Pembaharuan bermula: Segunung harapan atas bahu Najib

umno_logo2

Aspirasi akar umbi warga Malaysia akhirnya menampakan harapan baru apabila Presiden UMNO VII Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih secara rasminya tampuk Kepimpinan UMNO semalam. Proses merakyatkan UMNO sudah bermula.

Laporan Utusan Malaysia:

Pembaharuan bermula

 
 

 

PERALIHAN KUASA
Berlaku mengikut tradisi UMNO dengan tenang dan tertib daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-59.

NEGARAWAN BERSATU

Dr. Mahathir Mohamad kembali bersama UMNO dalam suasana menyentuh perasaan dan penuh penghormatan. Dr. Mahathir naik ke pentas perhimpunan agung dan bersalaman dengan kepimpinan tertinggi parti termasuk Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak.

Pembaharuan UMNO

Perhimpunan Agung Khas sebelum akhir tahun ini membincangkan pembaharuan termasuk memerangi politik wang:

– Perlembagaan dipinda bagi memberi mandat lebih ramai ahli (anggaran 60,000 ahli) memilih kepimpinan tertinggi yang akan dibuat serentak di 191 bahagian.

– Sistem kuota dirombak semula.

Rakyat-Parti-Kerajaan

Konsep parti menguasai kerajaan ditambah dengan komponen rakyat.

Parti memahami denyut hati rakyat. Diterjemahkan dalam bentuk dasar dan tindakan oleh kerajaan. Apabila kerajaan dikuasai oleh parti melaksanakan kehendak rakyat, UMNO jadi gagah perkasa.

***********************

 

Dalam ucapan ulung sebagai Presiden UMNO, TPM Dato’ Seri Najib berikrar akan menunaikan desakan Perwakilan UMNO Perhimpunan Agung UMNO ke 59 untuk bukan sahaja ‘parti menguasai Kerajaan’, malah menambahkan komponen terpenting ‘rakyat’ menguasai parti, sebagai sebahagian variable paling utama dalam formula tersebut. Ini merupakan aspirasi begitu ramai anggota masyarakat dan banyak pihak yang mahukan UMNO berubah.

Proses pendemokrasian UMNO kini bermula. Cadangan agar proses pemilihan dalam parti diperluaskan dari 2,600 Perwakilan melalui sistem sekarang dimana 6 + 7 wakil setiap Bahagian diberikan hak dan kuasa untuk menentukan Kepimpinan dan jawatan tertinggi parti akan diperluaskan agar pemimpin peringkat Cawangan UMNO juga terlibat. Ini mengakibatkan 3 orang pemimpin mewakili 20,000 Cawangan UMNO diberikan peluang membuat keputusan.

Sekaligus ini akan secara drastiknya membendung amalan rasuah dan politik wang yang kini main menular secara serious dalam parti nasionalis ini. Presiden UMNO VII Dato’ Seri Najib juga menjanjikan untuk memberikan proses pemilihan ini lebih telus dan effisyen, teknologi akan digunakan untuk memberi ruang agar kesemua 60,000 Perwakilan Cawangan UMNO yang akan melaksanakan proses demokrasi pemilihan ini dilaksanakan serentak, untuk mengelakan sebarang elemen rasuah dan politik wang.

Ini merupakan sistem pemilihan parti yang paling demokratik dalam sejarah politik Malaysia. Ini bermakna Kepimpinan yang bakal dipilih merupakan aspirasi sebenar akar umbi.

 

Kepimpinan UMNO dikatakan begitu angkuh, sehingga mencabar agar apa apa ketidak puasan hati dibawa kepeti undi. Dalam ucapan penggulungan PAU 58 pada 9 November 2007, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah mencabar rakyat agar tidak keluar untuk berdemonstrasi pada perhimpunan yang dirancang. Cabaran ini dipandang sepi dan 30,000 orang berhimpun dari Dataran Merdeka ke Istana Negara.Beberapa lagi demonstrasi jalanan yang didalang Pembangkang di’biar’kan dan ini secara tidak langsung ‘memberi muka’ pada mereka yang begitu angkuh mencabar penguatkuasa, sebagai motif menunjukan kekecewaan kepada pentadbiran PM ‘Flip-Flop’ Abdullah.

 

Akibatnya, kekecewaan rakyat yang meluap termasuk dikalangan orang Melayu terhadap Kepimpinan UMNO, yang dikatakan tidak peka kepada aspirasi akar umbi dan rakyat, serta salahguna kuasa pemimpin tertentu dimanifestasikan jelas pada Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) 8 Mac 2008. UMNO sebagai tunjang kekuatan Barisan Nasional, menerima kejutan dan keputusan luar jangkaan. 

Keputusan ‘Tsunami politik’ PRU 12 pada tarikh 8 Mac 2008: UMNO menyaksikan penurunan prestasi dari 110 kerusi Dewan Rakyat kepada hanya 79, prestasi buruk parti parti komponen BN (yang rata rata menyalahkan UMNO kerana kegagalan mereka mendapat keyakinan dan sokongan kumpulan etnik yang mereka wakili),  kali pertama BN hilang penguasaan majoriti 2/3 Dewan Rakyat dan BN hilang penguasaan dalam 5 + 1 buah negeri. Pasca PRU 12 juga menyaksikan dua calon Menteri Besar yang dinamakan UMNO gagal mengangkat sumpah kerana tidak mendapat perkenan dua DYMM Tuanku Raja Melayu. Semenjak Kabinet ditubuhkan, seorang Menteri dan dua Timbalan Menteri meletakan jawatan dan sebuah parti komponen, SAPP, telah keluar dari BN. 

 

Tindakan “Berani berubah” ini dijangkakan akan diterima dengan baik oleh semua pihak, termasuk Pembangkang. Selepas ini, dakyah Pembangkang terutama Ketua Umum PKR Anwar “Drama King” Ibrahim  bahawa  UMNO merupakan parti elitis akan terlerai. Fokus keatas mengutamakan ‘rakyat’ sebagai tunjang utama kuasa pada parti dijangkakan akan meleraikan konsep ‘Ketuanan Rakyat’, satu fantasi yang diperkudakan Anwar semasa mengumumkan ‘Black 14’ April tahun lepas.

Presiden UMNO V dan Perdana Menteri IV Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sama sama hadir dalam upacara penutup dan pengulunggan perbahasan PAU 59 menerima baik pengumuman ini. Beliau juga akan mengumumkan kembali kepangkuang UMNO dalam tempoh masa terdekat, sebagaimana yang dijanjikan Mei 2008 apabila mengumumkan ‘keluar bersyarat’ sehingga Presiden UMNO VI PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakan jawatan.

Cabaran kepada Presiden UMNO VII Dato’ Seri Najib ialah menunaikan apa yang dijanjikan termasuk pembaharuan dan perubahan, terutama selepas Perwakilan UMNO memberikan beliau ‘saf’ yang sebenarnya terdiri dari pemimpin yang disifatkan sebagai ‘Orang PM ‘Flip-Flop’ Abdullah’ seperti Dato’ Noh Omar, Dato’ Mohd. Zain Mohamad, Dato’ Idris Jusoh, Dato’ Idris Haron, Dato’ Shaziman Abu Mansor, Dato’ Hamzah Zainuddin, Dato’ Dr. Noraesah Mohamad, Dato’ Mahadzir Khalid, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin dan Dato’ Zainal Abidin Osman. Ada juga pemimpin yang dikaitkan sebagai ‘Orang KJ’ seperti Dato’ Ismail Sabri Yaacob dan Dato’ Azeez Rahim. Walaupun gandingan Najib-Muhyiddin dan diampuh Zahid-Hishamuddin-Shafiee dikatakan mantap, sekiranya majoriti MT UMNO masih lagi mengamalkan pemikiran dan pendekatan yang dibawa PM ‘Flip-Flop’ Abdullah, termasuk membendung akar umbi UMNO menyuarakan pendapat, maka perubahan dan pembaharuan sebagaimana yang diharapkan dikhuatiri akan berjaya diusahakan.

Segunung harapan kini dibebankan keatas bahu Kepimpinan UMNO dibawah Dato’ Seri Najib. UMNO perlu perubahan dan pembaharuan signifikan dalam jangkatempoh serdehana sebelum PRU 13, terutama kegagalan Presiden UMNO VI PM ‘Flip-Flop’ Abdullah gagal melaksana janji janji dan pengharapan setelah mengambil alih dari Presden UMNO V Tun Dr. Mahathir.

Published in: on March 29, 2009 at 09:28  Comments (5)