Apakah 304 Perwakilan Pemuda UMNO sanggup pikul tanggung jawab bila UMNO dikuburkan?

wang_bangsa_perwakilan

Kami berada di podium aras 2 PWTC sepanjang malam semalam, untuk mendengar keputusan pemilihan jawatan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Sepertimana dianggarkan, berpusu pusu penyokong dan ahli parti yang berharap, dari ketiga tiga sayap UMNO ini bertumpu di depan skrin besar untuk mendengar pengumuman rasmi.

Mula mula ialah pengumuman Ketua Wanita UMNO dimana penyandang Tan Sri Rafidah Abd Aziz (280 undi) dikalahkan teruk kepada Mantan Naib Ketua Wanita UMNO Dato’ Shahrizat Abdul Jalil (507 undi). Ini bukanlah kejutan namun jumlah undi yang diraih merupakan luar jangkaan. Yang menghairankan kami, mengapa Perwakilan Wanita UMNO memberikan sokongan kepada seorang calon (yang juga seorang Menteri Kabinet) yang kalah dalam Pilihanraya Umum XII 8 Mac 2008, dalam satu kawasan parlimen tradisi BN kepada seorang calon PKR yang mentah dan belum teruji, sebagai Ketua Wanita UMNO.

Wanita UMNO merupakan jentera utama kempen dan tulang belakang setiap kali UMNO berhadapan Pilihanraya. Apa persepsi rakyat keatas Wanita UMNO selepas ini apabila Ketua Wanita UMNO sendiri gagal mempertahankan kerusi tradisi beliau sendiri, walaupun sebagai Menteri Kabinet dan begitu banyak pembangunan, termasuk untuk orang Melayu dalam Lembah Pantai.

Kemudian, hampir tengahmalam, diumumkan keputusan pemilihan jawatan Pemuda UMNO. Hadirin yang berkumpul begitu berdebar debar dan tidak keruan kerana terpaksa menunggu begitu lama.

Apabila disenaraikan barisan Exco Pemuda UMNO yang menang, yang jelas ialah dua perkara. Pertama,  majoriti mereka ini merupakan calon yang paling ‘aktif’ bertindak sebagai ‘dermawan’ semasa siri berkempen. Sebilangan besar yang dipilih merupakan calon calon yang dikaitkan rapat dengan Naib Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin. Contoh terbaik ialah kesemua empat calon Pemuda UMNO dari Bahagian Putra Jaya berjaya dipilih ke dalam barisan Exco Pemuda UMNO, yang didahului Koordinator Polisi di Pejabat Perdana Menteri Dato’ Ahmad Zaki Zahid, yang juga implementor utama ‘Budak Tingkat Empat’.

Kejutan berlaku apabila calon Naib Ketua Pemuda UMNO yang kurang popular YB Dato’ Razali Ibrahim diumumkan sebagai pemenang mengalahkan Dato’ Reezal Merican Naina Merican.

Apabila keputusan Ketua Pemuda UMNO diumumkan, calon yang menjadi buah mulut rakyat biasa Khairy Jamaluddin atau ‘KJ’, telah menang dengan 304 undi mengalahkan Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor YB Dato’ Seri Dr. Khir Toyo 254 undi dan Exco Pemuda UMNO YB Dato’ Mukhriz Mahathir 232 undi.

kj-won

Reaksi penyokong dan dikalalangan ahli Pemuda UMNO yang berkumpul diluar Dewan Tun Hussein Onn terus gamat. Mereka mula bersorak “ ‘KJ’, rasuah!” tanpa henti henti. Ada yang menjerit “Pengkhianat UMNO!” dan “Tangkap ‘KJ’!” , dicelah celah chanting yang penuh emosi tersebut. Lantas, keadaan menjadi begitu tegang, sehingga berlaku perbalahan sehingga pergaduhan kecil antara ahli Pemuda UMNO. Namun dengan cepatnya ianya dileraikan dan ahli Pemuda UMNO yang dianggarkan sebagai penyokong Mukhriz dan Khir Toyo, yang kelihatan kecewa dengan keputusan ini mula beredar perlahan lahan dari PWTC.

Keputusan pemilihan ini amat mengecewakan. Jelas 304 orang Perwakilan Pemuda UMNO AMAT TIDAK PEKA dengan aspirasi akar umbi, termasuk perkembangan terkini mengenai salah laku politikwang yang sering membelenggu UMNO dengan persepsi negatif masyarakat, yang juga melibatkan Khairy Jamaluddin baru baru ini. Amanat terakhir Timbalan Presiden Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa perasmian persidangan serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tidak diambil kira.

utusan-18iii09-kt-kj1

Kesan keputusan pemilihan semalam akan lebih mencorakan keyakinan dan sokongan rakyat, terutama golongan muda kembali kepada UMNO dan BN. PRU 12 menyaksikan ‘mesej jelas’ saluran 3 dan 4, yang begitu lantang menolak BN. Antara faktor utama ialah kelemahan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dibelenggu pengaruh ‘Budak Tingkat Empat’ dan isu isu seperti rasuah.

Perwakilan Pemuda UMNO memang alpa dengan keadaan sekeliling dan sejarah. Walaupun Khairy dibenarkan bertanding selepas Lembaga Disiplin UMNO membuat siasatan, namun kemampuan calon ini mengunakan segala peluang, termasuk salah guna kemudahan rasmi Kerajaan Persekutuan dijana sepenuhnya untuk menentukan kemenangan. Dato’ Ahmad Zaki sendiri pernah dihadapkan Lembaga Disiplin UMNO dan diberikan amaran keras semasa pemilihan parti Ogos 2004.

Rakyat tidak lupa peristiwa ini semua dan akan menguatkan lagi UMNO sebagai parti elitis yang mengamalkan korupsi dan salah guna kuasa, walaupun amalan ini HANYA dikalangan segelintir kecil dari 3.2 juta ahli. Namun kuasa pada 800 Perwakilan Pemuda UMNO begitu ‘menjahanamkan’, apabilanya ianya disalah gunakan. Igauan ini berlaku malam tadi. Harapan dan aspirasi akar umbi dan rakyat agar UMNO memilih Kepimpinan yang bukan sahaja bersih, tetapi kelihatan bersih, amat meleset.

Apa akan jadi kepada UMNO setelah barisan Kepimpinan Pemuda UMNO terdiri dari personaliti yang tidak diyakini, malah seblingan besar rakyat mempunyai persepsi buruk keatas mereka. Exco Pemuda UMNO merupakan pemimpin pelapis. Kini igaunan ‘harapkan sokong, sokong membawa rebah’, benar benar berlaku.

