Melayu Bersatu

Kebelakangan ini, timbul kesedaran ramai pengguna bloggosfera untuk memaparkan isu kepentingan bagi Bangsa Melayu dan menafikan, serta membetulkan perspesi dan fakta yang timbul akibat fenomena memutar belitkan (spin) sehingga berlaku kekeliruan, kebencian dan kemarahan kepada orang Melayu.

Sebuah blog Melayu Bersatu, diujudkan untuk memberikan pengguna bloggosfera kesedaran mengenai Melayu, terutama dari pengamatan sejarah.

Satu lagi blog The Unspinners diujudkan pula untuk menentang dakyah yang sentiasa memutar belitkan fakta dan sejarah dan merugikan Bangsa Melayu.

Pada hakikatnya, Melayu wajar sedar bahawa walaupun mereka anak pribumi tanahair ini, hari ini keadaan berbeza apabila orang Bukan Melayu diterima dan diberikan hak sama rata. Ini termasuk peranan mereka dalam pembangunan tanahair ini, walaupun orang Bukan Melayu sentiasa mengatakan mereka di’anak tiri’kan dan tidak diberikan peluang sewajarnya, apabila mereka terlibat dalam pentadbiran Kerajaan. Orang Melayu sering disifatkan sebagai rasis dan tiada fakta jelas menunjukan keadaan sebenar.

Hakikatnya tidak sedemikian.  Blogger Apanama menyenaraikan kesemua orang Bukan Melayu yang diberikan peluang untuk menjawat Panglima, dalam kesemua cawangan ATM.

Apakah sekiranya keadaan sebaliknya, apabila orang Bukan Melayu diberikan kuasa, maka peluang akan diberikan kepada orang Melayu? Singapura ialah contoh yang baik kerana setelah 44 tahun menubuhkan angkatan tentera, baru baru ini sahaja pegawai Melayu dinaikan pangkat ke jawatan Brigadier General.

Contoh kerajaan etnik Cina yang berkuasa diMalaysia pula ialah Pulau Pinang, yang dikuasai DAP, anak didik dan ‘terbitan’ PAP Singapura. Yang nyatanya, tiada seorang pun orang Melayu yang dinamakan DAP sebagai perlantikan politik dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Orang Melayu wajar bersatu, untuk memartabatkan Bangsa Melayu dan menjaga kepentingan sendiri, bukan bersatu untuk menafikan hak orang lain. Kesan pentingya penyatuan ini pernah berlaku tidak lama dahulu, apabila kesungguhan dan iltizam UMNO menyatu padukan orang orang Melayu pasca Perang Dunia II sehingga berjaya mengagalkan Malayan Union, melahirkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya, menerajui Kemerdekaan dan mengembalikan kedaulatan Raja Raja, melalui sistem demokrasi Raja Berperlembagaan.

Cogankata Persekutuan Tanah Melayu, yang kemudian menjadi Malaysia ialah “Bersekutu, Bertambah Mutu”. Pesan nenda kita dahulu yang masih lagi relevan, “Bersatu teguh, bercerai roboh”.

Published in: on June 30, 2009 at 10:10  Comments (13)