkan iltizam yang kukuh dalam apa jua keadaan terutamanya di setiap pilihan raya. Perpaduan pergerakan Wanita sangat penting untuk UMNO. Oleh itu, janganlah disebabkan keghairahan sementara, kita meruntuhkan pula apa yang terbina selama ini. Kita tidak mahu melihat wujudnya sebarang perpecahan. Bersatulah, kerana sesungguhnya yang menang tidak akan menang semua dan yang kalah tidak akan kalah segala-galanya. Yang menang hendaklah berjiwa besar dan berlapang dada menerima yang kalah, manakala yang tewas, hendaklah akur dan menghormati keputusan demi meneruskan perjuangan parti. Bak kata pepatah apabila biduk berlalu kiambang pun bertautlah kembali.

 

32.  Kepada para Pemuda, saudara semua adalah hulubalang yang menjadi perisai parti. Pemuda memang terkenal kerana selama ini berada di barisan hadapan perjuangan. Dekad lampau yang penuh ranjau menyaksikan barisan pemuda teguh membentengi parti. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang telah berjaya mengetuai Pemuda dari era kegetiran kepada era kestabilan, seterusnya memberi kepimpinan yang komited dalam menyokong aspirasi perjuangan  selama lebih satu dasawarsa.

 

33.  Begitulah juga, Puteri UMNO yang ditubuhkan hampir sedekad lalu, memang, telah berjaya mencetuskan minat golongan wanita muda untuk melibatkan diri dalam arus politik perdana. Terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Noraini Ahmad yang telah menjalankan tugas dengan lancar sepanjang beliau memegang tampuk kepimpinan Puteri UMNO. Yang mustahak, kita ingin melihat Puteri terus bersemangat dan gigih bekerja sebagai elemen yang sentiasa berupaya menyegarkan perjuangan parti.

Saudara dan saudari,

 

34.  Persidangan kali ini menjadi tanda penyerahan obor perjuangan kepada generasi kepimpinan baru. Perjuangan lima dekad pertama selepas kemerdekaan hendaklah menjadi asas kepada perjuangan 50 tahun mendatang. Oleh itu, untuk UMNO terus kekal relevan, generasi kepimpinan baru wajar menyedari bahawa 50 tahun kedua kemerdekaan amat berbeza dengan apa yang pernah UMNO lalui. Pemimpin-pemimpin UMNO seharusnya memastikan parti sentiasa berada di hadapan kelok pembaruan bukannya penaklid yang mengekor di belakang. Hal ini menuntut kepada penelitian semula pendekatan, sikap dan sistem nilai ahli-ahlinya.

 

35.  Contoh yang paling mudah, jika diimbau pada pilihan raya tahun 1999, pada peringkat awal munculnya pengaruh media baru, kita bersikap tidak acuh pada perkembangan itu. Lima tahun kemudian semasa pilihan raya tahun 2004, kita masih mengambil mudah kebangkitan media alternatif. Kita telah alpa dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat hatta tidak bersiap siaga untuk menghadapi peperangan alam siber. Natijahnya, semasa pilihan raya Mac tahun 2008, kita telah tersentak dari lamunan dek kegagalan memahami kesan pengaruh media baru.

 

36.  Suka atau tidak, kita tidak boleh menjadikan hambatan medium ini sebagai musuh. Generasi muda kepimpinan UMNO harus berperanan sebagai pelaku proaktif di tengah-tengah fenomena. Generasi muda kepimpinan UMNO perlu berbicara dalam lenggok bahasa komuniti siber. Generasi muda kepimpinan UMNO juga mesti menjadi pemuka kepada penggunaan teknologi sebagai senjata politik. Barulah kita, boleh mengaku sebagai parti yang mewakili bisikan nurani sebenar rakyat terutamanya di kalangan generasi muda. Barulah kita, boleh menang dalam persaingan idea dan pertarungan pengaruh di antara parti-parti politik.

 

Saudara dan saudari,

 

37.  Dalam tradisi Melayu Islam, apabila sesat di tengah jalan kita dianjurkan kembalilah semula ke pangkalnya melalui proses muhasabah dan introspeksi. Oleh itu, sempena bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW marilah kita mengambil semangat dan pengajaran dari perjalanan sirah Baginda sebagai contoh pemimpin transformasi yang teragung. Baginda telah berjaya memimpin dan mentarbiah masyarakat jahiliah yang diliputi kegelapan menuju sirna ketamadunan.

 

38.  Rasulullah juga semasa berhijrah telah mempersatukan antara kaum Auz dan Khazraj. Kemudian mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Selepas itu menyatupadukan pula orang-orang Islam dan bukan Islam. Semua ini dilakukan kerana Rasulullah menyedari peri pentingnya perpaduan sebagai asas kota Madinah ketika itu. Ini menunjukkan kejayaan atau kegagalan, kecemerlangan mahupun kebungkaman sesuatu tamadun dan bangsa itu tidaklah ditentukan oleh faktor fizikal semata-mata. Faktor yang lebih utama adalah faktor emosional, spiritual serta sistem nilai yang mendasari pegangan juga amalan masyarakat dan kepimpinannya.

