Orang Melayu nasionalis memang pelupur dan peneraju sebenar proses Kemerdekaan

umno_logo2

Buat pertama kali, kami bersetuju dengan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bangsa Melayu merupakan majoriti penduduk pribumi Tanah Melayu, yang berusaha dan berjuang untuk gerakan Kemerdekaan, melalui semangat nasionalism Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO, yang dilahirkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor.

 Menteri Besar Johor ketika itu Dato’ Onn Jaafar , seorang bangsawan Johor yang mendapat perkenan restu DYMM Sultan Johor, telah diangkat sebagai Yang DiPertua pertama UMNO, oleh wakil wakil 29 NGO Melayu yang bergabung untuk menentang Gagasan Malayan Union yang dibawa Pesuruhjaya Tinggi British Sir Harold MacMichael.

Laporan The Star:

PM: Malays started fight for independence

Tuesday March 31, 2009

KUALA LUMPUR: It is historically true that nationalism and the struggle for independence was first started by the Malays, says the Prime Minister.

However, the country gained independence after the Malays, Chinese and Indian communities united to fight to free the country from British rule, said Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Commenting on Education Minister Datuk Seri Hisham-muddin Tun Hussein’s statement on the role of the Malays in the country’s Independence that has caused some unhappiness among other races, Abdullah said “it’s a fact” and true that the Malays, led by Datuk Onn Jaafar, initiated the struggle for Independence.

Saying that “history cannot be forgotten and erased”, he added that Tunku Abdul Rahman took over Umno’s leadership from Datuk Onn and formed an alliance – Perikatan – with MCA and MIC which eventually saw the country gaining its Independence.

Abdullah said as there were also other races in the country, Tunku Abdul Rahman had the wisdom to bring all together in the struggle.

“Because all the races came together and were united in the cause, the British had no chance to divide and rule. They granted Independence,” he said.

The Prime Minister said the country continued to be governed by the Barisan Nasional under the concept of the people’s participation through the parties that represented all the races.

Meanwhile, Hishammuddin has denied he excluded the involvement of the MCA and MIC when he talked about the process of attaining the country’s independence, saying that several vernacular newspapers had quoted him out of context.

**************************************

Semasa UMNO hendak ditubuhkan oleh penggabungan 29 NGO tersebut, dicadangakan bahawa organisasi ini dikenali sebagai Pertubuhan Melayu Bersatu. Namun Pendita Za’aba mendesak agar perkataan “Kebangsaan” ditambah untuk menunjukan bahawa Perjuangan yang dibawa bersifat dan berpaksikan ‘Nasionalism’ dan semangat dan motif Perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara terangkum dalam erti sebenar dalam nama organisasi. Modal dan semangat ‘nasionalism’ yang meluap luap ini yang menjadi sandaran Perjuangan Bangsa Melayu, sehingga membuahkan hasil Persekutuan Tanah Melayu mengecap Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, walaupun orang Melayu ketika itu amat ketinggalan dari serba serbi, termasuk sumber untuk membiayai dana Perjuangan.

Berbanding dengan parti politik Bukan Melayu, ianya bersifat ‘persatuan’ dan ‘kesatuan’.

Orang Melayu memang melupuri gerakan nasionalism untuk mempertahankan kedaulatan dan kuasa Raja Raja Melayu, yang dihiris lenyap sekiranya Malayan Union berjaya dilaksanakan. Malayan Union, pada masa penubuhan UMNO, sudah pun mendapat kelulusan Parlimen Westminister di London. Namun, desakan yang begitu intensif orang Melayu yang bergabung bawah panji UMNO, berjaya membatalkan perlaksanaan Malayan Union.

Setelah Gagasan Malayan Union gagal, British telah mengundang wakil Raja Melayu dan UMNO untuk berunding. Hasil perundingan ini ialah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Feb 1948 yang ditanda tangani wakil Whitehall, wakil Raja Melayu dan UMNO. Antara kandungan penting perjanjian ini ialah memberikan takrifan khusus kedudukan dan hak orang Melayu sebagai warga Persekutuan, sebagaimana kedudukan pra-1941. Namun, kedudukan Bukan Melayu tidak dinyatakan.

 Apabila proses perundingan untuk mencapai Kemerdekaan bermula, Whitehall memberikan sekelian baginda DYMM Raja Raja Melayu perkenan untuk menentukan corak pemerintahan. Akibat kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman berunding dengan wakil wakil Raja Melayu dalam perjalananan untuk proses perundingan dengan Whitehall, maka sekelian baginda Raja Melayu bersetuju memilih sistem pemerintahan yang akan ditubuhkan ialah corak demokrasi berpaksikan ‘Raja Berperlembagaan’ ala Westminster.

Tunku Abdul Rahman juga bersetuju untuk mengiktiraf kedudukan majoriti etnik Bukan Melayu yang sebelum ini ditakrifkan sebagai ‘Tidak berwarga negara’ (stateless), kerana sebagai etnik immigran yang ibawa masuk Britain sempena memenuhi keperluan pembangunan, aktiviti ekonomi dan kebajikan kepentingan penjajah semata mata. British sebenarnya enggan mengiktiraf mereka sebagai ‘Warga Empayar British’ (Subjects of the British Empire) dan mereka tidak mempunyai hak sebagai warga negara. Mereka ini yang disifatkan sebagai ‘Bukan warga DYMM Raja Melayu’ kini diberikan hak sebagai warga negara Persekutuan Tanah Melayu sebagai timbal balas proses perundingan Kemerdekaan kerana British tidak mahu dibebankan sekurang kuranya 850,000 yang bertaraf ‘Tidak berwarga negara’ (stateless) dan British tidak mahu ‘memikul’ masalah immigrasi yang rumit ini selepas sebuah lagi koloni tidak lagi menjadi sebahagian dari Empayar British. Inilah kompromi paling signifikan yang Tunku Abdul Rahman dan UMNO korbankan, demi untuk mencapai Kemerdekan.

Maka, peranan orang Melayu sebagai pelupur mencapai Kemerdekaan amatlah jelas dan tidak perlu dipersoalkan lagi mana mana pihak, walaupun ada yang cuba memutar belitkan sejarah dan fakta.

Published in: on March 31, 2009 at 13:39  Comments (17)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/03/31/orang-melayu-nasionalis-memang-pelupur-dan-peneraju-sebenar-proses-kemerdekaan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

17 CommentsLeave a comment

  1. The non natives at that time were not even citizens of the land. On what basis can they begin to ask for independence from the British?

    Of course, some notable non malays also joined the effort later on.

    The ONLY non Malays then who were subjects of the British Empire were those who were born and reside in the Straits Settlements.

    That is why, when the first general elections in 1955, 85% of the eligible and registered voters, who were considered as ‘citizen’ were the Malays.

  2. Deae Big Dog

    I thought everybody knew this.
    I don’t understand why the Non-Malays are so sensitive on this issue.
    It is a historical fact.
    Mo one can rewrite history.

    That’s right.

    Many people chooses to ignore facts and history and try very best to distort them. Especially with some narrow and ‘dark’ agenda. People like Dr Kua Kia Soong and Raja Petra claims that the real ‘Pejuang Kemerdekaan’ were the communists!

  3. masa nak bagi kerakyatan tunku tak buat referendum tanya rakyat tanah melayu setuju atau tak setuju. padahnya berjuta dapat kerakyatan percuma (sampai sekarang masih ramai tak tahu cakap bahasa malaysia). dulu ramai pejuang haluan kiri yang setuju bagi kerakyatan. british pandai sebab tak nak bawa balik dia ‘paksa’ dan ‘tipu’ tunku terima. sekarang dari berjuta dah jadi berjuta-juta.
    orang melayu dah jadi bangsa yang apologetik. angkat keris pun tak boleh. sensitif. kena main dengan teresa kok berembut pegi ke china mintak maaf. rupanya salah orang.
    kenapa pemimpin melayu tak saman kerajaan british kerana bawa masuk orang negara luar lepas tu tinggalkan kat sini.

    itu semua kalau kita nak cerita panjang (sampai lembu balik pun tak habis).

  4. Hahaha Big Dog, very rare to see you agreeing with and quoting Flip Flop… one of those days huh?

    Yes. For once, he is right!

  5. HEY BIG DOG MY GREAT GRAND FATHER DIED AND LIES IN A PLAQUE BEARING NAMES OF THOSE WHO DIED FOR THIS COUNTRY DID ANYONE FROM YOUR FAMILY DIE FOR THIS CAUSE AND HE WAS A NON MALAY.WALK THE TALK.

  6. […] Jika dihayati sebenar konsep ‘perkongsian kuasa’ yang mula mula dibawa Perikatan yang ditunjangi UMNO bawah Kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra ialah masyarakat minoriti etnik Cina dan India diberikan peluang untuk sama sama menyertai proses Pilihanraya untuk memberikan wakil dan suara dalam Majlis Perwakilan Persekutuan Tanah Melayu (1955), walaupun sebilangan besar dari kawasan yang mereka tandingi ialah kawasan majoriti Melayu. Kemudian, setelah dipilih, mereka tetap diundang untuk menduduki Kabinet kerana Tunku mengiktiraf bahawa keperluan etnik minoriti dalam proses pembinaan Negara-Bangsa. Ini tidak bermaksud konsep ‘perkongsian kuasa’ untuk ialah ber’kongsi’ secara samarata. Kompromi politik yang Kepimpinan Melayu sanggup buat perlu dihayati dari konteks yang betul. […]

  7. […] orang Melayu bangkit untuk menentang secara aktif dan lantang gagasan Malayan Union dan bersatu, sehingga NGO yang mewakili pelbagai segmen orang Melayu berjaya dipadukan dengan jitu […]

  8. […] Chavinists like Dr Kua wanted to dilute the actual role of Malay Nationalists in achieving independence. As UMNO is the true and successful champion for liberty, democratization […]

  9. […] diBigDogDotCom pernah membincangkan perkara disini dan sini. Published […]

  10. […] dan Rukunegara, sebagai asas pembentukan negara-bangsa Malaysia. Ianya harus dipersembahkan dari konteks sebenar bagaimana proses Kemerdekaan itu berjaya dicapai, pengorbanan Raja Raja Melayu dan orang Melayu (sebagai stakeholder asal dan […]

  11. […] terutama orang Melayu. Tiada timbul isu perkauman apabila meneliti soal Perjuangan. Ini kerana nasionalism yang berjaya melupuri proses Kemerdekaan itu berpunca dan diterajui oleh pemimpin politi… dan Raja Raja Melayu. Perjuangan memartabtakan kepentingan orang Melayu melalui Ketuanan Melayu itu […]

  12. […] terutama orang Melayu. Tiada timbul isu perkauman apabila meneliti soal Perjuangan. Ini kerana nasionalism yang berjaya melupuri proses Kemerdekaan itu berpunca dan diterajui oleh pemimpin politi… dan Raja Raja Melayu. Perjuangan memartabtakan kepentingan orang Melayu melalui Ketuanan Melayu itu […]

  13. […] mengumpulkan sokongan orang Melayu melalui UMNO pada 11 Mei 1946 untuk mengagalkan Malayan Union. Semangat ini juga landasan bagaimana Perjanjian Tanah Melayu berjaya dicapai pada 31 Januari 1948, y…. Atas semangat yang sama, orang Melayu berjaya mengumpul dana untuk menaja rombongan Tunku Abdul […]

  14. […] failed on 11 May 1946. They succeeded. Then with the political force as a majority, the began to move towards the active struggle for Independence. They changed their battle-cry ‘Hidup Melayu‘ to ‘Merdeka’ in 1951. They […]

  15. […] Semangat nasionalism yang ditaja dan semarakan oleh UMNO ini menjadi asas bagi orang orang Melayu yang pada masa itu rata rata tidak mempunyai pelajaran, harta dan apa apa kuasa itu bersatu begitu padu dan bangkit menentang British. Bermula 1951, slogan ‘Hidup Melayu’ ditukar kepada ‘Merdeka’ dan apabila British menerima desakan pilihanraya umum bagi memilih anggota Majlis Perundingan Persektuan Tanah Melayu pada tahun 1955, UMNO berjaya menang di 35 dari 51 kerusi yang dimenangi Parti Perikatan. Ini berbanding 52 kerusi yang dipertandingkan. […]

  16. […] Semangat nasionalism yang ditaja dan semarakan oleh UMNO ini menjadi asas bagi orang orang Melayu yang pada masa itu rata rata tidak mempunyai pelajaran, harta dan apa apa kuasa itu bersatu begitu padu dan bangkit menentang British. Bermula Mac 1950, slogan ‘Hidup Melayu’ ditukar kepada ‘Merdeka’ dan semangat baru perjuangan untuk membebaskan Persekutuan Tanah Melayu dari jajahan British mula dijana secara aktif dan bertruktur. […]

  17. […] Hakikatnya, sejarah membuktikan UMNO memainkan peranan sangat signifikan dan mengasaskan seluruh proses tanahair ini mencapai Kemer…. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: