PAU ke 59: Khairy di’boo’, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah selar Tun Dr. Mahathir

wang_bangsa_perwakilan

Hari ini menyaksikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ke 59. Ianya dimulakan dengan upacra tradisi menaikan bendera Sang Saka Bangsa dan menyanyikan lagu Bersetia, Bersatu, Berkhidmat diperkarang PWTC. Sebagaimana dijangkakan, tiada perkara luar biasa seharusnya  berlaku dalam rutin tahunan (kecuali 2008 dimana tiada PAU). Namun begitu, satu peristiwa luar jangka berlaku.

Sejurus para Perwakilan masuk kedalam tempat masing masing dalam Dewan Merdeka, Ketua Pemuda baru dipilih YB Khairy Jamaluddin juga ditunjukan tempat. Setibanya kelibat beliau dapat dilihat sebahagian besar Perwakilan UMNO, beliau telah di’boo’ dengan lantang. Bukan setakat Perwakilan UMNO yang muda muda, malah yang veteran dan Wanita juga memberikan sambutan ‘hina’ dalam keadaan biasa sepatutnya yang penuh istiadat gilang gemilang. Sebagaimana dirancang, Khairy yang menjangkakan ada ‘hostiliti’ akan tunjukan ahli UMNO kepadanya, sampai dengan eskort Polis yang bersenjata.

Ini jelas menunjukan sentimen sebenar ahli UMNO terhadap pemimpin yang dikatakan sebagai ‘strategis’ yang telah menyumbang kekalahan luar biasa BN dalam Pilihanraya Umum ke XII 8 Mac 2008. Sekiranya peristiwa Pemuda akar umbi UMNO menjerit “’KJ’, Rasuah!” malam semalam dikira sebagai tindakan ‘kebudak budakan’ yang kurang matang, jelas peristiwa hari ini memanifestasikan perasaan sebenar ahli UMNO kepada MP Rembau itu.

Dalam ucapandasar kali terakhir Presiden UMNO VI PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau telah sempat membidas Presiden UMNO V dan Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang disifatkan sebagai “menderhaka dan gunting dalam lipatan” dan kemudian tergamak meninggalkan parti.

Laporan Bernama.com:

 

Saya tidak akan derhaka kepada UMNO – Abdullah

26/03/2009 1:15pm

 

KUALA LUMPUR 26 Mac — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata beliau tidak akan menderhaka dan bersifat gunting dalam lipatan kepada UMNO kerana sejak kecil lagi beliau ditanam dengan semangat perjuangan parti itu.

Presiden UMNO itu berkata walaupun pernah mengalami pengalaman pahit sebagai anggota UMNO dan pernah dihina oleh segelintir anggota parti, beliau tidak pernah menghina dan mencerca UMNO, jauh sekali meninggalkannya.

Abdullah, 69, yang dilantik sebagai Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober 2003, berkata ujian kesetiaan adalah ketika menghadapi dugaan serta melalui era yang payah dan laluan yang susah, serta ketika tidak berjawatan dan tiada kedudukan.

“Semangat kental yang tertanam di jiwa saya menghindarkan saya daripada bersifat derhaka kepada UMNO,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar bertajuk “Masa Depan dan Survival Parti”, pada Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

***************

Yang ironi dalam ucapandasar ini, beliau membangkitkan isu politikwang, sedangkan menantu sendiri dikaitkan dengan perbuatan yang akan membawa parti nasionalis ini kearah kehancuran, walaupun Lembaga Disiplin UMNO hanya setakat memberikan ‘amaran’ sebagai hukuman. Namun, Khairy diyakini Lembaga Disiplin UMNO sebagai menyalahi tataetika pemilihan parti. 

utusan-18iii09-kt-kj1

 

Inilah reaksi kisah dua-beranak dalam UMNO yang akan dirakamkan dalam lipatan sejarah UMNO, mungkin sebagai paling banyak menyumbang kearah ketirisan keyakinan dan sokongan masyarakat kepada parti nasionalis yang paling banyak berjasa kepada Bangsa Melayu dan tanahair.

Published in: on March 26, 2009 at 23:58  Comments (16)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/03/26/pau-ke-59-khairy-diboo-pm-flip-flop-abdullah-selar-tun-dr-mahathir/trackback/

RSS feed for comments on this post.