 

39.  Tersenarai, antara nilai-nilai utama yang menentukan maju mundur sesuatu bangsa adalah muafakat, berdisiplin, menghormati waktu, mengotakan janji, dedikasi kepada tugas, pelaksanaan yang cekap, ketekunan bekerja dan meletakkan kepentingan ramai mengatasi kepentingan diri. Inilah sebenarnya nilai-nilai sarwajagat Islam yang telah diterapkan oleh Rasulullah dalam membimbing umat mencapai al-falah.

 

40.  Sejarah turut membuktikan apabila orang-orang Melayu berpegang teguh kepada amalan Islam kita akan menjadi bangsa yang dihormati. Menyingkap kecemerlangan tamadun Islam, makanya demi survival, UMNO dan orang-orang Melayu perlulah melakukan hijrah dengan membuat pembaruan transformasi yang bersifat total dan tuntas. Mengambil iktibar daripada sirah, dapat disimpulkan bahawa perpaduan kebangsaan sewajibnya bermula dengan perpaduan di kalangan orang Melayu. Sayangnya, perpaduan Melayu hari ini diasak dari pelbagai sudut dengan budaya fitnah memfitnah, separuh benar dan pembohongan yang dahsyat. Hari ini, fitnah bukan sahaja berlaku di kalangan orang munafik tetapi sudah menjadi permainan golongan yang kononnya, mendakwa diri mereka sebagai pemimpin Islam dan agamawan.

 

41.  Bertolak dari situ, situasi hari ini menuntut UMNO, sebagai wahana perdana politik orang Melayu agar memperbetulkan kembali visi dan hala tujunya, sekali gus, mengenal pasti langkah-langkah bugar untuk mentransformasi UMNO supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu.

 

42.  Untuk mencapai matlamat ini, pertama sekali, adalah sangat mustahak untuk mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik. Di semua peringkat ahli-ahli UMNO perlu dididik dan diberi kefahaman secukupnya agar menjadi penyokong yang celik tentang sejarah parti. Barulah nanti akan wujud kesetiaan yang berasaskan kepada keyakinan terhadap perjuangan UMNO. Kita tidak boleh mengambil mudah tentang proses ini yang sebenarnya telah menjadi punca kepada jatuh bangun sesebuah tamadun dan bangsa. Jadinya, kita perlu memperkukuhkan proses pendidikan dan pengkaderan melalui kursus-kursus politik secara terancang, berperingkat lagi tersusun berdasarkan kurikulum yang digubal khas merangkumi pendedahan sejarah, pembinaan jati diri dan esprit de corps.

 

43.  Kita ingin mencadangkan kursus atau latihan kepimpinan berbentuk 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam diperhebat di kem atau di pusat latihan seluruh negara. Modul kursus seumpama ini wajarlah padat dengan pengukuhan nilai murni perjuangan dan bertujuan melatih para ahli menjadi pemimpin yang mulia. Kaedah latihan juga wajar bercorak lebih lasak termasuk modul kembara di hutan atau di laut untuk membina semangat kekitaan dan mengeratkan tali persaudaraan sesama ahli dan pimpinan.

 

44.  Keduanya, kita mesti mengubah cara UMNO menentukan pemimpin termasuklah sistem kuota. Kita perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar. Sekarang ini, sebagai contoh pemilih bagi perhimpunan Agung UMNO hanya di kalangan hampir 2,600 orang yang terdiri daripada perwakilan dari 191 bahagian. Sudah tentu keputusan yang dibuat oleh perwakilan sejumlah itu tidak mencerminkan sepenuhnya hasrat lebih tiga juta ahli UMNO di peringkat akar umbi di seluruh negara. Pada hemat saya, telah tiba masanya untuk kita mengkaji semula perlembagaan UMNO dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan UMNO dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat.

 

45.  Inilah jalan yang akan dapat membendung masalah politik wang dan salah guna kuasa. Inilah juga jalan, jika kita ingin parti ini terus kekal kuat dengan sewajarnya mengembalikan semula mandat pemilih kepada akar umbi. Apabila rakyat sudah berpaut dengan kita, barulah UMNO akan kembali menjadi perkasa. Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli UMNO menjiwai kelazatan berkhidmat kepada masyarakat. Setiap masalah rakyat yang berjaya kita bantu, setiap kekusutan mereka yang berjaya kita leraikan dan setiap kebuntuan ramai yang dapat kita atasi akan menjadi suntikan semangat untuk terus berkorban demi sebuah perjuangan.

 

Saudara dan saudari,

 

46.  Hari ini kira-kira dua pertiga rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Atas kejayaan dasar-dasar yang digubal oleh UMNO juga sebahagian besar masyarakat Melayu telah menjadi masyarakat bandar. Sehubungan dengan perkembangan ini, UMNO bukan sahaja perlu terus memperkasa usaha memerangi kemiskinan di luar bandar tetapi juga perlu peka dengan masalah kemiskinan bandar. Perlu difahami bahawa sebilangan keluarga di bandar yang berpendapatan rendah kini sukar untuk memenuhi tuntutan kehidupan seharian.

 

47.  Berdasarkan itu, bahagian-bahagian UMNO di bandar perlu memainkan peranan  masing-masing dalam mengetengahkan rintihan golongan Melayu bandar yang berpendapatan rendah. Nyatanya pun, terbukti sejak sekian lama rekod kepimpinan UMNO telah hampir berjaya membasmi kemiskinan tegar luar bandar melalui pelbagai rancangan. Sekarang tibalah masanya kita mengulangi kejayaan itu dalam membasmi kemiskinan bandar bersesuaian dengan konteks semasa. Lantas, UMNO sebagai parti tonggak pemerintahan akan memastikan agenda ini diberi keutamaan oleh kerajaan.

 

Saudara dan saudari,

 

48.  UMNO menjunjung kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Raja-raja Melayu sebagai payung negara dan payung negeri menjadi elemen penting kepada supremasi perlembagaan. Walaupun dalam sistem ini raja bertakhta tapi tidak memerintah, setiap kerajaan tetap mentadbir atas nama baginda sebagai ketua eksekutif kerajaan. Oleh itu, jika orang-orang Melayu sendiri tidak menunjukkan rasa hormat kepada raja-raja kita yang selama ini menjadi asas kestabilan dan simbol perpaduan, maka, siapa lagi?

 

49.  Justeru itu, janganlah mana-mana pihak memutarbelitkan fakta sejarah tentang tindakan UMNO meminda undang-undang berkaitan raja-raja. Tindakan itu dibuat bukan dengan mala fide tetapi dengan hasrat yang murni untuk tetap mengekalkan dan melindungi kemuliaan raja-raja dalam usaha memperteguhkan doktrin pengasingan kuasa yang mendasari sebuah kerajaan demokrasi. Di sini, suka saya mengingatkan kepada semua orang Melayu, janganlah nanti sudah terhantuk baru terngadah. Pada pihak yang telunjuknya lurus tetapi kelingking berkait, janganlah pagi sembah setia tetapi petang sembah derhaka.

 

Saudara dan saudari,

 

50.  Dengan segala cabaran nasional serta global, sedang dan akan dihadapi, kita sudah tiada masa. Krisis ekonomi yang melanda adalah di luar dugaan malah ia merupakan krisis yang terburuk semenjak kemelut The Great Depression. Makanya, kita tidak boleh sekali-kali leka dibuai rasa selamat dan tidak berpaut dengan realiti. Zahirnya, ekonomi Malaysia hari ini amat berbeza dengan ekonomi 50 tahun dahulu. Hari ini, Malaysia merupakan antara 20 negara dagang terbesar di dunia dengan nilai dagangan antarabangsa melebihi satu trilion ringgit setahun.

 

51.  Tidak dapat dielakkan, apa yang berlaku di persekitaran ekonomi dunia memberi kesan langsung terhadap ekonomi kita. Kemakmuran yang kita nikmati hari ini adalah berasaskan kemakmuran global. Malaysia tidak boleh maju jika ekonomi dunia terus merudum. Kita juga tidak boleh pulih jika rakyat tidak mempunyai keyakinan. Malah prasyarat kepada pemulihan ekonomi adalah kestabilan politik dan keutuhan institusi negara. Dalam hal ini, janganlah kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Suka saya menyeru, marilah kita bersama meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan politik yang jumud dan sempit.

 

Saudara dan saudari,

 

52.  Bahasa itu jiwa bangsa. Indahnya bunyi ungkapan. Di noktah ini saya ingin tegaskan bahawa kedaulatan bahasa Melayu akan tetap kita pertahankan walau apa pun yang terjadi. Namun begitu, harus diingat, tanpa bangsa apa gunanya bahasa. Misalnya, bahasa Latin telah hampir lenyap dan hanya hidup menjadi bahasa akademik di menara-menara gading serta istiadat dengan runtuhnya empayar Roman. Apatah lagi nasib bahasa Sanskrit, Inca dan Aztec yang mati dan tenggelam bersama bangsa penuturnya. Inilah nasib bahasa apabila bangsa penutur itu sendiri sudah tiada lagi. Lagipun, siapa yang hendak belajar bahasa yang dipertuturkan oleh bangsa yang lemah, miskin dan tidak berilmu.

 

53.  Dek yang demikian, kelangsungan sesuatu bahasa bergantung penuh kepada kemapanan bangsanya. Hanya bangsa yang maju akan menjulang martabat bahasa, budaya dan sistem nilainya. Pokok pangkalnya, sesuatu bangsa itu perlu diperteguh dan diperkasakan terlebih dahulu. Ini memerlukan kepada penguasaan ilmu dan pengetahuan yang hari ini kebanyakannya didasari bahasa Inggeris. Seyogia, generasi muda terutamanya perlu bukan sahaja menguasai bahasa Inggeris malah sekurang-kurangnya tiga bahasa utama dalam usaha menakluki pasaran dunia (dan ini tidak termasuk dialek-dialek seperti Jawa, Bugis, Banjar dan dialek “Kelate”). Usahlah bimbang, mempelajari pelbagai bahasa tidak akan melunturkan jati diri kita sebagai orang Melayu sebaliknya akan lebih mengukuhkan keyakinan diri bangsa untuk berhadapan dengan era globalisasi. 

 

54.  Oleh yang demikian, jangan berlengah lagi. Hentikan segala polemik yang tidak bermanfaat. Hentikanlah juga segala bentuk kerenah politik yang menjengkelkan. Marilah kita bersama-sama menyingsing lengan mengumpul kudrat nasional demi memastikan kemakmuran negara akan berterusan. Ingatlah, UMNO bukan parti siasah yang biasa seperti parti pembangkang, kita adalah parti yang telah diamanahkan oleh rakyat Malaysia untuk menjadi peneraju kepada kerajaan yang memerintah. Kendati itulah rakyat Malaysia sentiasa bergantung harap kepada UMNO sebagai parti yang mampu memberi kepimpinan dan mencipta penyelesaian.

 

55.  Melayu dan UMNO tidak dapat dipisahkan. Bagai aur dengan tebing, bagai irama dengan lagu, apabila orang Melayu dan UMNO bergerak sederap dan seiring, sejarah telah membuktikan bahawa maruah dan martabat bangsa telah berjaya diangkasakan. Namun apabila orang Melayu mula menjadi seperti enau dalam belukar ingin melepaskan pucuk masing-masing sehingga ada yang sanggup membelakangkan kepentingan bangsa, maka anasir-anasir tertentu telah mula menyelinap dan menangguk di air yang keruh. Kini orang Melayu tampak seolah-olah hilang punca dan kekuatan. Akibatnya, telah mula ada pihak-pihak yang mempersoalkan apa yang sudah dipersetujui dan termaktub dalam perlembagaan. Ada pula yang berani menuduh kita mengamalkan dasar aparteid. Sedangkan ini jauh menyimpang dari kebenaran.

 

56.  Ketahuilah sesungguhnya, dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan bagi membantu orang Melayu bukan kerana kita merasakan bahawa bangsa Melayu lebih mulia dari sesiapa tetapi dasar-dasar ini digubal atas sebab bangsa Melayu masih ketinggalan di belakang bangsa-bangsa lain. Malah, jika membiarkan bangsa Melayu dan bumiputera yang membentuk lebih dua pertiga rakyat negara terpinggir tanpa pembelaan itulah sebenarnya satu formula ketidakstabilan. Oleh sebab itu, kita akan meneruskan dasar yang adil bagi semua, tanpa mengira kaum.

 

57.  Kesimpulannya, untuk kekal lestari UMNO mesti memenangi semula hati dan pemikiran orang Melayu. Jadinya, mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap-sikap mazmumah kepada sikap-sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat. Berubahlah, jika tidak, kita rebah.

 

Saudara dan saudari,

 

58.  Patah tumbuh hilang berganti. Di sini, saya bagi pihak UMNO ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Presiden parti yang telah memimpin UMNO sepanjang lima tahun lalu. YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, dalam rangka mempertingkatkan keyakinan terhadap institusi kehakiman, telah menubuhkan Suruhanjaya Perlantikan Hakim. Begitu juga usaha berterusan beliau memerangi rasuah dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

 

59.  Kita turut berterima kasih kepada Pak Lah di atas segala sumbangan khususnya dalam menyediakan jaringan keselamatan sosial dari segi memerangi kemiskinan tegar dan memperkasakan industri pertanian negara.

 

60.  Menjadi asas kepada semua ini adalah pemerkasaan modal insan yang sering ditekankan oleh YAB Perdana Menteri. Pak Lah melihat bahawa menjelang separuh abad kita merdeka, negara telah pun memiliki prasarana fizikal yang moden dan bertaraf antarabangsa. Kemajuan fizikal ini tidak lengkap tanpa dikendalikan oleh modal insan yang berdaya saing dan berkemahiran tinggi. Usaha memperkasakan modal insan ini telah dijadikan teras seperti tergaris dalam misi nasional dan akan kita teruskan dalam perjalanan menuju wawasan negara.

 

Saudara dan saudari,

 

61.  Menoleh perjalanan politik saya, sudah lebih 33 tahun saya bersama dengan sayap-sayap UMNO setiap kali persidangan. Alangkah hiba rasanya, malam ini, saya berdiri di hadapan saudara dan saudari buat kali terakhir sebagai Timbalan Presiden merasmikan persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri. Saya juga berasa terharu dan tawadhuk kerana diri ini diamanahkan dengan kepercayaan padu akar umbi untuk memimpin parti dan seterusnya negara.

 

62.  Sesungguhnya, saya diperinsafkan oleh hakikat bahawa laluan kepimpinan yang bakal diwarisi ini telah dirintis oleh pemuka-pemuka bangsa yang agung, bermula dari Allahyarham Dato’ Onn Jaafar diikuti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, kemudian pula ayahanda saya yang dikasihi Allahyarham Tun Abdul Razak. Berikutnya beliau disusuli Allahyarham Tun Hussein Onn sebelum diambil alih oleh YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kini amanah yang dipikul oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi akan diserah pula kepada saya. Maka kini, dalam suasana yang begitu mencabar kepada parti dan negara, tergalas di bahu ini satu tugas besar bagi meneruskan tanggungjawab mulia parti UMNO membela untung nasib rakyat.