Kami di BigDogDotCom berharap apabila UMNO ditolak lebih dasyat lagi pada PRU 13 dijangkakan dalam tempoh tiga tahun lagi, walaupun ‘mesej jelas’ Tsunami Politik PRU 12 8 Mac 2008 masih segar dalam ingatan dan igauan sebilangan besar akar umbi UMNO, kesemua 304 Perwakilan Pemuda UMNO yang membuat undi malam tadi rela menerima sepenuh tanggung jawab UMNO dikafan dan kuburkan!

* Selepas menyaksikan kecelaruan akar umbi diluar Tun Hussein Onn sejurus mendengar keputusan (yang kami sendiri tidak bersetuju cara ahli Pemuda UMNO menunjukan reaksi dan emosi) barisan baru Exco Pemuda UMNO, kami bingkas beredar ‘mencari damai abadi’, yang akhirnya disambut dengan selebat lebat hujan kota metropolitan 1 jam kemudian. Kami tidak pun mengetahui keputusan pemilihan Puteri UMNO sehingga pagi ini.

 

Published in: on March 26, 2009 at 11:25  Comments (69)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/03/26/apakah-304-perwakilan-pemuda-umno-sanggup-terima-tanggung-jawab-bila-umno-dikuburkan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

69 CommentsLeave a comment

  1. Last kopek … daun trop apa yang Najib nak susun lepas ini.

  2. Nampaknya taktik untuk menjahanamkan UMNO semakin menjadi…~

    Memang harapan budak2 ni nak memenangkan DAP…~

    Kan ke mereka neh pro-singapork…~

    Horas!!!…~

  3. kemenangan Khairi disokong oleh penyokong yang menerima dermawan…Khairi telah berjaya diantara mereka…tahniah la kerana menang…senmemangnya orang utara tidak berpuas hati…kerana terlibat dengan politik wang dan diberi amaran…keranaanak menantu paklah mereka beri amaran sahaja…Lihatlah isu ini akan berterusan dan akan menggugat kestabilan UMNO yang menaqti rebah…

    taklama lagi kita akan bercantum dengan singapore pulak lah…kan anak didik mereka menang…

    salam pada MUkhriz…

  4. Saudara Perjuangan,
    Tahniah Pemuda UMNO telah bersiap sedia mengkafankan UMNO utk dikuburkan semasa PRU-13. Akan mula diusung perlahan-lahan.
    Destinasi pertama Bukit Gantang.

    IKLAN
    ‘Sesapa ingin melanggan 304 org PELACUR POLITIK. Sila pergi ke PWTC sekarang!’ Tidak perlu dibayar sebab telah ditanggung oleh Bapak Ayam baru yang baru menggantikan Bapok!!!

  5. The ends justify the means… What goes around comes around bro…

  6. Siasatan semula oleh SPRM seharusnya dilakukan untuk memastikan kebenaran keputusan rasuah yang di buat oleh Lembaga disiplin UMNO. Atau lembaga Disiplin bersekongkol dengan kepentingan peribadi. SPRM seharusnya menyiasat semula.

  7. Tak payahlah nak susah-susah fikir…tak lama lagi (paling lama pun 3 bulan aje)…486 orang tu akan join KJ…faham-faham ajelah…siapa nak tolak rezeki…kalau tolak…anak bini nak makan apa?…Perangai orang umno dah diajar macam tu…betulkan?

  8. dah tak boleh buat apa daaa…. toleh kanan pencuri,toleh kiri penyamun, nak buat cam mana?

  9. Bro BD,

    Semoga KJ akan di”IsaSamad”kan selepas ini? Tetapi, sanggup kah DS Najib? Beranikah DS Najib?

    Saya amat pasti beliau TIDAK BERANI DAN TIDAK MEMPUNYAI KEKUATAN !

    Sisirlah segala sejarah UMNO rapi-rapi. Simpan didalam lipatan sebagai kenangan selagi langit memayungi bumi kerana akan bermulalah “self-destruction” pada diri UMNO kerana tiada lagi sayap Pemuda UMNO hatta rakyat terbanyak akan memandangnya sebagai Pergerakan Pemuda Rasuah, sayap kanan UMNO.

    Wassalam.

  10. Aku Kecewa dengan keputusan pemilihan Pemuda UMNO…
    Adui Hai….nampaknya…UMNO makin parah

  11. Ucapan pak lah sebelum pergi
    Bahaya sentuh hal-hal peribadi
    UMNO akan ikut terjejas nanti
    Lesen buat KJ menegakkan diri

    …… http://koleksipuisiserling.blogspot.com/

  12. Kemenangan yang tidak bersih ke atas yang bersih. 304 perwakilan pemuda UMNO yang menyokong yang tidak bersih langsung tidak perihatin dengan aspirasi kebanyak ahli-ahli UMNO di luar sana yang inginkan pemimpin yang bersih dan kelihatan bersih.

  13. […] pada PRU 13 dan tidak faham mengapa Wanita Umno memilih seorang ketua yang kalah dalam pilihanraya disini. MYKMU pula tidak mahu barisan Pemuda Umno yang baru menyapu segala kontrak-kontrak kerajaan dan […]

  14. BERITA KEMATIAN UMNO

    By line: Kalimullah Hassan

    Masa kematian: 1100malam
    Tarikh kematian: 25/03/2009

    Upcara mandi jenazah: Selepas pengumuman Majlis Tertinggi UMNO sessi 2009/2012

    Upcara kafan: Selepas pengumuman Mike Tyson menang Timb Pres

    Upacara pengebumian: Selepas BN kalah Bukit Gantang/Bukit Selambau (Tanya Imam Khairy, yang akan baca talkin)

    Belanja urusan jenazah: Patrick Badawi, Kamal Badawi, Budak Tkt 4

    Punca kematian: Tersalah makan duit!

    Nice one!

    Kami tambah sikit:

    Keputusan post mortem autopsy: Wang kertas RM 50.00 berjumlah 20 keping dijumpa dalam perut

    Tukang gali kubur dan usung jenazah: 304 Perwakilan Pemuda UMNO

    Caterer: Shahrizat Jalil

  15. Selamat tinggal UMNO. Bukan saya yang melakukannya, tetapi anda Perwakilan Pemuda UMNO sekelian yang dipertanggungjawabkan membuat pilihan. Anda telah membuat pilihan yang salah!

    Bukan saya seorang saja yang tidak akan menangis perihal bakal nasib UMNO, tetapi ramai: akar umbi UMNO dan mereka yang walaupun bukan ahli UMNO, menaruh harapan bahawa UMNO berkeupayaan memenuhi harapan mereka dan generasi akan datang.

  16. Amat mendukacitakan keputusan ini malah mengeruhkan lagi suasana politik dalam UMNO dan mengkhianati amanah akar umbi. Setiap perbuatan yang buruk akan di balas jua di kemudian hari kita tunggu dan lihat.
    Bagi pihak yang ikhlas dan jujur dalam perjuangan, kebenaran akan menjelma jua nanti, sesungguhnya ALLAH itu maha adil dan maha mengetahui bersabarlah…

    Kepada saudara Mukhriz kami tetap akan mendokong serta menyokong perjuanganmu selamanya.

    Wassalam

  17. salam..

    sedih dan amat menyedihkan..bukan lah sebab Mukhriz tidak terpilih,tetapi sikap perwakilan pemuda yang memang tidak peka dan akan membantu untuk melumpuhkan UMNO tidak lama lagi..

    Indication yang paling dekat dan jelas ialah di Bukit Selambau dan Bukit gantang,yang pada perkiraan orang ramai (setelah selesai pemilihan Pemuda malam tadi) ialah BN telah pun tewas sebelum bertanding!

    kepada 304 perwakilan yang telah kenyang,sedarlah,bahawa anda semua ialah penyumbang terbesar keruntuhan UMNO!

    Saya sendiri walaupun menyampah dengan PM flip flop pada PRU lepas,masih memangkah BN…tetapi setelah malam tadi,saya beranggapan BN/UMNO masih belum belajar,dan saya sebagai tangan kecil dalam UMNO bersedia untuk mengajar UMNO pada PRU akan datang…tunggu dan lihat…

  18. Inilah dia gerombolan 304 pengkhianat dan penderhaka bangsa. Marilah kita sama-sama mendoakan agar mereka “selamat dan sejahtera” Sesuatu perlu dilakukan oleh Presiden UMNO jika tidak mahu membawa ‘liabiliti’ ini ke PRU akan datang. kami di akar umbi sedia mempertahankan Presiden jika beliau mengambil tindakan nekad menyekat kemaraan petualang-petualang ini. Musuh UMNO sebenarnya bukan di luar sana tapi di dalam parti itu sendiri.

    Masa semakin suntuk. Jika Presiden tidak melakukan sesuatu yang drastik, malanglah nasib UMNO. Kami hanyalah ahli biasa yang mencari nafkah sendiri tanpa mendapat habuan apa-apa dari pemilihan ini. Tapi kami sayangkan UMNO. Namun begitu kasih sayang kami semakin pudar bila suara-suara kami diperingkat cawangan di NAFIKAN oleh 304 orang yang rakus. Kami amat amat kesal dengan segala yang berlaku. Dan jangan salahkan kami jika UMNO lenyap selepas PRU akan datang ini.

  19. Malam yang malang bagi Umno. Yang dibenci oleh rakyat itulah yang dimenangkan, oleh si 305. Memang benar, si 305 perlu bertanggungjawab di atas kematian UMNO.

  20. Baru…saja..!! Saya ingin pertaruh kan undi saya dan 2 lagi undi sudah pasti mengikuti,gesaan saya..!!

    Di P059 Bkt.Gantang, PRK pada 7hb.April 2009, saya ada mengesa keluarga saya (3 undi termasuk saya), untuk memangkah simbol Dacing..BN pada by-election ini…!!

    Tapi bila mengambil kira apa yang berlaku, saat ketika ini..!!

    Sokongan saya dan keluarga mungkin beralih semula ke-PR/PAS . Seperti mana berlaku pada PRU-12 tempoh hari.

    Terus terang saya ingin nyatakan disini..!! Faktor KJ telah membuat kan saya beralih arah ke PAS/PR pada PRK P059-Bkt.Gantang.

    Jika tiada apa-apa yang menyakinkan dari pihak UMNO/BN. Sebelum Pembuangan Undi diP059 akan datang, saya amat percaya.Bahawa BN pasti kecundang lagi nampak nya.

    Saya masih sayangkan UMNO (saya bukan Ahli UMNO),demi memperjuangakan nasib BANGSA MELAYU dan AGAMA ISLAM. Seperti Perjuang Bangsa Melayu yang terdahulu.!!

    UMNO yang Kini…dah menjadi parti golongan ‘eletis’. Yang juga kini sudah jauh dari Orang Melayu Kebanyakan..!!

    UMNO kini dan Pemimpin2-nya lebih mendahului Wang dan balasan kpd keuntungan diri sendiri….. dari pada Nasib Bangsa nya yang kini..!!

    Nasib Bangsa Melayu dan Islam dibumi Tanah Melayu sedang diHAKIS dengan hebat nya.

    Mengharapkan UMNO sebagai pembela bangsa…kini sudah semakin jauh. Pemimpin yang ada sekarang dilihat…malah memang kelihatan pun..!!

    Mereka lebih ingin memperkayakan diri sendiri…sudah melebihi dari sepatut nya yang ada pada mereka..!!

    Lebihan Krak-krak (left-over)..pun depa-depa ni nak sapu..!!

    Pada hal..lebihan Krak-Krak ini sepatut tertumpah pada golongan yng tak bernasib Baik seperti mereka..!!

    Tiga Undi ini masih belum menentu kan lagi..pada lambang mana harus di pangkah.

    Samada kotak ‘Biru-Dacing’ atau kotak ‘langit hijau bulan putih’..!!

    UMNO/BN…mungkin ada peluang lagi di P059 ini .Kalau pihak yang berkenaan , melakukan sesuatu yang boleh mengubah pola undian yang ada sekarang ini..!!

    Sekian Wasalam dari Rumah Awam Bt2 1/2-Kawasan JKR.,Jln.Simpang Taiping untok P059 Bkt.Gantang.

  21. SEDIH…SAYU HATI…… MEMANG AKAN TERKUBUR LA UMNO. KLU DSN X TEGAS TTG KETUA PEMUDA UMNO…BUANG SAJA SEPERTI ISA SAMAD MAKNANYE KERUSI KETUA PEBANGKANG MENJADI MILIK DSN PADA PR13 NNT.. PERWAKILAN PEMUDA UMNO DAH MEMBERI VISI KJ BAHAWA UMNO ADALAH PARTI X BOLEH DI AJAR SECARA TERSIRAT KENA DI AJAR SECARA TERANG-TERANG. STUPID PEOPLE CHOOSE CORUPTED LEADER. BYE..BYE UMNO….MUAHxxxxxKISS OF DEATH

  22. Salam Bro
    Usahlah berduka sangat.
    Harap you dah dapat damai abadi selepas malam tadi.
    janganlah mendoakan Umno berkubur.
    Tidak ke laungan Umno ialah Hidup Melayu, Hidup Umno.
    Berilah ruang dan peluang kepada Khairy unruk membuktikan dirinya.
    He’s got a lot riding on him.
    It’s a tough call for him.
    He’s slowly becoming his own man.
    If you noticed he was rather quiet during the long marathon campaign.

