PAU ke 59: Khairy di’boo’, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah selar Tun Dr. Mahathir

wang_bangsa_perwakilan

Hari ini menyaksikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ke 59. Ianya dimulakan dengan upacra tradisi menaikan bendera Sang Saka Bangsa dan menyanyikan lagu Bersetia, Bersatu, Berkhidmat diperkarang PWTC. Sebagaimana dijangkakan, tiada perkara luar biasa seharusnya  berlaku dalam rutin tahunan (kecuali 2008 dimana tiada PAU). Namun begitu, satu peristiwa luar jangka berlaku.

Sejurus para Perwakilan masuk kedalam tempat masing masing dalam Dewan Merdeka, Ketua Pemuda baru dipilih YB Khairy Jamaluddin juga ditunjukan tempat. Setibanya kelibat beliau dapat dilihat sebahagian besar Perwakilan UMNO, beliau telah di’boo’ dengan lantang. Bukan setakat Perwakilan UMNO yang muda muda, malah yang veteran dan Wanita juga memberikan sambutan ‘hina’ dalam keadaan biasa sepatutnya yang penuh istiadat gilang gemilang. Sebagaimana dirancang, Khairy yang menjangkakan ada ‘hostiliti’ akan tunjukan ahli UMNO kepadanya, sampai dengan eskort Polis yang bersenjata.

Ini jelas menunjukan sentimen sebenar ahli UMNO terhadap pemimpin yang dikatakan sebagai ‘strategis’ yang telah menyumbang kekalahan luar biasa BN dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008. Sekiranya peristiwa Pemuda akar umbi UMNO menjerit “’KJ’, Rasuah!” malam semalam dikira sebagai tindakan ‘kebudak budakan’ yang kurang matang, jelas peristiwa hari ini memanifestasikan perasaan sebenar ahli UMNO kepada MP Rembau itu.

Dalam ucapandasar kali terakhir Presiden UMNO VI PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau telah sempat membidas Presiden UMNO V dan Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang disifatkan sebagai “menderhaka dan gunting dalam lipatan” dan kemudian tergamak meninggalkan parti.

Laporan Bernama.com:

 

Saya tidak akan derhaka kepada UMNO – Abdullah

26/03/2009 1:15pm

 

KUALA LUMPUR 26 Mac — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata beliau tidak akan menderhaka dan bersifat gunting dalam lipatan kepada UMNO kerana sejak kecil lagi beliau ditanam dengan semangat perjuangan parti itu.

Presiden UMNO itu berkata walaupun pernah mengalami pengalaman pahit sebagai anggota UMNO dan pernah dihina oleh segelintir anggota parti, beliau tidak pernah menghina dan mencerca UMNO, jauh sekali meninggalkannya.

Abdullah, 69, yang dilantik sebagai Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober 2003, berkata ujian kesetiaan adalah ketika menghadapi dugaan serta melalui era yang payah dan laluan yang susah, serta ketika tidak berjawatan dan tiada kedudukan.

“Semangat kental yang tertanam di jiwa saya menghindarkan saya daripada bersifat derhaka kepada UMNO,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar bertajuk “Masa Depan dan Survival Parti”, pada Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

***************

Yang ironi dalam ucapandasar ini, beliau membangkitkan isu politikwang, sedangkan menantu sendiri dikaitkan dengan perbuatan yang akan membawa parti nasionalis ini kearah kehancuran, walaupun Lembaga Disiplin UMNO hanya setakat memberikan ‘amaran’ sebagai hukuman. Namun, Khairy diyakini Lembaga Disiplin UMNO sebagai menyalahi tataetika pemilihan parti. 

utusan-18iii09-kt-kj1

 

Inilah reaksi kisah dua-beranak dalam UMNO yang akan dirakamkan dalam lipatan sejarah UMNO, mungkin sebagai paling banyak menyumbang kearah ketirisan keyakinan dan sokongan masyarakat kepada parti nasionalis yang paling banyak berjasa kepada Bangsa Melayu dan tanahair.

Published in: on March 26, 2009 at 23:58  Comments (16)  

Apakah 304 Perwakilan Pemuda UMNO sanggup pikul tanggung jawab bila UMNO dikuburkan?

wang_bangsa_perwakilan

Kami berada di podium aras 2 PWTC sepanjang malam semalam, untuk mendengar keputusan pemilihan jawatan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Sepertimana dianggarkan, berpusu pusu penyokong dan ahli parti yang berharap, dari ketiga tiga sayap UMNO ini bertumpu di depan skrin besar untuk mendengar pengumuman rasmi.

Mula mula ialah pengumuman Ketua Wanita UMNO dimana penyandang Tan Sri Rafidah Abd Aziz (280 undi) dikalahkan teruk kepada Mantan Naib Ketua Wanita UMNO Dato’ Shahrizat Abdul Jalil (507 undi). Ini bukanlah kejutan namun jumlah undi yang diraih merupakan luar jangkaan. Yang menghairankan kami, mengapa Perwakilan Wanita UMNO memberikan sokongan kepada seorang calon (yang juga seorang Menteri Kabinet) yang kalah dalam Pilihanraya Umum XII 8 Mac 2008, dalam satu kawasan parlimen tradisi BN kepada seorang calon PKR yang mentah dan belum teruji, sebagai Ketua Wanita UMNO.

Wanita UMNO merupakan jentera utama kempen dan tulang belakang setiap kali UMNO berhadapan Pilihanraya. Apa persepsi rakyat keatas Wanita UMNO selepas ini apabila Ketua Wanita UMNO sendiri gagal mempertahankan kerusi tradisi beliau sendiri, walaupun sebagai Menteri Kabinet dan begitu banyak pembangunan, termasuk untuk orang Melayu dalam Lembah Pantai.

Kemudian, hampir tengahmalam, diumumkan keputusan pemilihan jawatan Pemuda UMNO. Hadirin yang berkumpul begitu berdebar debar dan tidak keruan kerana terpaksa menunggu begitu lama.

Apabila disenaraikan barisan Exco Pemuda UMNO yang menang, yang jelas ialah dua perkara. Pertama,  majoriti mereka ini merupakan calon yang paling ‘aktif’ bertindak sebagai ‘dermawan’ semasa siri berkempen. Sebilangan besar yang dipilih merupakan calon calon yang dikaitkan rapat dengan Naib Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin. Contoh terbaik ialah kesemua empat calon Pemuda UMNO dari Bahagian Putra Jaya berjaya dipilih ke dalam barisan Exco Pemuda UMNO, yang didahului Koordinator Polisi di Pejabat Perdana Menteri Dato’ Ahmad Zaki Zahid, yang juga implementor utama ‘Budak Tingkat Empat’.

Kejutan berlaku apabila calon Naib Ketua Pemuda UMNO yang kurang popular YB Dato’ Razali Ibrahim diumumkan sebagai pemenang mengalahkan Dato’ Reezal Merican Naina Merican.

Apabila keputusan Ketua Pemuda UMNO diumumkan, calon yang menjadi buah mulut rakyat biasa Khairy Jamaluddin atau ‘KJ’, telah menang dengan 304 undi mengalahkan Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor YB Dato’ Seri Dr. Khir Toyo 254 undi dan Exco Pemuda UMNO YB Dato’ Mukhriz Mahathir 232 undi.

kj-won

Reaksi penyokong dan dikalalangan ahli Pemuda UMNO yang berkumpul diluar Dewan Tun Hussein Onn terus gamat. Mereka mula bersorak “ ‘KJ’, rasuah!” tanpa henti henti. Ada yang menjerit “Pengkhianat UMNO!” dan “Tangkap ‘KJ’!” , dicelah celah chanting yang penuh emosi tersebut. Lantas, keadaan menjadi begitu tegang, sehingga berlaku perbalahan sehingga pergaduhan kecil antara ahli Pemuda UMNO. Namun dengan cepatnya ianya dileraikan dan ahli Pemuda UMNO yang dianggarkan sebagai penyokong Mukhriz dan Khir Toyo, yang kelihatan kecewa dengan keputusan ini mula beredar perlahan lahan dari PWTC.

Keputusan pemilihan ini amat mengecewakan. Jelas 304 orang Perwakilan Pemuda UMNO AMAT TIDAK PEKA dengan aspirasi akar umbi, termasuk perkembangan terkini mengenai salah laku politikwang yang sering membelenggu UMNO dengan persepsi negatif masyarakat, yang juga melibatkan Khairy Jamaluddin baru baru ini. Amanat terakhir Timbalan Presiden Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa perasmian persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tidak diambil kira.

utusan-18iii09-kt-kj1

Kesan keputusan pemilihan semalam akan lebih mencorakan keyakinan dan sokongan rakyat, terutama golongan muda kembali kepada UMNO dan BN. PRU 12 menyaksikan ‘mesej jelas’ saluran 3 dan 4, yang begitu lantang menolak BN. Antara faktor utama ialah kelemahan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dibelenggu pengaruh ‘Budak Tingkat Empat’ dan isu isu seperti rasuah.

Perwakilan Pemuda UMNO memang alpa dengan keadaan sekeliling dan sejarah. Walaupun Khairy dibenarkan bertanding selepas Lembaga Disiplin UMNO membuat siasatan, namun kemampuan calon ini mengunakan segala peluang, termasuk salah guna kemudahan rasmi Kerajaan Persekutuan dijana sepenuhnya untuk menentukan kemenangan. Dato’ Ahmad Zaki sendiri pernah dihadapkan Lembaga Disiplin UMNO dan diberikan amaran keras semasa pemilihan parti Ogos 2004.

Rakyat tidak lupa peristiwa ini semua dan akan menguatkan lagi UMNO sebagai parti elitis yang mengamalkan korupsi dan salah guna kuasa, walaupun amalan ini HANYA dikalangan segelintir kecil dari 3.2 juta ahli. Namun kuasa pada 800 Perwakilan Pemuda UMNO begitu ‘menjahanamkan’, apabilanya ianya disalah gunakan. Igauan ini berlaku malam tadi. Harapan dan aspirasi akar umbi dan rakyat agar UMNO memilih Kepimpinan yang bukan sahaja bersih, tetapi kelihatan bersih, amat meleset.

Apa akan jadi kepada UMNO setelah barisan Kepimpinan Pemuda UMNO terdiri dari personaliti yang tidak diyakini, malah seblingan besar rakyat mempunyai persepsi buruk keatas mereka. Exco Pemuda UMNO merupakan pemimpin pelapis. Kini igaunan ‘harapkan sokong, sokong membawa rebah’, benar benar berlaku.

Kami di BigDogDotCom berharap apabila UMNO ditolak lebih dasyat lagi pada PRU 13 dijangkakan dalam tempoh tiga tahun lagi, walaupun ‘mesej jelas’ Tsunami Politik PRU 12 8 Mac 2008 masih segar dalam ingatan dan igauan sebilangan besar akar umbi UMNO, kesemua 304 Perwakilan Pemuda UMNO yang membuat undi malam tadi rela menerima sepenuh tanggung jawab UMNO dikafan dan kuburkan!

* Selepas menyaksikan kecelaruan akar umbi diluar Tun Hussein Onn sejurus mendengar keputusan (yang kami sendiri tidak bersetuju cara ahli Pemuda UMNO menunjukan reaksi dan emosi) barisan baru Exco Pemuda UMNO, kami bingkas beredar ‘mencari damai abadi’, yang akhirnya disambut dengan selebat lebat hujan kota metropolitan 1 jam kemudian. Kami tidak pun mengetahui keputusan pemilihan Puteri UMNO sehingga pagi ini.

 

Published in: on March 26, 2009 at 11:25  Comments (69)