 

63.  Di sini, dengan ikhlas dirakamkan penghargaan peribadi kepada setiap ahli UMNO yang telah menyokong saya. Saya juga ingin memahatkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri kerana telah memberi kerjasama sepenuhnya selama saya memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO.

 

64.  Adalah diharapkan agar permuafakatan yang sebegini diteruskan apabila saya memegang jawatan Presiden nanti. Saya juga percaya sokongan yang seumpamanya jua akan diberikan kepada Timbalan Presiden UMNO baru yang bakal dipilih kelak. Dengan penuh semangat saya yakin bahawa, jika kita semua terus bersatu dan berganding bahu, yang berat akan tetap mampu dipikul, yang ringan dapat pula dijinjing bersama menakhoda zaman.

 

65.  Akhir kata, safkanlah kepada saya sekumpulan pimpinan yang ampuh dan padu. Bariskanlah kepada saya satu pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan lagi berdedikasi. Dipanjatkan doa kepada Tuhan Yang Maha Esa, insya Allah, laungan perjuangan UMNO sebagai pembela nasib rakyat akan terus bersemarak dan bergema di Dewan Merdeka ini. Patah sayap bertongkat paruh, gunung nak didaki, didaki jua.

66.  Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2009.

 

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

 

 

Published in: on March 24, 2009 at 22:43  Comments (30)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/03/24/dato-seri-najib-umno-mesti-berani-berubah/trackback/

RSS feed for comments on this post.

30 CommentsLeave a comment

  1. Terkini:

  2. wuu…….rompak melayu yang bodoh..itulah umno!betui…betui…betui…umno melayu memang bodoh banggang!

  3. memang tidak faham,kok perangai melayu perangai macam syaitan dan iblis…penuh dengan jerjalah rasuah dan tipu menipu!orang umno memang bodoh semualah!tidak boleh dinafikan!orang melayu umno sangka mereka adalah tuan!tetapi faktanya!mereka adalah hamba kepada rakyat(melayu,cina,india dan semua)melayu…bangunlah,mari kita bersama-sama membangun negara ini denagn semua kaum!umno ini hanya tahu menipu dan terus menipu rakyat melayu jangan bodoh ditipu lagi!

  4. Kepada lailatul izwan said dan ibrahim said, kamu dua mcma adik beradik SYAITAN. Saling melengkapi iaitu mengutuk,mengeji dan menghina sesama manusia dan bangsa.

    Orang mcm kamulah patut usaha dan bangkit memimpin jika nak sangatjadi pemimpin.Kalu setakat terlaung2 serupa mcm Anjing menyalak bukit.

  5. […] 2) Follow Datuk Najib’s full speech just now here. Versi Melayu – di sini. […]

  6. masing masing sudah takut kerna Umno sudah nampak gah di mata pembangkang…

    HAHAHAH..

    the end is near for anwar aljub!

  7. Kepada 3 pemberi komen teratas, harap hindarkan cakap-cakap picisan macam tu. Tak cerminkan adab tu. Eloklah kalau apa yang ditaip itu ditumpukan pada bab intelektual perbincangan ucapan DS Najib.

    Jangan jadi seperti kanak-kanak. Insaflah.

    Semua penyokong PR memang macam ini ke?

  8. 33 bloody years waiting, finaly the dream is about to materialise..after all this years
    so much can be “read” frm the speech really. sigh.

  9. Tahniah DS Najib di atas ucapan dasar yang sangat bermakna. Dari ucapan tersebut, tidak dinafikan lagi, keperluan yang sangat penting betapa belum pernah lagi pemilihan ketua pemuda UMNO yang tepat kali ini tersangat2 kritikal dan memerlukan orang yang mempunyai jatidiri dan naluri MELAYU yang tidak mementingkan keluarga tetapi bangsa, yang tidak menyalahgunakan amanah dan kuasa. Yang bersih dan dilihat bersih. Yang berani untuk menegur kepimpinan yang menyeleweng walaupun dihimpit oleh pelbagai tekanan, pengkhianatan dan penganiayaan.
    Dalam pemilihan ini, saya ikhlas dan jujur, saya tidak melihat orang lain selain daripada DATUK MUKRIZ TUN MAHATHIR kerana semangat perjuangan bangsanya yang tulen, yang tidak nampak pada calon2 yang lain yang penuh dengan kontroversi.

  10. Salam,

    57. “….we must change for the benefit of the people. We must dare to change ”
    Finally…

    MUKHRIZ IS HIS CHOICE!

    Isn’t it obvious?

  11. ye aku tau negare kite semakin maju..
    tp bangsa MELAYU kite SEMAKIN mundur..
    ade faham..inilah sumbangan UMNO utk negare.. umno boleh blah!!!

    Betul ka kedudukan orang Melayu makin mundur semenjak UMNO memerintah? Ada data?

    Data yang ada menunjukan sebaliknya! Malaysia dan orang Melayu makin maju semenjak UMNO mendesak Kerajaan Persekutuan menerimapakai dan implementasi dasar dsara tertentu, yang dirancang khas untuk membangun dan mempertingkatkan keupayaan orang Melayu.

    MARA lahir akibat pemimpin UMNO bermuafakat untuk merancang pembangunan sosio-ekonomi orang Melayu. Begitu juga Tabung Haji, Bank Bumiputra, PNB, UKM dan MRSM/IKM.

    Perjuangan UMNO setakat ini mampu meningkat pendapataan isi rumah melebihi 20 kali semenjak Merdeka dan penguasaan ekonomi Melayu diperingkat negara meningkat 3300% semenjak 1971.

    Jumlah professional Melayu dalam semua bidang juga dipertingkatkan 4000% semenjak UMNO berjaya mendapat persetujuan semua parti komponen BN, termasuk Gerakan dan PAS untuk laksana DEB.

    UMNO menentukan 70% kemasukan pelajar IPTA, yang juga kemudahan berjaya ditingkatkan sebanyak 3000% dalam 35 tahun.

    Cakap rhetorik tanpa fakta memang sedap untuk menjatuhkan orang lain secara simplistik. Tetapi apabila hujah dibalas dengan data dan fakta, terkang kang nanti!

  12. mmg obvious yg Mukhriz id his choice!berani berubah!

  13. Cheers Big Dog

    Najib has set the tone to revitalise and re-energise Umno.
    No more apologies needed to do what is right for the Malays.
    Umno is back on track and it’s up to members to ensure it stays on course.
    Indeed Umno is still THE beloved party of the Malays.
    Together we can make it happen.
    As a Malay we have to accept Umno, warts and all.
    Where are we without Umno?
    To me Umno is like a parent, though ailing and feeble, need my care and nurture to stay healthy.
    I just cannot abandon my parents to die in a nursing home.

  14. Syabas kepada Dato Seri dengan ucapan yang cukup teruja. Kami rakyat ingin melihat akan perubahan yang dimaksudkan. Jika tidak, selamat tinggal UMNO dari persada politik Malaysia buat selama-lamanya. Tetapi yang saya musykil kenapa UMNO masih tidak berubah, masih menggunakan nama singkatan Inggeris. Ubahlah supaya lebih mencerminkan melayu sepenuhnya. Gunalah Persatuan Melayu Bersatu Kebangsaan kalau betul-betul berjiwa melayu yang mahu memperjuangkan hak-hak orang melayu. Ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Renung-renungkan lah.

  15. SALAM BRO, DENGAN IZIN YA..

    BERKALI KALI AKU TANYA PAS, DI MANA LETAKNYA KEISLAMAN PARTI TU? AKU TAK NAMPAK PUN…BENDERA JE DAH JADI BENDERA WEREWOLF ATAU PUN VAMPIRE!

    NIK AJIS SELALU CAKAP TAK BETUL DAN DIA ADALAH PENGIKUT SYIAH!

    NIZAR CELAKA HARAMI KAT PERAK TU TELAH MELACURKAN SEMUA TNAH2 HAK MELAYU KE TANGAN KOMUNIS!

    ADA TAK PAS MELAMBANGKAN ISLAM? MANA YA? TOLONG CERITA SIKIT!

  16. NI ADA SATU CERITA PANAS PASAL MAMAT YANG BERNAMA WAN INDRA PUTRA BIN AHMAD! BUKAN TUAN-TUAN DIA NI BUKAN PEMAIN BOLASEPAK, DIA NI DIKENALI SEBAGAI RAJA SEGALA KATAK, KERJA DIA NI DOK SUKA MELOMPAT JE DARI SATU PARTI KE PARTI LAIN….ADAKAH ANDA KENAL DIA? ASAL UMNO LOMPAT PKR, MASUK BALIK UMNO KELUAR LAGI PASTU MASUK BALIK…PEHHHH…INILAH BAPAK PADA SEGALA KATAK SIOT! NIK AJIS NGAN AL JUBURI WAL LIWATI PUN TAKUT TENGOK MAMAT NI…

    AL KISAHNYA BILA DIA MASUK UMNO SEMULA, DIA SANGAT LA SUKA MEMUJI PAK LAH FLIP FLOP! ASAL APA SAJA PAK LAH BUAT SEMUANYA BETUL LA BAGI MAMAT YANG BERNAMA SEPERTI PEMAIN BOLASEPAK NI….TU DIA, KIRANYA DIA NI JENIS AMPU DAN CIUM BONTOT TAHAP WORLD PUNYA LA, DENGAR CERITANYA DIA KELUAR UMNO DULU SEBAB DITOLAK DARI JADI AJK PEMUDA BAHAGIAN KOTA RAJA DULU, TUP TUP LOMPAT MASUK PKR JADI SETIAUSAHA KEADILAN@PARTI SEX BEBAS, TAK PUAS HATI JUGAK TUP LOMPAT MASUK UMNO BALIK! PASTU MACAM TU LA CYCLE DIA SAMPAI LA DIA DAPAT CABLE NGAN PAK LAH!

    KESEMPATAN KEKABELAN INI TELAH DI GUNA PAKAI OLEH BRADER WAN INDRA PUTRA ATAU KAWAN-LAWAN DIA PANGGIL DIA WAN INDRAF POKEMON NI DENGAN BEGITU CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG SEKALI TAU! JENIS MANUSIA RAJA KATAK MACAM NI LAH YANG BUATKAN PAK LAH TAK SEDAR AKAN KESILAPAN DIA DAN TERUS MENGANGGAP DIRI BELIAU MASIH POPULAR! ORANG MACM NI LAH YANG AKAN MENGHANCURKAN NEGARA!

    NAK TAU APA DIA DAPAT, TU DIA PROJEK PASIR SUNGAI DAN BERMACAM MACAM LAGI LA! NAK TAU KENAPA SEBAB DIA BODEK TAHAP GABAN PUNYA KAT PAK LAH WOO! DASYAT MAMAT NI PUNYA WAYANG LA, SAYA INGAT NI MAMAT ADA AMBIK KURSUS DENGAN AL JUBURI WAL LIWATI LA! MESTI PUNYA LA! MALAH BOLEH DIKATAKAN BERJUTA JUTA DIA DAH SONGLAP LA! ITU LA PASAL DIA TAK MAHU HILANG NI TELUR EMAS, DIA BERMATI-MATIAN MAU PILIHAN PAK LAH YANG JADI TPM! SUPAYA DIA BOLEH SURVIVE LAGI…DASYAT GILE LE ORANG MACAM NI…TAKDE MARUAH KE?

    PARPUKARI TARAK MERAPU PUNYA, APA SAYA CAKAP MEMANG BETUL PUNYA! PASAL JENIS ORANG MACAM NI LA UMNO PARTI KERAMAT DI PANDANG HINA OLEH PEMBANGKANG DAN MASYARAKAT PADA AMNYA!

    TAK CUKUP DENGAN TU, BARU BARU INI, MAMAT INI TELAH MENYEBARKAN FITNAH TERHADAP TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN LA, NI LA AKU NAK CERITA NI…DIA BAGITAU DEKAT LEBIH DARI 1000 OANG DENGAN MENGHANTAR SMS JE, KATANYA PADA PERWAKILAN JANGAN UNDI MUHYIDDIN YASSIN, KATA SI RAJA KATAK PURU MUHYIDDIN TAK HORMAT PAK LAH! WHAT? TAN SRI MUHYIDDIN TAK HORMAT PAK LAH? MEMANG SAH RAJA KATAK YANG AMBIK KURSUS DARI RAJA KUNYIT NI DAH GILA NAK MAMPOS!

    SEBENARNYA DIA BUKAN GILA, DIA TAK NAK TS MUHYIDDIN NAIK SEBAB SUSAH DIA NAK MAKAN NANTI, YALAH TS MUHYIDDIN NI ORANGNYA TEGAS, TAK MAKAN RASUAH, TAK MAKAN BODEK PUNYA, LEPAS PAK LAH DIA NI NAK MINTAK KAT DS ANJIB MESTI TAK JALAN PUNYA, SEBAB DS NAJIB BIJAK ORANGNYA, SO DIA KENA MAKE SURE YANG AT LEAST BAKAL TIMBALAN PRESIDEN ADALAH ORANG YANG BOLEH DIA MAKAN! HMMMM…AGAK AGAK KORANG LA SIAPA LAGI SENANG SI MAMAT KATAK AL LOMPATI NI NAK MAKAN? DAH TENTU BUKAN TS MUHYIDDIN KAN? HAAA…SENDIRI MAU INGAT LA!

    APA YANG SAYA CERITAKAN TADI ADALAH SALAH SATU DARI CONTOH DI MANA ORANG CUKUP TAKUT DENGAN GANDINGAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DAN DATO SERI NAJIB NI, YALAH PELUANG NAK MAKAN PROJEK FREE MELALUI BODEK DAH SUSAH LA KALAU TAN SRI MUHYIDDIN MENANG KAN? DS NAJIB, I DONT THINK SO DEPA ADA CHANCE NAK MAKAN DIA! SO APALAGI KAWAN-KAWAN DAN SAHABAT-SAHABAT PERWAKILAN SEMUA!

    KITA KENA PASTIKAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MENJADI THE NEXT TPM!

    KALAU NAK UMNO JADI BERSIH SEMULA, BUATLAH MELALUI PELUANG YANG ALLAH TELAH BERI PADA KITA INI, INGATLAH TUAN/PUAN PERWAKILAN DAN ORANG RAMAI DI LUAR SANA, ADALAH AMAT PENTING UNTUK UMNO REFORM SEKARANG!

    REFORMLAH UMNO MELALUI PELUANG YANG DIBERI KEPADA ANDA, KITA MEMANG PERLUKAN ORANG-ORANG YANG TEGAS SEPERTI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN NI UNTUK MEMBETULKAN UMNO DAN MELETAKKAN UMNO DI LANDASAN YANG BETUL!

    UNDILAH DENGAN BIJAK!!!

  17. Salam Bro,

    Satu ucapan yang baik. Kalau terlaksana akan menguatkan umno, insyaAllah. Tetapi macam biasa apa yang dicakap tak semestikan serupa dengan yang dilaksanakan. Kita lihat apakah pelan tindakan untuk perlaksanaan.

    Untuk permulaan kita lihat adakah calon sah sah korup menang jawatan yang ditandingi mereka. Ini untuk menentukan yang umno benar-benar dah mula sedar.

    Kalau terlaksana setiap ahli umno berhak mengundi untuk menentukan pucuk pimpinan, saya anak beranak akan sertai umno, insyaAllah.

    Seperkara lagi DS Najib mesti sentiasa ingat dan sedar bawa beliaulah yang dipilih rakyat untuk menjadi MP dan seterusnya layak untuk menjadi Perdana Menteri. Bukan isteri beliau. Isteri beliau mesti sentiasa dikawal supaya tidak mencampuri urusan kerajaan. Ini penting kerana Ketua mesti boleh dicontohi. Jangan tunjukkan contoh yang tak baik.

  18. Memang satu ucapan yang memberikan aspirasi ke arah perubahan. Setiap kata-kata yang disebut memaparkan kebenaran dan harapan untuk direnungi bersama. Umat Melayu masih perlukan UMNO asalkan barisan baharu kepimpinan benar-benar ikhlas untuk membela bangsa. Golongan yang dicop pengkhianat parti wajar ditolak. Dengan cara inilah UMNO akan bertambah utuh untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

    Siapa lagi yang boleh diharapkan. PKR? PAS? DAP? Mereka ini memiliki agenda yang merosakkan negara. Mereka tidak ikhlas, mereka bongkak dan tidak berakal waras. Agenda mereka tidak langsung membantu apatah lagi membina keyakinan rakyat. Setiap yang dituturkan sentiasa sarat dengan dusta dan fitnah semata-mata.

    Ayuh UMNO, bangun dan buktikan keberanian anda untuk berubah.

  19. TEMAN SETUJU DENGAN ORANG LAMA!

  20. “Khairy, Shahrizat dahului pencabar
    Mar 25, 09 3:47pm
    Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang mendahului calon-calon lain, masing-masing bagi jawatan ketua Pemuda dan Wanita dalam pengiraan awal petang ini.

    Pengiraan undi bagi jawatan-jawatan utama Pemuda, Wanita dan Puteri masih berlangsung. Difahamkan proses pengiraan berjalan lancar.

    Pengundian bermula kira-kira jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira sejam kemudiannya.

    Ramai menjangka Khairy dan Shahrizat terpilih dengan majoriti yang selesa.” malaysiakini

    – NAMPAK GAYANYA SIA-SIA KEMPEN SAUDARA!…walau bagaimanapun masih lagi awal untuk menyorak khairy dan sharizat…hahaahhaha

  21. kelihatan kem najib tidak setanding ken abdullah…umno memang parti rasuah…hari ini khairy menang,besok mat taib menang….parti korup…memang parti korup!!!!

  22. …Lembaga Displin kata diberi amaran maknanya memang bersalah, orang tak beretika…tapi macam mana boleh menang? Orang UMNO pilih orang tak beretika? Malunya….Melayu Sudah Lupa. UMNO sudah lupa permintaan akar umbi…Selamat Tinggal UMNO…Jangan panggil lagi UMNO adalah parti Melayu. Orang Melayu adalah orang beretika – bukan macam UMNO

  23. yeh..yeh..KJ menang. Tak lama lagi AMENO bungkus. For an encore kasi menang itu i speak no inglese mat tyson. aku cukup happy..mamak kalah..yeh..yeh..

  24. UMNO BOLAH BLAH…….MAMPUS LA BANGGANG!!!!1

  25. http://koleksipuisiserling.blogspot.com/

    SELAMATKAN UMNO !

    Syabas wanita dan puteri
    Matang pemilihan saudari
    Malang pemuda mewarnai
    Timbalan dan Naib awasi

    Pemuda perlukan imbangi
    Padalah ketuanya liabiliti
    Bijaksanalah undi hari ini
    Bantu najib presiden parti

    KJ kena ‘amaran’ menangi
    Enam bulan jelajah negeri
    Lembaga Disiplin disangsi
    KJ menang strategi tigasegi

    Rayuan pengundian hari ini
    Najib bakal perdana menteri
    Jadikanlah UMNO tegak diri
    Cukuplah pemuda silap undi

    serling
    [26.03.09]
    khamis
    ….

  26. […] terkini mengenai salah laku politikwang, yang juga melibatkan Khairy Jamaluddin baru baru ini. Amanat terakhir Timbalan Presiden Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa perasmian persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tidak diambil […]

  27. […] UMNO Vice President, it clearly shows that Prime Minister Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak was vehemently not in favour of the ‘founder’ and ‘controller’ of the ‘Level Four Boys’. These highly […]

  28. […] so clearly when Khairy, who has been found practicing money-politics by the Disciplinary Board and incoming seventh UMNO President stern reminder on the issue, gets elected by 304 UMNO Youth delegates to ascend a post of a Vice President […]

  29. […] sebagaimana yang diharapkan. Walaupun Presiden UMNO VII Dato’ Seri Najib mengutarakan mesej “Berani Berubah” dan ‘merakyatkan UMNO’ sebagai amanat ulungnya, pembaharuan yang dibawa perlu mengambil […]

  30. […] Dato’ Seri Najib: UMNO mesti BERANI BERUBAH […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: