Melayu Bersatu

Kebelakangan ini, timbul kesedaran ramai pengguna bloggosfera untuk memaparkan isu kepentingan bagi Bangsa Melayu dan menafikan, serta membetulkan perspesi dan fakta yang timbul akibat fenomena memutar belitkan (spin) sehingga berlaku kekeliruan, kebencian dan kemarahan kepada orang Melayu.

Sebuah blog Melayu Bersatu, diujudkan untuk memberikan pengguna bloggosfera kesedaran mengenai Melayu, terutama dari pengamatan sejarah.

Satu lagi blog The Unspinners diujudkan pula untuk menentang dakyah yang sentiasa memutar belitkan fakta dan sejarah dan merugikan Bangsa Melayu.

Pada hakikatnya, Melayu wajar sedar bahawa walaupun mereka anak pribumi tanahair ini, hari ini keadaan berbeza apabila orang Bukan Melayu diterima dan diberikan hak sama rata. Ini termasuk peranan mereka dalam pembangunan tanahair ini, walaupun orang Bukan Melayu sentiasa mengatakan mereka di’anak tiri’kan dan tidak diberikan peluang sewajarnya, apabila mereka terlibat dalam pentadbiran Kerajaan. Orang Melayu sering disifatkan sebagai rasis dan tiada fakta jelas menunjukan keadaan sebenar.

Hakikatnya tidak sedemikian.  Blogger Apanama menyenaraikan kesemua orang Bukan Melayu yang diberikan peluang untuk menjawat Panglima, dalam kesemua cawangan ATM.

Apakah sekiranya keadaan sebaliknya, apabila orang Bukan Melayu diberikan kuasa, maka peluang akan diberikan kepada orang Melayu? Singapura ialah contoh yang baik kerana setelah 44 tahun menubuhkan angkatan tentera, baru baru ini sahaja pegawai Melayu dinaikan pangkat ke jawatan Brigadier General.

Contoh kerajaan etnik Cina yang berkuasa diMalaysia pula ialah Pulau Pinang, yang dikuasai DAP, anak didik dan ‘terbitan’ PAP Singapura. Yang nyatanya, tiada seorang pun orang Melayu yang dinamakan DAP sebagai perlantikan politik dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Orang Melayu wajar bersatu, untuk memartabatkan Bangsa Melayu dan menjaga kepentingan sendiri, bukan bersatu untuk menafikan hak orang lain. Kesan pentingya penyatuan ini pernah berlaku tidak lama dahulu, apabila kesungguhan dan iltizam UMNO menyatu padukan orang orang Melayu pasca Perang Dunia II sehingga berjaya mengagalkan Malayan Union, melahirkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya, menerajui Kemerdekaan dan mengembalikan kedaulatan Raja Raja, melalui sistem demokrasi Raja Berperlembagaan.

Cogankata Persekutuan Tanah Melayu, yang kemudian menjadi Malaysia ialah “Bersekutu, Bertambah Mutu”. Pesan nenda kita dahulu yang masih lagi relevan, “Bersatu teguh, bercerai roboh”.

Published in: on June 30, 2009 at 10:10  Comments (13)  

The URI to TrackBack this entry is: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/06/30/melayu-bersatu/trackback/

RSS feed for comments on this post.

13 CommentsLeave a comment

  1. Betul, marilah melayu bersatu di bawah PAS. UMNO sudah hilang arah, mereka hanya menjaya UMNOputra bukan bumiputra. Marilah memperkuatkan PAS supaya PAS menjadi parti terkuat dalam pakatan rakyat. PAS hendaklah menjadi parti yang terkuat dan menjadi pemimiin utama dalam PR dan bukan mengikut tulunjuk ANwar dan LKS. Marilah semua melaumenyatu di bawah PAS. hanyalah ini jalan yang sebenar.

    • PAS bukan penyelesaian untuk orang Melayu, samada taktikal maupun strategik. PAS tidak pernah berjaya membawa apa apa kemajuan untuk Bangsa Melayu, termasuk pembangunan rohaniah. Lihat rakyat Kelantan, 19 tahun bawah PAS. Tiada kemajuan fizikal dan rohaniah.

      PAS tidak pernah berjaya merealisasi perjuangan mereka, samada untuk Islam atau Bangsa Melayu, melainkan hanya slogan semata mata. Malah PAS dengan rela gadaikan prinsip perjuangan mereka, kunun kunun berlandaskan kepada Al Quran dan Sunnah untuk sokongan golongan yang nyata anti Islam seperti DAP dan pendukung Yahudi Neo Con seperti PKR.

      Pemimpin PAS juga tergamak gadaikan maruah Melayu, contohnya MB boneka-DAP Nizar Jamaluddin memberikan 999 tahun tanah untuk mereka yang dahulunya menyokong keganasan komunis (yang nyata anti ugama)!

      Kalau penyatuan Melayu tidak berpaksikan UMNO, masakan Nik Aziz sarankan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Isa untuk sertai UMNO.

      Sesungguhnya ini amat logik (walaupun Nik Aziz selalunya TERBUKTI BERFIKIRAN TIDAK LOGIK! ) kerana UMNO ada 79 kerusi Dewan Rakyat berbanding PAS 24 dan UMNO menguasai 8 Kerajaan Negeri berbanding PAS hanya 2. Wajarlah orang mempunyai kuasa minoriti menyertai majoriti dan amat tidak logik sebaliknya.

      Idea Kerajaan Perpaduan dan berunding dengan UMNO ini datangnya dari Presiden PAS Hj Hadi Awang dan bukan Presiden UMNO PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak. Ini secara automatiknya PAS tidak selesa bekerja sama dengan anti Islam DAP dan pro Yahudi Neo Con PKR.

      UMNO berjaya menyatu padukan Bangsa Melayu, untuk menjadi kekuatan politik. Kuasa orang Melayu bersatu padu ini mula cacat apabila Hj Ahmad Fuad menubuhkan PAS dan menentang proses Kemederkaan yang UMNO pelupuri dan terajui.

      Orang Melayu semestinya ketepikan kepentingan peribadi dan remeh temeh dan wajar bersatu padu semula bawah panji UMNO bagi kepentingan startegik Bangsa Melayu, sebagaimana pada 1946.

      • Jangan termakan kata-kata manis yg menyanjung PAS lebih drpd UMNO. Mereka ni faham bahawa PAS boleh kelirukan orang Melayu. DAP dan PKR tiada undi majoriti dan tidak dapat mempengaruhi Melayu.

        Agenda mereka adalah mempergunakan PAS untuk mengaburi Melayu. Kemudian apabila Melayu berpecah belah maka senanglah DAP mengambil kuasa sepenuhnya.

        Lalu mulalah, undang-undang diubak elok saperti terjadi di-Singapura.

        Awas, Nik Aziz pun dah mula terbawak bawak oleh puji pujian DAP dan LKY.

  2. Love the new look, keep up the great work the number of visitors must have increased?.

  3. Dua Syaitan besar dalam negara yang patut dijauhi oleh semua rakyat Malaysia:

    1.Al Syeikh Anwar Al JUB – syaitan mata satu

    2 Imam AYATOLLAH AL Nik Al AJIS Al Murshidul Al Kelantani.

    Apa saja yang dikatakan oleh orang melayu dalam malaysia semuanya tak betul yang betul ialah FATWA SONGSANG dari kedua dua SYAITAN ini.

    May ALLAH BLESS THE MALAYS ! AMEEN !

    • Mudahan tuan di berkati Allah.Mungkin mengikut kitab tuan dan Islam hadhari tuan mereka ini syaitan.Fitrahnya memang begitu.Akhir zaman orang yang lebih akhlaknya dan tak pernah terbukti kesalahanya sentiasa menjadi kecaman dan mereka ini mengambil “Al-Atta, Al-Uzza dan Al-Mannah sebagai tuhan mereka”.
      Tuan tak pernah mendengar ini dalam kitab tuan yg ada cuma ada di dalam Al-Quran petunjuk kami.Tak salah tuan mempunyai pendapat di atas tetapi pertimbangkan anak dan isteri tuan yg menjadi generasi akan datang kalau inilah nilai dim dlm diri tuan.Melayu tak apa dengan pendapat di atas tetapi kami Islam bnyk perkara di pertimbangkan.Melayu Besratu Blogger dan Big Dog Dot Com Blogger mungkin TUHAN kepada tua.

  4. Memandangkan bangsa asing di Malaysia langsung tidak menghargai pengorbanan Melayu, maka pedulikan mereka. Mulai saat ini, mari kita tebalkan semangat Melayu. Tidak salah dan tidak berdosa pun.

    • Setuju

      Buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali

  5. Nik Ajis tu perangai dia dah macam bomoh kat Jalan Chow Kit, dok guna ayat Quran nak pelaku produk mereka.

  6. Apa cerita Melayu Bersatu? Jika hak org2 Melayu sendiri semakin lama semakin dihakis oleh pemimpin2 Melayu sendiri atas faktor Politik Ambil Hati. Tidak kiralah drpd UMNO mahupun PAS, 2×5, 5×2. Terbaru Najib sudah hilang akal dengan mengumukan penghapusan 30% hak org2 Melayu di dalam pelbagai sektor, konon untuk berdaya saing dan menarik pelaburan. Persoalannya di sini, kenapakah di zaman Tun M, ekonomi berkembang pesat dan pelaburan asing menjadi begitu dominan tanpa mengorbankan sedikit pun 30% tersebut?

    Sudah terang lagi nyata, sebenarnya yg tidak mahu kepada 30% itu sebenarnya adalah golongan2 yg tidak tahu di mana bumi dipijak. Di negara2 lain ada juga yg mempunyai dasar2 affirmatif untuk melindungi kepentingan peniaga tempatan tetapi ramai juga yg melabur di dalam negara mereka. Pokonya apa yg dibenci oleh golongan pelabur adalah RASUAH, BIROKRASI. Bukan 30% hak org2 Melayu. Terbukti, Najib merupakan barua golongan mata sepet. Tindakannya yg pengecut dan tunduk kepada semua tuntutan mereka sebagai ikhtiar mengambil hati, pasti akan memakan diri nanti.

    Saya sedang menunggu, Pemuda2 UMNO manakah yg akan berDEMO untuk menentang perlaksanaan ini. Jgn hanya tunjuk berani apabila Lim Guan Eng menghapuskan amalan DEB di Penang tetapi menikus apabila suami Rosmah sendiri menghapuskan DEB. Kesian Tun Razak…

    • Masaalahnya orang seperti Nik Ajis dan Al-Juburi tidak rela Melayu bersatu dan berpadu. Ambil saja contoh cadangan Haji Hadi untuk Melayu bersatu dalam Kerajaan Perpaduan, bulat-bulat Nik Ajis dan Al-Juburi menentang. Mereka lebih rela bersatu dengan DAP yang ternyata anti-Melayu.

  7. jom bersatu jual melayu! kita liberalisasikan semua, bila nak demo? jangan lupa bagitau!

    bukan cina jual melayu, yang jal melayu itu melayu juga…siapa yang sedekah tanah rezab melayu kepada tauke2 besar…cina? bukan…melayu! siapa yang hapuskan 30% ekuiti melayu…melayu! bukan cina, india! biasiswa nasional? dulu DAP sebut seluruh malaysia mengaum marah, bila Najib cakap lepas dijamu makan, senyap!

  8. Terima kasih BigDog kerana sentiasa mendidik & mendedahkan kepada muslimin muslimat isu-isu yang bakal memberi kesan besar yang amat negatif bukan sahaja kepada kita tetapi juga kepada generasi-generasi yang akan datang. Saya harap Saudara juga dapat memaparkan manifesto DAP supaya muslimin muslimat betul-betul faham objektif perjuangan mereka. Melayu dewasa ini mengundi DAP, melekatkan sticker DAP serta mengibarkan panji-panji DAP secara terbuka. Bukan itu sahaja, mereka mendapat endorsement of approval dari Pak Lah pula. Saya boleh samakan perlakuan ini saperti seorang Yahudi memakai swastika Hitler. Besar kemungkinan Melayu ini tidak mengetahui pun falsafah perjuangan DAP. Kalau Saudara sudah siarkan, tidak salah Saudara mengulanginya. Inilah taktik yang sentiasa digunapakai oleh Yahudi apabila bercakap tentang holocaust. They never let anyone forget about holocaust.

    Terima kasih sekali lagi.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: