Sempena UMNO 63 tahun: Hayati sejarah UMNO sebagai parti rakyat dan waspada strategi Anwar

umno_logo2

Hari ini merupakan ulang tahun ke 63 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu – PEKEMBAR @ UMNO ditubuhkan secara rasminya dalam Istana Besar, Johor Bahru, Johor. UMNO tertubuh dengan mendapat restu perkenaan DYMM Sultan Johor dan DYTM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Sir Ibrahim telah mencemar duli untuk memberi titah ucapan sempena konvensyen yang diwakili 29 NGO Melayu seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Peristiwa bersejarah UMNO ditertubuh di Istana Besar Johor. Barisan hadapan, ditengah (berkaca mata hitam) ialah DYTM Tunku Mahkota Johor, mewakili DYMM Sultan Johor mencemar duli merasmikan konvensyen dimana UMNO lahir ini

Peristiwa bersejarah UMNO ditertubuh di Istana Besar Johor. Barisan hadapan, ditengah (berkaca mata hitam) ialah DYTM Tunku Mahkota Johor, mewakili DYMM Sultan Johor mencemar duli merasmikan konvensyen dimana UMNO lahir ini

Penubuhan UMNO ini menjadi titik tolak politik Tanah Melayu apabila rakyat biasa, mula bangkit untuk mengambil peranan aktif dan signifikan menentang penubuhan Malayan Union. Sekiranya Whitehall berjaya melaksanakan Malayan Union, yang telah pun ditanda tangani oleh kesemua sembilan Raja Melayu dan diluluskan Westminister Palace (Parlimen Britain), maka kedudukan orang Melayu dalam tanah air sendiri hanyalah setakat mengiktiraf peranan DYMM Raja Melayu sebagai ‘Ketua Kadhi’ semata mata.

Sebelum orang Melayu bangkit untuk menentang secara aktif dan lantang gagasan Malayan Union dan bersatu, sehingga NGO yang mewakili pelbagai segmen orang Melayu berjaya dipadukan dengan jitu sebagai sebuah ketumbukan politik yang mampan; UMNO, politik orang Melayu terletak secara mutlak pada Raja Raja semata mata. Buat pertama kalinya semenjak penubuhan kerajaan Melayu Melaka awal kurun XV, politik orang Melayu sebagai rakyat biasa mengambil peranan aktif dalam politik Tanah Melayu.

Kegagalan Malayan Union membuka lembaran baru kepada politik Tanah Melayu apabila UMNO, mewakili rakyat biasa Bangsa Melayu, diundang untuk berunding bersama sama pihak British dan wakil Raja Raja Melayu. Tiada pihak lain diundang dan iktiraf,  untuk merumuskan garis panduan sebuah negara-bangsa yang dikenali sebagai Tanah Melayu ini. Hasil dari perundingan ini, maka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 31 Januari 1948 dimeterai.

Sokongan rakyat Tanah Melayu, yang rata rata terdiri dari orang Melayu (kerana sebilangan besar Bukan Melayu yang menetap di Tanah Melayu pasca 1946 dan pra-1957 dianggap sebagai ‘Bukan rakyat baginda DYMM Raja Raja Melayu’ dan ‘Bukan warga British’ @ warga tidak berkerakyatan) keatas UMNO begitu mampan, sehingga semasa 1955, Perikatan (kerjasama UMNO-MCA-MIC) berjaya meraih 51 dari 52 kerusi Majlis Perundingan Tanah Melayu yang dipertandingkan. UMNO, dengan semangat muhibbah dan ‘sedia memberikan peluang’, mengorbankan 17 kerusi untuk diperuntukan kepada Bukan Melayu walaupun jumlah etnik yang layak mengundi amat kecil berbanding dengan orang Melayu. Dengan mandat ini, Presiden UMNO YAM Tunku Abdul Rahman Putra berunding dengan Whitehall dan hasilnya, Persekutuan Tanah Melayu dimerdekakan pada 31 Ogos 1957.