16 CommentsLeave a comment

  1. Pak Lah, Pak Lah, bila pulak dia nak bangun ye? asyik tertidor aje…..

    Pak Lah, yang akan menjahanamkan UMNO dan orang orang Melayu Malaysia khususnya adalah menantu Pak Lah yang korupsi tu…macam pulak tak tahu ….sudah gaharu cendana pula sudah tahu buat buat tak tahu pulak …..

    Lagi satu, Pak Lah jangan lah nak bidas TDM.
    TDM adalah negarawan yang terulung, yang cintakan tanah airnya dan terkenal seluruh dunia ….Dia seorang yang berani, lurus dan bersih ….dan dia tak tidor macam Pak Lah….

    Sekarang Pak Lah, continue lah dengan your Beauty Sleep ye ….

    ps …..saya seorang rakyat biasa, tidak ada political affliation dengan mana mana parti tau ….

  2. Ayuh kita mulakan GERAK SARAF dengan tema ”Perangi Kaum Setiaka-WANG 304”

    Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya kerana kalau tidak dengan situasi panik akibat kemenangan para Setiaka-WANG, maka tidak akan timbul rasa insaf/takut di kalangan 2591 para perwakilan hari ini yang ternyata mempunyai kesedaran dan masih sayangkan parti dengan memilih BANGSA bukannya WANG.

    Proses pemulihan Parti telah berjaya hingga 70%, tetapi sayangnya masih ada 30% beruk-beruk yang mengelar kaum mereka Setiaka-WANG yang masih berkiblatkan WANG yang hanya mahu menyaksikan UMNO parti Keramat ini BERKUBUR.

    Rata-rata bukan sekadar penyokong calon lawan yang sedih/marah, malah seluruh parti dan NEGARA mengalami satu MIMPI NGERI yang amat DASYHAT!! Salah seorang yang mengalami mimpi tersebut adalah OTAI blogger RockyBru yang sampai mimpi bertemu Ketua Pemuda Setiaka-WANG di tanah perkuburan.

    Ada juga yang berhasrat untuk KELUAR PARTI dan ada juga yang baru nak masuk terus tak jadi. Ada juga blogger yang mengambil keputusan BERCUTI dek kerana kemenangan kaum Setiaka-WANG

    Masih belum terlambat untuk BERANI BERUBAH dan menjadi PEMUDA BERANI.

    Usah TAKUT atau GENTAR, kerana kaum mereka cuma ada 304, walhal kita ada SELURUH PARTI dan NEGARA yang bersiap-siaga menunggu arahan untuk ke MEDAN PERANG!!!

    Ayuh kita mulakan GERAK SARAF dengan tema ”Perangi Setiaka-WANG”

    Kita DESAK saf kepimpinan baru, Kita DESAK Lembaga Disiplin, kalau tak boleh jalan jugak Kita DESAK SPRM!!!

    Perjuangan Belum Selesai!! Jangan PUTUS ASA!!

    Dapatkan logo disini:

    http://www.bentengnegara.blogspot.com

  3. SALAM BRO…
    SEMEMANGNYA APA YANG TERJADI INI SATU AGENDA YANG MEMILUKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
    GANDINGAN MANTAP D.S.NAJIB DAN T.S.MUHYIDDIN YASSIN DIYAKINI OLEH RAKYAT.
    NAMUN KETUA PEMUDA TIDAK MENCAPAI HASRAT RAKYAT YANG SEBENAR….
    APA YANG PASTI PEMUDA UMNO MASIH DITAKUK LAMA…

  4. Indians feel betrayed by Anwar in Bukit Selambau
    read it all here
    http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/kaum-india-kecewa-dengan-anwar-di-bukit.html

  5. Paklah tak layak nak bantai Tun … jasa-jasa Tun terlalu besar untuk rakyat Malaysia secara keseluruhan …

    pasal kemenangan khairy pulak rasanya macam seolah-olah UMNO dah mati … tapi syukur perwakilan UMNO yg lain secara keseluruhannya masih rasional dengan memberikan kemenangan pada Tan Sri Muhyiddin … mungkin UMNO masih ada nyawa-nyawa ikan lagi

  6. Heh heh .. “Saya tidak akan derhaka kepada Umno????”

    Adoooh Pak Lah
    Kata-kata mu
    Aku sangsi

    Perbuatan mu
    Aku percaya

    50 tahun dan 4 PM sebelum mu
    Terlanjur dengan 1 kerusakan – mungkin
    5 tahun dan 1 PM – mu dan kau
    Kejayaan cemerlang dngan 50 kerusakan.

    Terima kasih atas budi baik mu.

  7. Apasal semua suka sangat Mukriz gay tu? Dah kalah, kalah lar…dengki dengki pulak. Inilah sifat suka dengki yang merugikan Melayu.

  8. Slogan KJ ‘SETIAKAWAN’ sebenarnya bermaksud ‘SEDIAKAN WANG’ atau ‘SETIA KAT WANG’!

  9. Pak Lah = the Architect of umno destruction…….
    Malas nak cerita banyak2 pasal Pak Lah nie…buat dosa kering jerr…. I have never had anything even remotely positive about this insane man…sigh! Kalau lah dia ni panjang akalnyer… malu dia nak sebut pasal TUN , jasa2 TUN yang tak terkira dan tak terbalas berbanding dengan PL yg menyebabkan kemunduran bangsa dan kerosakan parti terulung di Malaysia.
    Tak tau malu punya orang!

  10. Dollah cuba memperlihatkan pada umum kononnya dialah yang terbaik, PORAHHHHHHHH!!! Dia bukan pengkhianat, PORAAAHHHHHHHH!!!!! Dia banyak berjasa, POORRRRAAAAHHHHH!!!!!!
    Inilah manusia perosak, pengkhianat, gunting dalam lipatan yang telah menghancurkan amanah bangsa, yang kononnya semangat dari umur 7 tahun, POORRRAAAAHHHH!
    Cerita pasal integriti, dia sendiri tak ada integriti. Cakap pasal rasuah, keluarga sendiri dikaitkan dengan rasuah. Cakap pasal Islam Hadhari, amanah diperalatkan.
    Tak payahlah kita nak dengar manusia hipokrit seperti ini, yang perasan lebih. Nama dewan di PWTC diberi pada isteri, sedangkan jasa tak ada, adalah ramai lagi yang lebih berjasa. Ini adalah sifat manusia yang tidak punya malu.

  11. Apa ke jadahnya jika hanya nak harapkan setia dan tidak durhaka kpd umno tetapi dalam masa yg sama org yg berkata itulah juga yg menjadi faktor utama umno menjadi lemah, kalah serta dipandang hina oleh bangaa melayu sendiri. Jadah apa tu?

    Pada akulah, setia dan tidak durhaka itu mempunyai makna yg lebih luas. Maknanya kita akan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menjadikan umno itu lebih gagah dan lebih berjaya.

    Kalau faktor diri sendiri menyebabkan umno tu jd lemah dan kalah, itu bukan setia namanya. Setia jenis ini nak buat apa. Bak kata org nogori “menghabiehkan bogheh jo”.

  12. Kesian pulak kat Pak Lah ni yek?

    Gamaknya betul tak dia sememangnya tak tahu-menahu apa yang telah terjadi, sedang terjadi & bakal terjadi hasil dari pemerintahannya sebagai PM & Presiden UMNO selama ini?

    Is this man for real? Ada ke orang yang clueless macam ni?

  13. semasa dollah berucap terasa memulas perut saya dan semua isi perut rasa hendak keluar…. muntah lah …

    memang lah pandai sungguh penulis ucapan beliau tetapi silap orang yang menyampaikan.

    dollah not even 5% close to TDM credibility.

    cukuplah merosakkan negara dan agama serta bangsa…. besok dollah tolong lah perbetulkan apa yang silap kemarin… terangkan kembali akui lah kesilapan hang anak beranak yang telah menjahanamkan MALAYSIA …

    ALAHAI………

  14. He is Mr Opposite so you know what he meant. Anyway his Sil is obnoxious we hope DS Najib just ignore this sort of Pemuda.

  15. peminat tidor selalu nya berhayal sentiasa

    alam mimpi menjadi nyata

    dan alam nyata hanya mimpi semata

    last act final scene, alhamdullilah

  16. ASTRO 814 Live
    Pelumba Basikal Negara Azizul Hasni sedang berentap emas sekarang 22:17PM 29/3


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: