Tun Dr. Mahathir: Yakin penuh Kepimpinan Najib

bn-logo

Perdana Menteri Malaysia IV dan Presiden UMNO V Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru menyertai UMNO kembali Sabtu lepas, kerana ‘keluar bersyarat’ di Alor Setar Mei 2008, pagi ini berkempen di Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gantang.

Beliau secara terbuka menyatakan keyakinan penuh dan memberikan sokongan padu kepada Kepimpinan Perdana Menteri VI dan Presiden UMNO VII Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan menyarankan rakyat memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) agar proses pembangunan untuk semua diteruskan dan berjalan lancar.

Beliau yang hadir dalam program bersama pemimpin di Batu 2 ½, Pekan Simpang, Taiping diiringi Timbalan Presiden UMNO IX Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin, Naib Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, MB Perak X Dato’ Dr. Zambry Abd. Kadir dan ketua komponen BN.

Petang ini, beliau dijangka akan berkempen di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

Published in: on April 6, 2009 at 12:59  Comments (5)  

Kompromi dengan masyarakat Cina: Jangan biarkan sehingga biadap

Masyarakat Cina sebagai minoriti yang satu masa dahulu diklassifikasikan sebagai etnik immigran perlu muhasabah diri, terutama kedudukan dan peranan mereka dalam politik dari konteks pembinaan Negara-Bangsa (nation building). Janganlah kerana peranan mereka membangunkan ekonomi semata mata dijadikan ‘tebusan’ agar boleh berlaku “bagi betis, mahukan peha”.

Isu mahukan seorang Timbalan Perdana Menteri etnik Cina dibangkitkan semula, terutama dalam kehangatan Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gantang.

Laporan The Star:

Monday April 6, 2009

Better voice in government with a Chinese Deputy PM, says Wee

 

SUNGAI PETANI: The proposed appointment of a Chinese Deputy Prime Minister will give the Chinese people in the country a better representation in government, said MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong.

“We welcome such a proposal and hope it will materialise,” said Dr Wee, who is also a Deputy Education Minister.

He was asked to comment on MCA deputy secretary-general Datuk Loke Yuen Yow’s call to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to create a post for a Chinese Deputy Prime Minister and a Chinese Barisan Nasional deputy chairman and appoint MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat to the two posts.

********************

 

Peranan MCA sebagai parti komponen mewakili masyarakat Cina yang merupakan rakan kongsi BN kedua terutama selepas UMNO perlu dikaji dan perhalusi sebelum Kepimpinan BN dan Kerajaan menimbangkan permintaan yang berulang ini. Ini kerana prestasi MCA yang hanya mampu meraih 15 kerusi Dewan Rakyat secara automatiknya tidak melayakan mereka membuat sebarang ‘permintaan’, lebih lebih lagi strategik seperti Timbalan Perdana Menteri II. Kemampuan meraih 15 kerusi ini pun bergantung pada undi Melayu, yang semestinya dijana kerana ‘muka’ yang UMNO berikan.

Jika dihayati sebenar konsep ‘perkongsian kuasa’ yang mula mula dibawa Perikatan yang ditunjangi UMNO bawah Kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra ialah masyarakat minoriti etnik Cina dan India diberikan peluang untuk sama sama menyertai proses Pilihanraya untuk memberikan wakil dan suara dalam Majlis Perwakilan Persekutuan Tanah Melayu (1955), walaupun sebilangan besar dari kawasan yang mereka tandingi ialah kawasan majoriti Melayu. Kemudian, setelah dipilih, mereka tetap diundang untuk menduduki Kabinet kerana Tunku mengiktiraf bahawa keperluan etnik minoriti dalam proses pembinaan Negara-Bangsa. Ini tidak bermaksud konsep ‘perkongsian kuasa’ untuk ialah ber’kongsi’ secara samarata. Kompromi politik yang Kepimpinan Melayu sanggup buat perlu dihayati dari konteks yang betul.

Peranan minoriti etnik Cina dikatakan penentu antara BN (UMNO) dan PR (PAS), kerana orang Melayu sebagai majoriti penduduk kawasan Parlimen ini dikatakan sudah membuat kesimpulan pihak mana yang mereka sokong. Oleh demikian, parti komponen BN yang mewakili masyarakat Cina sengaja membangkit isu ini sekali lagi sebagai ‘ugutan politik’ kerana undi yang dipengaruhi masyarakat Cina dalam situasi ‘stand-off’ dimana UMNO dan PAS sama kuat seperti di Bukit Gantang ini amat berharga.

Kemenangan ‘moral’ PRK Bukit Gantang ini amat penting bagi Kepimpinan Perdana Menteri VI Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Pertamanya, ini kerana beliau baru mengangkat sumpah dan kemampuan pentadbiran baru meraih keyakinan rakyat di’uji’ dari prestasi BN disini.

Kedua, sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan BN Perak dan baru baru ini, penerimaan dan keberkesanan pengaruh dari kejayaan menubuhkan Kerajaan Negeri BN baru dan mengundurkan kerajaan boneka-DAP secara ‘paksa’ diukur dalam PRK Bukit Gantang ini.

Ketiga, ‘peperangan psikologi’ dengan cara segala fitnah yang Ketua Pembangkang dan Mantan Banduan Salahguna Kuasa Anwar Ibrahim lontarkan secara konsisten dan berstruktur untuk ‘membunuh’ kareer politik dan persepsi mengenai kredibiliti Dato’ Seri Najib juga di’uji’ dalam medan PRK Bukit Gantang ini.

Dalam pada itu, pemimpin politik masyarakat Cina makin ‘berani’ dan ‘lantang’ memperkudakan  dan hingga tahap menghina Islam dalam kempen politik mereka. MP  Taiping Nga Kor Ming yang juga Setiausaha Agung DAP Perak dirakam menggunakan ayat Al-Quran dan membuat tafsiran semasa membuat ceramah politik. Ini dijangkakan amat menimbulkan kontroversi dikalangan masyarakat Melayu kerana tindakan biadap keterlaluan Nga ini dianggap menghina Islam. Mufti Perak Dato’ Seri Harussani Zakaria juga apabila diminta membuat ulasan berpendapat tindakan pemimpin DAP biadap ini keterlaluan kerana sebagai seorang Bukan Islam, tafsiran mengenai ayat suci Al Quran dikhuatiri akan di’lacur’kan hanya untuk kepentingan sempit politik.

Ini jelas menunjukan bahawa ada dikalangan pemimpin politik Cina yang berani biadap, terutama bila pemimpin politik Melayu, seperti PAS dan PKR reda untuk tunduk dan ‘menyembah’ mereka, demi pengaruh politik. Walaupun Kerajaan boneka-DAP Dato’ Seri Nizar Jamaluddin berjaya di’kalah’kan, namun pengaruh sebenar kuasa di Perak jelas terletak bawah DAP dan PAS ‘terbelenggu’ bawah telunjuk DAP. Pilihan Dato’ Seri Nizar sebagai calon PRK Bukit Gantang itu illustrasi jelas bahawa PAS terpaksa akur kepada kehendak DAP walaupun Kepimpinan PAS memilih calon lain.

Orang Melayu perlu waspada dengan perkembangan ini. Pertama, kompromi politik yang orang Melayu sebagai majoriti dan pribumi tanahair ini sanggup dan wajar berikan perlu ada had. Kedua, dalam kealpaan sedikit kompromi yang sanggup diberikan atas dasar ‘menghormati hak orang lain’ dan sehingga timbul kekeliruan memberikan orang lain ‘kebebasan bersuara’, perlu jangan dibiarkan sehinggakan sub-kumpulan ala kommunis dari sebahagian etnik minoriti Cina seperti chauvinis dan pelampau DAP berani berlaku biadap dan me’lacur’kan ugama Islam dalam modal politik mereka. Penghinaan ini  mampu akan menjadikan konflik antara kaum dan/atau ugama yang begitu ramai pihak mahu dielakan  dari ‘meletup’ setelah sekian lama berkudis sehingga keadaan “menang jadi abu, kalah jadi arang” menjadikan tanahair tercinta ini “padang jarak, padang terkukur”.

Inilah keadaan anarki paling sesuai, dimana pihak yang tergamak tanahair ini di’jajah’ semula, terutama tali barut Yahudi Neo Con sanggup rancang untuk mengambil kesempatan “menangguk diair keruh”.

 

 

 

Published in: on April 6, 2009 at 08:42  Comments (29)