Dalam perjalanan memegang tampuk pemerintahan negara selama hampir 52 tahun ini, UMNO melalui pelbagai kejayaan dan cabaran, termasuk krisis Kepimpinan berberapa kali. Namun begitu, UMNO makin dimatangkan dan ada kebaikan dan berlaku proses pembaikan, akibat terpaksa mengharungi pelbagai cabaran. Perebutan Kepimpinan pada April 1987 menyaksikan ujud dua ‘kem’ dalam UMNO dan akhirnya, pihak yang gagal mengheret UMNO melalui proses Mahkamah dan UMNO diisytiharkan haram pada Februari 1988. Parti serpihan Semangat 46 diujudkan dan berlaku cabaran pilihanraya besar bagi UMNO dan BN pada Pilihanraya Umum VIII November 1990 apabila BN kehilangan Kelantan.

Materialism mula menular dalam sistem UMNO dan ianya jelas pada pemilihan parti 1993 apabila Naib Presiden Anwar Ibrahim berjaya menafikan Timbalan Presiden ketika itu En Ghaffar Baba cukup pencalonan, termasuk dari UMNO Sabah (penubuhan UMNO Sabah ialah usaha keras Ghaffar) dan pemimpin veteran yang banyak berjasa itu ‘dipaksa’ berundur dalam keadaan memalukan. ‘Politik wang’ dalam UMNO menjadi penyakit yang sangat serious dan berjangkit mulai pemilihan ini.

Namun begitu, cabaran paling getir sekali sejarah UMNO ialah mengharungi proses pemecatan Timbalan Presiden UMNO Anwar Ibrahim pada 3 September 1998. Pilihanraya Umum X November 1999 menyaksikan UMNO ketirisan sokongan rakyat. Ianya berpusat sentimen pemecatan Anwar dan berjaya mengusik emosi hampir sebilangan orang Melayu. Walaupun keyakinan dan sokongan rakyat, terutama orang Melayu berjaya dikembalikan kepada UMNO pada PRU XI Mac 2004, namun begitu dasar ‘Liberalisasi’ Presiden UMNO VI PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya menjadi ‘senjata makan tuan’ dan UMNO menerima padah, berhadapan ‘mesej jelas’ rakyat pada PRU XII 8 Mac 2008. Prestasi UMNO menurun dari 110 MP sehingga 79, BN kehilangan 5 + 1 negeri dan buat pertama kalinya semenjak 1955, BN kehilangan kuasa 2/3 dalam Dewan Rakyat.

Anwar Ibrahim, melalui PKR, membuat gagasan baru Pembangkang, bersama DAP dan PAS untuk menubuhkan Pakatan Rakyat (PR). Konsep ‘Ketuanan Rakyat’ diperkenalkan, bagi modal agar rata rata rakyat Melayu menolak ‘Ketuanan Melayu’ yang menjadi tunggak Perjuangan UMNO. Berbekalkan 82 kerusi dalam Dewan Rakyat, Anwar menjanjikan tanggal 16 September 2008 merupakan titik tolak kuasa pemerintahan Malaysia akan ‘dirampas’ dari UMNO/BN buat pertama kalinya dalam sejarah demokrasi dan rakyat Malaysia perlu sentiasa diingatkan mengenai tanggung jawab ‘kotakan janji’.

Namun begitu kegagalan melunaskan janji, Anwar “Drama King” Ibrahim yang wajar dianggar sebagai ‘PEMBOHONG’,  masih berjaya mengaburi mata dan mendapat sokongan rakyat, terutama yang dahagakan Kepimpinan dan pembaharuan, dalam senario politik tanah air. Bukti mudah ialah BN telah gagal 5 dari 6 Pilihanraya Kecil (PRK) semenjak PRU XII. Episod ‘perebutan kuasa’ di Perak semenjak penghujung Januari 2009 merupakan contoh kedua, dimana kegagalan pihak media BN menjelaskan aspek sebenar sehinggakan berjaya dipaparkan sebagai ‘pihak jahat’ dan anti-aspirasi akar umbi rakyat Perak, walaupun melaksanakanya melalui peruntukan Perlembagaan dan mendapat perkenan DYMM Paduka Seri Sultan.

Pembaharuan, terutama dasar yang lebih komprehensif, perlaksanaan yang lebih effisyen dan telus, memerangi rasuah dan ‘politik wang’, pendemokrasian UMNO dan hubungan intra-etnik dan kepercayaan yang perlu dibaiki segera, merupakan ‘permintaan’ majoriti rakyat, termasuk dikalangan orang Melayu sendiri. Inilah cabaran utama Kepimpian Presiden UMNO VII Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Strategi Pembangkang, terutama yang didalangi Anwar “Drama King” Ibrahim perlu diambil perhatian serious, terutama apabila beliau didukung Yahudi Neo Con, Zionis Israel dan media Barat. Untuk mengekalkan momentum ‘drama’ agar dasar dan perubahan yang dijanjikan sentiasa segar dihati rakyat, Anwar akan menentukan bahawa akan berlaku PRK setiap 3 hingga 6 bulan sehingga PRU XIII yang dijangkakan perlu dilaksana dalam 36 hingga 42 bulan akan datang ini. Setiap kali berlaku PRK, terutama dalam kawasan BN tidak mendapat sokongan baik atau memang kawasan Pembangkang, PR akan terus membawa isu isu sensitive, provokasi dan ‘bermain drama’, agar sokongan keatas BN, termasuk perasaan ‘kebencian’ dan ‘meluat’ rakyat, akan sentiasa dibakar.

Namun begitu, masih terdapat isu isu yang Anwar “Drama King” Ibrahim masih belum perjelaskan dan kemampuan beliau mengalih pandangan menyebabkan rakyat Malaysia sering kali terlepas pandang. Beliau yang sering dilihat sebagai ‘kekasih Amerika Syarikat’ dan selalu ‘bermain wayang’ untuk kaburi penglibatan sebenar dengan anasir luar, perlu disangsi sepenuh masa. Gerak geri Anwar dan Anwaritas perlu diwaspadai, yang mengambil strategi menjahanamkan kredibiliti Kepimpinan, terutama mengunakan propaganda dan pembohongan secara pendekatan ‘cyber-anarki’. Strategi menjahanam dan menguburkan UMNO dibuat dengan melenyapkan semua keyakinan rakyat terhadap Kepimpinan dan dasar UMNO, termasuk pembohongan dan manipulasi fakta, sejarah dan keadaan.

Sempena ulang tahun ini, kami mengesa agar Kepimpinan UMNO mengambil perhatian serious perkembangan akar umbi dan membuat perubahan dan pembaharuan sebagaimana yang diharapkan, terutama dipersimpangan dimana UMNO tidak lagi dilihat sebagai parti yang membawa aspirasi akar umbi Bangsa Melayu, malah parti elitis. UMNO memang ditubuhkan oleh golongan bangsawan dan dibawah naungi istana, namun Perjuangan membela kepentingan Bangsa Melayu dan memartabatkan rakyat merupakan roh dan nadi UMNO. Walaupun Presiden UMNO VII Dato’ Seri Najib mengutarakan mesej “Berani Berubah” dan ‘merakyatkan UMNO’ sebagai amanat ulungnya, pembaharuan yang dibawa perlu mengambil kira kepentingan strategik dan taktikal orang Melayu dipelihara, agar tidak berlaku keadaan “Kera dihutan disusukan, anak dibuaian mati kelaparan” dan sehinggakan ada pihak minoriti yang berani ‘naik tocang’.

UMNO perlu relevan dan produktif untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia, DULU, KINI dan SELAMANYA.

Published in: on May 11, 2009 at 01:56  Comments (21)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/05/11/sempena-umno-63-tahun-waspada-strategi-anwar/trackback/

RSS feed for comments on this post.

21 CommentsLeave a comment

  1. 1. Jika Anwar dilabel sebagai musuh utama UMNO yang berada di luar UMNO, sesuaikah KJ dilabel sebagai musuh utama UMNO yang berada di dalam UMNO? Bukan rahsia lagi bahawa KJ adalah penyanjung Anwar. Selepas Anwar dipecat pada 1998, KJ pernah dirakam berkempen dengan memegang hailer dalam salah satu perhimpunan yang bertujuan melanyak PM ketika itu. Sebaik Anwar dibebaskan, KJ sanggup menjadi mat despatch untuk menyerahkan sendiri pasport ke tangan Anwar. Sehingga kini, sentuhan KJ menjadi sentuhan kecundang bagi UMNO dalam setiap pilihanraya yang dilangsungkan termasuk PRU-12. Adakah UMNO bercadang untuk mengekalkan sentuhan kecundang itu sehingga PRU-13 dengan KJ menjawat KP UMNO dan Pengerusi Pemuda BN?

    2. Menurut sejarah, UMNO berasal daripada gabungan pelbagai NGO terutamanya Persatuan Melayu di setiap negeri yang sepakat bangkit menentang Malayan Union yang ditanda tangani oleh Raja-Raja Melayu akibat tipu helah Harold MacMichael. Walaupun namanya tidak menyebutkan perkataan parti tetapi asas penubuhannya adalah sebagai wadah politik, iaitu mempertahankan kuasa orang Melayu di Tanah Melayu. Kekuatan politik yang terpancar dalam UMNO adalah jelmaan daripada pelbagai NGO yang mengasaskannya. Malangnya UMNO kemudiannya menjadi begitu dominan sehingga memalap atau memadamkan terus sumbangan NGO yang menjadi tunjang kekuatan politik UMNO. Kebelakangan ini terlihat pertentangan dan pergeseran yang ketara di antara UMNO dengan sebahagian NGO Melayu, satu keadaan yang begitu ironis dengan zaman permulaan UMNO bertapak. Keadaan ini memerlukan pembaikan yang pantas sekiranya UMNO serius untuk memenangi kembali sokongan orang Melayu.

    3. Jika dibandingkan pemerintahan UMNO dengan kerajaan Bani Umaiyah yang pernah menerajui empayar Islam, salah seorang Khalifahnya yang paling terbuka dan memberi ruang yang banyak kepada musuh politik untuk bertapak ialah Umar bin Abdul Aziz. Dalam UMNO, dari segi peluang untuk musuh politik bertapak kukuh ialah Pak Lah dengan sikap keterbukaanya kononnya. Sukar untuk pemimpin selepasnya mengembalikan keadaan sepertimana sebelumnya yang akhirnya mengakibatkan terlepasnya kuasa.

  2. Sempena UMNO 63 tahun, ucapkanlah selamat datang kepada warga warga bangladesh, warga india, warga nepal, warga indonesia, warga burma, warga china, warga monggolia, warga afrika dan lain lain warga yang masuk ke malaysia secara haram atau sah.

    Selamat datang ke malaysia dan tinggallah di bumi malasyia ini atas ehsan dasar UMNO dan ketidakbersatu melayu di malaysia dan dua puluh atau tigapuluh tahun lagi, tuntutlah malaysia ini sebagai tanahairmu, dan jangan lupa hak samarata kamu di sini. Jika ada yang mempertikaikan, hujahlah mereka juga bukan penduduk asal di sini, kontrak sosial pergi jahanam…

    Marilah sama sama jayakan 1Malaysia.

  3. Pernah tak tengok UMNO pandai? tak ada… 99.9% bebal

  4. Tak lupe jugak terhadap mereka yg legalised Mat Rempit sampai tindakan mereka menjadi-jadi. Polis dah tutup mata terhadap mereka !!! Polis juga tutup mata kesalahan trafik PATI terutama org Rohingya !!! Rakyat tempatan (sebut Melayu) pula yg jadi bahan saman Polis.

    Kerajaan (baca UMNO) berubahlah utk menjaga kepentingan Rakyat Malaysia.

  5. Dahulu….Pemimpin-pemimpin Umno sanggup berkorban harta benda untuk agama, bangsa dan negara.

    TETAPI

    Sekarang….Pemimpin-pemimpin Umno sanggup mengorbankan agama, bangsa dan negara kerana harta benda.

    FIKIRKANLAH….

  6. jaga projek , tgk apa projek, kasi up sikit tu perjuangan UMNO dulu kini dan selamanya, pooooorah dei, baham umno baham, rebut umno rebut, hina umno hina, rasuah umno tetap rasuah…

  7. BigDog,

    Mana agenda UMNO utk generasi muda? 6 juta pengundi baru menjelang PRU13.

    Nak harapkan KJ buat kerja ni???? Majoriti meluat tgk muka KJ lagi ada!

  8. Kenapa orang UMNO suka berbohong? UMNO lama dah mati iaitu masa Tun Dr Mahathir bunuhnya.

    Sekarang ini UMNO baru no registrationnya lain dari no UMNo lama.

    Bodohnya orang umno nih

  9. Hi BigDog,

    With the Latest High Court Decision…..

    IS IT NOT AN OBITUARY THAT YOU ARE WRITING!?

    • No

      This 63rd anniversary posting was published without taking the High Court case at all. It is about UMNO as an organisation and nothing about the case.

      If your attempt is to spite, we are afraid it does not work.

      • Yeah BigDog

        We go for quality content not loud arrogance.

        Keep posting your articles.

  10. UMNO telah diharamkan pada 1988.

    UMNO Baru ditubuhkan selepas itu.

    Takkan 63 Tahun lagi…

    Itulah orang suruh belajar matematik dalam Bahasa Inggeris tak nak….

    Kah.Kah.Kah.

  11. Big Dog;
    Samada umur UMNO patut di kira dari tahun lahir nya 1946 atau tahun dihidupkan semula 1988, tidak dinafikah parti politik (parpol) ini telah banyak berjasa kepada negara.
    Sedihnya lama kelamaan kuasa dan kekayaan menjauhi pemimpin diberbagai peringkat dari ahli biasa dan rakyat marhaen. Amnya UMNO hanya mementingkan orang UMNO yang tertentu sahaja.
    UMNO perlu dan amat mendesak mempunyai kumpulan ahli ahli dari kalangan yang betul betul sanggup berkorban bergaul dan bergerak bersama sama rakyat marhaen untuk mengenali dan mememahami mereka serta membimbing dan membantu mereka bagi membuktikan bahawa UMNO bukan parti orang kaya sahaja.
    Jika perlu mereka bergerak secara incognito pada permulaannya dan “with the minimum of fanfare.”
    Kegiatan pula harus berterusan bukan sahaja ketika ada pilihanraya.
    Jika UMNO masih ikut cara “biasa” maka dengan situasi masakini dan perasaan umum khusus Melayu, dirasakan UMNO tidak ada banyak harapan dimasa depan.

    • Setuju

      Satu pandangan dan cadangan yang baik.

  12. Hii all,

    It was UMNO Asal 63th year on last two days but for the UMNO Baru which currently rule Malaysia…mana ada!It was just setup up on 1988 during the crisis with Semangat 46…so JANGAN BOHONG dan TIPUlah…

    UMNO Asal has been berkubur the moment it was HARAMed by the court…so do not manipulate the fact.

  13. […] now repackaging his desperate politics through another tool to create chaos. Malaysians, especially the Malays  should be very careful with Anwar. This is another ploy to divert the attention that he is actually someone who cannot deliver and […]

  14. […] sebuah organisasi yang paling ramai ahli dalam negara ini perlu peka kepada aspirasi rakyat. Menghayati perjuangan dan keseluruhan proses bagaimana orang Melayu boleh sampai takat ini dan peka mengenai elemen dikalangan Melayu yang mahu hancurkan Bangsa Melayu demi kepentingan […]

  15. […] ini merupakan hari dalam bulan paling mulia, Ramadhan. Rakyat Malaysia, terutama ahli UMNO wajar waspada dengan Anwar “Hipokrit” Ibrahim […]

  16. […] UMNO perlu menghayati penuh sejarah penubuhan, perjuangan dan cabaran masakini untuk dijadikan modal untuk terus mewakili aspirasi massa dan rakyat, sebagaimana ianya berjaya […]

  17. UMNO i LOVE U , dulu, kini dan selamanya….

  18. walau apapun yang terjadi..UMNO DAN BN TETAP DIHATIKU…
    sejarah mengajar kita supaya bersatu…tidak ada manusia yang sempurna…tidak ada organisasi yang tak pernah melakukan kesilapan…masalahnya cuma “disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga” itu je.

    umno lama atau umno baru perjuangan tetap sama ..membela

    nasib orang melayu..tapi parti keadilan?hanya membela nasib seorang individu sahaja yang namanya sangat diketahui umum..satu nama yang sangat jijik didengar perbuatannya…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: