Tun Dr. Mahathir: Kuatkan Kepimpinan, pulihkan semangat juang UMNO dan perangi rasuah

umno_logo2

“Kepimpinan memainkan peranan amat penting untuk membangunkan sesebuah organsiasi”,  pesan Presiden UMNO V Tun Dr. Mahathir Mohamad. “Kepimpinan akan menentukan nasib pengikut (rakyat) mereka. Contoh yang baik ialah Maharaja Meiji, yang berjaya meletakan asas agar negara dan bangsa Jepun untuk menjadi maju”.

“Pulihkan semangat juang UMNO”, mengulas bagaimana akar umbi UMNO sendiri tiris semangat dan kurang yakin keatas Kepimpinan, antara tahun 2004 hingga 2008 dan akibatnya, UMNO dan BN mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum ke XII (PRU 12) 8 Mac 2008 yang tidak pernah dilihat sebelum itu. Pemimpin UMNO peringkat akar umbi bersedia dan sanggup memberikan sokongan ‘palsu’ kepada pemimpin peringkat Bahagian dan seterusnya proses ini dipanjatkan ke peringkat Kepimpinan, tanpa menyelami aspirasi sebenar akar umbi UMNO dan rakyat.

Mesej jelas ini diamanahkan kepada akar umbi UMNO Bahagian Pandan di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU), Janda Baik, Pahang. Ini merupakan ucapan beliau pertama secara rasmi atas platform UMNO, semenjak kembali menyertai setelah ‘keluar bersyarat’ parti nasionalis April lepas.

Isu Kepimpinan ini dikupas lebih dalam melalui  isu Jambatan-Mengantikan-Tambak-Johor kerana terdapat pemimpin UMNO yang terus memberikan sokongan kepada Kepimpinan, sehingga sanggup membelakangkan aspirasi sebenar akar umbi dan maruah negara dan bangsa dan memberikan kelebihan kepada Singapura. Pemimpin menengah menjadi golongan yang mengharapkan Kepimpinan menjaga kepentingan mereka ini sebenarnya membudayakan ‘sokong Boss’ dan memberikan gambaran palsu aspirasi akar umbi UMNO dan  rakyat. Akibatnya, penyokong akar umbi UMNO Johor yang merasakan kecewa kerana Kepimpinan yang menbadik dada dan memberikan ‘gambaran’ bahawa parti amat kuat dan mendapat sokongan padu, memilih untuk meluahkan ‘perasaan’ dan ‘menyuarakan’ melalui kertas undi semasa pilihanraya. Akibatnya, UMNO dan BN  gagal mendapat undi sebagai pilihanraya yang lepas dan kecundang di enam buah negeri dan gagal mempertahankan 2/3 majoriti dalam PRU 12.

Hari ini, akar umbi UMNO mengharapkan Kepimpinan Presiden UMNO VII Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk ‘membersihkan’ parti, agar proses pembangunan negara dapat diteruskan. Ini merupakan pengharapan yang besar. Perdana Menteri Malaysia VI itu mengingatkan bahawa gejala rasuah akan lebih memburukan keadaan dan rakyat akan menolak parti, yang pada masa lepas banyak berjasa kepada Bangsa Melayu dan negara. Oleh itu, usaha ‘pembersihan’ ini perlu dilakukan segara. Namun begitu, persepsi masyarakat ialah UMNO memilih pemimpin yang boleh dan terkenal dengan rasuah, walaupun parti melalui proses pemilihan Mac lepas.

“UMNO kini berada dalam keadaan cemas!” dan memberikan contoh terdapat pemimpin yang baru dipilih melalui proses demokrasi parti baru baru, dianggap sebagai terlibat dengan rasuah sehingga dihalang untuk turun berkempen (dalam pilihanraya kecil) kerana dikhuatiri akan menjejaskan persepsi rakyat dan seterusnya undi. Ini menunjukan bahawa UMNO kini berada dalam keadaan getir dan tidak lagi diterima rakyat kerana menaikan pemimpin yang dianggap ‘rasuah’ dan kontroversi.

“Kita harus memerangi rasuah!”, tegas Tun Dr. Mahathir “Tolak segala bentuk rasuah walaupun  ramai yang akan memberikan alasan “Tak palah, kita ambik duit itu tapi kita tak undi dia, kita undi orang lain”. Percayalah, orang yang mengambil duit itu akan sedikit sebanyak terasa ‘terhutang budi’ “. Beliau menyifatkan orang yang terlibat dengan rasuah ini sebagai ‘Pengkhianat’ dan ‘Menjual Bangsa’, “Apabila orang (rakyat) tidak yakin keatas pemimpin mereka (yang dianggap mengunakan rasuah untuk menentukan kedudukan mereka dalam parti), akhirnya akan timbul kebencian”.

“Diharapkan pembaharuan yang akan diperkenalkan kepada UMNO akan menerima keyakinan akar umbi dan rakyat”, beliau mengulas mengenai pembaharuan dalam UMNO yang akan diperkenalkan dan anggap sebagai ‘ lebih mendemokrasikan’, “Yang akan menghalang dari gejala rasuah ialah pegangan kita kepada Perjuangan UMNO”.

Negarawan berumur 84 tahun itu lagi mengingatkan hadirin kepentingan untuk mengenali sejarah, agar benar benar menghayati sebenar apa yang berlaku masa lepas. “Tanah air ini dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Ini diiktriraf masyarakat antarabangsa, termasuk Barat. Maknanya, pada asal ini bumi untuk orang Melayu” dan terus mengupas bagaimana kealpaan dan perbuatan berpecah belah dan mementingkan diri sendiri mengakibatkan Raja Raja Melayu sedia mengadaikan tanahair dijajah dan kemudian penjajah membanjiri dengan immigran, untuk memenuhi keperluan pembangunan ekonomi mereka. Kebanjiran immigran ini kemudian menimbulkan ketidak sama rataan pembangunan antara etnik yang masih lagi cuba diperbaiki sehingga hari ini.

Beliau juga mengupas bagaimana orang Melayu bersatu dan mendapat kekuatan politik yang jitu apabila UMNO ditubuhkan sehinggakan Malayan Union berjaya digagalkan dan menerajui proses Kemerdekaan. “Tunku (Abdul Rahman Putra) mendapat sokongan kuat rakyat sehingga sedia memberikan satu juta orang keturunan Cina dan India kerakyatan (sebagai syarat Britain untuk memberikan Kemerdekaan)”, sambil mengupas bahawa mandat besar yang diperolehi Perikatan yang diterajui UMNO pada pilihanraya 1955, datang dari kekuatan sokongan padu orang Melayu, yang merupakan 85% pengundi berdaftar dan layak mengundi.

“Orang Melayu berkebolehan”, amanah Tun Dr. Mahathir “Orang Melayu perlu berusaha keras untuk membuktikan kebolehan yang ada. Ini tanggung jawab UMNO untuk membangunkan kebolehan orang Melayu, agar menjadi bangsa yang berjaya”.

“Jangan kerana kemewahan yang dirasai (sekarang, terutama setelah segala program pembangunan yang diusahakan UMNO berjaya membangunkan bangsa setelah Merdeka), orang Melayu menjadi leka”, beliau mengesa hadirin berfikir mengenai nasib bangsa dan berusaha keras untuk menentukan kejayaan Bangsa Melayu. “Kikis sikap yang akan merugikan kita dan jangan bergantung kepada orang lain (untuk memainkan peranan yang sepatutnya orang Melayu buat sendiri)”.

Mengulas mengenai cadangan ‘perpaduan’ dengan PAS untuk mengukuhkan orang Melayu, “Apakah PAS bersedia untuk membelakangkan kepentingan (parti) mereka demi menentukan kepentingan Melayu diutamakan?”.

Kesungguhan pemimpin unggul Bangsa Melayu ini agar UMNO dipulihkan dan kekuatan Melayu dipadukan, agar orang Melayu dapat dimajukan amat jelas apabila diakhir ucapan, beliau mengungkap “Saya tidak akan pejam mata dengan tenang selagi semua ini tidak dibetulkan”.

* Dikemas kini 230pm

Apabila ditanya dalam sidang media, Tun Dr. Mahathir mengatakan beliau lebih berminat untuk bertemu akar umbi UMNO seperti program ini dan mengukuhkan UMNO dari berkempen dalam pilihanraya kecil Manek Urai awal Julai ini.

Setuju dengan cadangan mendemokrasikan UMNO dengan membenarkan 60,000 pemimpin peringkat Cawangan mengundi memilih Kepimpinan berbanding sistem sekarang, beliau mengulangi lagi bahawa termasuk cadangan pembaharuan ini, UMNO telah melalui tiga kali pindaan perlembagaan bagi menentukan proses memilih Kepimpinan menepati aspirasi akar umbi dan gejala rasuah politik dapat dikurangkan. “Yang penting bukan pembaharuan, tetapi sikap ahli UMNO. Sekiranya mereka menghayati Perjuangan asal, maka gejala rasuah ini tidak akan berlaku”.

Published in: on June 27, 2009 at 11:58  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/06/27/tun-dr-mahathir-kuatkan-kepimpinan-dan-pulihkan-semangat-juang-umno/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 CommentsLeave a comment

  1. Dr Mahathir kata : “UMNO kini berada dalam keadaan cemas” dan memberikan contoh terdapat pemimpin yang baru dipilih melalui proses demokrasi parti baru baru, dianggap sebagai terlibat dengan rasuah sehingga dihalang untuk turun berkempen (dalam pilihanraya kecil)”

    Dr Mahathir merujuk kepada Khairy Jamaluddin yang telah dipilih menjadi Ketua Pemuda walaupun didapati bersalah mengamalkan rasuah.

    Maksud sebenarnya nya Pemuda UMNO sekarang sudah jadi kebudak-budakan sahaja, taman kanak2 nakal dan terencat akal, yang tidak serius dan tidak boleh diharap sebagai dewasa. Childish sahaja. Pemuda sekarang menjadi satu beban kepada perjuangan UMNO.

    Bukan saja Pemuda UMNO menjadi beban bagi perjuangan UMNO tetapi keputusan untuk melantik semula pemimpin yang jelas sekali rasuah, yang nama mereka pernah terlibat atau dikaitkan dengan skandal dan kerugian besar bagi negara ke dalam Kabinet merumitkan tugas pejuang dan akar umbi UMNO untuk menarik balik sokongan padu orang Melayu.

    Menteri seperti Nor Mohd Yakop yang dikaitkan dengan kerugian berbillion Ringgit wang rakyat di Bank Negara dan selepas itu merugikan wang berbillion Ringgit di GLC seperti Khazanah, TNB dan banyak lagi tidak memberi keyakinan kepada pengundi dan rakyat negara bahawa pimpinan parti serius untuk memulihkan keadaan. Perlantikan Menteri seperti Noh Omar yang kurang prestasi dan juga Menteri daripada MIC, Gerakan dan MCA yang juga terlibat dengan skandal atau isu besar tidak yakinkan pengundi.

    Dan pemilihan Zaki Zahid, juga daripada saf Pemuda UMNO Khairy dan bekas Pegawai Khas Dollah Badawi dan putera mahkota Tingkat 4 menjadi Pengerusi MRCB ketika usia 34 tahun saja juga tidak memberi gambaran yang baik terhadap kematangan pemikiran dalam pimpinan UMNO.

    UMNO mempunyai masa yang paling singkat ia itu kurang dpd 36 bulan sebelum pilihanraya akan tiba sekali lagi. Jika UMNO tidak serius utk memerangi rasuah dan memulihkan parti sudah tentu 36 bulan itu menjadi bom jangka yang hanya menunggu masa untuk meletup.

    UMNO mesti membuat perubahan besar dalam Perlembagaan parti dengan secepat mungkin. Pemilihan presiden oleh semua ahli parti adalah satu langkah yang paling penting. Ia akan menghapuskan sama sekali kuasa 220 Ketua Bahagian dan kuasa 2500 orang Perwakilan pada Perhimpunan Agong.

    Begitu juga UMNO mesti membuka pemilihan di peringkat Bahagian supaya semua ahli Bahagian akan mengundi di pemilihan peringkat Bahagian.

    Akhir sekali UMNO mesti mengubah Perlembagaan untuk menghadkan tempoh presiden dan semua ahli MT tidak melebihi dua penggal sahaja. Begitu juga dengan Ketua Bahagian.

    Jika UMNO berani membuat perubahan yang sedemikian, maka UMNO mempunyai peluang untuk terus maju dan kekal. Kalau tidak, maka akan akhirlah riwayat hidup dan hayat UMNO. Inna lillaahi wa inna ilaihi raajiuun.

  2. Harapan, semangat dan usaha Tun sangat disanjung tetapi terlewat dan terlambat kerana sampai sekarang pun Najib tidak mampu menyuntik apa apa kekuatan, sekadar kata kata dan ucapan berapi itu sudah basi.

    Kepimpinan UMNO keseluruhan masih tercari cari apa perubahan yang hendak dibawa dan lebih malang kerajaan perpaduan dengan PAS yang diharap dapat menyelamatkan UMNO nyata gagal kerana PAS lebih berminat dengan kaki busuk seperti Anwar dan Lim Kit Siang.

    Lebih malang Najib kini tenggelam dengan berita yang setiap hari akan menyiarkan aktiviti Rosmah walaupun tiada nilai berita.

    UMNO kini jadi bubur lambuk.

  3. SUSAH SANGAT KE NAK SINGKIRKAN KHAIRY DARI KETUA PEMUDA UMNO? DAH TAU DIA LAIBILITI KEPADA UMNO, BUAT APA DOK TANGGUNG BIAWAK HIDUP. UMON TAK AKAN TERJEJAN DENGANPENYINGKIRAN KHAIRY.

    KAMI RAKYAT BAWAHAN HANYA MAHU KEPASTIAN SAMADA KEPIMPINAN SEDIA ADA BENAR-BENAR IKHLAS UNTUK MEMERANGI RASUAH. MULAKAN NYA DENGAN PENYINGKIRAN KHAIRI PLEASE.

    T.KASIH

  4. Kepimpinan tertinggi Umno buat bodoh, pekakkan telingan dan pejamkan mata dengan segala kritikan yang berbentuk begini. Jangankan suara ahli bawahan, suara YABhg TDM pun mereka buat bodoh. Kalau masa Pak Lah dulu keadaan macam ni, kita semua sedia maklum. Sekarang Najib dah jadi Presiden dan Muhyiddin Timbalan Presiden.

    Dalam kerajaan, Najib ketepikan KJ dari memegang sebarang jawatan tetapi mengangkat Mukhriz yang tewas dan Razali yang menang jawatan no 2 Pemuda. Kira oklah tu. Tetapi dalam parti sendiri, KJ masih kekal Ketua Pemuda dan atas kapasiti itulah, dia bergerak dalam parti dan menghakis sokongan terhadap Umno dan BN. Najib biarkan keadaan itu seolah-olah dia pun merestui supaya sokongan terhadap Umno terus menyusut hari demi hari. Takkan Presiden takut dengan Ketua Pemudanya sendiri atau sebagainya. Bak kata TDM kepada Sanusi, “kalau nak siasat, tinggal kita berdua ajalah”. Maksudnya, kalau nak sabitkan pemimpin Umno atau kerajaan, semuanya boleh terbabit dan tersingkir. Inikan pula KJ yang terkenal dengan permainan gambar orang Nogorinya.

    Tapi sebagaimana yang dinukilkan, mereka buat pekak aja dengan kritikan. Dan sudah pasti mereka bersedia menghadapi akibatnya pada PRU-13 nanti.

  5. Bigdog, ini cerita lama..Satu Malaysia tahu siapa liabiliti UMNO sekarang..Aku pun naik risau..

  6. ha3…sumer benci khairy..

    signature;
    surat pajak membebel


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: