Mana janji ‘Black 14’ Anwar setelah setahun?

Malam ini, genap setahun peristiwa ‘Black 14’ dimana Ketua Pembangkang-tanpa-parti Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat (sebagai mengantikan Barisan Alternatif) dan ‘menjanjikan’ rancangan untuk mengambil alih pemerintahan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Peristiwa ini berlaku dihadapan 10,000 peyokong di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

anwar-black-14

‘Black 14’ merupakan tarikh tamat ‘edah’ politik Mantan-banduan-salahguna-kuasa Anwar “Drama King” Ibrahim dari larangan melibatkan diri dalam politik secara langsung, kerana disabitkan kesalahan dan dihukum penjara.

Mana ‘janji’ “Ketuanan Rakyat” Anwar untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, yang akan melaksana dan berikan keadilan dan kesaksama-rataan kepada semua kaum? Bukankah Anwar ada tanggung jawab untuk menunaikan janji, terutama setelah begitu yakin 30 MP BN akan ‘melompat parti’ dan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam Dewan Rakyat, untuk membolehkan beliau naik sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Kalau sesiapa yang hadir upacara “Teater Politik” tersebut, beliau menjanjikan bahawa PR sudah bersedia dengan strategi untuk mengambil alih Kerajaan Perskutuan seawal 2-3 minggu sahaja. Janji ini diperkukuhkan lagi sempena deklarasi 16 September 2008 di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya sempena sambutan Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia.

Hakikatnya, beliau gagal menyenaraikan kesemua 31 MP BN yang dikatakan ‘sudah bersedia untuk lompat ke PR’, walaupun dicabar berkali kali. Hanya yang diperolehi ialah dalih-atas-dalih semata mata! Kegagalan tunai janji berkali kali ini hanya membukti dan yakinkan bahawa Brother Anwar Bin Ibrahim merupakan seorang yang mempunyai tabiat berbohong (compulsive liar)!

Apakah masih ramai rakyat Malaysia yang begitu ‘lurus’ (gullible) mengharapkan ‘perubahan politik’ oleh personaliti  pembohongan-atas-pembohongan yang Mantan-tertuduh-meliwat dan baru baru ini, dituduh-lagi-meliwat’ Anwar bawa, sebenarnya satu hari akan menjadi ‘kenyataan’ dan bukanya PEMBOHONGAN SEMATA MATA?

Published in: on April 14, 2009 at 23:55  Comments (28)