  23. Pak La masih kuat….orang dia masih “kontrol” UMNO. Wanita dan Pemuda orang Pak Lah. Tak lama lagi, Timbalan Presiden UMNO. Sepatutnya, Pak Lah masih kekal Presiden UMNO….siapa yang main gesa gesa Pak Lah resign?? Mahathir je. Najib sekarang lone ranger, fail fail penting Altantuya tu di tangan KJ. Siapa berani, marilar…bocorkan fail tu pada semua. Sekarang Pak Lah masih kekal PM Malaysia sampai last term, Najib setakat Presiden UMNO je tu lar…

  24. bro… saya postpone join UMNO sehingga KJ tersingkir…

    bila UMNO hancur, PELACUR ni yang akan lari dulu senang-lenang dengan duit HARAM JADAH…

  25. […] pada PRU 13 dan tidak faham mengapa Wanita Umno memilih seorang ketua yang kalah dalam pilihanraya disini. MYKMU pula tidak mahu barisan Pemuda Umno yang baru menyapu segala kontrak-kontrak kerajaan dan […]

  26. Apakah 304 (+1 ketua)perwakilan pemuda ini sanggup memikul tanggung-jawab bila umno dikuburkan?

    Big Dog, the question is purely academic by now. They gave u the answer.

    The delegate knew that they were betraying the akar-umbi they represented. They knew that they would disgust the other UMNO members. They knew that the Malays in general would curse them. They knew Malaysians would shake their heads in disbelief. They knew that millions of vote would be thrown to the other side the minute they saw KJ’s face (they still don’t get this one?).

    But sadly, they did it anyway for some easy money.

    You know Big Dog, its not Anwar, its not PAS and its not Karpal Singh who would kill UMNO. Its this 304 people.

  27. Nuar Junior @ KJ

    “orang kata KJ tak boleh hidup tanpa Paklah-
    Hari ini KJ buktikan”

    “kita dari team setiakawan” @ team wawasan
    (memecah puak2 pemuda)

  28. Bro….KJ patut di”ISA SAMAD” kan lepas ni…sah2 dier bersalah tp masih bole bertanding!!sy berhrp Presiden baru DSN mesti lakukan sesuatu supaya manusia perasuah,pengkhianat,di tangkap dan bicarakan!! UMNO kini bukan lagi DULU,KINI,SELAMANYA tetapi dah jadi KAIN KAPAN,KAPUR BARUS,LUBANG KUBOR!!!….

    masyarakat akan menilai UMNO dari segi pemimpin tetapi dgn adanya pemimpin mcm KJ….jawapannya hancurlah UMNO!!

    perwakilan pemuda yg undi KJ 304 undi semuanya itu hanya membuncitkan perut mereka dgn duit2 haram!!mereka semua tu ptt digelar pelacur PWTC!!!
    malang sungguh Ali Rustam tak dpt bertanding walaupon di Melaka kesemua bahagian pemuda menyokong KJ kecuali Kota Melaka. itulah padah menyokong KJ…KJ terlepas Ali tersepit….hahaha

  29. tengok dan amati lah muka muka exco yang baru .. berapa ramai kah di antara mereka yang berkroni dengan budak itam nie….. berapa ramai kah di antara mereka yang bersih dan telus? ada penyamun, ada pencuri, ada perosak nak di kupas sorang demi sorang yg kotor tu boleeeehh… pegi bukit aman.

    hanya tak lebih 6 orang saja lah yang bernasib baik merupakan mereka yang ingin kan perubahan dan keinsafan umno tapi itu pun tak taulah berapa lama. maklumlah ikut majoriti…….

    majoriti taik kucin…………….

  30. Tak kira KJ or Mike Tyson menang, UMNO sudah tidak berdaya lagi memimpin negara. Buat apa kita sedih le.

  31. 304? Make that 556 people. 252 actually voted for the corrupt Toyo despite his very questionable record, and the revelations of the BALKIS scandal that morning.

    So much for the change that was promised. When UMNO finally goes belly-up and sinks… I hope it takes Gerakan, MIC & MCA along.

  32. Apa kata kita bacakan Yasin ramai-ramai….supaya permergiannya dipermudahkan….

  33. Ludahkan sahaja para perwakilan yang khianat suara akar umbi. Apa hak perwakilan untuk menidakkan pencalonan akar umbi yang banyak diterima oleh Mukhriz & Muhyiddin? Perwakilan khianat!

    Dan saya amat yakin BN akan rebah semasa PRU13 nanti. 100 % positif.

  34. Bro,

    Tak habieh habieh KJ, KJ, KJ …
    KJ ni memang semua orang tahu dia ni haremjaduzzz… tapi kita nak tahu jugak, yang lagi 303 orang yang undi dia ni siapa.

    Bro boleh tak siasat2 sikit siapa 303 bonzoi ni. Yang aku kenal seronok sangat semalam tu YB Shamsul Anuar Nasarah – Lenggong, Wan Azizi Wan Muhammad – Putra UMNO. Dua2 ni orang Perak. Aku dah cap kat dahi dua ekoq ni – barua KJ. Memang kalau aku jumpa aku ludah saja kat muka depa.

    Bro dan kawan2 semua tolong la list down lagi sapa barua2 KJ ni. Biar satu Malaysia tahu siapa penjual bangsa ni.

  35. Perwakilan yg tergamak terima duit KJ adalah PENGKHIANATBANGSA!

    Wajib kita sunatkan dan kemudian sula….

    Woooi…..

    Ganasnya! 🙂

  36. Lupa nak tambah, KJ ni = Al-jubs. Dua dua agent yahudi! Tanya KJ, siapa Mike Thompson?

    KJ pernah dilihat bersama controller MI 6 ni banyak kali!

  37. Tak tau nak kata apa dah.

  38. Idzin kan saya menjawab soalan cepumas yaani “adakah ahli umno ingin berubah ?”
    Tidak!
    Mengapa ?
    Banyak dan berjela jela berkajang kajang kertas dan di ICT di katakan gigabytes !
    Tapi secara “simple”, UMNO sudah jadi “elitist” dan tidak berjiwa rakyat dan tidak macam partai tindakkan rakayat di kota singa , sebuah “service oriented party”.Apa ahli UMNO ada tolong rakyat secara detail di di atas tiap DUN dan P. ?
    Ahli UMNO tidak lagi memperjuangngkan dan tidak lagi memebela Raykyat.
    Siapa yang tolong dan membela rakyat ?
    Ahli NGO,sukarelawan, dua tiga kerat tokoh korporate dan syarikat dan juga apabila di paksa jabatan kerajaan(ha ha.)
    UMNO mendiam diri dan membisu dalam isu isu Rakyat sebelum March 2008 dan semasa…banyak sangat contoh yang akan di senaraikan.
    MENGAPA ?
    Tiada kepentingan ekonomi dan kewangan atau peluang lonjakkan.!!!
    Atau pun pembelaan rakyat dalam isu isu rakyat akan memecah tembelang kepentingan individu UMNO !!
    Ini bukan retorik tapi hakikat..
    Lihatlah kempimpinan Umno Wanita Puteri Pemuda dan putera adalah “elitist”.
    Lihat lah wakil wakil 2,519 orang .
    Ada nampak macam orang yang mewakili rakyat melayu biasa ?
    Semua wakil nampak bergaye gah dan kaya dan dll.
    Mereka lupa bahawa kekuatan UMNo bertunggakkan orang penduduk luar bandar dan desa.
    Lihat lah barisan kepimpinan Wanita putri pemuda ahli majlis tertinggi — semua orang nampak sihat, gah, kaya, aristokratik macam raja raja dlll…
    Lihat lah wanita,pemuda dan orang tua rombongan yang tompang berkeliaran dan berlegar di ruang luar dewan…
    perangai macam jerung nak cari makan…
    Tiap kali ade perhimpunan UMNO ,sama saja.
    Macam dah lupa daratan dan usahawan perhimpunan ,masing jual beli atau bagi percuma dlll
    cuba lihat partai pembangkang — simple mudah bercampur dan imej orang biasa tapi ade karisma.
    UMNO sudah di “marginalised” dan jadi parti orang kaya ,macam dulu MCA di lihat sebagai “rich man” party.
    Kalu ada PRU atau PRK ,UMNO suka “trow money” dan umum projek itu dan ini .
    tetapi mereka lupa bahawa “the customer is king” kerana projek projek itu tidak mencermin keperluan rakyat setempat atau senegara ,malahan hanya memenuhi desakkan kaum kontraktor dan di ali baba kan untuk kejayaan ala mi segara dlll.
    Cukuplah saya ni blogger biase, dan tak layak untuk mengharap kan orang kaya baru dan kaya “wannabe” untuk berubah sebab semua orang yang lebih hebat dari saya saperti TDM Pak Lah dan TPM sudah cakap tentang apa yang UMNO patut dan harus buat.
    Kalau tak mahu ikut mereka ,”adakah ahli UMNO ingin berubah ?”
    Tidak.
    Para pembangkang tak payah kerja kuat.
    UMNO dah tembak kaki sendiri la!!!
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

  39. Siasat 304 ni tentang rasuah.

  40. memang ada yang kata ‘takpa lah..bagi lah KJ peluang membuktikan kemampuan dia’ tapi ini bukan masalah bukti membukti,ini masalahnya UMNO perlu menghadapi gelombang protes dari akar umbi dalam mana-mana PRK/PRU…masak la UMNO!

  41. Saya bersimpati dengan sdara, sdara tentu kecewa kerana anda penyokong kuat pada calon pilihan Mukhriz Mahathir tewas.
    Walaupun saya penyokong kuat Mahathir tapi saya tak meletak harapan yang tinggi pada Mukriz untuk menang. Kalau tak saya pun mungkin frust spt Saudara.
    Sebab kita semua tahu kelemahan dan kelebihan yang dimiliki setiap calon untuk menggalas jawatan yang maha berat itu, walau siapa pun yang menang.
    Janganlah sdara risau, pemilihan akan datang (mungkin) ditentukan ahli pemuda seluruh M’sia, dan mungkin ada harapan manifestasi sdara dan kehendak akar umbi tercapai.
    Dan mungkin waktu itu saya dan pemerhati lain tergerak hati masuk umno menyertai gerakan perubahan dalam parti. Walaupun waktu itu umno sudah menjadi pembangkang di M’sia, siapa peduli!
    Rumusan saya (untuk sejukkan hati..) terhadap pemilihan tersebut, perwakilan umno masih memilih pada kekananan seseorang. Kalau nak ditukar perlu ada sebab yang konkrit dan tak terasa pun perubahan tersebut.
    Namun pemuda ‘berani berubah’ memilih Khairy sebagai ketua mereka walaupun jalan yang lebih sukar bakal ditempuhi mereka rela, itu perlu kita hormati.
    Tahniah untuk KJ, tahniah untuk pemuda, tahniah umno, tahniah pak Lah, tahniah Malaysia..

    Terima kasih.

    Kekecewaan kami, bukan sebab Dato’ Mukhriz gagal menjadi Ketua Pemuda UMNO. Jawatan tidak penting. Kami telah bersama Mukhriz semenjak 1997 lagi dan mengikuti perkembangan, termasuk program dan sumbangan yang beliau buat, walaupun belum ada apa apa jawatan dalam parti.

    Ukurtaranya begitu mudah. Lihat prestasi Exco Pemuda Biro Antarabangsa sessi 2009-2012 dan Peace Malaysia dan bandingkan dengan apa yang Mukhriz berjaya lakukan sepanjang empat tahun kebelakangan ini.

    Kekecewaan kami ialah meletakan harapan perubahan yang bakal dibawa Mukhriz dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, sebagai sayap kiri UMNO. Masa depan UMNO akan bergantung penerimaan Pemuda UMNO dikalangan masyarakat Melayu, terutama golongan muda yang akan menjadi lebih 50% penduduk Malaysia.

    Pemuda UMNO perlu penstrukturan, penjanaan dan penjenamaan semula dan wajar disuntik dengan cara bekerja dan pendekatan baru, untuk mendekati golongan muda agar dapat mengembalikan keyakinan dan sokongan kepada UMNO. Harapan Malaysia, terutama orang Melayu adalah pada golongan muda.

    Apa persepsi masyarakat Melayu, terutama golongan muda apabila pemimpin seperti Khairy Jamaluddin dinobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO?

  42. […] menyumbang kekalahan luar biasa BN dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008. Sekiranya peristiwa Pemuda akar umbi UMNO menjerit “’KJ’, Rasuah!” malam semalam dikira sebagai tindakan ‘kebudak budakan’ yang kurang matang, jelas peristiwa […]

  43. MEMANG DAH JENIS PERASUAH, DAH TAK BOLEH DIAJAR LAGI DAH SI KJ NI….HMMM ALLAH MAHA BESAR…TAKPA KJ HARI INI HARI KAU…ESOK ESOK…HE HE HE

  44. sedihnya korang ni. Ini ke Melayu yang hina melayu lain sebeginirupa?

  45. It’s story time.

    The Moon Cannot Be Stolen

    Ryokan, a Zen master, lived the simplest kind of life in a little hut at the foot of a mountain. One evening a thief visited the hut only to discover there was nothing in it to steal.

    Ryokan returned and caught him. “You may have come a long way to visit me,” he told the prowler, “and you shoud not return emptyhanded. Please take my clothes as a gift.”

    The thief was bewildered. He took the clothes and slunk away.

    Ryokan sat naked, watching the moon. “Poor fellow, ” he mused, “I wish I could give him this beautiful moon.”

    Nice one. A wise story indeed.

  46. Bro, kalau nak ikut teori u ni, buat apa nak marah kepada yang 304 org tu aje? Yang 254 sokong Khir Toyo tu pun patut kena marah. At the end of the day, perwakilan pemuda menolak Mukhriz for whatever reasons. Dia corot…

  47. KJ (found guilty by Lembaga Disiplin UMNO) elected as New Ketua Pemuda UMNO!!!!

    Never in my wildest imagination would I thought how dumb these Perwakilan Pemuda are for choosing a guy guilty of political corruption and perceived as corrupt by the people.

    To 304 Perwakilan yang memilih KJ, hanya gambaran BODOH yang dapat saya simpulkan. My support for you Pemuda is FINISHED.

    Lagu baru untuk Pemuda UMNO…..”Inilaaaah barisan kitaaaa, yang bodoh, bodoh, bodoh…..

    Can’t stop thinking how dumb stupid you are bodoh people.

  48. Sorry I was wrong, actually your are not dumb stupid wahai 304 pemuda2 bodoh, you are so smart for voting this guilty KJ ( Lembaga Disiplin yang kata KJ bersalah, betul kan???).

    So “smart ” pemuda2 bodoh, kapan you all will queue up at KJ to collect the balance 50% indirectly???

    Don’t collect the 50% directly lah ya, nanti bersalah dan tak boleh bertanding! Do it indirectly (by TT or internet banking or you know lah caranya asalkan indirectly), the Lembaga Disiplin will allow that.

    I am the one stupid, for thinking you 304 Pemuda are bodoh.

    How bodoh I am diperbodohkan oleh Pemuda2 Bodoh, oops smart!!!

    Inilaaaaah baaaarisan kitaaaa, yang bodoh, bodoh, bodoh…….Now Everyone Can Sing….

  49. I have a new motto for 304 Perwakilan Pemuda UMNO –

    ” Melayu Pemuda UMNO Berani Bodoh ”

    Syabas kerana berani bodoh untuk memilih ketua anda yang didapati bersalah!*

    *Nota: Bukan tuduhan tetapi fakta oleh Lembaga Disiplin.

    Sudah masuk RM10,000 beb, and ada bonus lagi selepas keputusan menang…..maaf, indirectly paid, no receipt issued.

    Anyway, result summary:-

    Non-Khairy = 486
    Wenger J Khairy = 304
    Majority to Non-Khairy = 182 (so who really won?)

    In reality, I believe all 790 Pemuda UMNO yang kalah!!! Bodoh** punya Pemuda.

    **bermaksud arrogant dumb stupid dungu and tidak bijak tapi sombong seperti Nasha Bin Edwin (rupa nya ramai Nasha2 dalam Pemuda KJ)

  50. Pemilihan ambil masa 6 jam untuk mengira 790 undi!!! Kalau ada 10 peti, bererti 6 jam untuk kira dan kira dan kira semula tak sampai 80 undi setiap peti.

    Dan kalau majoriti KJ menang atas calon terdekat KT ialah 50 undi, apa kejadah perlu kira sampai 6 jam dan kira semula dan kira semula! Tidak ke ada syak prasangka disini?

    Dah lupa ke PRU12 Rembau mula2 KJ ketinggalan dan dah nak tengah malam dan berlaku power black-out tetiba KJ menang 5000 undi!!!

    Dan itu sebab Kumpulan Pemuda2 bodoh ini nak kira secara manual, tidak mahu guna digital counting atau biometric voting atau teknology IT maju oleh MSC Malaysia, keranaaa KJ tak boleh merasuah komputer itu, dan komputer tak kenal bahawa KJ tu menantu PM.

    Inilah persepsi rakyat Malaysia, dan persepsi KJ rasuah inilah yang akan mengecundangkan UMNO.

    My whole gang of friends and families are so upset with 304 stupidity, either UMNO bring KJ down soon or we are down with UMNO.

  51. Setelah pemilihan, KJ minta semua Pemuda rapatkan semula barisan!!!!

    NO WAY KJ, if you are perceive as CORRUPT, only the corrupts will rapatkan semula barisan!

  52. Election of Khairy As UMNO Youth Chief – The Ugly Consequences – By Matthias Chang (26/3/09)
    By Matthias Chang
    Thursday, 26 March 2009 19:00

    Khairy and Badawi may gloat that even in defeat, they were able to salvage a battlefield victory of sorts, but their glee will be short-lived and would spell the inevitable defeat of UMNO and Barisan Nasional at the next General Elections, or earlier.

    Maybe, this is the ultimate revenge to be exacted by Badawi now that he has been removed from the power equation.

    The delegates who voted for Khairy will live to regret their short-sighted decision.

    The call for radical change rings hollow when Khairy was elected as UMNO Youth Chief, because it is an indication that certain factions within UMNO are still in a state of denial.

    At the last General Elections, the denunciations against the Barisan Nasional from the electorate were loudest and frustration displayed most acute, whenever the names of Khairy and Badawi were uttered by Opposition leaders and supporters. I was there and I was able to announce a massive defeat for the BN even before nationwide results were announced. I had sent out SMS to friends all over the country of my view even before the polls were closed!

    I had even predicted before the General Elections that Badawi will be forced out after the elections. I have enough witnesses to testify to this fact, some of whom were close supporters of Badawi.

    I would say that the disenchantment was directed more at Khairy than Badawi.

    It was ugly, so very ugly – the damnation and anger.

    The electorate perceived (regardless whether we agree or not) Khairy as the personification of the corruption and abuse of power that prevails in UMNO. This perception still prevails.

    This was further compounded, when he was merely reprimanded by the UMNO Disciplinary Board for money politics, when his so-called agent was found guilty of giving money to delegates. There was bewilderment and anger. To the public, this was hypocrisy and double standards. Others paid heavy penalties by either being disallowed from competing in the party elections or charged in court for offences of corruption.

    Khairy became toxic!

    There were also rumours that no strong action could be taken against Khairy, because his election was the agreed farewell gift for Badawi in exchange for a smooth transition. Some called it blackmail!

    In the result, the public disillusionment with UMNO has deepened further.

    Any benefit of doubt given to the incoming Najib administration vaporised when Khairy was elected as UMNO Youth Chief. By virtue of the party position, he is certain to be made a Minister, if not at the very least a Deputy Minister.

    The announcement that there will be a massive reshuffle of the Cabinet to reflect a change in outlook will be hamstrung by the appointment of Khairy.

    In 2003, before the retirement of Tun Dr. Mahathir Mohamad, I had warned that Khairy will be the millstone of UMNO and the ultimate undoing of Badawi.

    But no one took heed of my warnings because everyone credited the massive victory of the 2004 General Elections to Khairy’s strategies. Nothing could be further from the truth. If the economy did not recover and prosper during the stalwartship of Tun Dr. Mahathir Mohamad after the 1997 financial crisis, Badawi could not have obtained such a huge mandate.

    Khairy and Badawi took all the credit for the victory. This was their undoing. Drunk with power and arrogance, they raped and destroyed the economy and alienated the electorate.

    Khairy relied on his spin doctors to spin fairytales to fulfil their ill-conceived agendas. Believing in their own spin, they missed all the telling signs that all was not well in their backyards. In the result, the Barisan Nasional lost five key states and the 2/3 majority in Parliament.

    UMNO as the backbone of the Barisan Nasional was wrecked and have yet to recover from the devastation!

    Some political pundits in the national dailies opined that Khairy would be able to reach out to the younger voters, because he is intelligent and able to communicate with them. This was seen as crucial as by the next General Elections, there will be another six million new and young voters.

    These pundits must be blind or wearing blinkers. Khairy played a major role in two By-elections recently and the Barisan Nasional lost.

    The writing is on the wall. Khairy was the millstone that hung dangerously on Badawi’s neck. Badawi ignored my warnings and paid the ultimate price. He was cursed and despised by the rakyat.

    Khairy will now be Najib’s millstone and if Najib does not wish to follow a similar exit, he had better not appoint Khairy to the Cabinet and or allow him to play any major role in any elections or formulating government policies. For that is the surest way to lose the elections, whether in the coming By-elections or the General Elections in 2012 / 2013.

    Khairy has no credibility. Winning the UMNO Youth elections will not in anyway give credence that he will be able to swing the youths of Malaysia to his side. Sad to say, UMNO Youth is out of touch with Malaysian youths! His election will alienate further the Malaysian youths. The Malaysian youths have had enough of him – a political chameleon, the “Teflon Kid” and there is no way that he can change the perception. As stated earlier, he is toxic!

    Badawi in his farewell speech said that UMNO must do away with the old ways. If UMNO is to follow his exhortation, surely the old ways of relying on Khairy and the 4th Floor boys must be rejected and discarded completely.

    I have never openly criticised Tengku Razaleigh in all the years that I have known him, as I have the highest respect for him. But in his recent interview with an alternative media, he had praised Khairy and expressed confidence in him.

    Coming from Tengku Razaleigh, I was dumbfounded. My immediate reaction was, it must have been a lapse of judgment.

    But, on further reflection, I realised that Tengku Razaleigh was laying the groundwork for future battles in UMNO and Khairy could be a useful proxy. I hope my assessment is wrong.

    But, for Tengku Razaleigh not to know the pulse of the electorate is not possible. The deep mistrust against Khairy has not abated. All Tengku need to do is to go down to the people and ask them what they think of Badawi and Khairy.

    He must have another agenda in backing Khairy the way he did.

    Be that as it may, it matters not whether Khairy is the UMNO Youth Chief. His tenure will not last. Sooner or later, reality will sink in and UMNO will turn against him and daggers will be out.

    It is also obvious that Khairy won because of horse trading of block votes. The voting in UMNO is such that at this juncture, Badawi’s block is still pivotal, even though not as powerful as the others. It was to those candidates that unless they have the Badawi block of votes, they will not survive the party elections. There was a simple quid-pro-quo: “Your block votes for me and my block will vote for you.” Much crocodile tears will flow to cover up the betrayals, and the usual excuse – “I had no choice, as otherwise I will be dead meat. If I survive, I can still help you later. Please understand my predicament.”

    There are suckers out there who still believe in this nonsense!

    There are no issues of principles in UMNO elections. It is pure power-play and how to survive to play the power game.

    Khairy has won one round, albeit his last, for there may be no more games to play when Barisan Nasional gets booted out, because of this millstone.

    To turn a new leaf, the old ways of Badawi and Khairy must be discarded totally and buried for good.

    There is no other option if Najib does not wish to be the shortest reigning Prime Minister in Malaysia’s history.

    Be forewarned that when the pressure starts piling on Khairy, he will be the Trojan Horse for the Opposition if that is the only option left to remain in power.

  53. Tun Mahathir’s fear is still spot on. Read below:-

    Abdullah terus berteka-teki tarikh peralihan kuasa

    27/03/2009 9:08pm

    KUALA LUMPUR 27 Mac — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus berteka-teki mengenai tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Ketika ditemui pada perhimpunan Agung Umno 2008 di sini hari ini, Abdullah yang kelihatan ceria dalam sidang media berkata beliau akan hanya memaklumkan tarikh itu apabila beliau “suka” untuk berbuat demikian.

    “Yang itu (tarikh peralihan kuasa) tak payah tanya, saya akan bagi tau bila-bila saya suka,” katanya.

    Timbalannya, Najib sebelum ini dinamakan sebagai penggantinya dan peralihan kuasa itu dilaporkan sebelum ini akan diadakan pada Mac ini.

    Mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa semua menteri-menteri di bawah pimpinan Abdullah secara teknikalnya turut dianggap meletak jawatan selepas beliau (Abdullah) meletak jawatan, Abdullah berkata: “Masa zaman saya dulu pun (Tan Sri) Lim Keng Yaik (bekas menteri kabinet) pun kata begitu juga, tapi tak jadi apa pun, bukan boleh paksa.”

    — BERNAMA

  54. Salam perjuangan,

    Biarkanlah mereka yang mendustai amanah dan tanggungjawab mereka dibalas oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Adil dan akan ditunjukkan kepada semua jika ada poincangnya.

    Fokus kita adalah pilihanraya kecil. Usah biarkan penyakit musim pemilihan merebak menjadi lebih kritikal. Kita lihat KP baru ini beraksi memperkasakan jentera BN.

    “MEMPERKASA GENERASI BARU”

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

  55. Salam perjuangan,

    Biarkanlah mereka yang mendustai amanah dan tanggungjawab mereka dibalas oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Adil dan akan ditunjukkan kepada semua jika ada poincangnya.

    Fokus kita adalah pilihanraya kecil. Usah biarkan penyakit musim pemilihan merebak menjadi lebih kritikal. Kita lihat KP baru ini beraksi memperkasakan jentera BN.

    “MEMPERKASA GENERASI BARU”

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

  56. Dari Anotherbrickinthewall:-

    FRIDAY, MARCH 27, 2009

    Dua hari berturut-turut Khairy perasuah kena boo
    Sudahlah selepas memenangi jawatan Ketua Pemuda, Khairy perasuah telah disorak “KJ! …Rasuah!…”

    Semalam semasa namanya disebut oleh juruacara sebelum mengundi oleh Pengerusi Mesyuarat, dia telah di boo oleh para-para perwakilan yang hadhir. Hari ini, ada seorang jurubahas dari Pemuda Kelantan yang cuba menyebut nama Khairy perasuah, sekali lagi namanya di boo.

    Pasti pada hari terakhir, dia akan berucap dalam sesi penggulungan. Kemungkinan sekali lagi, dia akan menerima di boo.

    Walaupun kalah, sepanjang dua hari semalam dan hari ini, baik Dato Mukhriz atau Dato Seri Dr Khir Toyo mendapat sambutan baik dari perwakilan atau hadhiran di PWTC.

    Bisikan-bisikan di PWTC mengatakan sudah ada laporan polis mengenai salahlaku politik wang Khairy perasuah. Pagi tadi, blog bigdogdotom melaporkan ada ura-ura hari ini atau besok akan ada laporan polis satu lagi terhadap Khairy perasuah.

    Kenapa teruk sekali reaksi pelbagai pihak kepada kekalahan?

    Buat setakat ini, hampir semua perwakilan dan pemberi sumber maklumat dalaman mengatakan Khairy perasuah menang kerana kesetiaan kepada Agong pertama (diatas kertas.)

    Diberitahu bahawa kumpulan Khairy perasuah menawarkan wang kepada mereka yang mengundinya sejumlah RM10,000 ke RM30,000 bergantung kepada kecondongan mereka kepada calun pesaing.

    Cara duit itu diberi adalah sebahagian dibayar sebelum dan selebihnya setelah mereka memberikan undi. Untuk mengesahkan undi telah sah diberikan kepada Khairy perasuah, perwakilan yang mengundi dikatakan membuka kertas undi untuk dapat dilihat jelas oleh orang-orang tertentu yang menjadi wakil Pengesah Khairy perasuah.

    Selepas Najib menyebut “Berani Berubah” dalam ucapannya pada malam Selasa, pihak Khairy perasuah dikatakan telah bekerja keras dengan operasi carpet bombing malam itu. Selain pemberian di pusat operasi Lubuk Khairy perasuah di Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, satu sumber memberitahu penyerahan juga dilakukan malam itu di sebuah Hotel di Shah Alam.

    Pembayaran selebihnya dilakukan semalam di satu lokasi yang perlu di rahsiakan dahulu.

    Selain itu, kebanyakkan pihak yang veteran dalam hel ehwal UMNO mengatakan sangat anih pengiraan untuk hanya 790 undi memakan masa hampir enam jam. Pelbagai boleh disyaki. Ramai difahami bahawa keputusan menjadi lambat disebabkan beberapa kali recount.

    Yang hairannya, recount selalu berlaku apabila keputusan agak rapat dan untuk kepastian. Apabila ianya diumumkan, ramai hairan jauhnya jumlah undi Khairy yang melebihi 50 undi berbanding dengan Dr Khir dan hampir 70-80 undi dari Mukhriz.

    Satu sumber memberitahu bahawa ada keanihan apabila satu kotak terakhir dipenuhi oleh undi Khairy perasuah sahaja.

    Adakah ini sebabnya penyokong-penyokong baik dari Mukhriz atau Dr Khir Toyo naik birang hingga menyorakkan Khairy perasuah sebagai perasuah dan perwakilan-perwakilan menyorak boo dua hari berturut-turut?

    Selalunya orang biasa menerima kekalahan, tetapi marah hingga naik birang jika ditipu.

    Samada laporan polis dan SPRM akan benar berakhir dengan nasib Khairy perasuah seperti yang dialami oleh Tan Sri Isa Samad, itu bakal memakan masa.

    Bagaimana Khairy perasuah akan merapatkan barisan Pemuda UMNO yang majoritinya adalah yang tidak menyokong Khairy perasuah? Lebih segera, bagaimana Khairy akan dapat menyediakan jentera Pemdua untuk pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan dirinya tidak diterima?

    Kalau benar ini semua berlaku, kenapa cara dilakukan hingga menimbulkan keyakinan penipuan dan rasuah sudah berlaku? Dalam zaman Internet dan SMS, sesuatu mudah disebarkan.

  57. jika pembangkang membuka isu rasuah dalam umno,kita memang tak boleh defend…

  58. video link KJ kena boo

  59. Siberuk nih sepatutnya bukan kne ‘boo’ jek…~

    Tapi patut di’sipak’ skalik…~

    Baru pueh ati…~

    …~

  60. Bro BD…~

    1 cerita menarik…~

    http://nan-naga.blogspot.com/2009/03/singapore-di-panah-petir.html

    Sile2…~

    Hehehe…~

    d:…~

  61. […] the 304 Pemuda UMNO delegates voted the wrong leader almost two weeks ago. This is something PM Dato’ Seri Najib really got to pay attention. The […]

  62. […] by the Disciplinary Board and incoming seventh UMNO President stern reminder on the issue, gets elected by 304 UMNO Youth delegates to ascend a post of a Vice President […]

  63. […] fact is that, Khairy has been a very unpopular and controversial UMNO leader despite able to win the UMNO Youth He… last March. He is so unpopular and highly controversial that during the Bukit Gantang and Bukit […]

  64. […] The ‘isolation’ of Khairy from being appointed into PM Najib’s administration must have really hurt KJ’s die-hard supporters’ within  Pemuda UMNO ego. Being excluded at the very least also could have affected the moral and political resolve of Pemuda UMNO. Then again, Pemuda UMNO should be reminded that Khairy’s ascension into the Vice President stature of UMNO is not by grassroot choice (as Khairy did not get the most nominations from UMNO Divisions all over the country) but the decision of the 304 Pemuda delegates. Pemuda UMNO now is bearing the sins of these 304 delegates. […]

  65. […] yang bertanding pada siri kempen pilihanraya parti termasuk peringkat tertinggi Naib Presiden, Ketua Pemuda dan Majlis Tertinggi ke muka pengadilan Lembaga Disiplin UMNO walaupun dikatakan lebih 2,000 […]

  66. […] he received poor nominations against the other two aspirants but in the final days, managed to amass 304 votes to win on the polling day. This many found strange as the Divisional nominations is about grassroot deciding who such run and […]

  67. […] that he was reprimanded by the UMNO Disciplinary Board but was not sentenced to any punishment, his ascension to the UMNO Youth Head (an UMNO Vice President level) did not come easy. When he was […]

  68. […] Mukhriz contested UMNO Youth Exco in August 2004 and was elected with the highest votes. on 6 September 2008, he launched his ‘Berani Berubah’ campaign for UMNO Youth Chief. Even though he got the highest divisional nominations, he failed to win the UMNO Youth Chief post when the delegates voted on 26 March 2009. […]

  69. […] be or were once tainted. The incumbent Wanita UMNO Chief Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil and UMNO Youth Head Khairy Jamaluddin have had issues about their […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: