Tun Dr. Mahathir kembali ke UMNO: Pengkukuhan bermula

umno_logo2

Selepas mengumumkan keluar bersyarat dari UMNO di Alor Setar Mei tahun lepas, kerana kekecewaan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kegagalan UMNO untuk membetulkan keadaan yang dilihat membelakang kepentingan dan aspirasi Orang Melayu, pagi ini Presiden UMNO V Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyerahkan borang untuk menyertai UMNO semula.

Peristiwa ini dilakukan kepada Presiden UMNO VII dan Perdana Menteri VI yang baru semalam mengangkat sumpah Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dikediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri Seri Setia di Putrajaya sebentar tadi.

Persaraan rasmi PM ‘Flip-Flop’ Abdullah merupakan syarat Perdana Menteri Malaysia IV Tun Dr. Mahathir kembali kedalam UMNO. Tindakan ini dilihat akan mengukuhkan UMNO dan Perjuangan Bangsa Melayu kerana beliau masih lagi dilihat sebagai Pemimpin Unggul Bangsa Melayu.

Kemasukan kembali kedalam UMNO ditafsirkan dengan kesugguhan Tun Dr. Mahathir membantu untuk mengukuhkan UMNO. Beliau dijangkakan akan berkempen dalam Pilihanraya Kecil Parlimen (PRK) Bukit Gantang Isnin ini. Ini dilihat akan memberikan cabaran hebat kepada PAS, yang menyandang kerusi Parlimen  ini dan menengahkan MB boneka-DAP Dato’ Seri Mohd. Nizar Jamaludddin sebagai calon yang umumkan disifatkan sebagai pilihan DAP dan bukan Kepimpinan PAS.

Ramai pemimpin yang berpaksikan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah sedikit sebanyak menyalah Tun Dr. Mahathir mengkritik Kepimpinan dan Kerajaan, sebagai sebab begitu ramai akar umbi dan rakyat, terutama golongan muda menolak UMNO dan BN. Ini mesej jelas yang ditafsirkan pada fenomena ‘Tsunami Politik’ Pilihanraya Umum XII 8 Mac 2008. Untuk beberapa bulan menyusul PRU 12, UMNO tidak dilihat sebagai belajar dari kesilapan dan bergerak kearah membetulkan keadaan. Ini adalah motif utama Tun Dr. Mahathir mengumumkan ‘keluar bersyarat’ 17 Mei 2008.

 Namun, setelah ‘Plan Peralihan Kuasa’ yang diumumkan pada 17 Julai 2008 berlaku dengan nyata semalam, beliau mengotakan janji dan kembali untuk berusaha mengukuh dan memperkasakan UMNO. Kehadiran Tun Dr. Mahathir semasa Timbalan Presiden UMNO IX yang baru Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin sedang membuat ucapan penggulungan sulungnya Sabtu lepas merupakan indikasi amat jelas kesediaan beliau kembali untuk berjuang atas platform UMNO.

Kommitmen Tun Dr. Mahathir yang mahukan UMNO terus diperkukuhkan, dengan pembaharuan yang Presiden UMNO VII Dato’ Seri Najib dan Timbalan Presiden UMNO IX Tan Sri Muhyiddin bawa akan menjadi kegusaran kepada Pembangkang, terutama PAS dan PKR. Kempen PRK Parlimen Bukit Gantang yang tertumpu kepada dakyah dan isu fitnah Dato’ Seri Najib merupakan modal yang diperjudikan Pakatan Rakyat (PR). Jelas rakyat mula sedar ‘perkahwinan tanpa berkat’ PR (PKR-DAP-PKR) sebenarnya tidak berkesan untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara dan pengukuhan UMNO ini perlahan lahan akan mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN, pihak yang berjaya dan pengalaman meluas membangunkan rakyat dan negara setakat ini.

Published in: on April 4, 2009 at 10:11  Comments (13)